Aku cuma nak update ringkas sahaja sebelum aku pergi berurut. Peha aku terhentak tadi. Terjatuh sebab lantai licin sangat. Akibatnya, aku terasa macam lebam. Nak kata terseliuh pun boleh juga kot. Istilah doktor-doktor ni aku tak tahu. Mungkin korang yang kerjanya kat farmasi atau hospital kerajaan boleh beritahu. Sekarang ni, aku cuma sapu ubat aje. Kasi lega sikit. Nak solat pun terasa gak sakitnya..
Ok. Hari ini aku nak share bayaran terkini yang aku dapat dari program Triond. Mesti ramai yang dah lupa kan? Aku sendiri pun dah lupa sebab aku dah lama tak buat siri-siri promosi baru untuk Triond ni. Pendek kata untuk tahun 2012 ni, langsung tak setat enjine. Maklumlah, aku sibuk dan demam segala bagai. Masuk tahun 2012, memang penuh cabaran dan dugaan. Tapi aku yakin, Allah takkan bagi aku dugaan kacak-kacak macam ni kalau aku tak mampu menghadapinya. Jadi, aku terima dengan seadanya. Dahlah demam, peha plak macam lebam, hingus selsema plak macam bertambah plak. Aishhhh..

Nak promosi atau buat duit dengan Triond ni senang aje. Lebih kurang sama aje Insentif yang Denaihati dan MamaMurai tu buat. Cuma Triond ni bayar kita guna USD la. Dan minimum bayarannya juga sangat rendah. Cuma perlu capai $0.50 USD sahaja, dan puff. Setiap bulan, diorang akan hantar bayaran ke akaun paypal kita. Oleh sebab aku sangat malas, jadi itu sahajalah yang aku dapat. Berbeza sangat dengan bayaran yang aku terima dari TipsPTD, bukan? Tapi, sikit mana atau banyak mana yang aku dapat, aku bersyukur. Aku tak perlu bunuh orang atau merompak sambil naik moto untuk mencari sesuap nasi atau membeli 1 kotak Jus Monavie.
Berminat dengan Triond? Gi daftar sini: Triond
Ps: Ok, siapa mahu ikut melancong ke Tasmania dengan aku? Tapi korang kena buat passport dululah. Dan yang lebih penting, korang kena kacak. Baru leh ikut. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















