Archive for the 'Sony Ericsson' Category


Hari ini aku nak jumpa bos aku. Mintak cuti hari Jumaat ni sebab hari temuduga adalah pada pagi Jumaat. Aku rasa mungkin leh dapat dan harap Bos ada. Tak cuti atau lari ke mana-mana. Temuduga yang tak pernah aku duga. Aku pernah terfikir, pada suatu hari akan ada tawaran seperti ini datang kepada aku, ternyata ianya memang betul-betul terjadi. Aku juga pernah berharap seseorang akan suka aku, ternyata setelah hampir beberapa tahun menunggu, benar-benar dia suka pada aku. Aku pernah mengimpikan sebuah kereta, tak mahal pun takpe, janji hasil titik peluh aku. Ternyata, ianya menjadi realiti. Aku teringin membeli handphone yang ada warna sebab aku dah segan gila pakai handphone Nokia 3210 bekas handphone mak aku. Ternyata ianya menjadi kenyataan. Sony Ericsson W700i menjadi teman setia aku setiap hari. Dan macam-macam lagi impian dan misi-misi kecil aku yang menjadi kenyataan setelah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Dan aku yakin, jika kita pasang satu impian atau target, kita akan berjaya mendapatkannya dengan syarat ianya gabungan usaha, usaha, tawakal, niat, nasib dan doa. Jika semua ini ada, tak mustahil pun korang nak jadi apa-apa..melainkan beberapa perkara yang memang mustahil..

sonyericssonw700i 300x257 Siapa kata Kerja Kerajaan Tak Best?


Panjang pulak mukadimah aku hari ini. Hari ini takde sangat edisi siasat atau open case yang hendak aku kongsikan. Takde juga bukti bayaran yang hendak aku tunjukkan sebab aku memang tak terniat nak tunjuk apa-apa. Cukuplah dengan yang dah ada 2-3 hari lepas, korang leh tanya kat ruang komen nanti ye. Akan aku balas sebab aku sendiri tak berapa ada mood nak balas komen korang 2-3 hari ni. Komen kat blog orang lain rajin plak. Hampeh tul kan perangai aku. Ntahlah, kadang-kadang kita takde mood. Kadang-kadang kita ada mood. So, pandai-pandailah korang ngada-ngada layan mood korang tu yek..

Ada yang bertanya. Best sangat ke kerja kerajaan nih? Kenapa aku tak mintak kerja swasta sedangkan aku ada sijil yang dikategorikan agak mahal pada masa kini. Sijil Ijazah Sains Geologi. Sangat mahal. Lebih kurang jugak macam sijil Engineering dan jika korang hendak tahu kita memang kekurangan Geologist atau Pakar KajiBumi baik dalam Geofizik, GeoKimia atapun GeoPersekitaran. Itu baru sedikit belum lagi kepakaran yang lain macam hidrologi, marin, sedimentologi, pemetaan dan macam-macam lagi. Kenapa aku sedikit pun tak berminat?

Korang silap. Aku memang berminat dan sangat meminatinya ketika aku mula belajar ketika dulu. Bila dimomokkan bahawa kerja dengan Petronas atau syarikat carigali yang lain, memang aku nampak yang pekerjaan ini satu lagi lubuk wang di negara kita. Cuma buat masa sekarang, mungkin aku berminat dengan apa yang lakukan sekarang. Tapi aku tak menolak seandainya temuduga hari Jumaat ini lepas dan aku dipanggil bekerja. Tak tahulah pula kene campak ke mana kalau dapat jawatan ini. Kita tengoklah macam mana nanti agaknya..

Tentang best sangat atau tidak kerja aku sekarang ni. Aku cuma leh bagitau ianya agak best. Sebab aku jumpa seseorang untuk bergaduh setiap hari. Aku jumpa sesuatu yang berbeza. Aku jumpa benda yang unik.  Aku jumpa manusia yang unik. Aku jumpa perbezaaan dunia. Aku jumpa rahsia alam.Aku jumpa mata yang cantik. Aku cumpa senyuman yang manis. Aku jumpa kanak-kanak yang ikhlas. Aku jumpa harta yang mahal. Aku jumpa erti rindu. Aku jumpa nilai kasih sayang. Aku jumpa keindahan dalam kegelapan. Dan macam-macam yang aku jumpa. Siapa kata tak best kerja sekarang nih?

