test link broker | EarnCent.com


Archive for the 'test link broker' Category


Sebenarnya aku malas nak cerita. Jadi, aku tak nak cerita apa yang wat aku bengang semalam. Baik aku ceriakan hati aku dengan satu lagi bukti bayaran yang aku terima dari satu program yang tidak asing lagi bagi korang dan salah satu penawar jiwa aku. Yup. Ini satu lagi bayaran yang aku terima daripada program Text Link Ads. Dan ini merupakan komisen ke 21 daripada Text Link Ads dan ini juga merupakan August Text Link Ads payment.



Memang tak banyak, tapi aku pedulik apa. Janji ada hasil dan aku tak perlu menipu orang lain atau mencaci sesiapa. Cukuplah aku sensorang rasa sengal atau sakit hati kalau gagal dapat duit dari program-program yang aku join atau projek-projek aku kurang berjaya. Betul tak? Ini tidak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah terbuat orang sakit hati atau marah. Kadang-kadang kita buat ikut suka hati kita. Dan kadang-kadang kita tak reti nak jaga hati orang lain. Betul tak? Kalau aku sendiri pun, aku peduli apa kan? Tapi berpada-padalah. Kalau nak permainkan orang pun, hati-hati sikit. Orang kita sekarang ni bukan macam 5-6 tahun yang dulu. Sekarang orang kita pintar, kreatif, bijak, pandai, genius pun ramai, rajin dan teliti. Jadi, bab-bab cam gini kita kene perhalusi sebelum kita buat sesuatu tak kiralah dalam soal perniagaan, buat duit, bisnes, percintaan, perpisahan dan apa jua keadaan. Ingat, orang kita belum buta lagi dan jangan ulang lagi kesalahan yang sama berulang kali.

Tentang hal TLA, aku rasa ramai yang dah tahu modus operandinya dan cara-cara untuk buat duit melalui program ini. Jika tidak, sila search menggunakan ruang kotak search dibelah atas kanan blog ini dan search dengan guna kata kunci “Text Link Ads” atau “TLA”, mesti jumpa punya banyak artikel yang berkaitan dengan TLA. Jadi, sila baca dan fahamkan sebab aku dah banyak cerita benda yang sama berulang kali. Walaupun aku bukan pemain TLA yang tegar, tapi sekurangnya aku mampu maintain income dari program ini setiap bulan. Jika aku dah bersama TNX lebih setahun, maka..aku dah bersama dengan TLA menghampiri 3 tahun iaitu sejak awal 2007 hingga sekarang. Senang cerita, dah 2 tahun lebih aku bersama TLA. Kalau adsense, lagi lama. Dah nak dekat 5 tahun. Cuma akaun asyik bersilih ganti la. Maklumlah, kene ban memanjang. Nasib aku kreatif sket bab-bab nak dapat akaun adsense tu. Haha..

Boleh daftar program Text LInk Ads kat sini : Daftar

PPL Speed Adsense dah terkubur dan aku semak cuma aku dapat 7 orang sahaja yang signup under referrals aku. Takpe. Mungkin tak dibayar sebab tak cukup nilai minima kot. Dan aku malas lagi nak ulas benda ni. Baik aku tumpu pada PPL yang lain macam Panduan H1N1 dan atau buat duit dengan Text Link Ads aje.

Ps: Masih menunggu maklum balas dari pihak Rawanaz. Kes yang masih belum selesai sejak 4 bulan lepas. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Patutkah aku terus bersabar atau sebaliknya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari minggu memang merupakan hari yang sangat baik untuk bersantai dan bergembira. Lagi-lagi bersama insan tersayang, betul tak? Kalau korang dah tension menghadap komputer dan takde semangat nak tulis blog, keluarlah dan buat sesuatu. Main badminton ke, mengorat awek ke, makan roti canai ke dan macam-macam lagi. Janji tak hadap komputer atau laptop mahal korang tu. Nasihat aku, carilah satu hari untuk berehat dan lupakan soal kerja buat seketika. Insya-Allah, ianya akan membantu untuk hari-hari yang datang dan mood untuk bekerja akan datang semula. Ini yang aku praktikkan dan alhamdulillah, aku sudah mampu senyum setiap minggu.



