Archive for the 'titan' Category


Ya. Entri kali ini berkaitan juga dengan artikel semalam. Ala, artikel bekas awek-awek masa aku belajar kat UMS dulu. Ya, ada orang yang teka betul mereka berasal dari kumpulan mana. Ya, mereka merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi yang berasal dari Jepun. Nama kumpulan tersebut adalah Morning Musume. Video yang aku tunjuk dibawah ni adalah generasi terawal yang berjaya meletup pada tahun 2003-2004. Masa nilah aku masih belajar di UMS dan pada waktu itulah aku kenal Morning Musume. Untuk group ni, mereka generasi Sakuragumi Hatsukouen.

Tak, tak. Perkara sebenarnya adalah aku tahu tentang mereka melalui geng-geng Kolej Kediaman E di UMS. Masa tu aku masih duduk dalam. Tapi bilik paling gila masa tu adalah Blok B2 bilik 1.1.3. Sampai aku sendiri selalu terlajak masuk bilik sendiri. Kadang-kadang, aku terlajak satu tingkat. Kekadang, aku terlajak 2 tingkat. Nak masuk bilik sendiri pun sesat. Dan bilik aku masa tu memang bising gila. 3 ketiga-tiga katil dalam bilik aku pecah sebab selalu dikerumuni oleh budak-budak gila dalam floor tu. Selalu lepak bilik aku sebab waktu awal-awal dulu, cuma beberapa orang sahaja yang ada komputer kat bilik. Jadi, bilik aku jadi mangsa untuk tengok filem dan animasi termasuklah animasi One Piece dan Naruto yang sedang popular ketika itu. Filem Full House juga menjadi tonton warga kolej kerana bosan bila belajar tengah malam. Jangan terkejutlah kalau ada suara tak berapa sedap yang melalak tengah malam sampai budak bawah bilik aku terpaksa naik untuk marah kita orang. Haha..yang paling teruk, akulah yang agak skema sikit. Nak study pun susah. Nak tidur pun susah. Bila tiga-tiga katil dah ramai orang, macam mana aku nak tidur? Kadang-kadang, aku terpaksa rembat katil member lain untuk tidur. Hampeh tol..

Sakura Mankai dan Renai Revolution 21





Dua video ini antara favourite. Tengok banyak kali pun tak apa. Ya, aku tahu korang mesti tak suka. Mentang-mentang gadis-gadis comel dalam Morning Musume ni comel belaka, mesti ada yang fikir bukan-bukan. Tapi aku nak beritahu kat korang, Morning Musume nilah yang paling famous dikalangan warga kolej ketika itu. Tapi tak semualah. Budak baik-baik dan skema, tak layan benda ni semua. Semua layan cerita Full House aje. Sampai ada yang riak sebab dah tonton filem Full House berpuluh kali. Itupun mahu berlagak ke? Haha..

Jadi, kepada korang yang juga peminat Morning Musume. Aku rasa korang kenal siapa Niigaki Risa dan Takahashi Ai bukan? Ya, semua anggota lama Morning Musume dah graduate. Yang belum dan yang tinggal cumalah Niigaki Risa. Yang jadi awek aku tu. Haa..untuk generasi ke 10 Morning Musume, Niigaki Risa saja yang masih tinggal. Rata-rata ahli baru, baru aje direkrut pada tahun 2010 dan 2011. So, kiranya Niigaki Risa inilah yang kiranya macam ketua walaupun dia tidaklah setinggi mana. Pukul rata, hampir kesemua tinggi ahli kumpulan Morning Musume ni rendah belaka. Dari 150-165cm sahaja. Kalau aku menari bersama diorang, kiranya aku agak tinggi sikitlah. Haha..

Aku tak leh bayang kalau aku menari bersama mereka untuk lagu Renai Revolution atau Sakura Mankai ni. Tapi 2 lagu inilah yang paling aku suka berbanding lagu-lagu yang lain. Lagu Sexy Boy pun ok gak. Tapi lagu ni, orang perempuan mesti tak suka. Lagi-lagi kalau farah dengan Adele. Cik Liza pun mungkin tak suka juga agaknya. Haha..tapi aku tahu, ramai lelaki kacak suka tengok dan layan Morning Musume ni kan? Haa, jangan tak mengaku plakk ye..

