Archive for the 'titan' Category


Satu soalan dari kawan aku yang bekerja sebagai seorang kerani. Dia tanya, masa aku mula-mula menulis blog dulu, macam mana agaknya aku tulis blog aku tu. Dari mana idea dapat ketika menulis blog? Fikir dulu ke atau ada cara-cara tertentu untuk menulis blog tu? Macam mana nak kekalkan momentum untuk terus menulis blog ni? Dan pelbagai lagi. Bukan satu soalan dan ni. INi boleh dikatakan satu set soalan yang menumpukan pada satu tajuk iaitu bagaimana aku menulis artikel di blog-blog aku yang berlambak tu. Ok. Ada caranya. Mudah sahaja.

Bagaimana?

Aku boleh katakan ada banyak cara, siri dan versi yang berbeza. Setiap orang ada caranya yang tersendiri. Tapi aku ada satu teknik yang mampu mengubah korang menjadi seorang blogger yang boleh menulis blog korang sendiri dengan lebih baik pada masa hadapan. Teknik ni aku dah pernah cerita dan kalau korang selalu baca artikel-artikel dalam blog ini, korang pasti dah tahu. Tapi kalau tak tahu dan mungkin korang terlupa, aku ingatkan semula. Ingat tak tentang Ujian menulis blog selama 90 hari tu? Jika masih ingat, korang dah buat belum? Dah praktikkan belum ujian tu? Kalau belum, kas ujian itu, tidat sekarang dan jika korang lepas ujian itu, tidak mustahil untuk korang maintain 10 blog yang berbeza niche dan mempunyai artikel unik yang berlainan setiap hari. Ingat tu, setiap hari. Dan ianya tidak mustahil jika korang sudah berjaya melepasi ujian menulis blog ini.

Mengapa aku berkata demikian? Apa buktinya?

Tak perlu bukti. Cuma aku perlukan korang untuk berfikir. Dalam 90 hari itu, jika korang berjaya menulis satu artikel. Ini bermakna jika korang berjaya maintain untuk tulis setiap hari satu artikel, korang akan ada 90 artikel dalam blog korang selepas itu. Ini juga bermaksud korang berjaya memaksa diri korang untuk buat artikel unik diblog korang dengan jayanya. Dan korang kena tahu, tidak mudah untuk menghasilkan satu artikel yang menarik. Aku yakin antara 90 artikel itu mungkin 30% sahaja artikel unik korang tu betul-betul artikel yang sangat hebat dan mampu menarik perhatian pengunjung dan sekaligus memikat mereka untuk menjadi pembaca setia blog korang. Atas sebab itu juga aku minta korang menulis sendiri artikel tersebut kerana aku mahu artikel korang itu ada nilai-nilainya tersendiri dan ada bau yang pasti memikat pembaca untuk kekal membaca artikel korang setiap hari.

Mahu bukti lagi?

Ok. Ini bukti mudah. Baca semula artikel korang. Tak kiralah yang baru tulis atau yang dah lama tulis bertahun-tahun dulu. Korang tersenyum atau tidak? Ada perasaan pelik tak yang muncul ketika membaca artikel tu? Nampak seninya disitu? Nampak perbezaan disitu? Korang akan nampak betapa teruknya artikel korang ketika awal-awal korang menulis blog dan korang akan mula tersenyum gembira apabila melihat artikel-artikel korang menjadi semakin bermutu. Ditambah lagi, korag sendiri merasakan perkongsian ilmu dalam blog korang itu mampu membantu orang lain sekaligus memikat hati mereka untuk membacanya setiap hari. Malah, ada pembaca yang sentiasa tertunggu-tunggu artikel baru dari blog korang setiap hari. Betul tak? Mesti ada yang perasan kan? Mesti ada yang sedang tersenyum bukan? Jika dulu artikel memang cam tangkap muat, ada yang copy paste, ada yang tulis ikut suka hati mereka, tetapi cuba lihat artikel terkini korang. Ada perubahan bukan? Bukan sahaja disitu, cuba lihat dari segi jumlah komen, jumlah trafik dan ranking dari segi pagerank, compete rank, alexa rank dan sebagainya. Ada perubahan bukan? Dan nilai sentimental yang tersirat dari blog-blog korang tu. Itulah harta korang yang sukar untuk dibeli. Inilah usaha yang korang telah buat selama 90 hari. Walaupun usianya mungkin 3 bulan, tapi ianya adalah hasil kerja korang. Cuba pulak kalau sudah 3 tahun? Apa yang korang akan rasa? Nilai sentimentalnya akan meningkat setiap hari dan andai kata korang dah berkahwin dan ada anak serta mungkin sudah mempunyai cucu, tunjukkan pada mereka. Inilah korang. Inilah salah satu karya terindah yang pernah korang hasilkan.

