Archive for the 'survey' Category


Tak banyak nak cerita hari ini. Cuma nak cite sedikit tentang kelajuan internet korang. Amacam, best tak kelajuan internet korang sekarang? Memuaskan? Siapa yang menggunakan perkhidmatan Streamyx, sila angkat tangan? Siapa yang pakai Dial Up? Sila angkat kaki!! Just joking..

OK. Tahukah anda apa Itu SpeedTest.com? Ok. Baca kat bawah nih..

Speedtest.net
is a free broadband speed test with servers located all over the world. Compare your results with others and easily share them.

AKu telah cuba perkhidmatan website ini. Kalau berminat. Leh test power dan boleh tengok kelajuan Download dan upload korang ketika melayari internet. Baik streamyx atau dial up. Boleh cuba dan ianya PERCUMA !


200755530 Download 543 kbs? Upload 145 kbs?





Amacam bagus tak? Bolehlah kan? Aku pakai streamyx dan tak share sesape di rumah ini. Itupun kalau adik aku balik dia bantai main game je. So, tak kacau torrent aku dan aktiviti mendownload anime aku.

Kalau nak try. Pergi kat link ini >> Speed Test !! 

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Tajuk tu gimik aje. Tak semudah seperti mana ayat yang telah disusun. Pendekkan cerita basi macam yang orang lain buat kat blog atau newsletter yang dibuat berhari-hari atau berjam-jam. Ada banyak cara nak dapatkan 1 USD dengan mudah. Tak susah dan aku rasa ramai yang mampu berbuat demikian.

Kat sini, aku tunjukkan 2 cara sahaja bagaimana nak dapatkan 1 USD dengan mudah. Tak susah dan juga tak senang. Tapi 2 cara ini mampu membantu dan menjana 1 USD setiap hari. Bagaimana? Baca 2 cara ni dengan niat ikhlas nak cari duit. Bukan dengan niat nak ngorat anak dara Pak Cik Dollah ye..

Cara yang pertama :

Jual product atau E-book kepunyaan sendiri atau Master Resell Right. Korang boleh cari mana-mana e-book yang korang rasa tak basi dan ramai orang masih nak belajar dari e-book tu. Tapi bagi aku dah basi. Aku dah tak layan e-book murahan yang aku rasa aku leh dapat free dari member-member luar negara aku. Boleh dapat bundle lagi tu. Bayar 10usd. Aku leh dapat 10 ribu e-book yang high kualiti dan bagus-bagus. Terutamanya yang pasal Photoshop dan PPC. Memang aku cari e-book begini biarpun murah atau mahal. Senang sangat nak cari. So, pilih 1-2 E-book yang korang rasa berpotensi untuk dijual dengan harga 1 Usd. Mulakan dengan 1 Usd. Tak apa, murah tak apa. Janji barang dijual dan dapat pelanggan. Ini cara serampang 2 mata. Cara nak dapatkan list dan juga pelanggan tetap. Ramai IM Malaysia yang praktik cara ni dan aku rasa tak salah kita tiru ramai-ramai..

Itu E-book. Kalau pasal product macam software. Aku prefer join program yang bagi kita duit kalau orang lain download. Contoh? Macam software Adsense. Contoh korang download mozilla firefox guna link adsense yang ada kat blog seseorang. Korang dibayar 20 cent - 1 ringgit untuk 1 download. So, bukankah lumayan itu? Hanya tunggu orang download dah leh dapat 1 usd dan ke atas. Orang kata kerja atas angin..Ye ke? Hehe..

Cara kedua..

Affiliate Program. Sebenarnya cara ni macam cara kat atas juga. Tapi aku lebih tumpukan pada affiliate atau paid to promote program. Maksudnya, kita dapat cari orang join dan jadi downline kita. So, bila diorang dah jadi downline korang. Automaticnya korang dapat payment. Antara contoh affiliate program cam ni..

1 orang = Kita dapat 1 usd
100 orang = Kita dapat 100 usd

1 orang = kita dapat $0.20 usd
10 orang = kita dapat $2.00 usd

Kiranya, kira-kira dirang macam itula. Ini antara beberapa cara yang aku praktikkan dan memang berjaya buat duit melalui taktik 1 Usd. Memang aku cukup suka cara ni. Kita promote, orang join atau download product/E-book. Kita dapat duit. Cara ni cukup best kalau korang ada 1 juta subsriber. Aku takde banyak tu. Ratus-ratus je ada hasil dari blog-blog aku dan forum aku. So, situlah aku tembak diorang. Promosi mesti baik punya supaya diorang terpancing dan terpegun dengan tawaran yang kita bagi tu..

