Archive for the 'Speed Adsense' Category


Hari ini aku cuma hendak kongsikan bayaran yang aku terima dari TNX. Aku akan cuba update apa yang berkaitan dengan TNX dan blog ini akan terus bercerita tentang TNX sebab aku sedang cuba untuk mencari jalan untuk menjadikan TNX kepada income utama aku selain adsense, bukisa, squidoo, jual iklan, tulis review, TLA dan yang lain-lain. Insya-Allah, aku yakin boleh dan aku sedang cuba beberapa cara yang aku fikirkan sesuai untuk dikombinasikan bersama.

Ok. Ini benda yang aku dapat kongsikan. Memang tak banyak dan kalau ada yang bengkek sebab ingat aku belagak tunjuk income yang tak seberapa ni, aku reda. Benda sikit. Janji ada hasil dan aku tak menipu atau merompak bank. Betul tak?

tnxaugustpayment 300x152 1 Tahun Titan bersama TNX: Komisen ke 33 dari TNX

tnxaugustcashout 300x129 1 Tahun Titan bersama TNX: Komisen ke 33 dari TNX


Yang awal tu adalah komisen yang ke 32 dari TNX dan yang kedua tu merupankan komisen TNX yang ke 33. Maksudnya yang ke 33 adalah jumlah bayaran yang berjaya dibayar oleh pihak TNX ke akaun paypal aku. Janjilah dan aku rasa dah nak dekat genap setahun lebih aku bersama dengan TNX. Bayaran pertama aku adalah bertarikh 2 Julai 2008 sebanyak $4.95 sahaja. Kira oklah tu kan? Sekarang dapat maintain 10-50 dollar sebulan pun dah cukup hebat kan? Haha..

Cuma aku nak bocorkan rahsia sedikit. TNX dah tak macam dulu. Diorang sekarang agak ketat dan memang pentingkan sangat pasal trafik dan pagerank. Jika blog korang tu trafik rendah sangat dan pagerank pun kosong, memang sakit nak buat duit dengan TNX. Setidaknya, trafik kene tinggi dan jika ada pagerank, itu adalah bonus besar. Untuk diterima masuk ke TNX, senang. Untuk blog diluluskan ke tnx marketplace oleh moderator tnx, itu senang. Tapi untuk kene index oleh bot tnx, sangat lambat. Berganda lambatnya kalau blog korang sangat cincai dan semput. Jadi, buatlah satu blog yang agak berkualiti. Maksudnya, ada trafik, theme menarik, blog dalam bahasa english, blog yang ada komen, blog yang tak macam MFA, atau MFT. Kalau tak, susah sikitlah nak buat duit dengan benda ni. So, jangan kata aku tak bagitau aa.

Dan sistem TNX dulu dan sekarang memang berubah. Jadi, nak tak nak, kita kene ikut rentak diorang sebab diorang yang bayar kita dan mungkin ini juga adalah kehendak pihak Advertiser. Jadi, ikut ajelah. Depa yang bayar gaji publisher kan? Jika kita kat tempat diorang pun kita mahukan ianya berbaloi dan tidak sia-sia. Betul tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Esok aku akan kembali ke Jerantut setelah seminggu berehat di Banting. Mungkin lain kali aku akan cari tempat lain untuk berehat. Aku tak kesah dekat mana-mana, janji ada tempat tidur dan aku masih boleh melayari internet. Itu dah cukup. Tapi mungkin aku akan ambil masa untuk pergi ke satu tempat yang jauh sikit atau berkhemah dihutan. Takde masalah rasanya. Bawa aje GPS dan kompas. Insya-Allah tak sesat. Hehe..

