Archive for the 'update' Category


Ada beberapa benda yang aku nak update. Sibuk sikit dalam 2-3 hari disebabkan pelbagai perkara yang perlu aku uruskan secepat mungkin. Dalam bulan Mei ini sahaja setiap minggu, aku takkan dapat berehat sebab ada banyak aktiviti yang sudah ditempah awal. Nampak gayanya, memang badan ni akan mengalami banyak evolusi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan alam sekeliling. Haha..gila apa ayat..

1. Esok, aku dan kawan-kawan tempat kerja aku akan buat kerja gila. Konvoi ke Cameron Highland dengan hanya menaiki motor bawah 125cc sahaja. Motor lain tidak dibenarkan sama sekali. Mengikut perkiraan, lebih dari 20 orang sudah pun menyatakan kesanggupan untuk menyertai konvoi tidak rasmi ini. Mungkin acara ini akan dijadikan aktiviti tahunan bermula pada tahun ini. Ya, Yamaha Lagenda aku akan merempit lagi sekali. Yehhh!

2. Minggu depan, aku akan menyertai hari keluarga tempat aku bekerja. Sepatut hujung bulan ni. Tapi dicepatkan tarikhnya kerana ramai yang tak dapat pergi pada tarikh tersebut dan ada banyak aktiviti pada hujung bulan dan awal bulan Jun. Jadi, satu tarikh telah dipilih dan 23 dan 24 Mei ini adalah tarikh keramat. Tempatnya, Cameron Highland. Boleh bawak family dan anak-anak tersayang. Aku bawak Blacksaga aku ajelah. Itu je keluarga terdekat aku kat sini. Hehe..

3. Darft untuk panduan informasi aku sudah masuk peringkat ke 3. Ada 5 peringkat yang perlu aku atasi dan aku cuma mampu sampai ke peringkat ke 3. Masih ada banyak benda yang aku perlu lakukan dan selidiki. Aku sedang merancang untuk memberikan panduan ini dalam dua versi. Versi percuma dan juga versi berbayar. Yang pasti, hargnya tetap mampu dimiliki. Apa yang aku tulis 90% adalah melalui pengalaman aku sendiri. 10% lagi adalah faktor-faktor yang tak dapat aku jelaskan dengan pemikiran manusia.

4. Panduan TNX 3.0 masih lagi dalam peringkat ujian. Belum dapat dikeluarkan sebab result untuk ujikaji yang diperlukan untuk panduan ini masih belum cukup bagus untuk dikongsikan. Jadi, mungkin lambat lagi panduan ini akan aku kongsikan pada korang. Insya-Allah, aku akan cuba lakukan yang terbaik.

5. Sepupu aku akan bertunang pada awal bulan 6 nih. Baru aje call pakcik aku. Dia dah confirmkan dan aku akan bertambah sibuk untuk merewang. Rumah sepupu aku tu kat Jerantut gak. Kalau aku tak pergi, mahu kena penerajang agaknya. Jadi, aku pastikan hari keramat itu tak ada sebarang aktiviti yang akan mengganggu aku.

6. Mak dan Abah aku akan menunaikan Umrah pada awal bulan 6 nih. Aku akan pulang pada hari Jumaat sebab pada pagi sabtu itu aku kena hantar mereka ke KLIA. Jadi, pada 4 Jun ini, aku dikehendaki lapor diri kat rumah Abah aku di Banting untuk jadi driver pada pagi sabtu. Diorang dah pergi Haji. Tapi diberi lagi peluang untuk pergi ke tanah haram ni. Alhamdulillah..doakan anak mak abah ni jadi seorang blogger yang berjaya dan anak yang soleh. Hehe..

7. Skuad piala Thomas Malaysia kecundang ditangan China. Memang dari awal aku dah agak. Lebih-lebih lagi bila Chong Wei kurang menyerang pada set pertama. 3-0. Itu dalam pemikiran aku. Ternyata ianya tepat sekali. China terlalu kuat kali ini. Itu aku pasti. Bukan pemain kita tak power, cuma pemain China terlalu kuat pada hari tersebut.

Ps: Dahh..aku nak sambung baca komik online kat Onemanga nih.. :)

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan pulang ke Banting dengan black saga aku tu. Ada hal sikit untuk diuruskan dirumah dan aku mengambil peluang keemasan ini untuk berehat juga. Tulang belakang aku sakit sangat kebelakangan ini dan badan aku memang terasa sengal betul. Kena cari pakcik aku untuk mintak adjust apa yang patut. Urut apa yang patut. Jika tidak, aku tak tahu sampai bila aku kene tidur dilantai beralaskan karpet. Jika aku tidur ditilam empuk, memang badan aku rasa sakit sikit. Mungkin terlalu aktif bermain badminton barangkali. Kene pulak selalu keluar malam-malam hingga 2,3 pagi. Ya. Mungkin itu juga satu penyebabnya..

