Archive for the 'VCC service' Category


Dalam 2-3 minggu ini memang kehidupan aku dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja. Memang besar perbezaan antara kerja-kerja seorang blogger, kerja-kerja seorang blogger dan kerja-kerja seorang penjawat kerajaan. Sangat berbeza dan aku akui aku mula menyukai kerja-kerja tersebut.

Kerja-kerja seorang blogger

Aku akui aku memang sangat suka dengan kerja ini. Sejak aku melangkah ke dunia blogging ini. Banyak benda yang aku dapat tak kiralah benda baik atau benda yang kurang baik. Aku terima seadanya. Mana taknya, ketika aku memulakan dunia blogging pada 2006, aku hanya bermula dengan blogspot sahaja. Itupun blog personal dan aku itu juga blog yang aku gunakan untuk buat duit dengan program Google Adsense dan akhirnya, aku berjaya dengan blog tersebut. Pada tahun 2007, aku beli domain pertama dan kedua aku dan akhirnya sehingga hari ini aku sudah membeli lebih dari seratus buah domain dari pelbagai syarikat. Semuanya untuk projek-projek blogging aku dan separuh daripadanya telah aku set untuk membantu aku menjana income secara automatik.

paymentlafeb2010 300x149 Kerja Blogger, Kerja IM dan Kerja Kerajaan


Ya..percaya atau tidak, income TNX, TLA dan Google Adsense telah menjadi 3 side income automatik bagi aku setiap bulan. Biarpun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tetapi aku tidak putus duit dari 3 program tersebut.

Selain itu, servis seperti mengaktifkan akaun paypal dengan menggunakan VCC juga merupakan servis paling untung yang pernah aku lakukan. Selama 3 tahun lebih aku buat servis ini dan tidak salah aku katakan yang aku sudah jana lebih dari 10k daripada servis ini. Pernah dalam 1 bulan aku berjaya mendapat bersih 1k daripada servis ini sahaja. Dulu la. Tapi sekarang, aku sudah tak menawarkan servis ini. Sebab aku terlalu sibuk dengan kerja kerajaan aku sekarang ni. Servis review dan penjualan banner di blog-blog aku juga merupakan income yang lumayan sejak aku menceburi bidang ini. Alhamdulillah. Itu sedikit sebanyak tentang kerja-kerja blogger aku..

Kerja-kerja seorang Internet Marketer (IM)

Kerja ni berbeza dengan kerja-kerja blogger. Aku tidaklah mahir sangat dan aku bukanlah seorang IM yang berjaya. Aku lebih cenderung dengan dunia blogger. Aku pernah muncul dengan beberapa panduan seperti Panduan Rajapayloadz, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan terkini adalah Panduan TNX 2.0. Alhamdulillah, kesemua produk itu berjaya membantu aku sedikit income setiap bulan. Jangan tak percaya, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX 2.0 merupakan penyumpang utama aku setiap bulan jika dikira dari sudut IM. Sedikit sebanyak, panduan tersebut membantu diri aku dan juga rakan-rakan yang lain dari pelbagai aspek. Tidak salah aku katakan bahawa melalui kerja-kerja blogger ini aku mampu untuk tidak lapar setiap bulan.

Dan Panduan TNX 2.0 merupakan produk panas yang pastinya berbeza berbanding produk aku yang lepas kerana inilah satu-satunya Panduan TNX yang berbahasa melayu di dunia dan juga di Malaysia. Mungkin aku bukan pengguna TNX yang hebat, tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mendapat 100 dollar sebulan dari program ini dan panduan yang aku tulis itu akan membantu ramai pembeli dan blogger untuk menjana pendapatan dari TNX. Insya-Allah, kita semua bolehh..

