Archive for the 'text link ads' Category


Sebab hari ini hari Ahad, aku malas lagi nak update keputusan untuk pemenang pertandingan Earncent Review 2011. Haha..sori. Memang aku saje tunggu 7 hari tempoh bertenang sebelum aku keluarkan keputusan rasmi. Insya-Allah, aku akan buat juga 1 atau 2 lagi contest untuk bulan ini. Sebab aku dapat beberapa duit raya dari program-program yang aku sertai. Jadi, tak salah aku kalau nak teruskan contest diblog ini. Lagipun, contest aku tu pun mudah-mudah aje. Bukan susah sangat pun nak buat. Ada hati, semua boleh jadi. Betul tak?

Ok. Tujuan utama aku nak update bayaran komisen terkini dari program Text Link Ads. Macam biasa, setiap bulan selagi aku dapat bayaran dari program TLA ini, aku akan update tak kiralah aku dapat seribu ke, 10 ringgit ke, 5 dollar ke, aku akan tetap update. Seciput mana pun aku akan update sebab memang inilah yang aku tetapkan sebelum aku membina hala tuju blog ini. Jadi, kalau ada yang rasa macam meluat atau dah nak muntah-muntah atau menyampah tengok aku dok update komisen itu, cek ini, bawa ajelah bersabar. Dah ini identiti blog ini, jadi aku takkan ubah walaupun korang caci atau keji aku sekalipun. Jap, ada ke yang keji? AKu harap tak ada.

komisentextlinkadsogos2011 Komisen ke 44 dari Text Link Ads


Haa, tu dia. Sikit kan? icon smile Komisen ke 44 dari Text Link Ads

Tak yah malu la kalau korang nak kongsikan earning atau jumlah yang korang dapat dari sesebuah program. Banyak ke, sikit ke kalau nak kongsi atau share kat blog, tunjuk aje angkanya. Cuma bahagian yang tertentu kenalah tutup. Jangan tanya kenapa aku tutup sesetengah bahagian. Ada yang perlu, ada yang tidak perlu. Kalau aku tutup tu, atas kes-kes keselamatan dan ada sebab aku tutup. Kalau aku bogelkan, korang tengok ajelah dengan mata yang cukup sifat tu. Hoho..

Aku malas nak cerita apa kebendanya program TLA ini. Korang selidik dan baca balik artikel-artikel aku yang berkaitan dengan TLA ini. Sila search aje. Mesti jumpa. Kalau tak jumpa, search kat Google. Mesti ada artikel dalam blog ini akan keluar jika berkaitan dengan Text Link Ads atau TLA. Tak percaya? Gi la search. Kalau tak ada, bagitau aku.

Siapa yang berminat. Daftar disini >> Text Link Ads

Ps: Ok, aku dah nak gerak ni. Gi tempat kursus. Cam biasa. icon biggrin Komisen ke 44 dari Text Link Ads

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Lupakan pasal pertandingan Earncent Review 2011 kejap. Aku nak cerita pasal bayaran terbaru yang aku terima dari program Text Link Ads. Macam dah lama aje aku tak cerita walaupun kali terakhir aku sentuh bab TLA ini adalah pada bulan lepas.

Seperti yang korang tahu, aku salah seorang pemain TLA yang tegar mencuba program ini sejak aku kenal dengan Text Link Ads beberapa tahun yang lepas. Sejujurnya, memang program ini sangat menyusahkan dan aku rasa macam nak tumbuk orang sahaja apabila aku submit blog untuk diluluskan tetapi mereka tolak mentah-mentah sahaja. Tak apa, tak apa. Aku cuba bulan depan lagi. Cabar aku ek. Tak apa..

komisenterbarutextlinkads Komisen ke 43 dari Text Link Ads


Ok. Income kali ini tidaklah tinggi sangat. Tapi dah cukup bagi aku tersengih-sengih dipagi hari Selasa ni. Kiranya ada gak hasil setelah berusaha untuk satu tempoh yang lama. Jumlah blog yang dapat advertiser pun dah makin kurang. Apatah lagi bilangan advertiser. Makin berkurang..takpe, nak kena kasi rendah lagi nombor kat alexa rank agaknya baru ada advertiser baru yang berminat nak beriklan. Takpe, aku try lagi sampai dapat.

Bagi yang baru nak test power dengan program TLA yang menyusahkan ini, aku ingatkan. Benda ni susah. Dan bila ada benda yang menyusahkan macam ini membuatkan korang sengsara, tak yah la nyusahkan diri lagi. Biar aku aje yang sakit hati dan sengsara. Aku tak nak korang sengsara. Kang nangis, susah plak aku nak pujuk. Kalau perempuan nangis, leh gak aku pujuk bagi gula-gula atau aiskrim Baskin Robbins. Tapi kalau lelaki merajuk, ada gak yang mahu kena cubit bulan puasa ni. Gila. Lelaki merajuk? Haha..