Dalam setengah jam lagi, kita dah boleh berbuka. Itupun jika aku sempat habiskan artikel ini. Tadi baru aje shopping barang sikit. Ada projek sikit minggu depan kat Jerantut dan aku ditugaskan untuk beli beberapa barang dan minggu depan juga ada 2 orang akan ambil personal Coaching tentang Asas Blog dan WordPress dan Cara Buat duit dengan Blog manakala personal coaching TNX juga akan diajarkan sekali sebagai bonus. Walaupun tiada modul tetap, tapi aku yakin mereka boleh tangkap apa yang akan aku beritahu mereka. Ambillah nota apa yang patut. Lagipun bulan puasa ini aku rasa kita ada banyak masa untuk belajar dan masa untuk ujikaji. Insya-Allah, semua blog MMO aku akan aku update. Sekarang memang aku malas nak tulis apa-apa. Cuma diblog ini aje aku rajin update berbanding blog-blog yang lain. Mungkin aku sibuk layan anime dan baca manga online sahaja. Haha..

blue 300x206 Titan, Banting dan Jerantut


Malam semalam, aku terawih lambat. Dalam jam 2 pagi. Itupun wat 8 rakaat aje sebab aku berbuka puasa dengan kawan-kawan aku kat Bagan Lalang. Lepas tu, kitaorang terus ke Alamanda. Lepak kat sana main bowling dan sempat pula tengok wayang cerita Orphan. Balik rumah dekat jam 2. Nasib adik aku belum tidur lagi. Kalau tidak, memang aku tidur dalam kereta lah gamaknya. Kene plak adik perempuan aku pun balik rumah juga semalam, sempat pula dia tibai laptop aku. Patutlah tanya password laptop aku malam tadi, dan aku sempat layan naruto 10 episode sebelum tertidur dalam jam 4 pagi. Pastu, abah aku kejut untuk sahur dan aku sambung layan naruto lagi beberapa episode sebelum aku terlelap semula..

Minggu depan juga aku akan buat semula projek-projek yang terbengkalai. Antaranya projek TNX, projek GDI, projek TLA, projek Speed Adsense, projek Bukisa, projek Shamelin dan juga beberapa projek yang sempat aku plan dalam minggu ini. Ya, rehat-rehat juga. Tapi notepad aku tu aku taip juga apa-apa yang patut sementara aku terlintas apa-apa dalam otak ni. Takdelah rehat bodoh aje. Apapun, semoga ianya akan berjalan dengan baik. Benarlah, blog merupakan insuran terbaik bagi aku untuk masa depan. Akan aku curahkan apa yang patut melalui medium blog ini buat duit dengan blog melalui cara dan acuan aku sendiri.

Ps: Iklan Nuffnang semakin banyak dalam bulan puasa ini. Korang perasan atau tidak? Ke aku sorang aje perasan tentang iklan Nuffnang yang selalu bertukar-tukar. Biasanya korang akan nampak iklan Nuffnang pada waktu tengah malam, petang dan waktu subuh. Time tu, memang galak iklan Nuffnang keluar kat kebanyakkan blog-blog aku..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Kejayaan team SpeedAdsense menganjurkan seminar pada awal bulan Ogos yang lepas, dimana lebih 50 peserta berkampung di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan misi untuk menjana puluhan, malah ratusan dollar setiap hari dengan menggunakan sistem mereka. Lawat (Website Speed Adsense) untuk melihat sendiri bukti keberkesanan sistem mereka.

Kini, mereka menawarkan pula kepada anda sistem yang bernilai RM1597 untuk di-test drive hanya sekali dengan bayaran serendah RM40/USD15. Peluang ini hanya muncul sekali sahaja, di mana selepas ia ditutup, anda tidak akan menemui peluang ini dimana-mana. Selepas test drive ini ditutup, harga membership akan dinaikkan kepada RM1970, maka, anda perlu lah bertindak dengan lebih cepat! Jadi, jangan kata aku tak pernah bagitau korang untuk cuba sistem Speed Adsense ini. Aku dah cuba dan memang mengagumkan. Sekali shoot leh cecah $50-100 usd tauuu! Aku nak tunjuk..segan plak. Tapi aku tunjuk sket ek..

incomeadsense 300x130 Test Drive untuk Sistem Speed Adsense dibuka sekarang!