DAn aku jumpa pengalaman yang mungkin aku takkan jumpa jika aku cuma dok rumah dan melayan blog-blog TNX dan buat kerja IM sahaja. Bila kita keluar dari ruang selesa kita, kita akan mengalami banyak perkara. Benar, aku selesa ketika buat kerja dirumah dulu. Gembira menjadi Full Time blogger dan digelar dari member-member lain sebagai Problogger. Seronok bila orang gelar kita begitu. Tapi sekarang, biarlah aku gelar diri aku sendiri sebagai Half-Time Blogger sebab aku tidak lagi menumpukan sepenuhnya dengan dunia blogging. Cuma ketika aku bekerja dengan pekerjaan aku sekarang, aku gembira. Kerja ni pun takdelah teruk sangat. Ada masa leh lepak. Nak mengular pun boleh. Cuma aku biasa menggunakan ayat berehat untuk menjaga hati aku sendiri. Haha..janji aku tak gunakan masa tu untuk merompak atau layan cerita biru.

Ps: Jika korang dah baca sampai ke tahap ni. Aku ucapkan tahniah. Ini artikel yang ke 548. Komenlah apa-apa untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Earncent.com. Sesungguhnya, aku bangga dengan blog ini kerana sekurang-kurangnya ia membantu korang daripada tidak mengorat bini orang ataupun merompak bank jika korang membaca blog aku setiap hari. Haha..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Aku terkena permainan Tag Afzai kali ini. So, demi maruah blogger Tanah Air. Aku menyahut jua cabaran Afzaiafandi kali ini. Sebab aritu aku dah attack Tag dia. Hehe. Balas dendam ek icon twisted TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

 TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku



So, ini peraturan tak rasmi TAG terbaru dari AfzaiAfandi ini :


1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

Ready, 1,2..3!

TAJUK TAG : 5 perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  1. Handset Pertama yang aku beli menggunakan Duit Internet aku adalah pada tahun 2007. Sebelum ni aku pakai handset lama ihsan adik aku. Dan handset adik aku menjadi harta sah aku setelah aku belikan kamera Nikon untuk birthday adik aku. Kiranya cam trade dengan adik sendiri la hanset adik aku tu. Sony Ericsson W700i. Bolehlah function dia. Janji leh sms, call, dengar lagu dan sebagai senjata untuk baling anjing dan pencopet :XO:

  2. Perempuan pertama yang menjadi cinta monyet aku berlaku pada darjah satu. Mesti korang tak percaya kan? Setelah 20 tahun aku mengusha dan mengorat. Akhirnya aku berjaya dapat dia. Tapi in 1 month. Aku terpaksa untuk melepaskkannya kerana beberapa sebab yang aku takkan bagitau korang even korang sembelih aku. Kejam tak aku? Memang dia menangis dekat beberapa bulan. Tapi aku pedulik apa!

