Malam tadi aku diberikan peluang untuk mencuba satu sistem kedai online iaitu Niagakit Versi Beta 2.0. Aku sendiri telah mencuba sistem ini dan godak-gadik apa yang ada dalam sistem Niagakit ini. Sejujurnya, tidak banyak kedai online yang berjaya dibangunkan dengan begitu baik seperti yang ada dengan Niagakit ini. Agak lengkap dan senang difahami. Pada mulanya, aku sendiri rasa macam susah benar nak setting benda ni, tapi bila aku login, tak sangka ianya sangat mudah. Macam bermain dengan blog wordpress sahaja.
Sistem Kedai Online Niagakit ini lebih kepada ecommerce sistem. Jadi, sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin mempunyai kedai online yang berbeza dan tampak menarik. Ada 10 warna yang berbeza dan theme yang digunakan sangat anggun dan kemas. Theme tersebut juga tak mengganggu dari segi loading dan terus terang, jika aku mempunyai banyak barang untuk dijual seperti minyak wangi, aksesori atau produk kesihatan, pasti aku akan gunakan Sistem Kedai Online Niagakit ini. (Harap Team Flarebiz leh bagi diskaun aa..).

Dulu, aku pernah buat sendiri website yang ala-ala kedai online seperti Niagakit. Tetapi usaha aku kurang memberangsangkan. Mengapa? Ianya terlalu memenatkan. Dari mula hingga akhir, aku kena tahu segala-galanya. Ini agak menyusahkan aku dan pastinya membuatkan aku letih untuk setting dari awal. Kena pulak bermain dengan kod yang ntah apa-apa lagi tu. Bila aku lihat sistem kedai online Niagakit ni, aku yakin ianya akan menyelesaikan masalah aku. Korang tak perlu lagi bersusah payah. Selepas membayar harga untuk Niagakit ini, korang cuma perlu masuk akaun korang, setting apa yang patut. Nak pilih theme ni ke, nak pilih warna itu ke, nak manage harga dan shipping ke, nak tetapkan harga, nak letak akaun bank. Semuanya dah tersedia. Tinggal nak masukkan data sahaja. Macam isi borang kahwin aje. Jadi, jika korang rasa nak buat sendiri kedai online tu merupakan kerja yang menyusahkan hidup korang, apa kata korang dapatkan Niagakit. Aku rasa korang mesti suka sebab aku sendiri telah cuba dan aku dah faham semuanya dalam beberapa minit. Dalam kepala otak aku, dah tahu apa yang aku nak buat dan apa strategi yang perlu aku lakukan.

Jadi, jangan buang masa korang. Dapatkan kedai online Niagakit sekarang dan anda sudah ada kedai online sendiri dalam tempoh 24 jam. Selepas semuanya siap, korang boleh promosikan kedai online korang dan mula buat duit. Aku yakin banyak pengunjung akan berminat untuk membeli di kedai online korang jika korang mempunyai kedai online yang sangat menawan ini. Selain itu, design yang ringkas dan menawan ini pasti akan menarik ramai orang untuk kembali kali kedua dan membeli barang atau produk yang terjual di kedai tersebut. Tapi pastikan juga korang membuat promosi yang membunuh untuk menarik perhatian pelanggan anda. Insya-Allah, ada yang tertarik dan membeli. Lebih-lebih lagi kalau korang menjual barang panas seperti produk kesihatan ataupun produk suami isteri.
Jika korang merupakan pemain E-bay yang berjaya, memiliki store di E-bay sahaja pasti tidak mencukupi. Mempunyai kedai online sendiri pasti membuatkan kedai online tersebut menjadi portfolio yang baik untuk pemain E-bay yang serius. Bagi aku, jika pemain E-bay itu ada kedai online sendiri dan membuat juga promosi di E-bay, Lelong dan Tradebit, pasti banyak pembeli akan datang untuk melihat kedai online tersebut. Jangan tak percaya, ini juga salah satu faktor yang membantu korang untuk mendapatkan jualan untuk jangka masa panjang.
Antara contoh mereka-mereka yang telah menggunakan sistem kedai Niagakit ini ialah..
1. 3GX Modem (Menjual modem dan)
2. Syurga Membeli Belah (Menjual Selendang, rantai dan sebagainya)
3. Ubi Shoppe Online Store (Ini kedai Kartunis Ubi. Ingat lagi tak Ubi??)
4. One Drop Perfume (Ini kedai jual minyak wangi..)
Bagi aku, terlalu banyak keistimewaan jika korang menggunakan sistem kedai online Niagakit ini. Terlalu banyak dan terlalu menarik. Jika korang rasa ianya terlalu mahal. Baik korang kira semula. Jika untuk jangka masa panjang, aku tidak rasa harga untuk mendapatkan sistem ini mahal. Bahkan korang mungkin boleh untung berlipat kali ganda daripada jumlah yang telah korang gunakan untuk menghasilkan kedai yang mampu memberikan jualan setiap bulan. Malah, ianya sangat mesra SEO dan jika korang pandai membuat promosi, tidak mustahil pelanggan akan datang setiap hari. Pendek cerita, mempunyai produk yang panas, kedai online yang hebat ditambah dengan promosi yang cemerlang, pasti peluang untuk mendapat jualan setiap hari bukan lagi mimpi.
Ps: Dapatkan Niagakit sekarang disini: Sistem Kedai Online Niagakit
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content