Seperti biasa, setiap awal bulan aku akan menerima bayaran komisen dari program Text Link Ads. Mesti korang dah bosan tengok aku tunjuk bayaran komisen dari TLA ni, bukan? Takpe. Pedulilah apa orang nak kata, aku tunjuk gak walaupun bayaran tu cumalah 1 dollar sahaja. Orang nak kata aku riak pun tak apa. Aku tak kesah. sebab aku berjaya membukti bahawa program TLA memang boleh buat duit. Jika ada yang tak suka, aku tak leh nak wat apa. Buatlah apa cara yang korang suka, asalkan ianya membantu korang menjana sedikit pendapatan di internet.

Aku perasan sejak 2-3 menjak ni, ramai orang berjaya buat duit diinternet. Tak kiralah melalui CPA, jual ebook, service design, service itu ini dan pelbagai kerja lagi sehingga timbul perasaan kurang enak dikalangan orang lain. Ini bukan apa, aku lihat terlalu banyak fenomena yang bangga dia boleh buat duit dalam 2k-10k sebulan ke atas sebulan. Itu belum lagi yang memperlekehkan pekerjaan orang lain. Itu belum campur lagi yang mengatakan pekerjaannya sekarang tu membosankan atau pekerjaan tersebut membuatkannya dia ingin berhenti kerja dan membuat business online itu. Yelah, dah income online dalam 10k ke atas setiap bulan, kerja tetapnya cumalah 1-2k sahaja. Terus niat nak berhenti kerja. Malah, ada juga member yang YM dan email aku untuk bertanyakan wajarkah mereka berhenti kerja kerana dah selesa dengan income online mereka itu. Em, aku tak nak cakap apa-apa. Jika diorang rasa itu yang terbaik, teruskan. Cuma jagalah pertuturan dikalangan mereka-mereka yang baru sahaja mengenal dunia internet dan baru bertatih untuk buat duit di internet. Benar, kekerasan dan kerja kuat itu perlu. Cuma mesti kene pada tempat yang sepatutnya. Aku pun kekadang kejam gak dan aku akan lebih kejam lepas ni. Haha..

Tentang tips cara hendak buat duit dengan program TLA, sila rujuk kepada post-post aku yang lama. Search aje dalam blog ini menggunakan ruang search diatas. Aku tak larat nak senaraikan semua post yang berkaitan dengan Text Link Ads. Kalau satu dua, takpe juga. Ini dah lebih dari 10 post aku yang berkaitan dengan TLA. So, jika mahu ilmu tambahan. Carilah. Benda dah ditulis dalam bahasa melayu, jadi cari sahaja. Dulu memang susah nak cari, tapi sekarang kita kene bersyukur, ramai yang dah berjaya buat duit dengan Text Link Ads. Kalau dulu, berapa kerat ajelah..

Aku nak berhenti tulis blog? Korang jangan percayalah ye. Sebab ianya agak mustahil melainkan aku buta, tangan aku tak leh menaip atau aku jadi gila. Harap-harap tidaklah sampai begitu. Secara jujur, aku tak terfikir lagi untuk berhenti menulis blog. Ke ada yang mahu aku berhenti menulis blog? Jika ada, sila bagitau aku diruang komen ye. Hehe..

Ps: Emm..baru dapat sms hari ini. Sibuk sangatlah tu..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Yup. Seperti biasa, bukan setakat Inlinks dan TNX sahaja yang memenuhkan akaun paypal aku, tapi Text Link Ads juga turut menyumbangkan bakti. Tak perlu aku ceritakan lagi, tapi korang boleh rujuk dibeberapa artikel tentant Text Link Ads di blog ini dengan hanya perlu search katakunci ” Text Link Ads” diruang search diatas tu. Semua artikel yang berkaitan dengan Text Link Ads akan keluar. Aku rasa lebih dari 10 artikel yang berkaitan dengan TLA akan tersusun. Baca saja dan fahami. Insya-Allah korang pun boleh buat duit dengan program Text Link Ads ini.