  3. Cermin mata pertama aku pecah disebabkan oleh adik aku sendiri. Kurang asam ko budak! Cerita bermula begini. Aku dengan family aku semua bercuti dekat Pangkor pada tahun 2002. Masa tu, aku dah pakai spek. Kalau korang jumpa aku, memang aku skema gila masa tu. Rambut sikat tepi punye. Sekarang, sikat sendiri pun aku tak ada. Nak dijadikan cerita, aku tertdo awal malam tu sambil terlentang depan TV shelley yang family aku sewa. Bila aku bangun pagi. Spek yang ada gambar badman kecik tu sudah hilang. Satu rumah sewa aku selongkar termasuk aku usha kat kedai ikan bakar malam tadi walaupun aku tahu peluang untuk jumpa dekat Kedai ikan bakar yang tak sedap tu memang tipis. Nasib baik aku ada spare spek lama aku yang memang blurr habis. Dan malam terakhir kitaorang nak blah dari Pangkor, adik aku membuat pengakuan dia telah memijak cermin mata tersebut. Habis aku terajang dan karate dia masa tu. Satu keluarga gelak. Buat pengetahuan korang, selepas kejadian itu semua cermin mata aku akan patah dua sebelum aku perlu beli yang baru. Cermin mata sekarang adalah cermin mata yang ke lima icon exclaim TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  4. Buat kali pertamanya aku berjaya menjadi wakil sekolah untuk permainan Badminton ketika aku di tingkatan Lima. Hampir 11 tahun aku menuggu untuk menjadi wakil sekolah. Siapa tak mahu kan? Dapat duit, dapat hadiah. Dapat glamour. Pempuan suka dan memacam lagila. Kene plak ranking aku antara Top 3 pemain badminton sekolah di Sam Bestari dulu. Sekolah aku jadi Johan Peringkat Sekolah, Peringkat Zon. Tapi untuk peringkat Negeri. Aku tak dapat wakil sebab aku main double kedua masa tu. Double pertama ketika itu merupakan single pertama dan single kedua sekolah aku ketika itu. Diorang dipasangkan untuk double pertama. Single ketiga bagi budak tingkatan 1. Haha. Pendek cerita, itu antara kenangan manis pertama. Dapat Johan plak tu. Balik je hostel, wa dapat surat cinta lebih 20 surat dan kad icon surprised TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  5. Satu Dollar Pertama dari internet yang aku dapat adalah dari hasil program Hyip. Aku dah tak ingat sangat apa nama program Hyip itu. Tapi memang dah lama. Aku main hyip sejak aku berusia 18 tahun dahulu. Sekarang, aku adalah belia yang benci hyip. Belia benci Hyip! Dan sekarang, Alhamdulillah. Hari-hari aku dapat satu usd dollar dan selalunya lebih la icon razz TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku


Ok. Sebenarnya banyak lagi perkara pertama dalam hidup aku. Malam pertama pun belum lagi. Ciuman pertama dari pempuan pun belum cerita lagi. Bila aku botak kali pertama pun belum cerita lagi. Nantilah. Jangan korang tag aku lagi sudah. Tak pasal-pasal aku kene balas tag semula. Tidaaaakk…

So, 5 Mangsa ujikaji Afzai dan titan adalah seperti berikut :

  • Din beramboi - Antara pencabar terdekat fatah dalam Comment Master Duo

  •  Raftz - Budak baru dalam blog aku ini dan dalam erti kata lain, pengunjung setia bilik A2-2-14/B3 ketika aku di UMS.

  • emet - pengunjung setia dan antara commentator yang bernas sekali

  • khai - Tuan Punye Blog JustKhai yang suka pakai baju kaler pink..

  • Zaki - Seorang Enginner. Walaupun beliau agak sebok. Aku nak juga tag dia. Balik dari Perlis nanti, ko sahut cabaran tag ni ye.


Update : Aku dah update hadiah untuk Comment Master Duo. LEh usha kat post yang aku buat sebelum ni.


Iklan Istimewa
: Siapa-siapa yang benci Adobe Reader. Leh la pakai Foxit Reader ni ek. Download Percuma sahaja!

