Archive for the 'Speed Adsense' Category


Secara jujurnya, aku baru aje sampai Jerantut 2-3 jam yang lepas. Tapi aku layan dulu satu novel yang aku tak habis baca dalam bas tadi, kemudian makan maggi sikit dan air suam sebelum aku menulis update tentang Seminar Speed Adsense yang telah aku hadiri dalam 2 hari ini.

Agak kecewa sebab aku terlepas 2 sessi pada hari ahad ini kerana aku terpaksa bergegas pulang ke Jerantut kerana ada hal yang tidak dapat aku pandang rendah kerana memerlukan urusan teknikal dengan kadar yang segera. Sepatutnya aku kene balik hari sabtu, tapi aku cuba lari sekejap dari urusan tersebut dan tunda ke hari ahad.

Pendek cerita, aku gembira kerana aku menghadiri seminar ini. Aku ingatkan nak senyap-senyap aje dalam seminar ni. Tapi sekali kene pulak sessi taaruf. Nak tak nak, memang aku tak boleh lari dan akhirnya kantoi juga identiti yang sudah hampir 5-6 tahun aku sembunyikan daripada member-member online aku. Itulah aku. Biasa sahaja. Manusia biasa. Bukan haiwan atau unggas hutan. Darah yang masih merah dan rambut yang kekal hitam. Masih boleh melihat dan mampu berjalan. Masih boleh lagi menulis blog dan mencar i duit diinternet. Masih lagi berupaya dan memaksa badan yang selalu sakit dan senggal ini untuk bekerja mencari sesuap nasi dan masih cuba tak mengecewakan mak abah dan nenek aku. Ya. Itulah Titan. Kenal dah kan sekarang? Tapi kepada sesiapa yang tak sempat borak tu, aku mintak maaf. Aku ni memang pemalu. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi berborak dengan aku..

Akhirnya berjumpa dan berborakjuga aku dengan Syed Ikhwan, Abu Hanis, Ridzuan Richie, Dilemma, Labananon, Hilmi, Afzai, Abooain, Alang, BMW_7series, Sham, Kak Salmi dan mereka-mereka yang baru aku kenal. Sejujurnya aku masih baru dengan mereka dan semuanya ramah-ramah belaka. Kepada yang aku kurang kenal dan baru kenal, maafkan aku diatas kekurangan dan sifat malu aku. Kat blog dan forum aje ganas, kat seminar, cam budak aje. Semua pakai baju lawa-lawa..aku aje pakai baju macam nak pergi main futsal. Selipar jepun lagi tu. Haha..nak buat macam mana, aku pun rush dari Jerantut. Tak sempat nak cari selipar atau sandal yang lawa-lawa walaupun aku pergi kerja setiap pakai kasut dan bertali leher. Tapi aku pedulik apa walaupun hotel Armada tu dengarnya taraf 4 bintang. Tapi bagi makanan yang disediakan, aku bagi 5 bintang. Memang puas aku melantak dalam 2 hari ini. HInggakan waktu aku nak balik, sempat aku bedal rojak buah sekejap.

Tentang apa yang aku dapat dari Seminar Speed Adsense ini, pastinya ILMU yang aku mahu. Aku tak nafikan dan banyak juga ilmu yang aku ketahui. Walaupun kebanyakan penerangan tu aku dah tahu dan faham, aku akui masih ada trik-trik dan tips yang aku tidak tahu. Cis, banyak lagi rupanya aku tak tahu. Haha! Sedikit sebanyak ini membantu aku memahami dengan lebih baik terutamanya dalam SEO dan YSM. Penerangan dari Saudara Fuad tentang SEO, Saudara Yusri tentang landing page, saudara Abu Hanis tentang YSM, Hafreeze tentang Meta Marketing dan pengenalan Adsense dari Syed Ikhwan sudah cukup bagi aku untuk menangkap apa yang diperlukan untuk sistem Speed Adsense ini. Jadi, aku yakin aku juga boleh buat sistem ini. Cuma kene tambah keberanian untuk melaksanakan dan tumpuan atau fokus yang tinggi. Sejujurnya, aku masih tak puas hati sebab aku tertinggal 1 slot dari Ridzuan Richie, tapi dari cakap-cakap bahsa dengannya, aku dapat tangkap apa yang diperlukan dalam Facebook dan Speed Adsense. Insya-Allah, ilmu ini akan aku praktikkan dalam tahun ini juga.

Sayangnya, aku tak bawa kamera. Jadi takde gambar langsung yang berjaya aku shoot. Aku hanya menunggu gambar-gambar dari member-member lain yang dapat kami kongsikan bersama nanti. Tunggu sahaja aku update gambar masa kat Seminar nanti jika aku berjaya curik gambar tersebut. Harap ihsan dari Team SA ajelah. Itupun kalau depa bagi. Haha..

