Archive for the 'titan' Category


Sejak semalam, aku rasa badan aku tak berapa nak sihat. Lemah semacam. Gi jalan sikit, pening. Bila baring, jadi lega. Gi jalan sana, penat. Mengah. Tapi bila baring, boleh pula terlelap. Jadi, mahu tak mahu, aku kena layankan juga untuk lelap. Tapi bila lelap, kekadang terbabas jauh. Itu yang aku tak suka. Maklumlah, aku ada perangai macam nobita. Kat mana-mana sahaja, aku boleh tertidur. Gayanya lebih kurang macam dalam cerita Doraemon. Baring aje, tak sampai berapa minit. Terus tertidur..

lelakikacaktidur Perangai macam Nobita.


Jadi, kalau aku tak berjalan ke blog korang, dan komen kacak-kacak kat blog korang. Faham-faham ajelah mengapa ye. Kalau tak ada artikel kacak dalam 2-3 hari ini, korang faham-fahamlah aje ye. Kalau tak ada gambar-gambar kacak yang menghiasi blog aku ni. Korang pun faham-faham ajelah ye.

Aku tengah atur semula badan aku supaya tidur pada waktu malam dan berjaga pada waktu siang. Tak berapa baik bila malam berjaga, siang pun kebanyakkan terpaksa berjaya. Yela, waktu siang kena kerja. Takkan waktu kerja nak tdo walaupun pada sebelah malamnya aku kerja. Jadi, terpaksalah aku buat sesuatu dan akibatya, aku kena tidur untuk adjust badan ni. Aku pernah buat benda ni dulu. Ambil masa juga beberapa hari, baru leh masuk semula rutin yang aku mahukan. Susah, tapi aku pernah cuba. Jadi, takdelah rasa susah sangat. Haha..

Ps: Oklah, aku mahu tidur. Siapa mahu temankan lelaki kacak tidur? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Malam ini, aku nak kongsikan satu lagi video yang agak kacak untuk tatapan korang sebelum korang masuk tidur. Aku rasa aku perlu kenalkan lagi kepada korang seorang lelaki kacak yang aku akui selama aku bekecimpung dalam arena tulis blog sejak 4-5 tahun dulu.

Mat Luthfi. Mamat ni aku iktiraf dia kacak. Hampir semua video dia aku suka tonton. Yang baik, aku ambil. Yang tak berapa kacak, aku malas ambil kisah. Dia bukan sahaja kacak, dia juga pandai buat kelakar. Kebanyakan lelaki kacak, pandai buat kelakar. Sebab itu, ramai gadis comel-comel suka lelaki kacak yang kelakar. Betul tak?



Isu dalam video ni, dah terjadi dalam kehidupan kita. Ini bukan tentang isu nak bom helikopter ataupun isu nak bakar bendera Malaysia. Ini isu biasa yang selalu timbul tetapi ramai orang kita yang tidak ambil kisah pun. Aku tahu korang tak kisah, tapi kalau ambil tahu tentang isu ini, ada banyak perkara yang kita boleh belajar dan perbaiki. Mana tahu, ada dikalangan blogger nanti yang bakal jadi perdana menteri?

Aku dengar perempuan tu cakap ” Ni Lee Chong Wei mana plak..”

Ke, aku salah dengar. Hehe..

Ok. Aku nak layan MU plak. Ada game malam ini.

Ps: Terima kasih pada mereka yang undi blog kacak aku tu. Korang memang kacak.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Sempena hari Ahad yang santai ini. Aku tak nak buat artikel panjang-panjang. Nanti korang bosan pula. Jadi, hari ini. Aku terus masuk ke tajuk utama. Aku perlukan korang untuk buang undi untuk membantu blog ini dapat menang untuk kategori Upcoming Blogger of The Year dalam World Blogger Social Media Awards 2012. Aku tak paksa. Tapi kalau ada yang undi, aku ucapkan terima kasih. Aku takkan bagi kain batik atau kain pelikat jika korang undi dan sokong blog Earncent aku ni. Aku takkan bagi RM100 jika korang undi blog kacak ini. Tapi jika korang undi, sekali lagi, aku ucapkan terima kasih.

Macam mana nak undi?

1. Pergi ke laman ini : World Blogger and Social Media Awards 2012
2. Kalau korang klik link diatas, akan terus ke blog aku.
3. Sebelum korang boleh undi, korang kena isi borang pendaftaran.
4. Klik ke kategori Upcoming Blogger of The year.
5. Cari blog earncent yang kacak tu.
6. Klik vote.
7. Habis cerita.

undiearncent Undi blog lelaki kacak ini.


Ya. Nampak agak menyusahkan kan? Kena daftar dulu. Baru boleh vote. Tapi nak buat macam mana, dah itu peraturannya. Kenalah ikut kan? Aku join benda ni pun saja-saja aje. Tapi ada juga berharap untuk menang sekurangnya 1 kategori. Kategori satu lagi, biarlah aku rahsiakan. Ada sesetengah orang dah tahu. Ada yang tak tahu. Yang dah tahu, diam-diam sahaja ye. Ada sebab aku rahsiakan tentang blog itu.

Kalau korang pun berkenan nak sertai Awards ini, korang boleh submit link blog korang. Tapi jangan lupa untuk undi aku. Haha. Ramai juga yang dah sertai Awards ini. Bagus, bagi ramaikan lagi blog kita kat sana. Asyik tengok blogger bangsa lain sahaja yang menang. Biarlah kali ini ada banyak blogger Melayu yang menang. Hehe..

Ps: Itu sahaja untuk pagi Ahad yang nyaman ini. Semoga hari-hari korang akan kekal kacak seperti biasa.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Entri ringkas. Salah seorang lelaki kacak seperti aku sudah dijual. Sudah sold out. Tahniah kepada Farah Lee kerana berjaya menjadi pemenang dalam hati-hati kacak Ally Iskandar. Dalam drama korea The Brain. Hati manusia sebenarnya adalah OTAK. Jadi, ini juga bermaksud, otak Ally Iskandar juga sudah dimiliki oleh Farah Lee. Dengan 2 kali lafaz di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Ally Iskandar sudah jadi suami orang. Dan menangislah gadis-gadis comel di seluruh Malaya.

farahlee Lelaki kacak ini sudah sold out.

allyiskandar Lelaki kacak ini sudah sold out.


Ally Iskandar. Lelaki kacak. Pengacara tv yang disukai ramai. Muka bayi. Jejaka handsome di kaca tv. Lelaki budiman Malaya dan macam-macam lagi. Tahniah pada beliau. Aku tahu, sukar untuk jadi lelaki kacak. Aku faham dan aku cukup memahami penderitaan dan kesengsaraan menjadi lelaki kacak.  Susah nak puaskan hati semua orang.

#Isteri Ally Iskandar ialah Farah Lee. Bukan FarahAznil. Jangan buat-buat keliru.

Ps: Bila ada lelaki kacak sudah kahwin, aku pasti gembira.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011