Archive for the 'test link broker' Category


Ini merupakan update terbaru tentang komisen TNX dari aku untuk korang semua. Kalau korang rasa cam bosan dengan update nih, tak perlu baca. Cuma aku rasa aku akan terus update dan update sampailah aku dah tak dapat buat duit dengan TNX ini. Selagi program ini masih bernafas dan masih ada peluang untuk buat duit dengan program ini, selagi itu aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk jana duit dari TNX ini. Ianya sangat mudah setelah kita tahu cara-caranya.

Satu soalan tentang Panduan TNX yang aku tulis dari kawan aku. E-book aku itu masih boleh dipakai ke tak buat masa sekarang? Agaknya, dalam 2-3 tahun lagi, panduan tu masih valid ke tidak dengan kehendak pasaran dan kehendak advertiser TNX?

tnxpaymentjulai 300x122 Komisen ke 55 dari TNX


Jawapan aku. Ya! Ia masih valid dan masih boleh dipakai. Sebab itu harga panduan ini takkan turun dan ianya cuma berpotensi untuk dinaikkan. JIka korang rasa harga panduan itu lagi mahal, tak apa. Korang boleh cari informasi tentang TNX dengan taip di search engine sahaja. Itu salah satu cara untuk mengetahui tentang TNX. Mungkin korang akan temui sesuatu yang aku tidak pernah ketahui. Siapa tahu bukan? Tapi panduan ini memang sesuai tak kiralah korang ni masih baru, masih lama, otai ke, petai ke, scammer ke, hacker ke, webmaster ke, penjual beca ke atau sesiapa sahaja yang berminat untuk buat duit dengan TNX.  Kalau korang tak minat, panduan ini mungkin tidak akan nampak nilainya. Betul tak?

Satu lagi soalan dari kawan aku. Ada tak aku cedok dari mana-mana e-book orang putih atau ebook sesiapa yang berkaitan dengan TNX ini.? Ok. Bukan aku nak sombong. Tapi setakat ini, ebook Panduan TNX inilah yang pertama kali ditulis dalam bahasa melayu secara terperinci dan dipromosi dengan galaknya. Secara jujur, aku tak jumpa lagi mana-mana e-book yang berkaitan dengan TNX sebelum aku sendiri menerbitkan panduan ini melalui pengalaman aku yang tak seberapa tu. Aku tahu ramai yang lagi mahir dan pakar dalam bidang TNX ini, tapi tak semua yang mahu dan mampu menulis panduan ini. Aku sendiri sebenarnya malas nak menulis. Tapi aku tulis sebab niat mampu membantu dan juga untuk mencari sedikit duit sampingan dari penjualan e-book tersebut.

Percayalah, jika aku beri e-book ini dengan percuma, korang akan pandang rendah aje dengan program TNX ini. Malah, korang rasa program TNX ini macam program bodoh aje. Tak apalah. Bodoh pun bodohlah. Sekurang-kurangnya, aku tak mintak duit korang dan aku juga tak pernah suruh korang merompak atau mencuri semata-mata nak dapatkan duit. Dan sekali lagi, aku tak cedok mana-mana ebook yang berkaitan dengan TNX. Nak cedok pun, takde ebook yang mampu menjadi rujukan buat aku. Kalau ada ebook TNX tu, memang aku akan beli tak kiralah harganya mahal macam mana sekalipun..

Boleh join TNX jika minat kat sini >> TNX.net

Ps: Rasa cam tekak ni hausss sangat.. icon smile Komisen ke 55 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


TextLinkAds. Text Link Ads. Text-Link-Ads.com. Jual beli text link. Jual ad text. Text Link Broker. Bla..bla..dan bla bla…

Pendek cerita, terlalu banyak program sekarang yang menjadi broker untuk menjual text link diblog-blog tak kiralah untuk market tempatan atau market international. Yang pasti, sudah semakin ramai blogger yang berminat dengan cara baru untuk buat duit ini.

