Archive for the 'TNX Knight' Category


Tak banyak yang aku hendak update pada hari ini sebab aku sangat sibuk pada minggu ini. Cuma hendak kongsikan komisen ke 54 yang aku dapat dari program TNX yang aku selalu promosikan tanpa henti ini. Ya, aku tahu sudah selalu sangat aku sentuh tentang program TNX dalam blog-blog aku. Jadi, aku harap makin ramai orang dan blogger mampu buat duit dengan TNX pada masa yang akan datang. Begitu juga dengan pihak TNX, aku harap mereka tetap gagah untuk menerajui dunia jual beli link untuk manfaat kami bersama. Hehe..

Ini bayaran komisen ke 54 dari TNX. Aku akui ianya tidak banyak. Tetapi aku tahu ianya satu jumlah yang besar bagi mereka yang tidak pernah dapat satu dollar pun dari internet ini. Dan aku bersyukur kerana aku masih berjaya buat duit dengan TNX. Alhamdulillah..

tnxpaymentjune 300x131 Komisen ke 54 dari TNX


Tips untuk mereka yang hendak buat duit melalui TNX. Korang boleh geledah semua artikel tentang TNX yang aku tulis dalam blog ini. Semuanya aku sudah cerita dan korang mungkin boleh tangkap hint-hint tersembunyi yang aku terbocorkan kepada korang yang ada dalam Panduan TNX 2.0 aku tu. Aku harap Panduan TNX yang aku buat itu dapat membantu segelintir blogger yang memilikinya. Jika ada yang tak faham, jangan malu-malu bertanya di forum rahsia tu. JIka segan, boleh PM atau email aku untuk bertanya sebarang soalan berkaitan dengan TNX.

Boleh daftar TNX di sini >> TNX.net

Jika korang pernah gagal dengan Nuffnang. Tak dapat satu sen pun dari Nuffnang, cubalah TNX. Jika korang gagal dengan Google Adsense. Cubalah pula dengan TNX. Jika korang gagal untuk menjual e-book, korang juga boleh cuba TNX. Jika korang sudah putus asa dengan program affiliate seperti Clickbank, Amazon, Comission Junction dan sebagainya. Korang juga boleh cuba TNX. Untuk menyertainya adalah percuma. Apa yang korang perlukan, sediakan blog yang diperlukan untuk buat duit dengan TNX. Itu sahaja.

Ps: Hidung tersumbat. Memang rasa tak best hari ini..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Errr..susah sangat ke nak wat duit dengan TNX ni??

Mungkin itu soalan yang bermain difikiran sesetengah orang bila melihat aku selalu mendapat bayaran daripada program TNX setiap bulan. Selalunya 2-3 payment aku akan dapat bergantung pada keperluan duit paypal yang aku perlukan untuk membeli barang digital atau keperluan lain yang memerlukan aku untuk buat request di akaun TNX aku. SEbab biasanya dalam tempoh 3-4 hari, duit yang aku request tu akan dibayar ke akaun paypal aku. Agak cepat dan aku suka dengan apa yang dilakukan oleh TNX. Sekurang-kurangnya, program ini sudah membayar kepada aku sejak 3 tahun yang lepas. Ok apa, kan?

tnxpaymentjune2010 300x128 Komisen ke 52 dari TNX


Salah satu faktor yang membuatkan orang rasa susah nak buat duit dengan TNX ni  adalah fokus mereka ketika membuat artikel untuk blog-blog mereka. Itu aku sendiri tidak nafikan kerana aku sendiri ambil masa untuk membiasakan diri membuat artikel di blog aku. Pendek cerita, ini merupakan masalah universal untuk semua penulis blog. Jangan tak tahu yang penulis blog juga kadang-kadang mengalami masalah ini tak kiralah mereka itu penulis blog sepenuh masaa atau penulis blog separuh masa. Ini masalah yang sering dihadapi. Jadi, bagaimana cara untuk menyelesaikannya?

Senang! Kita buat juga artikel itu. Semuanya datang dari kita juga. Kita mahu atau tidak. Kalau tak mahu, memang sampai kiamat takkan siap 1 artikel pendek pun. Lagipun, tidaklah sukar sangat untuk buat artikel. Senang aje. Dengan syarat, korang tahu bagaimana nak menulis artikel yang baik dan mampu menarik orang untuk melekat di blog korang. Benda ni ambil masa dan perlukan kemahiran dan fokus yang berterusan. Insya-Allah, korang akan dapat tunenya bila dah mula. Senangnya, cabar diri korang untuk tulis artikel setiap hari selama 3 bulan. Ini yang aku gelar sebagai ujian menulis blog selama 90 hari. Mampu korang lakukan? Jika korang berjaya buat, aku yakin selepas itu, korang takkan ada masalah untuk menulis artikel setiap hari.

Dah. Boleh cuba program TNX sekarang dahhh.. >> TNX.net

Ps: Korang yakin sekarang nak buat duit dengan TNX? icon smile Komisen ke 52 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hidup memang menderita. Ada masa kita perlu sengsara. icon smile Kerja kerja yang tertangguh..

