Archive for the 'shareasale' Category


Secara jujur, aku sudah penat sangat. Dah tak larat nak taip apa-apa sekarang dan aku cuma hendak kongsikan bayaran komisen yang ke 20 daripada program TNX. Ye, asyik-asyik TNX aje. Lantaklah. Janji aku dapat duit dan aku tak menyusahkan orang lain ataupun merokok tanpa kawalan.

Ini yang aku dapat dan aku akan update dibeberapa aku untuk benda yang sama. Itu yang bagusnya ada blog ni, kita boleh update benda yang sama kat macam-macam blog untuk content. Cuma setiap post aku akan tune sikit dalam style yang berbeza. Jadilah, janji tak sama content dan sebahagiannya adalah blog-blog yang dah ada kat marketplace TNX. Hoho..

tnxmac10 300x160 Komisen ke 20 dari TNX


Sukacitanya aku memaklumkan aku akan menghabiskan RM388.20 yang aku terima hasil dari cek shareasale yang telah berjaya cair diakaun CIMB aku 2 hari yang lepas dengan membeli cermin mata baru dan juga kasut sukan yang baru. Ini kerana cermin mata aku sudah patah dan kasut aku sudah kehausan tapaknya akibat bermain badminton secara agresif selama hampir 3 bulan di Jerantut. Hoho..

Itu sahaja berita untuk hari ini. Lepas ni ada meeting mengejut lagi. Pening lalat dan aku masih tak sempat baca lagi komik Arena yang aku beli semalam. Tambah pula perut sudah menyanyikan lagu yang aku tak ketahui namanya atau liriknya..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Berita baik pagi ini dari abah aku. Satu cek kaler hijau sudah sampai ke peti surat rumah abah aku di Banting. Betullah, rumah abah aku. Aku mana ada rumah. Rumah sewa tu ada la kot. Selama ni, menumpang aje kat rumah abah aku tu. Hoho..Abah aku main sms cek.

SMS dari abah aku ke aku: “Ada cek. Nak masuk mana?”
SMS dari aku ke abah aku: “cek kaler apa? Masuk cimb ajela..”
SMS reply dari abah aku: warna hijau.
SMS reply dari aku ke abah aku: CIMB. ok?
SMS terakhir abah aku: k.


Aku tak reply dah lepas tu. Haha, pernah tak korang mesej cam gitu dengan family atau parents korang? Punye pendek. Inipun dah kira terrer abah aku main sms dengan aku. Kalau dulu, memang aku tak berapa faham apa abah aku taip kat aku bila tang sms. TU pasal dia selalu call aje. Tapi sekarang, SMS aje manjang kalau takde benda yang penting sangat-sangat..

AKu tengah tunggu MMS dari adik aku untuk gambar cek Shareasale tu. Untuk Bulan January. Laju gak kali ni. Selalu lambat gak sampai. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan? Cek bulan Februari lum sampai lagi walaupun dah cukup untuk withdrawal. So, tunggu ajelah bulan depan nanti. Cek adsense pun lambat lagi. 2 cek Nuffnang memang kene tunggu 30 hari. Dah tu syaratnya. Tak apalah. TNX? Aku dah request semalam, nanti aku share dengan korang. Semalam, aku dapat RM100 kat dalam akaun maybank aku. Aku tak tahu duit dari siapa. Jika duit tu dari korang, sila mengaku dengan kadar yang segera. Jika bayaran komisen atau bayaran review, sila beritahu aku dengan cepat. Lupa, Youthsays masih lagi tak bank-in duit RM1000 tu ke akaun maybank aku lagi. Mak aii, super lambat nih..

Perhatian: Jika korang nak hubungi aku untuk servis vcc atau pertanyaan tentang vcc atau pembelian ebook Panduan TNX atau Panduan Shareasale. Sila sms ke no hp aku ni: 0192009289. Yahoo mesengger tidak available buat sementara waktu. SMS sahaja. Call aku tak layan!

