Archive for the 'TNX' Category


Hari ini aku cuma nak update bayaran terkini dari program Tnx. Ada hasil sikit dari program ini walaupun income dari TNX ini sudah tidak sebanyak seperti dulu. Perubahan syarat dan advertiser yang banyak karenah membuatkan blog-blog yang ada dalam TNX ini menerima kurang advertiser berbanding dulu. Tak apalah, kalau ada rezeki, bertambahlah advertiser tu nanti.

komisentnxseptember2011 Komisen ke 82 dari TNX


Tak banyak kan? Tapi kira bolehlah nak beli apa-apa yang patut.

Bagi yang bakal dapat Panduan TNX hasil dari pertandingan Earncent Review 2011 tu, korang bolehlah baca dan praktikkan tips yang ada dalam panduan tu. Tips tu bukan sahaja untuk TNX, tetapi berkesan juga dengan program yang sama waktu dengan TNX dan seakan-akan dengan TNX. Cuba dulu dan beri masa sekurangnya 6 bulan untuk lihat hasil dari TNX. Benda ni bukan dapat selepas usaha 1-2 bulan. Benda ni ambil masa. Barulah korang boleh merasa seperti yang aku dapat tu. Aku tak janji. Tapi aku yakin korang boleh dapat jika korang cuba dan tidak putus asa.

Yang ada masa, boleh terus sertai Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang baru sahaja aku umumkan 2 lepas. Kalau boleh, biar lagi ramai berbanding dulu. Kalau kurang dari 10 penyertaan, terpaksalah aku sambung sampai 2 bulan. Tapi kalau ramai, aku akan umumkan pemenang pada tarikh yang aku tetapkan.

Apapun, good luck pada korang semua. icon smile Komisen ke 82 dari TNX

Ps: Fuhh..aku penat lagi ni. Lepas ni nak drive lagi 3-4 jam.. icon biggrin Komisen ke 82 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Oleh sebab hari ini hari Sabtu, jadi aku tak berniat nak tulis panjang-panjang macam biasa. Just nak update aje tentang bayaran terbaru dari Tnx.

komisenke88daritnx Komisen ke 80 dari TNX


Jumlah yang dapat kali ini pun tak banyak. Tapi boleh berbangga jugalah sebab masih berjaya dapat buat duit dengan Tnx ini. Memang sukar. Tetapi tidak mustahil. Kita boleh lakukannya jika kita mahu asalkan kita mahu mencubanya dengan bersungguh-sungguh.

Bagi yang berminat, boleh daftar disini >> Buat Duit dengan Tnx

Aku masih penat. Ingin berehat lebih sikit hari ini. Mungkin aku tidur untuk recover balik waktu tidur yang dah memang kurang dalam minggu ini. Haha..

Insya-Allah, aku akan update senarai review yang menyertai pertandingan Earncent Review 2011 tempoh hari. Senarai sponsor juga sudah bertambah dan jika ada yang masih berminat menjadi sponsor, bolehlah hubungi aku melalui contact diatas tu.

Ps: Ha, ringkas kan entri hari ini? Hehe.. icon smile Komisen ke 80 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sepatutnya hari ini aku akan cerita tentang Tips naikkan Alexa rank tapi oleh sebab aku malas nak karang panjang-panjang hari ini, aku terpaksa mengecewakan korang dengan update artikel ringkas ini. Maaf, aku betul-betul dalam keadaan yang kurang sesuai untuk cerita panjang-panjang macam biasa. Tengah nak panaskan badan ni untuk ambil mood. Sejak semalam aku dah buat perangai macam ini. Tak tahulah kenapa..takkan sebab test drive Proton INspira itu kot? Atau kerana terkena jelingan manja awek-awek kampung? Oh tidakk..

komisenke79daritnx Komisen ke 79 dari TNX


Nampaknya program TNX ini semakin lama, semakin mencabar kesabaran aku. Aku dah tak leh buat duit dengan TNX kacang-kacang macam dulu. Income pun tidak semantap dulu. Takkanlah sebab aku kurang berlatih jurus tinju supersonik macam selalu sehingga menyebabkan income TNX aku tak cukup kacak? Sudahlah Innity aku ni incomenya jatuh teruk, Tnx pun ikut sekali. Huhu..sakit betul hati-hati dalam taman aku sekejap. Berantakan dibuatnya.

