Ok. Aku jumpa satu lagi site yang mampu bantu korang untuk tambah bilangan Twitter kat blog korang. Cara ni mudah sikitlah berbanding website-website lain yang aku tahu. Biasanya, aku buat cara manual. Tapi bila jumpa website ni, ianya memudahkan aku untuk menambahkan bilangan follower Twitter korang yang gersang tu untuk naik dengan ganasnya. Website itu namanya Twiends. Pernah dengar tak?

Aku lihat dah ramai blogger Malaysia yang gunakan cara ni dan ada juga yang mampu dapat trafik yang agak mengagumkan dari Twiends. Aku sendiri dapat tempias trafik dari cara ini. Dulu, ada features untuk kita dapat trafik direct dari Twiends. Tapi aku rasa disebabkan ramai orang yang ambil kesempatan, jadi Twiends buang features tu. Jadi, tak dapatlah nak dapat trafik dari cara nih.
Apa yang korang boleh dapat dari Twiends? Korang boleh tambah bilangan follower Twitter korang. Jika dulu mungkin berbelas-belas, korang boleh dapat berpuluh dan mungkin juga beratus dengan cara ini. Aku malas nak explain, korang baca sendiri kat website Twiends.
Selain itu, korang juga boleh tambah bilangan fan untuk fanpage Facebook korang. Malah, jumlah likes untuk fanpage korang tu pun boleh bertambah dengan menggunakan khidmat Twiends. Jadi, cuba ajelah kalau berminat. Aku tak paksa. Dan kalau bilangan likes dan follower Twitter korang tu bertambah, jangan salahkan aku. Korang mungkin tak tahu caranya atau mungkin tak berapa faham. Korang cuma perlu follow dan follow. Korang ada point, secara automatiknya bilangan Twitter korang tu akan bertambah. So, kumpul point banyak-banyak-banyak. Nak dapat point macam mana? Korang kena follow Twitter orang lain atau korang likes fanpages facebook orang lain. Bila korang follow, korang dapat point. Jadi point itu akan ditolak jika ada orang follow Twitter atau fanpages korang. Kiranya give and take la. Jadi, sila fikirkan strategi paling inovatif melalui website Twiends ini. Aku malas nak cerita semua. Gi cuba dulu. Baru tau korang leh senyum atau tidak.
Ok. Join kat sini: Twiends
Lepas korang register, korang secara automatiknya diberikan 50 point/credit. Jadi, dari situ biasanya 2credit/point diperlukan untuk korang follow satu akaun Twitter. Jadi, 50, korang leh follow 25 akaun. Benda ni berlaku dengan secara semulajadinya sebab ramai orang akan follow korang nanti. Jangan terkejut jika 1 hari korang leh dapat 100 follower. Pernah jadi kat aku. Jadi, sesiapa yang gian nak tambah follower Twitter korang tu, leh guna website nih. Ada beberapa site yang macam ni. Nanti aku share lagi kalau aku rajin..
Ps: Habislah, mesti ada orang marah aku kasi bocor benda nih. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content


