Bagi aku Morning Musume lebih hebat dari mana-mana group K-pop. Dan bila Morning Musume ni muncul, barulah nampak group baru dari Korea plak muncul macam cendawan. Budak-budak k-Pop mesti berbulu dengan statement aku ni. Haha..

Ps: Ok, aku dah beli kacang. Malam ni nak bersorak untuk Harimau Malaya yang akan menentang Bahrain buat kali kedua dalam kelayakan ke Piala Dunia. Kena menang malam ni. Pukul 11 lebih pun tak apa. Janji aku sokong.  Lagipun, esok cuti kan? Apa barang tidur awal..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku tutup Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah, aku nak beritahu yang korang still boleh hantar penyertaan sebelum 12 tengah hari 1 Februari 2012. Selepas 12.01 pm, sebarang penyertaan tidak akan dilayan walaupun korang gadis yang seksi ataupun lelaki kacak. Harap maklum.

Apapun, aku cuma nak tanya korang tentang satu benda ni. Tentang Skim Sara 1Malaysia atau nama panjangnya, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia. Apa yang korang rasa tentang skim yang aku rasa macam ada bau-bab bacang macam DailyPro atau Studiotraffic ni? Ada iras-iras Swisscash, ABBfund, Fical dan lain-lain tak? Cuma bezanya dengan program ni, ianya buah tangan dari kerajaan yang mahu membantu golongan berpendapatan rendah. Yang kaya-kaya tak boleh join Skim SARA 1Malaysia ni.

418783 373065572719310 100000476123832 1621301 287201565 n Skim SARA 1Malaysia vs Swisscash


Apa yang aku musykil, masih tak ada lagi pendapat atau hujah dari ustaz ataupun mufti tentang isu ini. Sebab apa yang aku tahu, kita tak leh terima atau join pelaburan yang keuntungannya sudah ditetapkan setiap bulan. Sebab tu juga ASB ada yang kata harus sebab keuntungannya tak tetap setiap tahun. Mungkin benda ni masih dalam perbincangan dipihak mereka. Benda ni haruskah? haramkah atau bagaimana? Mufti negeri-negeri macam mana pula? Kalau ASB tu ada yang kata ini haram dan ada yang kata ini harus. Jadi, ada yang berpegang pada hukum yang haram dan ada yang berpegang pada hukum yang harus. Tapi bagaimana pula situasinya dengan SARA 1Malaysia?

Dengan Skim SARA 1Malaysia ni, korang boleh melabur RM5000 dan dapat RM134 setiap bulan. Kalau tak sentuh selama 5 tahun, korang berjaya kumpul Rm13000. Memang banyak tu. Dah boleh kahwin tu. Tapi kalau golongan berpendapatan rendah ni takde RM5 ribu tu macam mana pula? Ehh, boleh juga sertai program Skim SARA 1Malaysia ni. Tapi bagaimana?

418817 373060992719768 100000476123832 1621276 1336895314 n Skim SARA 1Malaysia vs Swisscash


Korang boleh buat pinjaman sebanyak RM5000 dari bank-bank yang dibenarkan macam Maybank dan CIMB. Dan bulan-bulan, korang kena bayar RM80 pada pihak bank dan RM50 sahaja keuntungan yang korang dapat.  Haa, itu yang aku dapat faham tentang benda ni. Jadi, aku tak tahu nak kata apa sebab aku masih belum pasti lagi kedudukan Skim ini walaupun ianya dibawa khas dari kerajaan. Cuma aku tetap nak tahu pelaburan ini pelaburan apa, apa mufti kata, apa ustaz-ustaz kata dan apa hukum join benda ni. Agak-agak, Ustaz Harun Din, Ustaz Don dan Ustaz Azhar kata apa agaknya tentang Skim SARA 1Malaysia ni??

Bila aku teringatkan zaman kegemilangan Swisscash. Perbezaaan antara Swisscash dan Skim SARA 1Malaysia yang ketara. Swisscash takde lesen nak kutip duit dari kita. Tapi SARA 1Malaysia ada lesen. Dan SARA 1Malaysia takde sistem affiliate atau sistem pairing. Tapi Swisscash ada. Aku risau kalau ada bank tempatan atau koperasi atau mana-mana group yang akan buat skim yang sama dengan Skim SARA 1Malaysia kerana sudah ada yang jadi perintis.

