Hari ini aku nak update dua bayaran yang aku dapat dari program Text Link Ads. Aku dah dapat masa 1 Januari yang lepas. Tapi aku saje malas nak update sebab nak bagi laluan kepada artikel-artikel sebelum ini. Jadi, hari ini saja aku sempat update untuk tatapan korang.
Ya. Satu bayaran untuk jualan text link diblog-blog aku manakala satu lagi bayaran adalah bayaran affiliate program Text Link Ads. Bayaran affiliate ni cuma aku akan dapat jika referral atau downline aku berjaya jual text link setiap bulan. Walaupun tak banyak, tapi kira oklah tu juga kan?


Kepada yang mahu cuba program ini, pastikan blog korang ada pagerank sekurangnya PR3 dan ke atas. Bawah dari itu, kebarangkalian atau potensi untuk mendapat jualan link adalah sangat tipis. Bukan tak boleh jual, tapi agak tipis sebab memang advertiser cari blog yang ada pageran yang tinggi. Kalau aku advertiser pun, aku akan berbuat demikian. Yelah, kalau ada PR3, mengapa nak guna PR2 dan PR1 kan? Advantage mesti berpihak pada blog PR3. Jadi, kalau korang ada blog PR3 ke atas, boleh cuba kalau berminat. Aku tak nak paksa. Itu pilihan dan hak korang sebab blog tu hak korang. Bukan aku.
Boleh daftar kat sini kalau berminat: Text Link Ads
Kepada yang pemenang dalam Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com, sila hantarkan butiran korang dengan secepat mungkin kerana aku nak setelkan semua dalam minggu ini. Banner-banner pun tolong hantar gambarnya dan aku nak uruskannya dengan kadar yang segera.
Ps: Nampaknya, makin lama makin sikit aku dapat. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content

