Dan aku tersenyum simpul didalam hati. Rupa-rupanya, ada orang mengenali si Titan dan Blog Earncent.com. Terharu pun ada apabila ada yang bertanya ” Ini Abang Titan ker?” atau “Ini Titan kan?”,  ”Awak Titan kan” Boleh mintak YM? Boleh mintak alamat email?” Dan macam-macam lagi pertanyaan yang membuatkan aku rasa aku tak buang masa selama 5-6 tahun diinternet ini. Tapi seorang pun tak tanya, ini “ahmad faizal ker?” Nama Titan juga depa sebut. Haha..tak apa. Sekurang-kurangnya, aku berjaya membuatkan ramai orang mengenali Titan dan Blog Earncent.com. Tak kurang juga aku berjaya mempromosikan Banting, Universiti Malaysia Sabah dan Jerantut. Tak kurang juga aku tersenyum simpul apabila mempromosikan pekerjaan Geologist, Pakar Kajibumi dan juga Guru. Jika korang perasan, itulah keyword-keyword panas yang datang ke blog aku selain MMO, Buat Duit dan Edisi Siasat yang aku lakukan dari dulu sehingga sekarang. Dan dari situlah nama TItan dikenali di Malaysia.  Seminar Speed Adsense ini benar-benar memberikan aku kepuasan dan mencapai beberapa target. Insya-Allah, aku akan cuba buat sesuatu untuk memastikan target baru aku mencapai sasarannya..

Ps: Serius. Aku rindukan seseorang ketika dalam bas tadi. Insan yang dah lama pergi. Dan memang takkan kembali. Kenapa? Sebab dia dah meninggal dunia. Insan yang pernah aku cintai sepenuh hati dan memang susah nak cari ganti. Entahlah, nape boleh terfikir pasal dia plak tadi..dan benda-benda ni semua menyebabkan aku rindukan kembali gadis-gadis yang pernah jatuh cinta dengan aku dan “Titan”. Haii..

Pss: Sungguh. Aku single lagi. Tak tahu kenapa. Haha..hape aku merepek nie..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Benar. Tak banyak yang aku hendak update. Selain beberapa bayaran yang biasa aku perolehi setiap bulan, aku akan kongsikan sedikit bayaran yang aku rasa sesuai untuk ditatap bersama untuk meningkatkan mood dan semangat diri aku sendiri setiap bulan. Semoga pelaburan yang aku buat akan kekal membuahkan hasil setiap bulan.

Jika korang hendak tahu, memang benar aku bermula dari kosong. Maksudnya tanpa modal ketika aku mula-mula bertatih dengan dunia hyip, dunia internet, dunia forum, dunia MLM dan juga dunia blogging. Kosong. Tapi itu korang kene faham, aku lum campur kos streamyx, bil elektrik dan bil-bil sampingan yang lain. Jika nak cerita itu semua, memang banyaklah yang aku keluarkan sebelum aku dapat 1 dollar yang pertama di internet. Senang cerita, aku mula menerima duit setiap hari sehingga ke hari apabila aku mula mendapat 1 dollar pertama di internet pada tahun 2003 dulu. Pendek cerita..5-6 tahun jugaklah. Sekarang, aku mampu maintain dengan senyuman setiap hari diakaun paypal, menerima cek setiap bulan dan tak lupa tambahan duit kerajaan setiap bulan sebanyak 2k lebih. Bolehlah nak menyimpan dan sedang menjeling-jeling rumah yang hendak dibeli..

tlajulypayment 300x156 Bayaran Komisen ke 20 dari Text Link Ads


Itu sedikit cerita tentang duit TLA dan macam-macam lagi kalau nak cerita kat korang. Dan aku memasuki dunia blogging pada penghujung 2005 dan blog ini ditulis pada 2007. Dan sekarang sudah 2009 dan akan memasuki 2010. Sudah nak dekat tahun 2020. Pada tahun 2020, aku sudah berumur 36 tahun. Aku tak pasti aku sudah mencapai apa yang aku hendak, mencapai impian aku, sudah berkahwinkah, sudah mempunyai anak atau tidak. Tapi aku yakin aku akan berjaya. Insya-Allah. Aku yakin dan berharap umur aku dipanjangkan untuk membuktikan apa yang aku inginkan. Harap doa aku ini makbul dan korang pun doakan sekali juga akan kejayaan aku. Kita mencuba dan kita berdoa. Itu satu cara untuk berjaya. Bukan setakat mengharap dan bekerja macam gampang aje. Mesti berdoa dan bertawakal. Baru usaha kita tu ada nilainya, ada keberkatannya..

