Secara jujur aku takde mood nak menulis apa-apa dari semalam hingga ke saat ini. Ini kerana line internet memang membuatkan aku hilang selera nak buat kerja dan nak makan. Biasa aku makan nasi lemak, bertambah sebungkus. Tetapi pagi ini, cukuplah dengan sepinggan sahaja.
Aku nak update post semalam. Tetapi keadaan tak mengizinkan dan aku tahu ada beberapa orang yang cuba add aku di Yahoo Mesengger dan tak kurang juga yang bertanya melalui email. Tetapi aku tidak dapat jawab dengan cepat kerana line yang macam biskut semalam. Tak sampai 1 minit, line putus. Apa yang aku mampu buat, bersabar ajelah dan layan channel AXN dari petang semalam sampailah ke saat ini. Aku masih belum tidur dek kerana hal internet yang problem sejak awal bulan lagi..
Beberapa hari lepas, aku ada dapat bayaran komisen dari Ammar untuk produk Affiliate A+ tu. Kebanyakkan komisen aku dapat dari 2nd tier. Pelik juga. Tetapi biarlah. Walaupun tak banyak komisen yang aku dapat kali ini, tetapi aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya usaha aku promosi produk tu berjaya. Aku dah baca laporan Ammar tu. Bagus untuk newbie dan mampu memotivasikan semua orang yang membacanya. Jadi, kalau nak tahu apa yang Ammar tulis, baik korang beli dan baca sendiri Laporan Affiliate A+ tu.

Tak banyak kan? Tapi kira oklah sebab aku tak promosi besar-besaran dan tak pakai mailing list pun. Apapun, terima kasih kepada yang beli laporan ini melalui link aku.
Ehm, lupakan pasal affiliate dengan Streamyx kejap. Aku rasa hujung tahun ini aku akan bercuti. Itupun mungkin 3-4 hari aje. Cadang nak gi cari mana-mana hotel kat Malaysia ni dan rewang kat sana. Dok hotel dan lepas tu, jalan-jalan sorang-sorang kat tempat orang. Destinasi mungkin Kelantan, Sarawak atau Terengganu. Itu aje negeri yang aku tak jarang dan tak pernah jejak lagi. Saje je hilang tension. Kat mana ek hotel-hotel yang murah? Ada sesapa tahu? Hehe..
Aku dapat 1 echeck semalam. Dalam lebih kurang 300usd. Tapi aku hairan, camana aku leh dapat banyak tu. Jumlah yang sepatutnya tidaklah sebanyak tu. Tapi echeck tu akan cash sepenuhnya hujung tahun ni. Sekarang tak leh clear lagi. Aii, pelik aku dibuatnya. Em, biarlah. Aku ada keje sikit. Ok. Babai!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
