Cara nak tulis blog plak camana?

Secara mudahnya, ada banyak cara. Tulis artikel tu dalam bentuk sajak, dalam bentuk pantun ada luahkan sahaja apa yang korang mahu tulis. Bagi aku, aku lebih senang untuk tulis sesebuah artikel itu bila aku nak tulis sesuatu. Kalau aku ada bahan untuk tulis sesebuah artikel, itu akan jadi lebih mudah dan jika aku dikehendaki untuk membuat review atau ulasan berbayar, biasanya aku akan cari banyak info dan buat ujikaji sedikit dan tambah sedikit gambar bagi penyeri bagi artikel tersebut. Boleh juga selitkan video dalam artikel korang tu. Malah, jika korang dah terlalu malas, ambil satu gambar, ulas gambar tu. Percaya atau tidak, nak ulas satu gambar pun boleh dapat dekat 500 patah perkataan. Itu belum 2-3 gambar. Kekadang, dari satu video pun, aku leh taip dekat beratus-ratus perkataan. Aku sendiri tak tahu aku dapat mana ilham masa tu. Kalau dah lancar menaip, memang macam-macam aku boleh taip dan biasanya memang kebanyakkan artikel aku tu aku tulis sendiri. Tapi ada gak yang aku copy paste separuh kalau aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. Dan tak lupa, beri kredit kepada tuan punya gambar, tuan punya video ke apa ke. Itu benda wajib yang perlu kita tahu dan jika terlupa, pepandailah cover lepas tu. Jangan biar lepas aje benda-benda tu. Haa, lebih kurang ginilah nak tulis blog. Ada banyak cara. Ada yang cincai, ada yang smart dan ada juga yang caca merba. Benda ni subjektif. Jadi pasti ada kelebihan dan kekurangan bagi setiap cara nak tulis artikel diblog masing-masing. Betul tak?

Jadi, konklusinya korang sendiri kena fikir. Korang nak apa sebenarnya, kalau nak tulis artikel kat blog ni, apa yang korang cuba sampaikan dan apa yang korang mahu pembaca lihat? Pendek kata, luahkan sahaja. Insya-Allah, ada yang terpikat dengan gaya penulisan korang yang unik itu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Lagi beberapa jam aku akan pulang ke Damak. Yang pastinya aku akan singgah ke Jerantu. Nak cari kasut aku yang tertinggal masa main futsal hari tu. Hampeh betul. Sudahlah hari rabu depan ni ada game badminton untuk menentukan samada team aku yang jadi johan atau team Ustaz Sahak dan Ustaz Zainiu. Hoho..lawan ustaz lagi tu. Jangan ingat ustaz pun tak terror main badminton. Selalu baca khutbah jumaat tu. Kat sini, kebanyakkan ustaz aku kenal sebab sebahagian daripada mereka main badminton dalam liga yang mereka tubuhkan tu. Kiranya aku ni pemain juniorlah di kampung Damak nih. So far, best gak main dengan bapak-bapak budak nih. Macam-macam benda aku dapat dan inilah salah satu sebab aku mengubah haluan aku dari seorang full time blogger ke part time blogger. Ada banyak perkara yang aku cari dan inilah salah satu daripadanya. Haha..

