Adakah korang ingin mendapatkan 2 keping not berwarna biru campur ungu ini? Jika korang ingin tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Korang kene baca ini cerita sampai habis. Aku percaya ramai yang ingin tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan dua keping not ini.

Aku menjelajah di forum wangcyber dan mendapati ada ramai blogger yang mempromosi barangan dan affiliate diorang. Aku juga tidak terkecuali dan sering mencari peluang-peluang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan. Aku tahu ianya tidak mudah untuk memperolehi wang. Tapi, selagi kita tidak berusaha. Kita tak akan dapat nikmat wang itu.
Dan ditakdirkan aku berminat untuk menyertai satu pertandingan yang dilancarkan oleh blog kabelduit. Orang lama tetapi aku baru sahaja mengenalinya. Baru sahaja tamat satu transaksi kerana beliau menggunakan service vcc aku. Dalam tempoh beberapa minit, urusan itu selesai dan kabelduit telah menyelesaikan masalah besarnya itu.
Secara telitinya, aku lihat blog ini masih baru. Pageranknya masih kosong dan aku akui mungkin tidak ramai yang mengetahui kewujudan blog kabel ini. Tapi aku rasa sekarang sudah ramai yang tahu. Kene pulak aku membuat ulasan tentang blog beliau. Bukan saja-saja. Ini kerana aku ingin mencuba nasib memenangi pertandingan “Rm50+Rm50” itu. Biarpun persaingan terlalu tinggi dan harapan untuk menang tipis, tapi aku tidak kesah. Ini salah satu cara promosi, dan aku serta kabelduit akan menikmati trafik dalam tempoh ini. Ini win-win situation. Tidak salah bukan aku berbuat demikian?
Iklan tidak tersusun dan terlalu banyak
Blog ini penuh dengan iklan di header, disidebar dan juga dibahagian footer. Secara jujurnya aku rambang mata tengok iklan-iklan itu. Aku akui aku juga selalu nampak iklan-iklan tersebut. Dulu aku selalu letak banyak iklan diblog dan sekarang aku ingin kurangkan sedikit demi sedikit. Ini kerana ianya akan melembabkan loading blog aku. Tetapi jika kabelduit tidak kesah. Biarkan saja banner iklan itu. Mungkin ada yang tertarik menyertai affiliate program dan promosi yang engkau jalankan. Ini juga salah satu promosi biarpun bagi diri aku tidak sistematik. Lagi satu, susunan banner itu tidak tersusun. Apa kata jika kau cuba tambahkan <center>code banner</center> dan gunakan <br> untuk spacing? Ianya akan lebih tersusun selepas ini.
Apa kata tukar theme?
Apa kata jika kau tukar satu theme yang lebih sesuai berbanding sekarang ini. Aku cadangkan engkau cari satu theme yang ada 2 sidebar. Lebih kurang macam blog aku ini. Senang engkau hendak susun iklan dan ada lebih banyak ruang. Jika tidak, sakit tengkuk aku hendak skrol ke bawah untuk lihat semua banner engkau. Dari segi trik promosi, tak ramai orang akan pandang iklan banner itu. Mungkin bagi diorang membuang masa saja. Jadi nasihat aku, jika mampu. Carilah theme baru yang sesuai. Aku yakin blog kabelduit ini akan lebih meriah di masa hadapan. Tetapi jika engkau bahagia dengan theme ini. Teruskan sahaja. Aku tidak kesah kerana aku juga bahagia dengan theme yang aku guna sekarang. Jangan marah aa. Ini hanya ulasan jujur dari aku
Tab Blogger + Kantoi pakai hosting blogger!
Buang tab blogger diatas itu jika boleh. Aku tidak tahu engkau tahu untuk buang atau tidak. Tapi bagi aku ianya menganggu dan mengkantoikan ko bahawa ko hanya membeli domain tetapi tidak ada hosting sendiri. Benarkah? Ini tidak salah dan aku rasa ada banyak faedah menggunakan hosting percuma. Blogger antara hosting yang terbaik setakat ini bagi hosting percuma. So, aku tidak kata ko kena tukar. Tapi jika boleh. Aku yakin blog ini akan lebih hebat dari blog-blog yang lain.
Tidak lupa juga. Pertandingan “Rm50+Rm50” ini merupakan pertandingan menjadikan review sebagai tujuan utama. INi bermakna, owner blog kabelduit akan memilih review atau ulasan yang terbaik tentang blog kabelduit dan juga tentang pertandingan ini. Aku yakin ramai yang lebih hebat dalam hal-hal review ini. Sesungguhnya aku hanya mencuba nasib dan aku berharap blog ini akan kekal untuk 10 tahun akan datang. Ini juga adalah target jangka masa depan aku. Berminat untuk berblog dengan aku 10 tahun lagi?
Ps: Ulasan ini hanyalah pandangan individu. Aku tidak diupah atau diperas ugut untuk membuat ulasan ini. Ianya hanyalah satu pandangan ikhlas aku untuk membantu blogger tanah air kita dan dalam masa yang sama aku juga mahu menang Pertandingan “Rm50+Rm50”. Haa, apa kata korang tentang ulasan aku kali ini? Jarang sungguh aku membuat ulasan tentang blog orang lain. Mungkin kali ke lapan agaknya..
Pss: Maaf. Aku buat review ini selepas aku nampak amaran ko tempoh hari. kabel, gambar duit itu aku ambil dan letak di sini untuk menarik minat lagi orang tentang blog ko. Engkau suka atau tidak?
Psss: Apa yang ada dengan RM50? Nilai yang korang akan dapat jika menang pertandingan ini. Berani mencuba? Aku cabar korang!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content