Aku dah nampak banyak blog cari trafik dengan kata kunci “Download Borang SARA 1Malaysia

Jadi, siapa yang nak trafik yang akan panas sepanjang tahun ni. Sila buat 2-3 siri artikel berkaitan dengan SARA 1Malaysia dan juga main keyword panas yang menjadi carian rakyat Malaysia. Untuk tips cari trafik dan permainan keyword ni, korang boleh baca artikel yang MamaMurai tulis tentang cara nak dapatkan trafik.

Ps: Aku dah pening baca artikel korang semua. Nakal belaka. Menyeksa aku untuk memilih artikel terbaik daripada lebih 30 orang blogger yang kacak-kacak belaka..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak cerita sikit bab-bab pasang iklan kat blog. Ada banyak pandangan samada kita nak letak iklan banyak-banyak dalam blog atau nak letak iklan sikit sahaja dalam blog. Aku tak ada masalah dengan siapa-siapa yang hendak letak iklan dalam blog. Nak letak banyak ke, nak letak sikit ke, nak bagi penuh blog atau website tu dengan iklan ke, aku tak kisah. Dah tu blog korang. Letak ajelah. Dah korang yang bayar duit domain dan hosting. Letak ajelah. Bagi aku, sekali lagi. Tak ada masalah.

Tapi aku nak cerita sikit situasi kalau aku jumpa beberapa blog yang ada iklan ni. Mari baca dengan hati yang tenang. Kacakkan diri anda. Tengok cermin kejap. Ok, jom baca.

1. Kalau blog tu, ada 1-2 iklan sahaja. 1 kat atas, 1 kat tepi sidebar. Nak scroll pun takde rasa berat semacam. Nak tunggu loading pun tak lama. Pejam mata. Buka mata, dah nampak semua. Haa, blog macam ni, aku suka baca. Lagi-lagi kalau apa yang blogger tu tulis menarik untuk dibaca. TAPI, kalau blog cantik, tetapi artikel macam hampeh, penuh dengan gambar seksi sana-sini..dan penuh umpat sana, umpat sini. Gosip artis tu, gosip menteri ni. Ok, aku datang sekali ni je. Lepas ni, memang tak masuk dah blog tu. Bukan apa, blog macam ni, terlalu menyeksakan.

409489 369454179747116 100000476123832 1611163 1413335814 n Iklan banyak, iklan sikit.


2. Kalau blog tu, penuh dengan artikel yang menarik. Iklan ada 1-2 sahaja atau tak ada langsung. Nampak tenang aje bila masuk blog tu. Tak ada lagu yang memekakkan telinga. Tak pasang radio online. Tak ada peperangan. Ok. Selalunya blog macam ni, aku akan lepak dan baca walaupun apa yang dia tulis tentang kucing dia baru pergi mengoret kucing jiran sebelah. Tak perlu nak gosip pasal artis penyanyi menteri sana-sini. Cerita pasal kucing pun, leh dapat lebih dari 30 ribu tau? Tak caya? Aku ada cerita seorang blogger kacak yang buat duit dengan menconteng sahaja. Ingat tak?

3. Kalau blog tu, isi biasa aje. Kekadang, copy blog sana-sini. Kekadang cedok dari Bernama. Kredit pun kekadang lupa bagi. Theme pula pilih yang menyakitkan jiwa. Banner iklan, tu dia..1,2,3.20 iklan!..fuhh. Berterbangan banner. Yang float ada, yang lemas ada. Yang bersidai pun ada. Ya, ini blog untuk cari duit. Sekali lagi. Aku pangkah.

4. Kalau blog tu blog niche. Blog yang ada tujuannya tersendiri. Cerita pasal satu benda khusus sahaja. Artikel pun bukannya update setiap hari. Trafik jangan ceritalah. Memang takdelah sebanyak blog hiburan. Tapi jangan tak percaya, kalau kita bandingkan dengan blog biasa-biasa, blog niche ni dari nak buat duit, lebih kacak berbanding blog hiburan. Kena masanya, dapat cari orang yang nak beli blog, 5-10 ribu untuk 1 blog niche? Itu normal. Biasanya blog niche ni, kalau letak iklan, mesti letak Adsense. Blog niche yang ada iklan Adsense atau Amazon, kalau dijual. Memang untung gila-gila.