Aku ada satu tawaran dan satu cara baru untuk korang dapat 1 usd dengan mudah. Ikut Langkah Mudah  ini untuk mendapatkannya.

1. Join program dengan klik banner di bawah ni.
2. Isi semua maklumat yang berkenaan termasuk akaun paypal korang
3. Isi data dan upload gambar korang di website dan update profile.
4. Dah layak untuk menyertai program Lazzeo.com !


lazzeoad3 Cara Nak Dapat 1 USD dengan Mudah?





Kebaikkan program Lazzeo :

1. Anda dibayar 1 usd untuk setiap downline yang register dan Downline anda turut buat langkah 1-4. Mesti buat!
2. Kalau tak, kelayakan untuk downline korang diragui oleh pihak Lazzeo.
3. Anda juga boleh letak adsense, adbrite, widgetbuck di Website Lazzeo. Caranya?
4. Pergi bahagian my account > setting > profile setting
5. Lepas ni. Korang leh copy paste code adsense dan yang lain-lain kat bahagian yg disediakan.
6. Korang buat promosi. Tak digalakkan spam.
7. Minimum untuk withdraw setiap bulan adalah 15 usd melalui akaun Paypal korang.

Adakah anda sudah tahu caranya? Mari join Team Lazzeo kami sekarang dan cuba dapatkan seramai downline dan dapatkan 1 USD berulang-ulang kali. Diorang bayar dan aku sekarang adalah Gold Member di Lazzeo.

Boleh juga register Lazzio di sini atau klik banner di atas >> Dapatkan 1usd Hari-Hari !

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Sebenarnya tak banyak yang aku nak cerita. DAlam 2,3 hari ini mungkin korang perasan aku tak posting di kebanyakkan blog aku. Tapi aku still aktif posting dekat forum2 yang masih membayar aku. Harap dapat beberapa payment esok atau lusa. i need to have at least $250 usd in this month. Aku dah dapat kumpul suku daripadanya dan selebihnya akan dapat di pertengahan bulan ni dan akhir bulan ni. Satu payment besar akan dapat di penghujung bulan Oktober nanti. Payment apa? Biarlah rahsia..

Sebelum aku tidur hari ini. biarlah aku review apa yang aku dah buat hari ini. Posting sudah, blogging sudah. Complete beberapa offer dan reviewme pun sudah. Check akaun maybank, paypal dan e-gold pun sudah. Bidvertiser dan adbrite belum check sebab aku selalu check akaun hujung minggu sekali. Baru suprise kan? Actually, dua2 program tu nak dekat minimum dia. harap2 dapat payment bagus..

Hari ini aku takde niat nak bercerita panjang macam selalu. Cukuplah muhasabah diri sahaja. Penat jugak untuk preparation beberapa perkara dan aku banyak tidur sikit disiang hari. Maklumlah, kan aku jadi burung hantu sekarang. Kerja kuat di malam hari, tapi tidur disiang hari. Harap2 usaha aku berbaloi. Insya-Allah. Selebihnya tawakkal sahajalah..

Aku minta maaf awal-awal jika aku tak dapat update setiap hari. Memang sibuk sikit dan aku bakal mengeluarkan produk baru. Produk apa. Tunggu sahajalah. Tengah setting apa-apa yang patut dan mungkin aku akan beli domain baru semata-mata untuk buat web jualan bagi produk aku itu. Ini kali pertama aku buat web jualan macam ini. Mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Mungkin juga singkat. So, harap yang terbaik.

Satu perkara yang menjadi tanda tanya bagi aku ketika ini.
Mengapakah perempuan begitu lemah dalam beberapa perkara?

Aku malas nak perdebatkan hal ini. Tapi saje nak tahu betulkah keadaan ini berlaku dan akhirnya aku terpaksa mengakui bahawa mereka memang lemah dan memang begitu sifatnya. Kita tak dapat ubahnya melainkan perempuan sendiri hendak mengubahnya. Tapi ada perkara yang memang tak boleh diubah. Apa dia? Biarlah aku dah perempuan sahaja tahu rahsianya..

Cukup sampai di sini sahaja. Tak ada kaitan sangat tajuk dengan apa yang aku cuba sampaikan. Mungkin hanya borak kosong sahaja. tetapi, jika korang tahu apa yang aku cuba sampaikan. Ambillah ikhtibar..