Korang klik kat gambar tu kalau nak tengok dengan lebih jelas. Sekali text drive, aku dapat $80 lebih. Ada gak masa aku dapat $100 dollar lebih. So, jika korang nak test drive sistem Speed Adsense ini, bolahlah daftar sekarang di Website Speed Adsense sekarang dan jangan berlengah lagi. Kang Team Speed Adsense tutup benda ni, dah takde peluang korang nak try sistem speed adsense ni lagi. Lepas ni, lagi mahal korang kene caj. Aku tak tipu punya. Haha..

Leh pegi sini : Test Sistem Speed Adsense

Benda ini ada gak wat Pay Per Lead. Jadi, korang pun boleh buat duit. Secara am’nya, setiap referral yang anda salurkan kepada team SpeedAdsense, anda akan menerima RM1. Maka, lebih banyak yang korang refer, lebih banyak $$$$ yang korang terima. This is no BS. Aku tak tipu. Speed Adsense pun tak tipu. Apahal nak tipu bulan puasa ni kan?

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini kita nak bercerita tentang trend yang dah berlaku kat Malaysia. Trend apa? Trend buat duit dan juga perniagaan internet di Malaysia. Mesti korang pelik kenapa aku nak bercerita tentang benda macam ini. Baik aku buat edisi siasat dan macam-macam lagi benda lain kan? Tidak pun ulas produk-produk member yang lain atau promosikan apa yang patut. Memanglah, cuma aku rasa terpanggil untuk bercerita dan badan aku masih sengal setelah pulang dari seminar Speed Adsense. Jadi, biarlah aku menulis sesuatu yang agak berat tapi dalam versi yang agak santai. Korang boleh terima kan?

duitreview 300x210 Edisi Siasat: Trend Buat Duit di Malaysia Tahun 2009


Ok. Jika kita perasan, ada pelbagai cara untuk buat duit tak kiralah sama ada di internet ataupun cara lama seperti berniaga dikedai atau menyertai MLM.  Dan semuanya berputar setiap tahun dan aku akui aku sendiri mengikut trend tersebut. JIka korang perasan pada penghujung tahun lepas, program dan syarikat yang menggunakan MLM atau menggunakan sistem MLM, sistem trading dan binary muncul seperti Buluhmas dan Asia Ceramic. Kesudahannya, kene gantung tak bertali dengan BNM. Sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya. Kemudian, kemunculan Vemma mencanakkan lagi dunia MLM kerana Vemma merupakan MLM versi online. Ramai orang kita yang berjaya dengan Vemma seperti member aku iaitu Din Beramboi yang menjadikan Vemma sebagai pekerjaan utama. Kemudian yang terkini tentang MLM adalah GDI yang dipromote dengan ganas oleh saudara Abg_X sehingga aku sendiri menyertainya. Haha..

Selepas kemunculan Buluhmas dan Ceramic, Clickbank menyerang. Jika kita perasan pada awal tahun 2009, begitu banyak produk clickbank yang bersepah muncul. Tak kiralah produk atau ebook itu dikeluarkan oleh otai, petai, newbie, IM, blogger, kebanyakkany orang akan terpengaruh untuk mendapatkan produk tersebut dan akan membeli produk tersebut. Pendek cerita, clickbank popular dimata rakyat Malaysia dan berita baiknya adalah orang kita mula mengenal apa itu Clickbank dan tahu cara untuk buat duit dengan Clickbank kerana sudah ramai orang kita yang mampu bercerita tentang Clickbank dengan baik.

Ketika inilah E-bay menyelit dan kemunculan Noorizam, Riduan, Mansurbiz, Sifu-Lan dan beberapa orang lain semakin menyemarakan dunia E-bay ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan Tanah Sabah Sarawak. Aku tak sangka momentum E-bay membuatkan ramai orang kita terkesan dan berjaya menyebabkan ramai orang bertukar menjadi pemain E-bay yang hebat. Ramai pemain E-bay yang baru memecahkan kebuntuan dan berjaya buat duit dengan E-bay dengan pendapatan yang lumayan. Tak kurang juga yang jadi Power Seller. Tahniah aku ucapkan pada korang dan aku harap trend E-bay akan kekal setiap bulan.