Aku tengah kemas barang jap. Sebelum aku bertolak, mak aku akan buat spot-check macam biasa. Itulah rutin beliau kalau aku nak balik Jerantut atau Damak ni. Ada benda aje nak check. Takut-takut ada benda tertinggal. Aku tak kesah sebab memang kebiasaannya akan ada benda tertinggal. Tak satu barang, dua barang. Mesti ada yang tertinggal. Macam sebelum ni, aku tertinggal tali pinggang dan charger Sony Ericsson aku. Tak pasal-pasal, aku kena beli tali pinggang baru dan chargernya plak aku menumpang kawan aku. Nak beli, rasa macam malas aje. Tapi kali ni, aku dah siap kemas barang-barang penting terutamanya gadget-gadget aku seperti GPS Garmin, Handset Nokia dan Sony Ericsson, Kamera Canon yang baru aku beli semalam, external hardisk Imation 320 GB, charger-charger handset dan kamera serta tak lupa dengan Laptop Fujitsu ESPRIMO Mobile kesayangan aku nih. Ada banyak lagi gadget-gadget impian aku yang masih belum aku dapatkan. Tak apa. Biarlah perlahan-lahan aku kumpul koleksi-koleksi gadget aku tu. Biar ambil masa sikit. Tak perlu tergesa-gesa..



Kalau nak dikutkan, memang susah aku nak beli gadget-gadget aku tu ketika aku masih dibangku sekolah ataupun ketika aku di UMS dulu. Tapi kini, bila dah ada kerja, dah ada kerja sampingan, aku sudah mampu untuk memiliki apa yang dulu aku tak mampu. Kesemuanya aku beli dengan menggunakan duit yang aku dapat daripada aktiviti internet aku iaitu blogging dan internet marketing. Duit gaji aku tu kebanyakkannya aku simpan dan melabur kat tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah, sudah mampu nak menyimpan dan boleh start fikir bab kahwin ni. Nenek aku mesti gembira kalau dia tahu aku dah bagi green light untuk bab-bab kahwin nih. Cuma calon aje yang masih belum dijumpai. Yang pasti, sampai masa, korang akan dapat jemputan dari aku. Itupun bila tiba masanya.

Aku sentuh sikit tentang bab buat duit di internet. Ada yang mengatakan buat duit di internet ni adalah satu penipuan yang besar. Mereka membuta-tuli mengatakan bahawa blogger itu penipu dan blogger ini jahat. Belum lagi yang mengata tanpa bukti yang kukuh. Aku tak dapat nak salahkan diorang sebab memang ada segelintir antara kita yang memang buat perangai. Jadi, nak tak nak, kita memang akan kena tempias daripada aktiviti bengong diorang tu. Belum lagi yang berlagak pandai dan menghina orang. Tak cukup lagi, ada plak Otai yang kita rasa dia boleh membantu kita membuat onar dibelakang kita. Belum lagi yang menghina blogger-blogger yang lain. Jadi, memang banyak karenahnya dunia internet dan dunia blogging nih.

Jadi perihal boleh atau tidak buat duit di internet adalah satu hal yang agak subjektif. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Elemen tawakal, nasib, usaha tanpa henti, tidak mudah putus asa, berani mengambil risiko, kreatif dan bijak, bijak mengambil peluang dan cepat mencipta peluang antara faktor kritikal yang akan mengubah korang untuk menjadi seorang blogger yang berjaya ataupun Internet Marketer yang unik berbanding orang lain. Jadi, jika korang ada beberapa elemen yang aku sebutkan tadi, asahkan lagi elemen tersebut dalam diri korang an akhirnya korang akan lihat result yang berbeza yang mana sebelum ini korang tak pernah capai. Aku sendiri tak percaya yang aku mampu terus menulis blog tanpa rasa bosan setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam penulisan blog ini. Secara jujurnya, aku sendiri pernah hampir putus asa dan mahu meninggalkan dunia penulisan blog ini, tapi aku nekad aku akan teruskan apa yang aku lakukan sampai ke penghujungnya. Tak guna aku mulakan sesuatu tapi aku tak pergi ke peringkat yang lebih tinggi sementara diri ini masih muda dan bujang bergaya ni, bukan? Hehe..

