Hari ini aku gi kenduri sepupu aku yang bertunang pada hari ini. So, secara rasminya petang tadi dia dah jadi tunang orang. Dan mungkin bernikah pada tahun ini juga. Aku ucapkan tahniah pada Huda sebab dah bertunang. Umur dia sebaya dengan aku. Masa kecik dulu, selalu gak main kejar-kejar dan mandi sungai sama-sama. Sekarang..Huda dah bertunang. Aku? Belum bertunang. Tak apa, dia memang patut pun kahwin. Usia 28 tahun ni, orang kata senang dapat title anak dara tua kalau masih belum berkahwin.
Kesian pula aku fikir bila asal perempuan dah penghujung 20an ni disandarkan pada gelaran sebegitu rupa. Apa pula perasaan perempuan bila ada kawan beliau sendiri kata macam tu? Walaupun dengan nada bergurau, tapi aku tak rasa benda macam tu patut dibuat lawak. Fikir sikit. Kadang-kadang, ada perkataan kita tu walaupun dikatakan dengan perkataan yang kelakar, mungkin kurang sesuai dengan keadaan. Aku bukan kata tak bagus jadi diri sendiri yang jujur dan lantang bersuara, tetapi agak-agaklah. Kalau kena kat keluarga sendiri, kena kat kaum kerabat sendiri atau diri sendiri, barulah terasa yang cili tu pedas rasanya..
Aku tiba rumah lewat petang. Badan penat. Mata mengantuk. Tak ada selera makan. Lepas maghrib, terus aku tewas dikatil empuk aku tu. Bangun, dalam kul 3 pagi. Isyak pun kul 3 setengah. Jangan tiru perangai lelaki kacak ni. Tak berapa kacak bab jaga solat. Kena lebih berusaha untuk jadi lelaki kacak yang lebih beriman dan disayangi para malaikat. Huhu..

Aku baru aje dapat bayaran dari program TNX. Tak banyak. Tapi kira bolehlah dari tak dapat apa-apa pun kan? Income TNX aku makin lama makin teruk. Kena banyak buat ubahsuai dari segi strategi kalau masih mahu maintain dapat duit dari program Tnx ini. Sasaran aku untuk dapat bayaran sebanyak 100 kali dari TNX masih belum tercapai. Aku harap aku akan capai sasaran tersebut sebelum tahun 2012 ini berakhir. Hoho..

Terima kasih sekali lagi siapa yang undi blog kacak ini dalam World Blogger and Social Media Awards 2012. Ini kali pertama aku masuk awards ni. Untuk kategori Upcoming Blogger of The Year. Ada pula pencabar yang cukup sukar untuk dikalahkan. Walaupun undi-undi ini cuma menyumbang 50% sahaja dari segi permarkahan, tapi 50% itu cukup besar untuk mempengaruhi keputusan juri. Tetapi tak kisahlah. Janji aku nak orang Malaysia yang menang kategori tu. Jangan bagi negara lain yang menang. Kalau korang nak aku menang, sila undi blog kacak aku itu. Hehe..
Ps: Serius, aku masih mengantuk pada saat dan tika ini.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