Tidak aku lupa untuk mengucapkan selamat menyambut ibadah Puasa. Aku tak pasti masa aku bayi dulu aku berpuasa atau tidak, tapi aku berharap agar Allah memberikan aku kekuatan untuk berpuasa penuh pada hari ini dan hari-hari yang akan datang. Berikan aku kekuatan untuk lulus dalam ujian ini dan tak kurang juga untuk melaksanakan projek puasa yang sedang bermain dalam kepala aku. Terus sahaja aku tulis sesuatu dinotepad aku agar idea yang baru datang in tidak hilang. Ya, harap ianya membuahkan hasil kerana combination ini pasti mampu membuahkan hasil jika kena caranya.

tnxaugustpayment 300x152 Titan, Puasa dan Kelas TNX


Maaf juga jika aku tak tulis artikel beberapa hari ini. Bukan sebab aku tak ada idea. Cuma aku terasa malas nak menulis beberapa hari ini ekoran terlalu sibuk dengan kerja aku yang lain. Macam biasalah, aku jenis beri tumpuan pada satu benda. Itu yang kadang-kadang income online aku tak berapa menentu 2-3 bulan ini kerana tumpuan aku lari sedikit. Tapi aku bersyukur aku masih mampu buat duit dengan blog dan diinternet. Dulu, memang cukup susah untuk aku cari 10 dollar, tapi alhamdulillah, sekarang aku takde alasan untuk tidak dapat jumlah sebanyak itu. Tips aku tidak banyak. Usaha, usaha dan usaha. Promosi, promosi dan promosi. Last sekali, kita berdoa dan tawakkal. Jika ada hasil, kita bersyukur. Sekali sekala nak tamak, bagi aku takde salahnya. Cuma jangan selalu sangat tamak. Kalau tak kene gaya dan tempat, memang merana. Jadi, berpada-padalah sket..

Tentang kelas TNX tu, aku perlahankan sikit untuk bulan ini. Sebab aku sendiri tak berapa pasti mampukah aku buat kelas dengan badan yang agak kurang sehat ni. Mungkin aku akan hadkan kepada 5-7 kelas sahaja untuk bulan ini. Tak larat plak rasanya sekarang. Belum lagi campur tekanan tempat kerja dan tekanan dari beberapa orang gadis yang lain. Fuhh, payah gak rupanya bila ada orang perempuan yang menarik hati kita. Payah juga hendak menjaga hati mereka. Payah juga nak jaga hati emak dan nenek. Yelah, yelah. Orang balik hari ni la nek. Nek tunggu aje. Petang nanti orang sampailah..

Tentang personal coaching versi YM. Akan aku pertimbangkan. Tapi aku tak tahu berapa harga yang aku nak letak untuk caj konsultan ni. Aku terpaksa mengenakan caj berikutan aku sendiri tak banyak masa hendak online. JIka hendak aku online dan hendak bertanyakan terlalu banyak benda dan macam-macam lagi seperti nak tanya pasal TNX, TLA, Bukisa, Adsense, tulis blog, cara nak setup blog, cara nak cari kerja, cara nak buat duit, cara nak kahwin, korang leh hubungi aku diruang contact diatas. Aku akan cuba sesuaikan waktu dengan korang. Caj? RM100.30 untuk 2 jam. Aku minta maaf. Secara jujur, aku tak ada masa betul. Nak update blog pun tak segagah dulu. Tapi insya-Allah, khidmat konsultan dan nasihat aku tu, akan aku sampaikan dengan sebaik mungkin dan sesuai dengan level korang. Aku tak pandai. Tapi mungkin ada sesuatu benda yang aku tahu lebih awal dari korang. Itu sahaja. Selebihnya, korang leh tahu sendiri. Kalau malas aje, leh cari aku. Boleh? Jadi, jangan pertikaikan kenapa aku caj RM100.30 tu. Sedangkan kelas TNX tu pun aku caj pada harga yang sama. Malah, para peserta dapat lebih dari apa yang sepatutnya. Jadi, sila jangan pertikaikan atau buat bunyi. Kalau nak buat bunyi, sila sediakan bukti yang kukuh sebelum aku counter kutuk korang pulak. Haha..jahat sungguh aku ini rupanya..

Ps: Aku rindukan dia. Tapi apakan daya, hanya kenangan sahaja yang aku ada. Aku tak tahu dia dimana sekarang. Tapi aku percaya aku dan dia akan bertemu satu hari nanti. Mungkin dalam keadaan dan masa yang berbeza. Mungkin juga apabila kedua-dua kami mengakui hakikat bahawa kedua-duanya memang masih mentah. Betul. Masih mentah.



Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak jumpa bos aku. Mintak cuti hari Jumaat ni sebab hari temuduga adalah pada pagi Jumaat. Aku rasa mungkin leh dapat dan harap Bos ada. Tak cuti atau lari ke mana-mana. Temuduga yang tak pernah aku duga. Aku pernah terfikir, pada suatu hari akan ada tawaran seperti ini datang kepada aku, ternyata ianya memang betul-betul terjadi. Aku juga pernah berharap seseorang akan suka aku, ternyata setelah hampir beberapa tahun menunggu, benar-benar dia suka pada aku. Aku pernah mengimpikan sebuah kereta, tak mahal pun takpe, janji hasil titik peluh aku. Ternyata, ianya menjadi realiti. Aku teringin membeli handphone yang ada warna sebab aku dah segan gila pakai handphone Nokia 3210 bekas handphone mak aku. Ternyata ianya menjadi kenyataan. Sony Ericsson W700i menjadi teman setia aku setiap hari. Dan macam-macam lagi impian dan misi-misi kecil aku yang menjadi kenyataan setelah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Dan aku yakin, jika kita pasang satu impian atau target, kita akan berjaya mendapatkannya dengan syarat ianya gabungan usaha, usaha, tawakal, niat, nasib dan doa. Jika semua ini ada, tak mustahil pun korang nak jadi apa-apa..melainkan beberapa perkara yang memang mustahil..

sonyericssonw700i 300x257 Siapa kata Kerja Kerajaan Tak Best?


Panjang pulak mukadimah aku hari ini. Hari ini takde sangat edisi siasat atau open case yang hendak aku kongsikan. Takde juga bukti bayaran yang hendak aku tunjukkan sebab aku memang tak terniat nak tunjuk apa-apa. Cukuplah dengan yang dah ada 2-3 hari lepas, korang leh tanya kat ruang komen nanti ye. Akan aku balas sebab aku sendiri tak berapa ada mood nak balas komen korang 2-3 hari ni. Komen kat blog orang lain rajin plak. Hampeh tul kan perangai aku. Ntahlah, kadang-kadang kita takde mood. Kadang-kadang kita ada mood. So, pandai-pandailah korang ngada-ngada layan mood korang tu yek..

Ada yang bertanya. Best sangat ke kerja kerajaan nih? Kenapa aku tak mintak kerja swasta sedangkan aku ada sijil yang dikategorikan agak mahal pada masa kini. Sijil Ijazah Sains Geologi. Sangat mahal. Lebih kurang jugak macam sijil Engineering dan jika korang hendak tahu kita memang kekurangan Geologist atau Pakar KajiBumi baik dalam Geofizik, GeoKimia atapun GeoPersekitaran. Itu baru sedikit belum lagi kepakaran yang lain macam hidrologi, marin, sedimentologi, pemetaan dan macam-macam lagi. Kenapa aku sedikit pun tak berminat?

Korang silap. Aku memang berminat dan sangat meminatinya ketika aku mula belajar ketika dulu. Bila dimomokkan bahawa kerja dengan Petronas atau syarikat carigali yang lain, memang aku nampak yang pekerjaan ini satu lagi lubuk wang di negara kita. Cuma buat masa sekarang, mungkin aku berminat dengan apa yang lakukan sekarang. Tapi aku tak menolak seandainya temuduga hari Jumaat ini lepas dan aku dipanggil bekerja. Tak tahulah pula kene campak ke mana kalau dapat jawatan ini. Kita tengoklah macam mana nanti agaknya..

Tentang best sangat atau tidak kerja aku sekarang ni. Aku cuma leh bagitau ianya agak best. Sebab aku jumpa seseorang untuk bergaduh setiap hari. Aku jumpa sesuatu yang berbeza. Aku jumpa benda yang unik.  Aku jumpa manusia yang unik. Aku jumpa perbezaaan dunia. Aku jumpa rahsia alam.Aku jumpa mata yang cantik. Aku cumpa senyuman yang manis. Aku jumpa kanak-kanak yang ikhlas. Aku jumpa harta yang mahal. Aku jumpa erti rindu. Aku jumpa nilai kasih sayang. Aku jumpa keindahan dalam kegelapan. Dan macam-macam yang aku jumpa. Siapa kata tak best kerja sekarang nih?

DAn aku jumpa pengalaman yang mungkin aku takkan jumpa jika aku cuma dok rumah dan melayan blog-blog TNX dan buat kerja IM sahaja. Bila kita keluar dari ruang selesa kita, kita akan mengalami banyak perkara. Benar, aku selesa ketika buat kerja dirumah dulu. Gembira menjadi Full Time blogger dan digelar dari member-member lain sebagai Problogger. Seronok bila orang gelar kita begitu. Tapi sekarang, biarlah aku gelar diri aku sendiri sebagai Half-Time Blogger sebab aku tidak lagi menumpukan sepenuhnya dengan dunia blogging. Cuma ketika aku bekerja dengan pekerjaan aku sekarang, aku gembira. Kerja ni pun takdelah teruk sangat. Ada masa leh lepak. Nak mengular pun boleh. Cuma aku biasa menggunakan ayat berehat untuk menjaga hati aku sendiri. Haha..janji aku tak gunakan masa tu untuk merompak atau layan cerita biru.