Ps: Dapat 2 payment hari ini. Satu payment kecil dan satu lagi payment besar..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Pukul rata pastinya ramai newbie yang hendak menceburi pelbagai bidang di internet sekarang. Terlalu banyak cara untuk mendapatkan 1 sen di internet. Hakikatnya terpulang pada individu masing-masing dan aku percaya masih ramai yang tercari-cari formula untuk kaya dengan lebih mudah dari internet macam pelaburan atau hyip. Bukan tak boleh, cuma kena pandai pilih dan yang korang yaking sahaja untuk mendapat kembali return. Tapi masalahnya. Ada ke hyip yang meyakinkan? Dan tak kurang juga wujudnya hyip yang menggunakan nama islam atau muslim untuk menarik ramai pengguna internet melaburkan wang mereka. Terpulang. Rugi atau untung, itu hak anda.

Antara cara yang paling cepat buat duit setakat ini adalah posting dan blogging. Ini cara yang sangat sesuai bagi blogger dan webmaster kerana tau banyak informasi dan terlibat juga dengan kerja-kerja coding. Tak ramai yang tahu bagaimana hendak jadi blogger dan blogging ini. Tak kurang juga yang kaki bangku bab2 menulis dan menaip. Niat dan semangat nak buat duit secara online sampai ke langit. Tapi bila di suruh berusaha sedikit, sudah tarik muka.
“Apa macam kawan, lu mahu duit lu kena kerja maa! Duit tala datang sendili.. “

Apek jual surat khabar sendiri bagitahu aku bila aku tanya macam mana nak cari duit dengan mudah secara offline atau online. Even tak sampai 5 minit aku borak sama apek tu sebab tunggu Mak aku shopping kat Tesco. Tapi perbualan aku dengan dia tu sangat menarik hati aku. Berkat jual surat khabar tu. Dia dah ada syarikat sendiri, maksud aku kedai buku sendiri yang diusahakan lebih 15 tahun. Lama tu. Sampai aku dah besau ni, kedai tu masih ada lagi..Ada beberapa tips Apek tu bagitahu aku. Antaranya..
” Lu kalau mahu manyak wang, lu mesti banyak contact. Takdak contact, lu tak moleh buat bisnes. Bisnes mesti ramai kawan. Kalau lu bisnes sorang2, baik lu tak payah buat bisness!”

Amboi. Bukan main dengan hentam. Tapi sama macam post aku semalam. Contact atau kawan penting tak kira perniagaan online atau offline kan? So, sedaya upayala kena buat contact yang berguna. Mana tau satu hari nanti boleh jadi customer kita kan? Kan? Satu lagi nasihat dia pada aku kalau betul2 serius nak bukak bisnes..
“Lu kalau mau bisnes. Lu mesti pandai kira-kira. Kalau tak. Orang boleh pijak you. Orang boleh makan you punya. Pandai pun penting , mulut pun mesti manis, mesti senyum selalu. Orang masam muka aa. Tak mulih bisnes. Orang macam itu mesti pergi itu tanjung rambutan. Belajar cara-cara mau senyum itu muka. Baru molih bisnes maa!

Amacam? Kira-kiranya. Macam itulah cara dia cakap dengan aku. Kekadang aku tak faham gak telo dia. Pepaham sendiri ajelah. Kalau korang rasa cakap Apek ni tak betul Aku tak kisah. Even Apek nih takda Benz, tapi rumah sewa dekat 4-5 bijik. Kereta dia satu Waja, satu van mini. Tapi gi kerja pakai basikal je. Dah rumah dengan kedai berape meter aje. Selain itu. boleh jimat minyak! Anak2 semua dah berjaya. Ada sorang doktor, sorang Engineer. Sorang bukak business. Yang bongsu, dia tolong si Apek ni la. Tak lama lagi rampas kuasalah. Hehe..

Apa-apapun. Banyak cara nak buat duit. Jika jual surat khabar pun boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Tak mustahil kita pun boleh buat? Sekarang pun dah banyak skim2 yang membantu student lepasan SPM dan Graduan universiti untuk membantu mereka menjalankan perniagaan. Aku rasa aku antara Graduan yang aku cari skim tu lepas bulan September ini. Peluang tu, takkan nak lepaskan pulak. Melainkan aku nak kerja makan gaji. Lagi beberapa hari aku temduga KPLI. Ini 1st time aku temuduga KPLI. Sama ke macam interview keje kilang atau keje2 stor keeper?

Cukuplah sampai sini Sembang Duit aku bersama Apek Surat Khabar. Aku nak dengar lagu nasyid kejap. Nak dengar sama? Mari dengar lagu favourite adik aku kecik tu. Lagu Ina artis Hijjaz yang bekas awek si Mawi dulu. [Ina - Tak Punya Siapa]

Ps: Dapat beberapa payment kecil hari ini. Syukur. Ada income hari ini biarpun rasa agak malas nak buat kerja.

Pss: Tertidur awal malam ni. Ni pun terbangun kul 3. Terus basuh muka dan update apa-apa yang patut.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011