Ada orang kata, kalau kita buat kerja bertangguh, memang banyak perkara yang kita nak buat akan tak berapa nak jadi. Maksudnya, kerja-kerja kita tu tak berapa sempurna dan mungkin tak menepati apa yang kita mahukan. Mungkin juga ianya tak memenuhi ciri-ciri yang menghampiri kesempurnaan.

Aku akui perkara itu dan aku terpaksa beritahu yang ada beberapa kerja review yang terpaksa aku tangguhkan. Adalah dalam 6 tugasan untuk membuat review yang tertangguh-tangguh. Aku tak mahu buat review dalam keadaan tergesa-gesa dan ada beberapa tools dekat komputer tempat kerja aku ni yang tak ada. Biasanya aku gunakan laptop aku, tapi hari ini aku gunakan komputer ditempat kerja aku untuk menaip artikel. Rasa macam dah lama tak menulis kat blog nih. Walhal, baru aje aku tulis hari itu..

wiseofshikamaru 300x225 Kerja kerja yang tertangguh..


Sejujurnya aku sendiri tak suka orang buat kerja bertangguh ni. Tapi aku sendiri pun dah bertangguh-tangguh disebabkan oleh pelbagai faktor yang sukar untuk aku jelaskan kepada korang atau kepada diri aku sendiri. Aku rasa masih banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari dalam pengurusan masa. Kalau bab nak urus masa ni pun kantoi, memang susah nak buat dua-tiga jenis pekerjaan dalam satu hari. Seharusnya aku buat sesuatu untuk mengubah jadual aku yang kekadang haru-biru ini. Ada sebarang cadangan dari korang untuk aku?

Oklah, tak ada apa-apa yang penting dan aku akan cuba udpate secepat mungkin termasuklah tentang komisen affiliate Panduan TNX 2.0, draft Panduan TNX 3.0 dan juga pada panduan terbaru yang akan keluar tak lama lagi. Satu panduan berbayar dan satu lagi panduan percuma. Insya-Allah jika dipermudahkan oleh Allah..

Ps: Dalam cerita Naruto, selain Naruto, Kakashi dan Jiraiya. Watak Shikamaru merupakan watak yang aku rasa tak patut tak ada dalam cerita Naruto. Tanpa Shikamaru, aku rasa cerita Naruto takkan best..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku lari ke Jerantut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang sepatutnya aku setelkan minggu lepas, aku mahu update satu lagi bayaran komisen yang aku terima dari program TNX. Ya, ini mungkin komisen pertama yang aku terima dari TNX untuk bulan Mei ini. Tak banyak, tapi cukuplah untuk bayar domain-domain yang patut aku renew nih..Banyak gak domain yang kena renew dalam bulan ni dan bulan depan. Bayar ajelah selagi untung masih mengatasi modal..

tnxpayment51 300x134 Komisen ke 51 dari TNX


Aku sangat bersyukur kerana program ini masih mampu memberikan sedikit pulangan yang aku rasa sangat lumayan. Aku ada satu plan untuk mendapatkan RM1000 daripada program TNX ini. Ini bermaksud aku kena dapatkan dalam 340usd dalam tempoh 1 bulan. Itu sudah cukup untuk aku dapat dalam lebih RM1000. Tapi untuk dapat angka itu aku terpaksa menggandakan usaha aku. Jika ianya berjaya, memang mudah-mudah aku dapat dalam 1 ribu untuk 1 bulan dari TNX sahaja. Aku sedang cuba untuk laksanan projek RM1000 bersama TNX ini dalam bulan Jun hingga bulan September. Aku harap dalam tempoh 3 bulan itu aku akan dapat capai matlamat kecil ini.  Berikan aku sokongan tak kiralah dari segi moral ataupun kutukan membina untuk membantu aku capai target yang tak seberapa aje..

Ok. Itu projek kecil yang masih dalam plan. Dan aku sedang merangka strategi untuk mencapai plan tersebut. Plan 100 dollar atau RM300 untuk 1 bulan sudah pun berjaya. Jadi, aku patut proceed ke peringkat yang seterusnya. Hoho..satu lagi. Jika ada yang ragu-ragu bagaimana aku dapat capai plan 100 dollar itu, korang boleh tanya aku terutamanya kepada semua pembeli Panduan TNX 2.0. Aku akan jawab dan cerita apa yang aku buat berdasarkan pengalaman aku. Dan rasanya ramai yang dah tahu dan dapat tangkap point-point penting yang aku cuba sampaikan melalui panduan tersebut. Apa yang penting, usaha dengan plan yang terperinci. Untuk TNX ini, tak perlu tergesa-gesa. Biar lambat, asalkan kita tahu apa yang kita buat, kita tahu flow program TNX ini dan kita tahu kelebihan dan kelemahan kita untuk buat duit dengan TNX ini. Itu sahaja. Selebihnya, usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, ada keputusan yang menggembirakan untuk kita nanti.

Ps: Untuk dapat 2000-4000 point sehari dalam TNX, ianya tidak mudah. Tetapi ianya akan jadi mudah, jika korang tahu cara dan triknya. Bendanya simple. Gunakan konsep duplikasi. Bukan duplikasi yang biasa-biasa tu, tapi gunakan duplikasi yang smart.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011