Kemudian, program-program CPA pula semakin dicari oleh orang kita dan IM tegar. Ramai otai-petai CPA (Cost Per Action) atau PPL (Pay Per Lead) yang berjaya mendapat income yang lumayan dengan CPA mengeluarkan produk masing-masing. Jika korang perasan tentang trend buat duit yang melanda rakyat negara kita, bila ada ebook sebegini muncul, makin banyak produk dan ebook akan terhasil. Sekaligus memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan cara yang baru. Bagi golongan Blogger dan IM, CPA memang merupakan syurga pendapatan bagi mereka. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka tahu cara untuk membuat duit dari program CPA seperti Affiliatier, Affiliatebot, Clickbank, CJ, Shareasale, Max Bounty dan macam-macam lagi. Senang cerita, ramai orang boleh buat duit dah dengan program CPA. Bukankah ini satu perkembangan yang bagus?

Dalam masa yang sama, trend berkembang dengan kemunculan banyak produk berdasarkan informasi. Maksudnya, ramai orang yang berjaya menjadikan produk informasi dalam bentuk ebook sebagai produk killer mereka. Contoh terbaik adalah Ebook Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh saudara Jamal. Memang betul-betul meletup dan mendapat liputan meluas di internet. Tapi tak tahulah jika ebook tersebut dapat dbukukan. JIka dapat dibukukan, mesti lagi meletup sebab buku-buku motivasi atau perniagaan memang tak pernah keluar niche buku sedemikian. Untuk pengetahuan korang, trend produk informasi memang kekal ada setiap bulan. Ini bermaksud produk ini hidup sepanjang tahun dan jika korang bijak, memang boleh buat duit melalui niche yang berbeza seperti produk informasi, produk seks dan produk kesihatan. Jika pandai menulis dan mengolah dalam bentuk tulisan dan dibukukan dalam bentuk ebook, aku percaya duit memang boleh mengalir ke poket masing-masing..

Ok. Apa trend seterusnya? Blogging. Yap. Blogging ataupun buat duit melalui Blog. Bagaimana dengan menulis blog kita boleh menjana pendapatan diinternet? Fenomena blogging ini semakin menjadi-jadi bila Saudara Rohaizad membuat Seminar dan Personal Coaching tentang Blog dan juga Saudari Catzer yang membuat bengkel untuk wordpress dan blog. Dua benda ini sekaligus meriangkan lagi arena blogging di Malaysia walaupun kita semua tahu blogging memang dah sebati kepada rakyat Malaysia sejak 2-3 tahun ini. Cuma tahun 2009 ini menjadikan dunia blogging begitu dekat dihati kita. Betul atau tidak, itu aku tak pasti. Tapi itulah hakikat yang  kita kena terima. Blogging menjadi trend yang memang takkan putus sepanjang zaman dan aku sendiri berada dalam trend ini sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah, memang boleh buat duit dan boleh hidup dengan duit blogging.

Dan trend terbaru adalah Adsense. Jika nak cakap, adsense ni memang dari 6 tahun lepas lagi ramai orang dah tahu dan setiap tahun akan wujud trend adsense ni. Kejap naik, kejap turun dan aku akui trend adsense memang menjadi topik utama setiap tahun dan trend terkini adalah Trend Speed Adsense. Ramai yang bercakap tentang benda ini dan sampailah wujudnya Seminar Speed Adsense yang aku sertai tempoh hari. Jadi, aku harap lepas ini semakin ramai orang kita yang dapat terima cek adsense yang kaler hijau tu setiap bulan dan tak kurang juga ramai orang akan cuba buat duit dengan adsense selepas ini..

Ps: Aku rasa ada juga program dan cara buat duit yang aku tertinggal. Tapi tak larat aku nak ulas semua tapi aku rasa inilah trend yang aku perasan dan aku akui ianya akan berulang setiap tahun. Cuma kita kena tahu, sejarah memang berulang dan akan tetap berulang..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011