Ps: Satu tips untuk menjadi seorang Full Time Blogger yang berjaya. Cari seorang Full Time Blogger ang memang dah berjaya. Dan TIRU apa yang dia lakukan dengan cara korang sendiri. Itu sahaja. Insya-Allah. Korang akan berjaya menjadi seorang Ful Time Blogger yang hebat dan bergaya.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Baru aje dapat update beberapa blog yang lain. Kiranya ini baru dapat menulis untuk blog ini. Minggu lepas banyak pula kertas kerja yang kena disiapkan dan beberapa lagi kerja luar yang terpaksa diselesaikan sebelum tertangguh-tangguh. Terpaksa mengaku yang aku tidak segagah ketika masih muda dulu. Mana tidaknya, nak jogging pun semput masa pusingan ke 5, inikan pula nak lebih-lebih dari tu. Tapi aku yakin aku masih mampu untuk buat kerja lebih hebat berbanding dulu selagi aku masih mahu meneruskan kerja-kerja online aku ini.

Tentang plan-plan yang akan datang, Panduan TNX 3.0 masih dalam peringkat draft. Banyak benda yang masih dalam peringkat ujikaji dan aku akan publish panduan ini bila ianya sesuai untuk dikeluarkan. Bagi produk baru yang akan datang. Aku tak pasti samada produk ini aku akan beri secara percuma ataupun berbayar. Sebabnya aku dah boring bagi benda secara percuma sebab orang kita ni memang tak berapa ramai yang nak hargai. Sampai satu tahap, produk kita yang percuma tu dijual pula dengan harga yang tinggi. Kekadang, aku tak berapa faham dengan perangai orang Malaysia nih. Perangai memang macam-macam sampai kekadang membuatkan ramai blogger dan IM meluat dah nak jual e-book atau publish produk diorang. Tapi kalau nak jadi IM dan Blogger yang berjaya, korang tak boleh nak putus asa hanya sebab meluat dengan perangai orang Malaysia ni. Nak tak nak, kita kena terima yang memang ramai orang kita yang berperangai sedemikian. Sebab itulah kita tak boleh putus asa untuk terus membantu mereka. Kalau mereka tak faham, kita jugak yang susah nanti kan?

Tadi aku lepak kedai makan, sarapan roti telur. Inilah aktiviti hari ahad aku. Keluar ke Jerantut dan makan roti telur kegemaran aku. Aktiviti melepak aku yang aku rasa agak bermanfaat. Untuk ketenangan otak aku juga dan tak perlu nak perah otak memikiran pelbagai benda dalam dunia aku ini. Sementara aku masih bernafas, tak salah rasanya untuk aku menikmati hidup ini dengan gaya aku tersendiri. Pedulikan perangai manusia seketika dan nikmatinya seadanya.

Satu perkara yang membuatkan aku hilang mood untuk menikmati kenikmatan roti telur dengan kari ikan tadi apabila aku melihat seorang gadis yang tak menghabiskan roti canainya. Bukan banyak pun. Tapi kira separuh lagi lah. Kalau dia telan aje benda tu, aku rasa hati si penebar roti tu gembira juga. Terkilan aku apabila aku lihat adik kiut tu muram apabila melihat roti kedainya tak habis dijamah oleh pelanggan perempuan tadi tu. Sedangkan aku boleh terkilan, apatah lagi diorang kan? Macam mana perasaan korang bila lihat ada lauk atau nasi yang tak habis dimakan? Tak kiralah di kedai atau dirumah. Apa perasaan korang? Apa pula perasaan mak korang bila korang tak habiskan nasi dan lauk yang dia masak? Korang tahu kan perasaan tu? Hampa. Terkilan. Sedih. Marah pun ada gamaknya. Mak aku, kalau aku tak habis makan. Memang dia terkilan habis. Macam-macam dia fikir. Lauk masak tak sedap ke. Nasih terlebih masak ke. Sampai satu tahap, dia marah kita orang. Sejak tu, memang aku nekad yang aku akan habiskan semua nasi dan lauk yang aku ambil. Tak kiralah kat rumah atau kat kedai. Walaupun aku kenyang macam mana sekalipun, aku akan gagahkan untuk habiskan. Sebab aku tahu, bukan senang nak memasak itu dan ini. Kita tinggal makan aje tu..