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Pagi ini tak ada cerita menarik untuk korang. Tapi oklah untuk hari ini. Ada jugak masuk 2,3 payment. Nasib dapat dan aku dah completekan 4 offer. Harap hujung bulan ni semua masuk paypal aku. Lepas exhange dan masuk maybank. Bolehlah aku bayar bil-bil yang sepatutnya..cam bil kelisa, bil motor adik aku, sedia topup untuk bulan depan, bayar PTPTN, tinggal 7 ribu je..bayar hutang, terima hutang, topupkan orang, beli kerepek raya, bil streamyx dan sebagainya..bil air dengan bil elektrik. Abah aku bayar. Huu..So, apa nak bua lagi malam ni. Tadi aku jumpu satu drama korea best Bob. Tajuk dia, “Lunch Queen”. Ko tau apa sebenarnya cite ni? Cerita macam mana diorang nak promote kedai diorang dan cara macam mana nak buat nasi goreng telur yang paling sedap kat korea. Sos diorang tak pakai sos cili atau kicap. Sos diorang beza gila. Itulah perbezaannya. So, salah satu cita-cita aku sebenarnya nak jadi chef.. Tapi aku tak dapat kos sains pemakanan atau teknologi pemakan. Even subjek tu ada kat UMS. Tapi aku malas tukar kos. Akibatnya, terpakselah aku mengambil keputuasan untuk ambil Geology selama 4 tahun lamanya..

Aku try transfer anime ntah. Lupa dah. Sejak akhir2 ni. Aku selalu lupa dan selalu dapat msej pelik2 kat friendster aku. Malas aku nak layan. Kadang2 dapat gak mesej2 orang tak bertamadun ni..pi lantak diorang la. Aku malas nak masuk campur..Baik aku makan air batu campur. LAgi bagus. Kedit HP pun tinggal sikit. Handphone je baru. Lupa nak bagitau. Aku nak bagitau sekali lagi. HP aku HP baru beli punye. Sony Ericsson W700i..Takde gamabr nak tunjuk. Pepandai korangla search sendiri..

DAh. Malas aku nak cite. Sekarang aku kena kumpul dekat 12 ribu + 7 ribu + 10 ribu + 25 ribu. So, total semua = RM54 ribu sahaja dalam masa 2 tahun. Insya-Allah. Aku bulih punye..Ada beberapa projek yang memerlukan wang sejumlah tu. Aku yakin aku confirm leh dapat punye jumlah tu..

Apa-apapun. Aku dah lapar ni. Jap lagi nak kejut mak aku suh sahur. Sibuk sikit duia tiga hari ini. Ada keje nak urus. Apapun. Babai..

How To Make Money from Sony Ericcson W700i? 

Ok. Baru masuk tajuk utama. Macam mana nak dapatkan duit dari Sony Ericsson W700i? Ada caranya. Mula-mula sekali. Korang ikut langkah pendek dekat bawah.

 How To Make Money from Sony Ericcson W700i?

1. Register dengan Mobik.com >> Register Sekarang
2. Korang mesti verify no telefon bimbit korang. Kiranya cam verify paypal jugak. Mesti dapatkan no pin.
3. No pin tu korang hanya boleh dapat lepas korang register melalui link kat atas. Korang kena login dan dapatkan pin number tersebut sebelum korang boleh hantar sms secara percuma.
4. Lepas dah dapat no pin. So, korang dah on da way untuk memenangi hadiah2 lumayan termasuklah Sony Ericcson atau nokia punya bran. Ada juga Ipod dan kamera digital.
5. Syarat untuk dapat hadiah. Kumpulkan point..Cara nak kumpulkan point? Korang akan tahu lebih selanjutnya bila korang register. Jangan lupa login untuk tengok semua hadiah dan juga cara-cara nak promosi.

Benefit yang korang dapat dari Mobik.

1. Korang dapat SMS secara percuma. Tapi hanya untuk pelanggan Mobik. Pelanggan Mobik hanya boleh hantar SMS percuma kepada pelanggan Mobik sahaja. Orang luar tak leh aa..
2. Korang berpeluang menang handphone, kamera digital, Ipod dan sebagainya.
3. Ada berpeluang memenangi contest yang dibuat oleh pihak Mobik sendiri.
4. korang juga boleh hantar SMS melalui Mobuk secara percuma melalui Handphone. Syaratnya mesti ada GPRS atau Wap..

Sekian. Itu sahaja untuk pagi ini. So, lagi beberapa minit lagi aku nak sahur. Babai!

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011