Archive for the 'text link ads' Category


Hari ini hari ahad. Jadi, tak banyak yang nak diceritakan. Aku sendiri agak santai dalam 1-2 hari ini. Sambil menikmati keenakkan cendol banting dan juga pizza yang dah dekat 3 bulan aku tak makan, aku harap minggu depan akan menjadi minggu yang terbaik dalam sisa-sisa hidup aku di bumi ini. Tadi, baru tonton cerita Battleship. Macam best pula layan. Cerita Navy US kalahkan kapal angkasa Alien dari Planet mana ntah dengan menggunakan kapal perang lama yang dah berapa tahun tak guna. Nampak macam tak logik, tapi biasalah. Benda tak logik nilah yang selalu wujud kat dunia ni. Hoho..

149493 449993835026483 100000476123832 1855357 889057548 n Komisen ke 54 dari Text Link Ads


Tak banyak yang aku dapat. Tapi masih mampu beli semangkuk cendol bersama sesudu jagung. Itupun dah cukup kacak kan? Tak perlu nak cabut 28 helai bulu ketiak kiri dan kanan. Tapi kalau nak aku belanja, itu aje pengkeras yang korang kena lakukan. Ada berani?

Aku penat. Petang ni nak jalan jauh.

Ps: Tengah seronok layan game kat facebook. Marvel. Avengers Alliance. Hoho..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Hari ini cuti umum dan khas. Kenapa hari ini semua orang cuti? Sila fikir sendiri. Aku tak mahu jawab soalan senang mengapa hari ini ramai yang dok cuti dan tido kat rumah masing-masing. Yang tido kat rumah orang lain tu, aku tak tahu.

Ok.Jap lagi aku nak gi berjalan-jalan dengan kengkawan. Ntah mana diorang semua nak berjalan, aku tak tahu. Tapi kiranya nak pusing KL gak la. Aku layankan aje kehendak dan nafsu windows shopping diorang ni. Aku cuma nak main bowling aje. Dah lama tak main. Haha..

562797 427320277293839 100000476123832 1787864 2003340281 n Komisen ke 53 dari Text Link Ads


Bayaran dari program Text Link Ads kali ini adalah antara yang paling kecil sekali jumlahnya yang pernah aku dapat selama aku sertai program ini. Mungkin lepas ni dah susah aku nak dapat duit dari program TLA ni. Maklumlah..advertiser pun dah macam bagi petanda untuk blah dari blog-blog aku. Jadi, aku terima sahaja hakikat ini. Aku pasrah. Aku reda. Menyerah atau tidak. Aku tak peduli. TLA bukannya satu-satunya cara untuk aku buat duit melalui blog. Masih ada banyak lagi cara yang lain. Betul, tak?

Oklah. Aku nak mandi dulu. Haha..

#Betul ke ada Muslim Online Travel Agency ni?? Korang tahu tak benda ni?

Ps: Lapar. Lapar..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Ini merupakan update ringkas untuk bayaran dari program Text Link Ads. Satu bayaran untuk akaun publisher dan satu lagi bayaran untuk affiliate program. Kedua-duanya dibayar dengan bayaran yang berbeza. Tidak dicampurkan. Jangan tanya aku mengapa. Sebab aku sendiri tak tahu mengapa ianya terjadi. Kadang-kadang, bukan semua lelaki kacak tahu dalam hal-hal TLA ni. Ada juga benda yang aku tak tahu. Faham?

431654 399232326769301 173579686 n Komisen ke 51 dan 52 dari Text Link Ads

431654 399232323435968 100000476123832 1694686 340941936 n Komisen ke 51 dan 52 dari Text Link Ads


Memang tak banyak. Tapi aku bersyukur sebab masih mampu dapat duit dari program TLA ini tanpa perlu memukul atau mencopet beg tangan gadis-gadis muda yang perasan lawa. Bukan apa, kekadang aku geram gak dengan golongan gadis yang perasan lawa ni. Sudahlah pakaiannya kadang-kadang menyeksa jiwa. Bawa pula beg yang cantik dan mahal. Ingat pencopet atau peragut tak bertauliah ni bodoh ke? Mereka tahu juga beg mana yang mahal atau beg yang murah.Diorang tak bodoh. Pulak tu, bawa beg segabak besar. Bukan aku tak suka bawa beg besar-besar tu, tapi pepandailah jaga. Dan cara pegang beg tu pun, peganglah betul-betul. Kalau betul cara pegangnya, peragut datang naik motor, peragut tu yang tergolek. Masa tu, silalah gadis-gadis muda atau makcik yang tak berapa muda ni bagi tendangan tanpa bayang dan tinju super sonik tak terbatas kepada peragut terebut.

Merepek dah ni. Haha..

Ok. Berbalik kepada program TLA. Aku bukan terer dalam bab-bab bersilat dengan TLA ni. Aku boleh katakan aku agak gagal dengan TLA sebab gagal maintain 10usd sebulan dari program ini. Yelah, nak update blog dan kekalkan momentum blog, nak cari pagerank dan nak kekalkan prestasi alexa rank, bukan satu kerja yang mudah. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Untuk superblog, memang aku sendiri akan kendalikan secara personal terutamanya yang melibatkan program premier macam Innity, Admax, Adstract, Google Adsense, TLA, TNX dan beberapa program yang lain. Tapi kalau program biasa seperti Nuffnang, Advertlets, Triond, Paid-to-Promote, CPM.biz, Metavertizer dan banyak lagi program lain, memang untuk update blog tu aku tidak lakukan dengan tepat. Ada masa, aku update dan ada masa, aku cari orang, upah diorang tolong update. Kena plak sekarang ni memang aku boleh kategorikan aku sakit kuat. Memang susah nak buat kerja dan nak berjalan. Jadi, kalau ada yang aku tak update dan ada masa aku tak online mahupun balas email atau komen korang, sila maafkan aku atas kekurangan dan kekhilafan aku. Sesungguhnya, aku insan lemah walaupun aku sentiasa kacak.

Oklah. Aku memang pening kepala ni. Nak rehat sat.

Ps: Dah berapa botol dah aku telan ubat batuk ni. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Agak sibuk beberapa hari ini. Jadi, tak dapat nak aktif macam biasa. Ini bayaran terkini dari program Text Link Ads. Tak banyak yang aku dapat. Bayaran pun makin kurang. Mungkin sebab takde advertiser berminat dengan blog-blog aku lagi. Masih kena tunggu dan bersabar. Tapi sejak 2-3 tahun ni, memang tak putus-putus dapat duit dari TLA setiap bulan. Ok gak tu, kan?

textlinkadsjanuari2012publisher Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads

textlinkadsjanuari2012 Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads


Satu bayaran sebagai publisher, satu lagi bayaran sebagai promoter. Tak banyak, tetapi tetap boleh dibanggakan sebab tak ramai blogger dari Malaysia yang boleh maintain dapat duit tiap-tiap bulan dari progam Text Link Ads ni kan? Hehe..

Oklah, aku mengantuk sangat 2-3 hari ini. Banyak tidur sikit. Maklumlah, simptom Nobita masih pekat lagi dalam hidup aku. Jadi, kalau tak tahan memang aku tidur aje waktu malam ni. Waktu siang, berjaga macam biasa.

Ps: Tak lama lagi, aku update siapa yang menang ek..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011