Kerja-kerja seorang penjawat kerajaan

Pastinya sangat berbeza. Aku kena bangun awal pagi. Kena berdisiplin dan bertanggungjawab. Terpaksa mendengar leteran bos dan jumpa ramai orang. Terpaksa berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Malah, berpeluang untuk jumpa orang-orang besar kerajaan. Dan macam-macam kekangan dan masalah yang akan aku hadapi apabila aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaaan. Tetapi aku temui beberapa perkara yang telah aku cari selama ini. Insya-Allah, apa yang aku inginkan akan tercapai. Jika aku masih stay dengan kerja aku yang lama, aku kurang pasti adakah aku akan berjaya menemui apa yang aku hendak. Yap, keinginan dan kehendak kita berbeza. Aku tidak kata hidup sebagai seorang Full Time Blogger atau IM tidak best. Cuma apa yang aku cari, aku tidak jumpa. Tetapi aku jumpa ketika aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaan. Ianya berlaku apabila aku cuba berubah angin. Akhirnya, Allah makbulkan. Tapi aku yakin bahawa dunia blogging dan IM akan tetap sebati dengan darah daging aku..

Dari segi gaji atau keuntungan, memang income aku drop hampir 50% bila aku masuk dalam dunia kerja kerajaan ini. Tetapi aku tak kesah. Mengapa? Aku jumpa apa yang aku mahukan. Aku nampak target dan tujuan hidup aku. Mungkin korang pun ada tujuan masing-masing. Bila dan dimana? Ianya berbeza bukan? Jadi, setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing. Aku menyanjungi mana-mana kerja di dunia ini biarpun cumalah seorang cleaner. Tanpa Cleaner, jangan harap tandas kat KLIA tu bersih. Huhu..

Ps: Okeh..penat nih. Aku nak taip benda lain. Benda lain yang keluar..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Berita baik pagi ini dari abah aku. Satu cek kaler hijau sudah sampai ke peti surat rumah abah aku di Banting. Betullah, rumah abah aku. Aku mana ada rumah. Rumah sewa tu ada la kot. Selama ni, menumpang aje kat rumah abah aku tu. Hoho..Abah aku main sms cek.

SMS dari abah aku ke aku: “Ada cek. Nak masuk mana?”
SMS dari aku ke abah aku: “cek kaler apa? Masuk cimb ajela..”
SMS reply dari abah aku: warna hijau.
SMS reply dari aku ke abah aku: CIMB. ok?
SMS terakhir abah aku: k.


Aku tak reply dah lepas tu. Haha, pernah tak korang mesej cam gitu dengan family atau parents korang? Punye pendek. Inipun dah kira terrer abah aku main sms dengan aku. Kalau dulu, memang aku tak berapa faham apa abah aku taip kat aku bila tang sms. TU pasal dia selalu call aje. Tapi sekarang, SMS aje manjang kalau takde benda yang penting sangat-sangat..

AKu tengah tunggu MMS dari adik aku untuk gambar cek Shareasale tu. Untuk Bulan January. Laju gak kali ni. Selalu lambat gak sampai. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan? Cek bulan Februari lum sampai lagi walaupun dah cukup untuk withdrawal. So, tunggu ajelah bulan depan nanti. Cek adsense pun lambat lagi. 2 cek Nuffnang memang kene tunggu 30 hari. Dah tu syaratnya. Tak apalah. TNX? Aku dah request semalam, nanti aku share dengan korang. Semalam, aku dapat RM100 kat dalam akaun maybank aku. Aku tak tahu duit dari siapa. Jika duit tu dari korang, sila mengaku dengan kadar yang segera. Jika bayaran komisen atau bayaran review, sila beritahu aku dengan cepat. Lupa, Youthsays masih lagi tak bank-in duit RM1000 tu ke akaun maybank aku lagi. Mak aii, super lambat nih..

Perhatian: Jika korang nak hubungi aku untuk servis vcc atau pertanyaan tentang vcc atau pembelian ebook Panduan TNX atau Panduan Shareasale. Sila sms ke no hp aku ni: 0192009289. Yahoo mesengger tidak available buat sementara waktu. SMS sahaja. Call aku tak layan!