Sebenarnya, penjualan text link ini bukanlah perkara baru. Tapi ianya agak baru bagi sesetengah orang terutamanya pada mereka-mereka yang mula memahami cara buat duit melalui blog masing-masing. Ini juga salah satu cara yang cukup lumayan untuk buat duit dengan blog. Kadang-kadang dengan satu link sahaja, kita mampu mendapat 100 dollar sebulan. Malah ada yang dibayar lebih dari itu. Dan banyak program yang muncul seperti Text Link Ads, TNX, Linkadage, Teliad, Inlinks dan sebagainya.

textlinkadspayment Komisen ke 30 dari Text Link Ads


Ini merupakan komisen yang ke 30 aku terima daripada program Text-Link-Ads.com. Aku yakin ramai yang sudah berjaya melalui program ini dan aku akur yang memang agak susah untuk buat duit melalui TLA. Tapi sekali korang sudah dapat cara dan tune untuk buat duit dengan TLA, memang mudah untuk buat duit dengan cara ini. Apa yang penting, korang kena faham bagaimana sesebuah program itu berjalan dan pastikan juga program itu pasti membayar korang tanpa halangan. Program TLA merupakan salah satu program yang sudah membayar publisher mereka dengan baik pada setiap bulan. Itu juga merupakan salah satu sebab untuk aku setia dengan program ini walaupun pihak Google agak benci dengan program ini.

Boleh sertai di sini jika berminat >> Text-Link-Ads.com

Kadang-kadang, aku rasa macam senang buat duit dengan benda ni. Kadang-kadang, aku rasa macam susah plak. Tapi itulah senario yang berlaku di dunia blogging ini. Ada masa, memang senang sangat. Ada masa, payah yang amat. Jadi, kita kena rajin berusaha dan kreatif berfikir. Okeh??

Ps: Aku demam hari ini. icon sad Komisen ke 30 dari Text Link Ads

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebenarnya aku malas nak cerita. Jadi, aku tak nak cerita apa yang wat aku bengang semalam. Baik aku ceriakan hati aku dengan satu lagi bukti bayaran yang aku terima dari satu program yang tidak asing lagi bagi korang dan salah satu penawar jiwa aku. Yup. Ini satu lagi bayaran yang aku terima daripada program Text Link Ads. Dan ini merupakan komisen ke 21 daripada Text Link Ads dan ini juga merupakan August Text Link Ads payment.

tlapaymentaugust 300x152 3 Tahun Titan Bersama dengan TLA: Komisen ke 21 dari Text Link Ads


Memang tak banyak, tapi aku pedulik apa. Janji ada hasil dan aku tak perlu menipu orang lain atau mencaci sesiapa. Cukuplah aku sensorang rasa sengal atau sakit hati kalau gagal dapat duit dari program-program yang aku join atau projek-projek aku kurang berjaya. Betul tak? Ini tidak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah terbuat orang sakit hati atau marah. Kadang-kadang kita buat ikut suka hati kita. Dan kadang-kadang kita tak reti nak jaga hati orang lain. Betul tak? Kalau aku sendiri pun, aku peduli apa kan? Tapi berpada-padalah. Kalau nak permainkan orang pun, hati-hati sikit. Orang kita sekarang ni bukan macam 5-6 tahun yang dulu. Sekarang orang kita pintar, kreatif, bijak, pandai, genius pun ramai, rajin dan teliti. Jadi, bab-bab cam gini kita kene perhalusi sebelum kita buat sesuatu tak kiralah dalam soal perniagaan, buat duit, bisnes, percintaan, perpisahan dan apa jua keadaan. Ingat, orang kita belum buta lagi dan jangan ulang lagi kesalahan yang sama berulang kali.

Tentang hal TLA, aku rasa ramai yang dah tahu modus operandinya dan cara-cara untuk buat duit melalui program ini. Jika tidak, sila search menggunakan ruang kotak search dibelah atas kanan blog ini dan search dengan guna kata kunci “Text Link Ads” atau “TLA”, mesti jumpa punya banyak artikel yang berkaitan dengan TLA. Jadi, sila baca dan fahamkan sebab aku dah banyak cerita benda yang sama berulang kali. Walaupun aku bukan pemain TLA yang tegar, tapi sekurangnya aku mampu maintain income dari program ini setiap bulan. Jika aku dah bersama TNX lebih setahun, maka..aku dah bersama dengan TLA menghampiri 3 tahun iaitu sejak awal 2007 hingga sekarang. Senang cerita, dah 2 tahun lebih aku bersama TLA. Kalau adsense, lagi lama. Dah nak dekat 5 tahun. Cuma akaun asyik bersilih ganti la. Maklumlah, kene ban memanjang. Nasib aku kreatif sket bab-bab nak dapat akaun adsense tu. Haha..

Boleh daftar program Text LInk Ads kat sini : Daftar

PPL Speed Adsense dah terkubur dan aku semak cuma aku dapat 7 orang sahaja yang signup under referrals aku. Takpe. Mungkin tak dibayar sebab tak cukup nilai minima kot. Dan aku malas lagi nak ulas benda ni. Baik aku tumpu pada PPL yang lain macam Panduan H1N1 dan atau buat duit dengan Text Link Ads aje.

