Baru hari ini aku dapat sentuh internet. Ciss, bila aku balik Banting hari jumaat yang lepas, abah aku bagitau internet problem. Terus aku menonong ke bilik aku dan lihat modem. Memang tak menyala bahagian DNS dan aku dah try setting apa yang patut. Adjust sana. Bukak plug itu, plug ini. Shut down kejap itu ini. Adjust apa yang patut termasuklah main jampi serapah ntah apa yang aku bebelkan, tapi masih cam lagu tu jugak. Jadi, 3 harilah aku berkabung tak tentu pasal. Aku try pergi online kat cyber cafe, internet pun camtu juga. Aku syak internet kawasan aku ada masalah. Mungkin tak semua tempat, tapi kebanyakkan cafe yang aku gi, internet memang masalah. Kalau tak lembab, mesti putus-putus. Akibatnya, aku dengan orang lain yang nak surf internet, tetiba jadi gamers plak. Haha..
Tapi aku yakin kepulangan aku 3 hari itu tak sia-sia. Ada banyak benda yang aku dapat selain tidur yang agak kurang kawalan. Nasib baik mak aku rajin kejut aku time solat. Kalau tak, memang terbabas aje dibuatnya. Salah aku juga. Tidur tak kunci jam atau alarm handset. Apa yang aku dapat? Yap, beberapa idea untuk projek TNX, projek GDI dan juga projek Adsense aku. Nanti aku ceritakan kalau projek tu berjalan lancar. Blog-blog tnx aku ada yang belum terindex. Maksudnya, bot-bot tnx yang malas tu masih belum ke blog aku. Itu yang menjadi permasalahannya. Kalau takde link yang diindex, memang kebarangkalian untukjual link mencapai tahap kosong. Haru tul la..nampak gaya, terpaksa aku tanya ruang support diorang jugak. Lama tol diorang wat hal cam gini walaupun income tnx aku masih berjalan macam biasa..

Aku rasa sekarang memang musim Pay Per Lead la. Punya banyak betul yang berjalan sampai ke hari ini dan aku yakin akan muncul lagi program berbaur PPL ni pada masa akan datang. Yang terbaru adalah PPL CeritaIM yang menceritakan dekat 13 orang Internet Marketer yang berasal dari Malaysia. Huhu..ok apa. Bukan senang nak dengar cerita 13 orang IM yang aku boleh kelaskan berjaya buat duit dari internet ni.
Korang nak baca, gi download la : tips TNX la, triond tips, bukisa tips, cara nak lulus akaun adsense la, cara nak install fantastico, cara nak tulis blog, cara nak dapat trafik, uih..macam-macamlah. Penat aku jawab soalan korang tadi. Harap dapat membantu. Kalau tak faham, tanya je lagi sampai aku tak tahu apa nak jawab. Haha..
Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi sebab nak tunggu waktu berbuka nih. Lapar tu memang lapar, tapi aku sabarkan aje sebab lapar tu memang wajib bila bulan puasa ni. Mana ada orang tak lapar bila bulan puasa ni, betul tak? Kalau tak lapar, kat tasik atau hotel manalah agaknya depa makan ek. Hahaa..aku baca surat khabar tadi. Ada ke gi tasik untuk jadi port berbuka puasa ditengah hari. Punya banyak port lain, tasik gak dipilih. Kalau betul nak makan, haa..gi beli makanan. Makan senyap-senyap kat rumah. Ini dah lah tak puasa, makan kat tasik atau semak. Pulak tu kantoi. Kene tangkap plak tu. Malu beb. Nasib gambar tak masuk surat khabar atau kat blog aku nih..
Ps: Sape lapar? Meh tengok manga tu sama-sama. Slurppp..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content

