Dah, minat? Leh test power kat ini >> Text Link Ads icon smile Komisen ke 43 dari Text Link Ads

Ps: Ok, line pagi-pagi ni ok sikit. Aku taip benda ini selepa sahur dan aku set masanya akan keluar dalam pukul 8 lebih nanti. Sila baca. Pastu komen. Yehh!!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, memang aku tengah pening lalat nih. Banyak benda kena fikirkan dan banyak benda kena lakukan. Jadi, aku update ringkas sahaja. Ini bayaran terkini dari program Text Link Ads. Seperti yang korang semua maklum, aku akan dapat bayaran setiap bulan dari program ini sebab ada beberapa advertiser yang tetap setia untuk membeli link diblog aku setiap bulan. Walaupun tidak banyak macam mula-mula dulu, tapi sekurangnya mereka masih bayar aku sehingga hari ini tanpa gagal.

komisenke42daritextlinkads Komisen ke 42 dari Text Link Ads


Walaupun rasa macam tak best aje sebab dapat sikit untuk bayaran kali ini, tetapi aku tetap bersyukur sebab masih mampu buat duit dengan Text Link Ads yang kita semua tahu memang susah nak buat duit dengan program ini. Terlalu banyak benda kena lakukan dan terlalu banyak perkara kita kena patuh sebelum dapat buat duit dengan jayanya. Sekurangnya, aku tetap rasa bangga sebab masih berjaya buat sesuatu dengan program ini.

Bagi yang tak berjaya dan blog korang masih gagal untuk diluluskan oleh pihak TLA, aku nasihatkan korang cuba lagi sampai berjaya. Tapi bila korang dah sampai garisan untuk berputus asa, aku tak paksa korang dah untuk mencuba. Tinggalkan program ini dan cuba program lain. Mungkin program TLa ini sudah ditakdirkan kurang sesuai untuk korang. Jadi, jangan buang masa dan cuba program lain yang mungkin memberikan lebih banyak hasil berbanding program ini.

Bagi yang mahu mencuba, boleh daftar disini >> Text Link Ads

Ps: Sejujurnya, aku memang tengah jiwa kacau ni. Kena buat sesuatu untuk bagi otak aku restart balik. Barulah boleh buat kerja macam dulu semula… icon smile Komisen ke 42 dari Text Link Ads

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini bayaran terbaru yang aku terima dari program TLA. TLA tu adalah Text Link Ads program. Aku rasa ramai yang dah tahu tentang TLA ni kalau korang pembaca setia blog berat aku ni. Dan tidak aku nafikan yang ramai yang dah putus asa dengan program TLA ni sebab requirement terlalulah ketat untuk lepas program ni. Bila dah lepas pula, susah benor nak dapat advertiser yang sudi beriklan kat blog kita tu. Betul tak?

komisentlamay2011 Komisen ke 41 dari Text Link Ads


Bayaran kali ini agak sikit. Tapi kira boleh tahanlah sebab aku sendiri pun macam dah agak lepas tangan dengan program ni. Apa nak jadi, jadilah. Dengan blog-blog aku yang dah lulus kat marketplace TLA ni, aku cuma mampu berharap yang aku akan tetap dapat advertiser yang beriklan setiap bulan diblog-blog TLA aku tu. Kalau masih dapat bayaran macam ni pun, dah cukup bagus. Nak harap banyak? Memang tinggi harapan aku tu, tapi bila dah jadi lagu ni, aku cuma harap tiap-tiap bulan, aku dapat bayaran dari program ini. Dan aku harap lebih banyak advertiser yang berminat dengan blog-blog TLA aku ni pada masa hadapan.

Nak tahu requirement pasal TLA? Leh baca ulasan ringkas aku tentang program TLA kat blog aku yang satu lagi tu.

Nasihat aku, jika ada yang berminat dengan TLA, korang boleh dapatkan panduan TLA yang aku tulis dalam ebook panduan buat duit terbaru yang akan aku tulis nanti. Di situ, aku akan cerita pengalaman dan cara aku buat duit dengan TLa. Dan aku akan bongkarkan satu blog aku yang lepas kat TLA ni dan tips juga trik untuk tackle program ini. Tapi tips aku tu, takdelah boleh bagi korang dapat income ratus-ratus dollar dari TLA. Kalau dapat 10-20 dollar dari TLa ni, itu dah cukup bagus gak? Apapun, itu tips dan teori yang aku dapat hasil dari pengalaman aku. Tak semestinya pengalaman aku akan membantu korang. Mungkin membantu, mmungkin juga tidak. Bergantung pada prestasi korang juga. Korang buat bodo dengan program ni, TLA pun buat bodo dengan korang. So, faham-faham ajelah..

Leh baca lanjut pasal TLA dalam bahasa english disini >> Text-Link-Ads.com

Ini bayaran yang ke 41. INi pula bayaran yang ke 40 dari TLA. Aku rasa, dalam 5 tahun, barulah aku akan dapat bayaran yang ke 100 dari TLA. Maklumlah, 1 tahun, aku cuma mampu dapat 12 kali sahaja. Darab 5 tahun, cukup 60 bayaran. Campur yang terkini..bolehlah capai bayaran yang ke 101 dari TLA dalam 5 tahun lagi. Itupun kalau program TLA ni masih wujud dan gagah membayar blogger macam aku ni lagi..

Ps: Ada pilihan raya antara coklat-coklat M&MS. Dulu, pilihan raya susu..sekarang sejak banyak pilihan raya ni diadakan, makin banyak pula pilihan raya baru muncul..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011