Ps: Masih menunggu maklum balas dari pihak Rawanaz. Kes yang masih belum selesai sejak 4 bulan lepas. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Patutkah aku terus bersabar atau sebaliknya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari minggu memang merupakan hari yang sangat baik untuk bersantai dan bergembira. Lagi-lagi bersama insan tersayang, betul tak? Kalau korang dah tension menghadap komputer dan takde semangat nak tulis blog, keluarlah dan buat sesuatu. Main badminton ke, mengorat awek ke, makan roti canai ke dan macam-macam lagi. Janji tak hadap komputer atau laptop mahal korang tu. Nasihat aku, carilah satu hari untuk berehat dan lupakan soal kerja buat seketika. Insya-Allah, ianya akan membantu untuk hari-hari yang datang dan mood untuk bekerja akan datang semula. Ini yang aku praktikkan dan alhamdulillah, aku sudah mampu senyum setiap minggu.

tlapaymentjune 300x136 Edisi Siasat: Benarkah Titan mahu berhenti Menulis Blog?


Seperti biasa, setiap awal bulan aku akan menerima bayaran komisen dari program Text Link Ads. Mesti korang dah bosan tengok aku tunjuk bayaran komisen dari TLA ni, bukan? Takpe. Pedulilah apa orang nak kata, aku tunjuk gak walaupun bayaran tu cumalah 1 dollar sahaja. Orang nak kata aku riak pun tak apa. Aku tak kesah. sebab aku berjaya membukti bahawa program TLA memang boleh buat duit. Jika ada yang tak suka, aku tak leh nak wat apa. Buatlah apa cara yang korang suka, asalkan ianya membantu korang menjana sedikit pendapatan di internet.

Aku perasan sejak 2-3 menjak ni, ramai orang berjaya buat duit diinternet. Tak kiralah melalui CPA, jual ebook, service design, service itu ini dan pelbagai kerja lagi sehingga timbul perasaan kurang enak dikalangan orang lain. Ini bukan apa, aku lihat terlalu banyak fenomena yang bangga dia boleh buat duit dalam 2k-10k sebulan ke atas sebulan. Itu belum lagi yang memperlekehkan pekerjaan orang lain. Itu belum campur lagi yang mengatakan pekerjaannya sekarang tu membosankan atau pekerjaan tersebut membuatkannya dia ingin berhenti kerja dan membuat business online itu. Yelah, dah income online dalam 10k ke atas setiap bulan, kerja tetapnya cumalah 1-2k sahaja. Terus niat nak berhenti kerja. Malah, ada juga member yang YM dan email aku untuk bertanyakan wajarkah mereka berhenti kerja kerana dah selesa dengan income online mereka itu. Em, aku tak nak cakap apa-apa. Jika diorang rasa itu yang terbaik, teruskan. Cuma jagalah pertuturan dikalangan mereka-mereka yang baru sahaja mengenal dunia internet dan baru bertatih untuk buat duit di internet. Benar, kekerasan dan kerja kuat itu perlu. Cuma mesti kene pada tempat yang sepatutnya. Aku pun kekadang kejam gak dan aku akan lebih kejam lepas ni. Haha..

Tentang tips cara hendak buat duit dengan program TLA, sila rujuk kepada post-post aku yang lama. Search aje dalam blog ini menggunakan ruang search diatas. Aku tak larat nak senaraikan semua post yang berkaitan dengan Text Link Ads. Kalau satu dua, takpe juga. Ini dah lebih dari 10 post aku yang berkaitan dengan TLA. So, jika mahu ilmu tambahan. Carilah. Benda dah ditulis dalam bahasa melayu, jadi cari sahaja. Dulu memang susah nak cari, tapi sekarang kita kene bersyukur, ramai yang dah berjaya buat duit dengan Text Link Ads. Kalau dulu, berapa kerat ajelah..

Aku nak berhenti tulis blog? Korang jangan percayalah ye. Sebab ianya agak mustahil melainkan aku buta, tangan aku tak leh menaip atau aku jadi gila. Harap-harap tidaklah sampai begitu. Secara jujur, aku tak terfikir lagi untuk berhenti menulis blog. Ke ada yang mahu aku berhenti menulis blog? Jika ada, sila bagitau aku diruang komen ye. Hehe..

Ps: Emm..baru dapat sms hari ini. Sibuk sangatlah tu..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011