5. Blog yang ada iklan sikit. Tapi tak ada hasil langsung. Serupa macam tak payah letak iklan langsung. Dan tak payah nak beritahu orang, saya tulis blog bukannya nak cari duit. Dah tu, yang ko pi letak iklan tu buat apa? Sekali korang letak iklan kat blog, itu maknanya korang nak duit. Tak yah temberanglah memacam dengan alasan poyo tu. Aku jumpa ramai orang bagi alasan macam ni. Salah ke terus terang yang korang nak cari duit dengan blog korang? Nak duit, buat cara nak duit.

6. Blog yang banyak iklan. Tapi disusun dengan baik. Tak menyusahkan orang. Laju aje bila nak skroll, nak komen pun tak ada masalah. Admin pun kacak macam aku. Tiap-tiap bulan pun asyik dapat duit dari Innity. Banyak kali pula dapat sales dari program affiliate. Tulisannya pun baik. Bukan copy paste dari Bernama atau surat khabar. Percayalah..blog ni akan menggembirakan hati pembacanya dan membuatkan para pembaca terasa diri mereka kacak walaupun dalam blog tu memang banyak iklan dalam blognya. Lagi-lagi kalau tak ada gambar seksi dalam blog macam ni. Aman aje rasa.

7. Ada blog tu, bila kita masuk je blog dia. Bukan iklan sahaja banyak. Tapi keluar pula iklan suruh PAKSA Like. Kalau tak nak like, kena tunggu 10-30 saat. Bila dah like, sekali artikel copy paste memanjang. Ishh, kalau bagus artikelnya, berbaloi juga like sana-sini. Yang paling celaka, masuk aje satu blog ni, keluar iklan suruh like facebook dia. Apa yang celakanya? Tak ada pilihan untuk tunggu 10-30 saat dan tak ada pilihan untuk pangkah features tu. Kalau boleh pangkah, takpe lagi. Kita datang ni nak bagi trafik. Mana tahu, ada iklan berkenan, boleh tolong klik. Nak tak nak, kena like facebook dia, baru leh baca artikel-artikel dalam blog tu. Dan ada yang paling best lagi. Ada satu artikel ni, dia letak satu video. Nak tengok video tu, KENA LIKE juga??? Ko nak kena penyepak? Blog macam ni, sori nak cakap. Aku pangkah aje dan kalau masuk bertanding dalam World Blogger and Media Social Awards 2012, memang aku takkan vote punya. Menyusahkan pembaca dan pelawat dalam banyak perkara.

Dan macam-macam lagi. Ini hanya sebahagian sahaja yang aku nampak dalam perihal iklan-iklan di kebanyakkan blogger di Malaysia. Ada yang letak 1 je iklan. Ada yang letak berbelas iklan. Ada yang letak main timbul-timbul. Ada yang muncul tiba-tiba. Ada yang siap main paksa-paka LIKE lagi.  Memang blogger Malaysia ni ada macam-macam ragamnya.

Ps: Kalau ada yang terasa, buatlah apa yang patut diubah. Tapi kalau korang jenis tak makan saman macam aku, tak payah layan apa yang aku tulis ni. Bukan masuk dalam peperiksaan SPM pun. Nak tulis blog, tak perlu ambil MUET pun.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Jan 26

Soalan nombor 6..

33 comments - Post a comment


Alkisah, ada 2 orang mamat yang tengah bercakap tentang soalan nombor 6 dan baru sahaja selesai menjawab kuiz cepu emas dari cikgu mereka..

backside Soalan nombor 6..


Serius, aku pun pernah terlupa bila jawab soalan masa ujian bulanan atau kuiz yang cikgu bagi. Ingatkan muka surat depan aje, sekali yang kat belakang pun ada juga. Memang hilang gak separuh markah. Nasib baik yang muka surat depan tu semuanya betul. Kalau tak, rugi aku hilang markah.

Ps: Mesti korang ada pengalaman yang serupa kan? Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011