Archive for the 'TNX' Category


Aku ada kerja jap lagi. Ni pun tengah lepak rumah member. Jadi, sempena ada masa yang terluang sikit ni, aku just nak share satu lagi bayaran yang aku terima dari TNX. Program ni aku rasa korang dah tahu sangat kan? Dah banyak kali aku cerita. Target aku, dapat bayaran kali ke 100. Lepas tu, aku rasa macam dah capai satu target yang aku rasa memang susah aku nak capai ketika aku mula-mula kenal TNX.

Yela, masa aku kenal TNX dulu. Dengan tak faham englishnya, dengan cakap englishnya berterabur, nak karang artikel pun masih buka kamus dwibahasa..dan macam-macam lagi kekangan, akhirnya kini aku dah berjaya maintain dapat duit dari TNX setiap bulan. Bukan aku nak bangga dengan ketahanan dan kekacakan tulang ketiak aku mahupun bulu ketiak aku tu, cuma aku nak beritahu korang satu perkara. Memang ada banyak benda yang mustahil kita hendak atau mahukan didunia ini. Tapi masih ada banyak lagi benda yang tak mustahil untuk kita capai selagi ada kemahuan dan kehendak. Selagi kita tak putus asa, selagi itulah impian dan target kita masih boleh dicapai.

559593 453218224704044 100000476123832 1864740 464815116 n Komisen ke 92 dari TNX


Okeh. Aku ada kerja. Kalau aku rajin, aku akan update senarai peserta untuk Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. Dah lama aku tak update kan? Sampai ada orang kata aku senyap sekejap aje. Tak. Tak. Aku lihat ramai yang sempat menyelit dan buat artikel berbau SEO dalam artikel masing-masing. Jadi, aku tak rasa cabaran ini senyap serta-merta. Aku lihat ada unsur-unsur dalam artikel korang yang mahukan RM500 tu untuk jadi habuan penat-menat korang tu. Betul tak? Aku tahu, semua orang mahu menang kan? Tapi, aku cuma boleh pilih 7 orang pemenang sahaja. Kalau banyak-banyak, dah macam bagi hadiah pula. Hoho..

Ps: Serius, 2 hari aku tidur lewat. Baru semalam baru dapat tidur mati. Alhamdulillah, aku masih hidup dan masih mampu untuk menikmati nikmat tidur.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dah makin dekat dahh untuk sasaran tahun 2012 ni. Aku harap dapat bayaran ke 100 dalam tahun ini jika tak ada aral berlaku. Dan mungkin aku kena usaha sesuatu agar bayaran ke 100 dapat dipercepatkan sebelum habis tahun ini. Memandangkan aku sangat super sibuk dalam tahun ini, aku rasa aku kena buat sesuatu untuk mencapai sasaran ini. Tak boleh biar dan tengok aje. Kena modify something, barulah aku nampak sasaran ini boleh dicapai dalam masa yang aku mahukan.

Benar, earning TNX aku dah tak banyak macam dulu. INi berikutan yang tak banyak iklan yang aku dapat setiap hari dan aku sangat berterima kasih kepada semua downline aku yang turut menyumbang sedikit point setiap hari untuk membantu aku kumpul point setiap hari.

522832 424359134256620 100000476123832 1775655 47635642 n Komisen ke 91 dari TNX


Memang dah tak sama macam dulu. Korang pun aku rasa macam dah susah sikit buat duit dengan benda ini melainkan korang terus membuat semua tips yang ada dalam Panduan TNX yang aku tulis tu. Walaupun aku dah jarang apply semua cara yang aku tulis, tapi berkat usaha aku dulu, aku tetap berjaya dapat duit dari TNX setiap bulan. Betullah orang kata, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku dah rasa kemanisan bila bersakit dan bersusah payah dari awal. Sekarang, tunggu aje. Tapi kalau aku nak dapat lebih, aku kena bersakit-sakit semula. Hoho..

Kepada yang masih gagal buat duit dengan TNX, bagi aku itu adalah perkara normal. Sedangkan aku sendiri berbulan-bulan mencuba barulah berjaya dapat income yang baik dari program ini. Takdenya lepas korang beli Panduan TNX tu, bulan depan korang dah boleh dapat beratus-ratus dollar dari program ini. Aku sendiri muladengan 5 dollar, naik ke 10 dollar..naik ke 20 dollar..naik ke 100 dollar..dan kini, jatuh balik ke 10-20 dollar setiap bulan. Kalau tak maintain, memang susah nak buat duit dengan program macam ini.

Ok. Itu sahaja nasihat dari aku.

557601 424361574256376 100000476123832 1775660 1490425725 n Komisen ke 91 dari TNX


Ps: Mak aku masak lala hari ini. Fuhh, mesti sedap macam biasa..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Esok aku ada banyak benda yang kena siapkan. Jadi, aku nak beradu dulu. Siapa yang mahu temankan? Orang lelaki tak boleh aa. Gadis-gadis sahaja. Haha..

Ok. Aku dah transfer dan buat bayaran bagi mereka yang dah bagi no akaun bank kat aku untuk sebahagian besar 15 orang blogger kacak semalam. Terutamanya bagi yang bagi akaun Maybank. Untuk CIMB, paypal atau bayaran melalui topup Maxis atau Celcom, aku akan usahakan secepat mungkin. Buku yang korang menang tu, akan dapat dalam 1-2 minggu ini. Aku tak berani bagi jaminan esok akan sampai. Jadi, sila tunggu dengan kacaknya.

424547 406089672750233 100000476123832 1714747 1363837635 n Komisen ke 90 dari TNX


Ini pula bayaran terkini yang aku dapat dari program TNX. Tak banyak. Aku keluarkan sebab nak bayar 2 bijik domain yang kena renew. Maklumlah, duit paypal aku memang cepat habis. Jadi, kena topup melalui TNX. TNX biasanya akan bayar kita dalam 1-7 hari selepas kita request. Paling cepat aku pernah dapat dalam 24 jam. Paling lambat, mahu dekat 2 minggu. Tapi aku tak ada masalah dengan TNX. Setakat ini, mereka kekal kacak membayar aku tanpa gagal.

Tak lama lagi, akan tercapai juga salah satu misi aku bersama TNX. 100 kali bayaran dari TNX bakal tercapai. Doakan aku berjaya capai sebelum TNX ni bungkus. Aku harap, diorang tak bungkus. Bagilah peluang kat aku untuk capai impian aku tu. Hoho..

Ps: Sharizat berundur ke memang tempoh dia jadi senator tu dah nak habis??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Ini ringka punya update. Aku masih tak berapa sehat lagi. Just nak update sikit bayaran terkini dari program TNX. Mungkin tak lama lagi leh la aku capai 100 kali bayaran dari TNX. Hehe..

paymentterbarutnx Komisen ke 89 dari TNX


Ok. Ini bayaran yang aku dapat walaupun aku masih demam. Oklah sikit waalaupun tak banyak sangat. Tapi bolehlah buat korang jeles sikit kan?

TNX ni dah makin sikit bagi aku point setiap bulan. AKu pun kekadang hilang punca macam mana nak upkan balik earning TNX aku ni. Bukan tak boleh, masalahnya aku memang tengah malas sekarang ni. Jadi, income yang aku dapat ni kiranya setimpallah dengan usaha aku setiap bulan tu.

Ok. Nak mandi. Babai..

Ps: Lapar, ngantuk. Pening. Semua ada. Bergabung. Meletup!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011