Sejak aku kenal dengan program Text Link Ads ni, aku mula mencari banyak program jual beli link yang seumpama dengarnya. Dan hasil kajian, ujikaji dan kerajinan aku search sana sini, aku jumpalah program-program macam LinkXL, Backlinks, Linkadage, Teliad, TNX dan macam-macam lagi. Walaupun begitu, memang cukup sukar untuk dapat income yang berterusan dari program TLA ni dan sejak 3 tahun lepas akhirnya aku berjaya mendapat bayaran dari TLA tak putus-putus setiap bulan. Biarpun nilainya makin menyusut disebabkan sesetengah blog aku sudah tidak dapat iklan dari advertiser atau kerana pagerank blog-blog tersebut sudah jatuh, aku tak kisah. Selagi ujikaji ini berjalan, selagi itulah aku akan setia dengan program-program begini.

Malah, blog earncent ini juga wujud disebabkan tempias dari program TLA. Aku akui, ianya tidak mudah. Ketika aku menulis blog ini, korang sendiri tahu macam mana penerimaannya. Dulu memang susah sikit bab-bab nak buat duit dengan blog ini, tapi hari ini aku rasa sudah ramai yang berjaya buat duit dengan TLA dan juga program-program lain. Kemuncunlan blogger-blogger dari Malaysia menyemarakkan lagi program-program luar dan aku rasa macam banyak program tersebut dikuasai oleh blogger-blogger dari negara kita. Jika dulu, blogger dari Indonesia, India, US yang menguasai program-program ini, kini kita sudah dilihat sebagai pencabar utama kepada mereka. Tahniah aku ucapkan pada mereka yang dah berjaya buat duit dari blog masing-masing. Ini juga membuktikan kita hebat. Bukan sekadar juara bola sepak dalam Sukan Sea dan Piala Suzuki AFF, kita juga boleh juara dalam bidang sebegini.
Apapun, aku harap aku masih boleh terus dapat income dari program ini. Yang masih tak berjaya dalam program ini, korang ada dua pilihan. Terus berusaha atau putus asa dengan program ini. Ada banyak lagi program lain yang boleh korang cuba. Jangan terhadkan diri korang. Korang ada potensi yang masih belum diterokai. Bila aku fikir balik, aku tak sangka yang aku akan menulis blog hampir 6 tahun. Tak sangka, aku masih bertahan sehingga saat ini. Haha..serius, aku sendiri ketawa gelak guling-guling bila memikirkan apa yang pernah berlaku dalam hidup aku selama ini. Aku lalui dengan hati yang gembira walaupun kadang-kadang ada perkara yang menyedihkan kita. Biasalah tu, langit pun tak sentiasa cerah setiap hari. Kadang-kadang kena ada mendung dan hujan bukan?
Leh cuba kat sini: TLA.com
Ps: Ada benda yang aku kena setelkan petang nih..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