Cukup cite tentang tu dan aku celah sikit tentang Speed Adsense. Ini percubaan aku setelah beberapa hari mencuba sistem mereka. Cincainya setiap hari aku labur dalam 15 dollar dan dalam tempoh 5 hari aku..aku dapat return yang agak besar. Hari pertama aku dapat dalam $101 dollar. Hari kedua pula, jatuh mendadak, aku dapat dalam $13 dollar aje. Takpe. Tak putus asa lagi. Hari ketiga aku dapat $81 dollar manakala hari ke empat aku dapat dalam $60 dollar. Hari kelima iaitu semalam, aku dapat dalam $62.  Cincainya aku labur dalam $60 dollar dan aku dapat dalam $300. Kiranya 5 kali ganda aku dapatlah hasil dari mencuba sistem adsense ni. Apa pendapat korang bila aku dapat figure tu? Rasa-rasa berbaloi ke tak? Tak apa. Aku akan belajar tentang sistem tu hari sabtu dan ahad ini. Aku juga akan cuba praktikkan sehingga dapat capai setaraf dengan level sistem speed adsense ni. Jika aku boleh dapat return dalam 5 kali ganda macam tu. Itu sudah bagus bukan? Cincainya dalam 5 hari, aku untung $240 setelah tolak modal. Aku akan teruskan benda ni dalam sebulan ini. Kita tengok ok ke tak benda nih. Jika kene caranya, boleh untung bersih dalam RM3400 dalam bulan ogos ni. Sikit ke banyak bagi korang RM3400 tu??

So, pendek cerita. Kita belajar dulu benda tu. TLA ni aku memang dah jadikan side income dan aku cuba pulak untuk jadikan adsense sebagai satu lagi side income yang lumayan. Aku bayar RM970 untuk dapatkan ilmu Speed Adsense ni. Harap-harap berbaloi dan aku mampu tersenyum dengan lebih lebar selepas ini. Haha..

Ps: Tengah tunggu cek-cek program CPA dan cek Nuffnang untuk bulan lepas. Lambat plak sampai. Cis..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini buat kali pertamanya aku buat kerja gila. Kenapa? Ini kali pertama aku akan membelanjakan duit yang agak besar untuk mempelajari sesuatu tentang Adsense. Yap. Pasti ada antara korang yang dapat tangkap maksud yang aku cuba sampaikan. Benar, aku mungkin akan menyertai Seminar Speed Adsense yang bakal diadakan pada 8-9 Ogos nanti. Walaupun aku tak pasti bahawa aku akan dapat datang ke seminar itu atau tidak. Tapi aku sudah membuat bayaran sebentar tadi. Harap-harap tidak ada kesulitan pada bulan Ogos ini kerana hampir setiap minggu aku sibuk dengan urusan offline aku. Itu belum lagi dengan kelas TNX yang aku jalankan di Jerantut ni..

seminarspeedadsense 300x87 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Speed Adsense


Mengapa aku tertarik dengan Seminar Adsense ini? Ini kerana aku ingin mempelajari sesuatu tentang adsense dan juga teknik yang Syed Ikhwan lakukan dan beliau antara salah seorang Adsense Player yang aku akui sangat hebat bermain dengan selok-belok adsense. Bukti yang beliau tunjukkan disini cukup membuatkan aku ingin belajar sesuatu dari beliau dan Adsense playar yang lain. Aku harap dapat meningkatkan lagi pendapatan bulanan aku bersama adsense. Aku harap aku akan dapat kesudahan yang baik selepas mempelajari tentang teknik speed adsense yang akan aku belajar nanti. Mesti tangkap apa yang patut nanti. Haha..

Ok. Di sini aku juga ingin buat tawaran gila untuk sesiapa yang mahu pergi ke seminar Adsense dengan aku. Maksud aku, jika korang hendak pergi ke Seminar Adsense itu bersama aku dan member-member yang lain. Korang leh bayar yuran seminar sebanyak RM970 melalui link aku. Jika aku dapat downline, aku akan dibayar sebanyak RM100. Jadi, aku akan bagi bonus berbentuk wang tunai iaitu 50% daripada nilai komisen yang aku terima iaitu RM50. Itupun jika ada yang berminat. Aku tak paksa cuma jika ada yang mahu beli, aku akan bayar bonus RM50 tu diseminar itu nanti. Kalau aku bayar sekarang, korang joli plak dengan awek-awek korang. Betul tak? Tapi sila pastikan korang betul-betul sertai melalui link affiliate aku dan sila hubungi aku diruang contact ini untuk claim bonus korang. Aku kene check dulu untuk menentukan betul atau tidak korang jadi downline aku. Leh klik kat sini dan buat bayaran: Bonus RM50 Speed Adsense

Betul. Aku belum cuba apa-apa lagi tentang Speed Adsense. Jadi, tak ada lagi ulasan atau review Speed Adsense atau bukti untuk income satu hari yang dapat aku kongsikan sekarang dan nantikan update terkini aku tentang Speed Adsense pada bulan Ogos nanti. Ingat, tarikh tutup adalah 3 Ogos. Jangan terlambat..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011