Demam aku masih belum kebah. Tapi hari ini aku hendak share dengan korang satu lagi program yang agak bagus untuk alternatif kepada Google Adsense. Mungkin ada antara korang dah fedup dengan Adsense dan hendak cuba program-program lain. Jadi, aku cadangkan korang untuk cuba program ini iaitu SpeedyAds.

Program SpeedyAds ni dah lama berjalan. Seingat aku dah 2-3 tahun atau mungkin lebih. Aku dah join lama. Cuma macam biasalah. Kejap aktif dan kejap tak. Tapi bila aku login balik akaun aku, aku perhatikan aku dah ada lebih 6 dollar. Aku rasa kalau aku teruskan, ada peluang untuk capai minimum payout. Minimum payout untuk SpeedyAds cuma 25 dollar. Aku rasa aku mampu capai sekurang-kurangnya 1-2 payment dalam tahun ini. Ini ujikaji aku untuk SpeedyAds.
Mengapa aku cuma target 2 kali sahaja payment untuk tahun ini? Ini kerana kita semua tahu bahawa SpeedyAds memang tak boleh lawan Adsense. Tapi ini salah satu adsense alternative yang agak baik untuk dijadikan ujikaji aku. Jadi, aku dah letak iklan diblog ini dan beberapa blog lain dan harap iklan SpeedyAds tak buat blog-blog tersebut lembab atau lambat ketika loading. Kalau tak, memang buang masa aje aku buat duit dengan SpeedyAds nie..
Secara jujurnya, dulu aku malas dah nak percaya dengan pakcik SpeedyAds ni. Pakcik Nuffnang dengan Pakcik Google dah cukup best. Tapi aku rasa aku lebih suka banyak pakcik daripada 2 orang pakcik aje. Jadi, marilah kita tambah pakcik dan makcik ramai-ramai.
Lagipun, SpeedyAds telah mengambil tindakan drastik dengan mengubah design untu program SpeedyAds. Serius, dulu memang buruk gila. Sebab tu aku malas nak aktif sangat dengan SpeedyAds. Jadi, solutionnya aku tinggalkan kejap sebab aku macam dah tak berapa percaya. Tapi kini aku sudah ada banyak blog-blog percubaan yang boleh dikorbankan. Jadi, aku akan cuba buat duit dengan SpeedyAds. Haha..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content