Ye, aku tahu. Itu duit korang. Itu hak korang untuk makan atau tak makan. Tapi kalau dah sampai tahap membazir, apa perasaan korang? Adakah korang tahu ada orang yang setiap hari kelaparan dan kebuluran kerana tidak dapat makan? Korang tahu? Aku tahu yang Malaysia nih syurga makanan. Ada macam-macam jenis makanan yang ada. Dari makanan melayu sampailah ke makanan orang korea pun ada kat Malaysia nih. Tapi kalau boleh, habiskanlah lauk korang tu. Jangan sampai terlampau banyak yang berbaki. Kita patut bersyukur yang negara kita ni aman damai, tak ada peperangan, tak ada bencana alam yang serius, tak ada kacau bilau. Kita tak kelaparan sebab banyak makanan yang boleh kita pilih untuk dimakan. Jadi, elakkan pembaziran dan tingkatkan produktiviti korang. Hoho..

Ps: Ok, nak makan ikan patin dengan sambal tempoyak. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sedikit update sebelum aku pulang semula ke Damak..

1. Income bagi program TNX aku kembali normal. Sebelum ini aku agak kehilangan banyak point selepas satu advertiser yang cukup besar blah dari TNX. Mungkin sebab kegawatan ekonomi dan keadaan budget yang meragukan. Jadi, advertiser tu pun blah. Tapi setakat ni, income TNX masih dalam keadaan yang agak stabil. Point still stabil dan aku harap aku akan dapat lebih. Insya-Allah..

2. Pembeli Panduan TNX 2.0 sudah melebihi 100 orang. Tetapi yang mendaftar di forum private baru 40 orang lebih. Jadi, jika korang dah dapat link download dari aku, bolehlah daftar kat forum tu dan kita sembang apa yang patut. Jika ada apa-apa soalan, korang mungkin boleh tanya.

3. Aku akan muncul dengan produk baru. Insya-Allah masa bulan 6 nanti. Sekarang masih dalam draf. Tetapi aku harap produk ini akan membantu lebih ramai orang boleh buat duit dengan blog. Target aku, 200 orang akan beli dalam tahun 2010. Dan meningkat pada tahun seterusnya. Insya-Allah.

4. Aku nak kahwin. Bila? Soon. Insya-Allah..

5. Selepas umur aku 30 tahun. Aku akan cuba habiskan bayaran kereta Saga aku tu. Insya-Allah..

6. Hutang PTPTN aku, aku akan habiskan dalam tahun 2010. Maksudnya dalam tahun ini juga.Juga Insya-Allah..

7. Aku akan bertambah sibuk. Aku yakin ada makna disebaliknya. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku. Walaupun ada kalanya aku tak puas hati, aku tetap yakin ketidakpuashati aku itu akan memberikan nilai-nilai yang positif untuk sudut yang berbeza.

8. Ada seseorang yang kita sayangi adalah lebih baik daripada tak ada langsung. Aku terpaksa mengakui hakikat itu. Ini kerana, kita akan lebih tekun berusaha dan bekerja bila kita ada insan yang kita sayangi dan ingin kita lindungi. Ya, aku ingin menyayangi seperti yang dia lakukan selama ini.

9. Kena hantar motor balik ke Banting. Tapi memanjang tertangguh sejak tahun lepas.

10. Nak beli netbook HP mini. Dalam masa terdekat..

Ps: Serius, aku semakin semangat bekerja sekarang. Tak tahu kenapa…

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------