Itulah jumlah bayaran May TLA Publisher Payment. Tak banyak untuk akaun yang ni dan aku harap korang pun boleh buat duit dengan TLA ini juga. Caranya? Sebaik sahaja korang dapat pagerank 3, submit terus ke TLA. Jangan tunggu lama-lam. Haha, kenapa? TLa memang dan para-para advertisernya memang suka blog-blog yang ada pagerank yang tinggi. Tapi camana nak lepas dari ancaman pakcik Google nih? Korang kene rename file yang korang muat turun dari TLA tu. Renamelah jadi apa-apa nama sekalipun, janji takde bunyi text link ads. Pastu, upload ke blog korang, tunggu pihak TLA luluskan blog korang. Kalau tak lulus, kene tunggu sampai depa luluskan. Kalau tak lulus, buat blog baru, dapatkan pagerank dan submit lagi sekali sampai la lulus..itulah rutin pemain-pemain TLA yang hati kering. Haha..

Sejujurnya, aku baru pulang dari Kuala Lipis. Penat drive pakai kereta baru aku tu. Nasib kereta auto. Jadi, takdelah penat sangat aku menekan pedal minyak. Abah aku dah marah-marah sebab aku henjut sampai 120km/j. Laju ker? Tapi mak aku dah tertidur kat belakang. OK aje. Hehe..

Pergi Lipis pun lawat Wan aku. Jarang aku melawat dia. Memang cucu derhaka aku ni. Jerantut dengan Lipis bukannya jauh pun. 1 jam aje. Tapi ketika aku di Jerantut, aku cuma ada motor aje. Takkan aku nak henjut pakai motor. Mahu seminggu aku terlantar sebab rempit sejam ke Jerantut. Sakit woo tulang belikat aku. Tapi mungkin lepas ada keta baru ni aku boleh drive ke rumah Wan aku dengan lebih aman. Mungkin leh ngorat dan belanja awek melayu boleh kat Lipis plak. Awek melayu kat Banting dengan Jerantut kene tunggu turn ye. Asyik-asyik korang aje aku belanja. Haha..

Ps: Aku penat. Nak tido. Aku col. Ko tak nak angkat. Aku dah mamai. Baru balas mesej. Hampeh!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Secara jujur, aku sudah penat sangat. Dah tak larat nak taip apa-apa sekarang dan aku cuma hendak kongsikan bayaran komisen yang ke 20 daripada program TNX. Ye, asyik-asyik TNX aje. Lantaklah. Janji aku dapat duit dan aku tak menyusahkan orang lain ataupun merokok tanpa kawalan.

Ini yang aku dapat dan aku akan update dibeberapa aku untuk benda yang sama. Itu yang bagusnya ada blog ni, kita boleh update benda yang sama kat macam-macam blog untuk content. Cuma setiap post aku akan tune sikit dalam style yang berbeza. Jadilah, janji tak sama content dan sebahagiannya adalah blog-blog yang dah ada kat marketplace TNX. Hoho..



Sukacitanya aku memaklumkan aku akan menghabiskan RM388.20 yang aku terima hasil dari cek shareasale yang telah berjaya cair diakaun CIMB aku 2 hari yang lepas dengan membeli cermin mata baru dan juga kasut sukan yang baru. Ini kerana cermin mata aku sudah patah dan kasut aku sudah kehausan tapaknya akibat bermain badminton secara agresif selama hampir 3 bulan di Jerantut. Hoho..

Itu sahaja berita untuk hari ini. Lepas ni ada meeting mengejut lagi. Pening lalat dan aku masih tak sempat baca lagi komik Arena yang aku beli semalam. Tambah pula perut sudah menyanyikan lagu yang aku tak ketahui namanya atau liriknya..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Compare Rates on Kentucky LTC Insurance
-----------------------------