Aku kena buat sesuatu untuk program Tnx ini. Kena buat kerja gila semula macam dulu kalau aku mahukan sekurangnya 50-100 usd sebulan macam dulu. Kalau tak, dapat 30-40 dollar ajelah sebulan seperti yang aku terima sekarang ni. Kena plak advertiser Tnx macam buat onar aje sekarang ni. Jadi, memang aku kena buat post-moterm semula untuk program ni. Tak boleh main tinggal-tinggal dahh. Fuhh, dah tua-tua cam gini kena lagi buat kerja gila lagi. Adehh.. hidup untuk memberi, bukan sahaja untuk menerima. Betul tak? Sampai bila kita nak tengok orang lain sahaja yang memberi bukan? Ada masa, giliran kita untuk memberi dan menyampaikan sesuatu, kan?

Yang berminat dengan Tnx, leh daftar ini: Tnx.net icon smile Komisen ke 79 dari TNX

Ps: Baru aje layan filem Jepun Space Battleship Yamato. Memang cukup garam cerita ini. Aku suka. Jika nak dibandingkan filem korea dan filem jepun, aku lebih suka filem Jepun. Ada motifnya tersendiri berbanding cerita korea yang lebih mementingkan genre cinta yang ringan. Cerita Jepun tanpa serius dengan isu dan motif tersirat dan tersurat. Agaknya, bila Malaysia nak ada cerita berdasarkan angkasa lepas atau alien macam Space Battleship Yamato ni??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini ringkas sahaja. Aku cuma nak update bayaran terkini yang aku terima dari program Tnx. Aku dah dapat bayaran ini semalam. Ini bayaran yang ke 78 aku dapat dari program Tnx. Aku keluarkan sebab nak beli domain baru untuk test satu lagi projek baru aku. Tak tahu berkesan atau tidak. Dan ada teknik baru yang aku tengah adjust untuk satu program. Kalau berkesan, tak mustahil aku boleh dapat paling teruk pun 50usd sebulan. Itu kalau menjadi, kalau tak menjadi, satu sen pun aku tak dapat. Haha..

komisenke78daritnx Komisen ke 78 dari TNX


Tak banyak kan? Sebab memang aku malas nak keluarkan semua duit yang ada dalam tu. Biarlah point-point tu bertambah setiap hari walaupun aku tahu earning Tnx aku memang tidak sekencang 2-3 tahun lepas. Jika dulu, nak dapat 2-5 ribu point setiap hari memang tak ada masalah bagi aku. Tapi hari ini, nak nak dapat 2 ribu point pun dah buat kepala aku sakit kepala. Aku berjaya maintain antara 800 ~ 2 ribu point sahaja setiap hari. Kekadang, kalau Tnx ni datang bulan, dapat 5-6 ratus point pun dah cukup buat aku bersyukur. Yelah, advertiser ni macam apam potkadot juga, kejap ada, kejap tak ada. Kalau ada, memang sedap la dapat point banyak setiap hari, tapi kalau tak banyak advertiser untuk satu-satu hari itu, memang sakit aje bila tengok nombor-nombor tu sebab aku tahu nombor tidak pernah menipu. Haha..

Untuk bermain dengan program Tnx ini, ada beberapa trik dan strategi yang wajib korang kuasai. Salah satu daripadanya adalah mempunyai banyak blog yang melepasi peperiksaan khas dari moderator Tnx. Sebelum blog kita boleh menjual link disetiap muka surat dalam blog kita, kita mesti submit blog kita untuk diperiksa. Jika blog itu layak, barulah blog kita boleh jual link. Jadi, untuk menghasilkan blog yang layak untuk diluluskan oleh moderator Tnx, ianya tidak mudah. Bukan sebarangan blog boleh lepas. Jadi, kuasainya bahagian ini, dan aku yakin, nak dapat 10-50 usd sebulan dari Tnx ini memang celah gigi punya.

Setakat ini, ada 30 lebih saja blog aku yang diluluskan. Tapi bukan semua 30 lebih blog itu mampu bagi aku point setiap hari. Ada yang masih belum terjual satu link pun. Ada yang dah berbulan, takde link yang terjual. Cuma belasan blog yang memberikan point yang banyak setiap hari, yang lain pula bagi dalam 10-50 point sahaja setiap hari. Yang tak bagi 1 point langsung pun ada. Ini semua sebab peraturan baru yang mereka buat dan menyebabkan ianya lebih berpihak kepada pihak advertiser. Ahh, aku tak kira sangat. Kalau ada rezeki aku dengan Tnx, aku buat kerja sungguh-sungguh seperti biasa. Pasti ada hasilnya bukan?

Oklah, korang boleh daftar TNX ni kalau berminat disini >> Tnx.net

Ps: Ok, hari ini 1 Julai. Hari ini juga hari jumaat. Kuiz hari ini. Siapa selalu ponteng solat Jumaat? 10 saat dari sekarang. Teeeettt. Ok, masa dah habis. Jawapannya adalah orang perempuan.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011