Aku baru je lepas meeting nih. Penat gila meeting macam nih. Kene plak kawan aku sms nak pinjam duit dalam 1 ribu. Patutkah aku bagi atau bagaimana? Ada cadangan yang membantu atau cadangan ditutup?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Raihan - Ashabul Kahfi.MP3]

Semalam aku cerita pasal Hilmi. Hari ini aku akan cerita tentang seorang lagi usahawan internet yang aku rasa korang semua mungkin kenal. Kalau tak kenal, berkenalanlah sekarang. Beliau adalah Naim. Nama glamour beliau adaalah Naem. Mesti korang masih ingat produk beliau iaitu PPCpercuma.com bukan? Ya, kali ini Naem melancarkan satu lagi produk terbaru beliau iaitu produk yang sangat tidak asing buat aku iaitu Panduan VCC.

Ya. Panduan VCC yang dihasilkan oleh Naem adalah sangat berbeza sekali dengan panduan yang dihasilkan oleh aku sendiri. Seperti yang korang semua maklum. Aku juga salah seorang penjual dan pengguna VCC(Virtual Credit Card) sejak 3 tahun lepas. Dan aku telah menjana banyak wang dengan VCC dan membantu ratusan orang yang hendak mendapatkan VCC untuk pelbagai perkara seperti mengaktifkan akaun paypal, mengaktifkan akaun ebay dan juga untuk promosi adword dan Facebook. Jadi, panduan yang dikeluarkan oleh Naem ini sangat bagus dan aku sendiri telah membacanya.

Ok. Terus terang. Memang aku promote Panduan VCC ini kerana ianya sangat penuh dengan informasi dan yang paling best, TERKINI! Banyak info dan panduan yang korang takkan jumpa di forum, blog atau website. Aku berani jamin Panduan VCC versi Naem ini sangat berguna samada korang hendak guna untuk dapatkan stok VCC, belajar bagaimana hendak menjana duit beribu-ribu dari VCC seperti yang aku lakukan sejak 3 tahun dulu, belajar bagaimana hendak meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan di internet.

Aku cakap macam ni bukan sebab nak riak. Tetapi ini hakikat yang aku telah alami dan kali ini peluang tu telah dilihat oleh Naem. Naem nampak peluang tu dan beliau sendiri berkongsi pengalaman beliau tentang VCC dari tak tahu apa-apa sehinggalah berjaya buat duit dari VCC.

Jika dulu, aku dan beberapa orang yang tak sampai 10 orang menjadi pemain VCC, sekarang aku kira sudah berpuluh-puluh pemain VCC di Malaysia. Bagi aku itu satu cabaran yang bagus dan juga persaingan yang sihat. Sekaligus membuka peluang kepada orang kita buat duit di internet dengan lumayan dan secara bijaksana.

Ada yang tanya aku. Adakah income aku semakin berkurangan bila pemain VCC ini makin bertambah? Haha. Secara jujur, income aku meningkat. Tetapi sejak 2 minggu ini berkurangan disebabkan insiden aku accident haritu. Lebih dari 100 orang yang menghubungi aku melalui sms, call dan juga email. Korang leh bayangkan berapa kerugian aku selama 2 minggu? Melebihi RM4 ribu. Separuh darinya adalah order dari Korea, Australia, India dan beberapa negara lain. Selebihnya dari Malaysia dan Singapore.

Jadi, mahukah korang tahu bagaimana pemain seperti aku dan Naem buat duit dengan VCC dan membantu orang lain menggunakan VCC? Jika Ya, aku menyarankan korang mendapatkan Panduan VCC yang ditulis sendiri oleh Naem berdasarkan pengalaman beliau. Dan dapatkan juga BONUS dari aku iaitu Panduan versi Edisi Siasat Report VCC yang telah terjual lebih 100 salinan pada tahun 2008. HANYA dengan membeli Panduan VCC Naem melalui link affiliate aku. Kalau tak beli dari link aku, tak dapatlah Report VCC versi Titan. Aku yakin gabungan Panduan VCC Naem dan Panduan versi Edisi Siasat Report VCC Titan akan membantu korang memahami apa itu VCC dan cara membuat duit dengan VCC dengan baik.