Ps: Jika korang dah baca sampai ke tahap ni. Aku ucapkan tahniah. Ini artikel yang ke 548. Komenlah apa-apa untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Earncent.com. Sesungguhnya, aku bangga dengan blog ini kerana sekurang-kurangnya ia membantu korang daripada tidak mengorat bini orang ataupun merompak bank jika korang membaca blog aku setiap hari. Haha..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:INUYASHA - CHANGE THE WORLD.mp3]

Secara jujur, esok aku akan menghilangkan diri sekali lagi ke Jerantut atas urusan yang masih belum selesai akibat accident 2 minggu lepas. Aku kena pulang ke sana untuk menyambung kembali kerja yang masih bertanggung. Nak buat macam mana, kerja ni aku kene selesaikan. Tak bestlah tinggalkan kerja yang aku mulakan tapi tidak aku habiskan. Jadi, mungkin blog ini akan kekurangan update lagi jika aku gagal mendapatkan line yang cukup mantap..

Dan aku mintak maaf jika aku gagal update itu dan ini yang aku bagitau sebelum ini. Inilah yang akan berlaku bila kekurangan persediaan dan berlaku perkara-perkara yang tidak kita ingini berlaku. Tu lum cerita bab sakit hati, sakit jiwa, sakit kepala, sakit pening dan macam-macam sakit lagi. Jadi, nasihat aku sebelum korang kene kes macam aku ni. Buatlah persediaan dan jika mampu buatlah Team yang mampu bertindak seperti yang korang mahu. Jangan gatal wat macam aku sudahlah. Dulu ada team, tapi semuanya sibuk dan akhirnya tinggallah aku sensorang. Terpaksa aku hired bebudak forum luar. Kenapa aku hired orang luar? Salah satunyanya, kos labour adalah sangat murah dan memang kerja diorang mengikut apa yang aku nak. Lagipun, ini semua aku belajar dari forum-forum luar juga sejak 3-4 tahun lepas. Aku cuma apply apa yang aku belajar aje. Alhamdulillah, aku dah ada ramai follower, supporter, member, enemy, love enemy, lone ranger, pemiutang, penghutang dan macam-macam lagi. Terima kasih semua kerana membantu dan menyokong aku sehingga hari ini..

iwantochangetheworld 300x160 Titan   I Want to Change the World!


Sebenarnya ada 3-4 benda yang aku nak beritahu korang. Tapi aku fikir, biarlah aku simpan dulu kejutan tu bila tiba masanya. Memang aku patut bagitau sebab ini berkaitan dengan kerjaya dan juga melibatkan prestasi blog aku. Jadi, mungkin aku wajar bagitau sebab korang dah lama bersama-sama menyaksikan kelahiran blog ni dan sudah lebih 1 tahun blog ini beraksi di liga make money online dan buat duit sama ada di platform lokal atau international. Tapi bukan sekarang. Tunggu sahaja bila tiba masanya..

Tentang contest yang aku lanjutkan itu, teruskan menghantar komen yang bernas dan cubalah mengatasi johan-johan yang lepas. Aku harap tidak lagi dapat komen-komen spam yang bengong tu lagi. Aku sangat penat memadam komen-komen tersebut. Hangau tul dibuatnya. Ada apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah komen nih?

Satu lagi angan-angan jangka pendek iaitu ingin menonton wayang cerite Geng yang ada upin dan ipin tu. Tapi kat Jerantut takde panggung wayang. Nak gi Kuantan, sama jauhnya macam aku pulang ke KL atau klang. Jadi, mungkin selepas kerja aku selesai di Jerantut barulah aku gi tengok cite Geng tu. Harap-harap masa tu masih lagi ditayangkan.

Berkenaan dengan tajuk entri ini. Apakah perasaan korang jika korang mahu mengubah dunia? Apakah perkara pertama yang korang mahu lakukan apabila korang hendak mengubah dunia dan jika korang mampu mengubah dunia, apa yang korang nak ubah? Sebenarnya, title tu aku ambil sempena nama lagu dan lirik lagu yang aku pasang ni. Bagus untuk naikkan semangat yang down atau kes-kes terlanggar kereta orang. Haha..

Ps: Korang mahu Ebook Rahsia Zango ALang secara percuma? Dapatkan disini.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------