Korang boleh beli di link ini untuk mendapatkan Bonus tersebut : Panduan VCC Naem

Secara jujur, ada gak info yang aku tak tahu bila baca panduan VCC Naem tu. Banyak gak research yang dijalankan oleh beliau. Naem antara orang yang aku respek dalam bab kaji mengkaji nih. Jadi, aku tak puji atau kutuk orang sebarangan. Aku lihat hasil dan content yang mamat ni buat. Kalau ok, aku kata ok. Kalau hancur, aku kata hancur. Ternyata, Panduan VCC ini sangat berguna. Jadi, korang nak beli atau tak. Aku dan Naem tak paksa punye..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Tajuk Pertandingan :
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!

Fee Penyertaan : Percuma
Keperluan : Mempunyai blog. Tak ada blog. Boleh review dekat blog korang di myspace atau friendster.
OPen case: Pertandingan ini hanyar dibuka selama 15 hari sahaja. Jadi, 14 Jun 2008 adalah tarikh akhir untuk membuat review pertandingan ini.

Syarat-syarat Pertandingan :

1. Sila buat review atau kutukan tentang owner blog ini dan tentang service titan yang anda tahu.
2. Sila buat juga review tentang perkhidmatan atau apa sahaja yang ada kaitan dengan owner iaitu titan.
3. Review mesti dibuat ke blog anda masing-masing.
4. Setiap review mesti di link kembali ke entri ini. ( Buat linkback atau trackback )
5. Mesti ada akaun maybank, cimb atau paypal untuk memudahkan pembayaran hadiah.

Review tak perlu terlalu panjang dan terlalu pendek. Boleh buat dekat seberapa banyak blog yang korang ada. Aku tak kesah korang nak review atau nak kutuk macam mana. Yang paling best dan yang paling menyakitkan hati gempak akan menjadi 2 pemenang yang akan mendapat hadiah istimewa selain hadiah wang tunai.

Kau orang boleh cedok mana2 banner yang mengaitkan aku, nak letak gambar aku, nak letak girl friend maya aku dan apa-apa sahaja. Nak kutuk dan keji pun takpe. Jika ada yang tak puas hati dengan aku pun tak apa. Jika nak bagitau korang berminat nak JV dengan aku pun tak apa. Nak review tentang perkhidmatan aku pun tak apa. Aku mahu tengok sejauh mana anda kenal titan seperti mana tajuk review ini.

INi kali pertama aku buat review contest. Jadi hadiahnya takdelah ribu-ribu riban dan contest ini sebenarnya win-win situation. Korang akan dapat linkback dari blog PR3 dan aku akan letak link blog korang di earncent.com yang mempunyai PR1. Korang tengok aje hadiah dekat bawah nih. Aku tak mampu bagi hadiah yang mahal-mahal. Tapi aku sanggup share sedikit pendapatan aku untuk share dengan korang melalui contest ini. Kejam tak aku??

Hadiah Earncent Review Contest


Nombor satu dan dua:
Official Sticker Album Euro 2008 + RM15 + 2 Report Edisi Siasat TerBARU

Nombor tiga : RM5 + 1 Report Edisi Siasat TerBARU
Nombor empat : RM5 + 1 Report Edisi Siasat TerBARU
Nombor lima : RM5 + 1 Report Edisi Siasat TerBARU
Nombor enam : RM5 + 1 Report Edisi Siasat TerBARU

Kepada sesiapa yang berminat nak sponsor. Boleh contact aku secepat mungkin. Tapi hanya untuk enam tempat sahaja. Korang boleh booked awal jika mahu jadi sposnor. Setakat ini, cuma aku sorang je yang sponsor contest ini.

Ps: Aku bocor rahsia. Hadiah sponsor yang aku bagi ini adalah income dari 2 program yang aku join bulan lepas. Mahu tahu apa program itu? Ahh, tak leh bagitau lagi. Biarlah rahsia ek..

Popularity: 11% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011