Aku baru je lepas meeting nih. Penat gila meeting macam nih. Kene plak kawan aku sms nak pinjam duit dalam 1 ribu. Patutkah aku bagi atau bagaimana? Ada cadangan yang membantu atau cadangan ditutup?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak update bayaran dari TNX yang ke 15 dan ke 16. Walaupun tidak banyak macam yang rohaizad dapat dari Text Link Ads beliau, tapi aku tetap bersyukur yang aku berjaya menerima sedikit pulangan dari blog-blog yang aku kerjakan lebih dari 2-3 tahun ni. Kiranya, takdelah blog-blog aku terus kekal usang tanpa menjana satu sen pun.

tnxpaymentfeb2 300x126 Bayaran Komisen ke 16 dari TNX

tnxpaymentfeb3 300x125 Bayaran Komisen ke 16 dari TNX


Aku terus terang. Jika korang ada blog usang yang berdot com atau dot net dan tidak menerima 1 sen pun dari blog usang tersebut, joinlah TNX dan terimalah pulangan secara pasif dari TNX setiap bulan. Inilah program jual beli text link paling cikai dan simple yang pernah aku jumpa.Tak percaya? Korang leh cuba dulu dan lihat hasilnya dalam masa sebulan dua.

Kalau masih tak tahu apa-apa info pasal TNX dalam bahasa melayu. Aku berikan korang dua option atau pilihan. Baca setiap post aku yang berkaitan dengan TNX dan text link ads dalam blog ini ATAU beli terus panduan TNX yang aku jual dengan harga RM37. Haa, pilih. Ada pilihan ke 3. Join TNX sendiri melalui link referrals aku dan mula menjana pendapatan pasif dari TNX. Sekarang, sila pilih.

Setakat ini, aku ada 4 pendapatan pasif yang dikategorikan utama dan memberikan pulangan setiap bulanan iaitu Shareasale, TNX, Text Link Ads dan Adsense. Keempat-empat program ini aku lakukan secara tidak sedar setelah sekali tune aje. Bermaksud, aku setting susah payah agar ianya menjadi auto-income kepada aku setiap bulan. Aku akui untuk set blog-blog tersebut adalah tugas yang payah. Mana tidaknya, mahu set dan berkarya dan menulis post hampir 100-300 artikel/post bagi setiap blog adalah satu tugas yang menyenggalkan. Tetapi aku sanggup jadi sengal untuk mendapatkan income pasif yang diautomatikkan dengan menu aku sendiri. Aku rasa ramai yang dah wat macam ni. Aku pun cuma tiru aje dari orang-orang yang dah berjaya..

Jadi, jika aku boleh. Korang pun boleh. Pendapatan dari Nuffnang pula merupakan pendapatan pasif tak auto setiap 2 bulan walaupun sekarang masih pending 2 cheque nuffnang. Tak apalah, lambat sket walaupun aku sudah menjadi ahli super Khas Nuffnang iaitu Gliterriti. Dan ada lagi berpuluh lagi program yang aku join dan aku tunekan menjadi pasif.  Jadi, apakah income utama atau pendapatan yang dikira aktif sekarang? Ehm, servis dan penjualan ebook. Memandangkan aku sangat sibuk sekarang diJerantut, semua pendapatan pasif aku menjadi income utama aku. Kerja kontrak kerajaan di Jerantut tu, agak lumayan. Berapa figurenya, tak perlulah aku khabarkan disini. Anggap aje korang tak tahu ek..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Sejak semalam aku cuba untuk menulis sesuatu. Sayangnya, line internet mengecewakan aku dan membuatkan aku sukar untuk mengupdate blog seperti biasa. Apapun, tiada apa yang perlu aku sedihkan kerana aku tetap kene buat sesuatu selepas ini.

Tentang beberapa projek yang berjalan, hampir kesemuanya berjalan dengan baik. Ada juga 1-2 projek yang gagal memenuhi kriteria yang aku mahu. Tidak apa. Itu baru namanya projek. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Aku sudah sampai kehabisan duit diakaun paypal dan menyebabkan aku terpaksa mencari sumber lain untuk membayar beberapa orang lagi. Maafkan aku kerana lambat. Nak wat macam mana, korang juga berkeras nak terima bayaran dengan paypal. Kalau dengan maybank, cepat aje aku bayar. Kepada farah, aku masih tidak ada masa untuk pergi ke pejabat pos. Jadi, jika ko ada akaun bank mana-mana bank, sila tembak ke inbox email aku dengan kadar yang segera jika mahu bayaran dengan secepat mungkin. Dan untuk contest-contest yang akan datang, aku cuma akan membayar diakaun bank sahaja. Harap maklum ya..

Berita gembira dari Projek Youthsays Real Voices. Akhirnya telahan aku tepat. Aku berjaya memenangi 5 kali berturut-turut hadiah bonus mingguan. Ini bermakna, RM500 sudah dalam tangan disampingan mendapat RM500 untuk 15 chapter yang aku buat tempoh hari. Ini juga bermaksud aku berjaya memperoleh RM1000 dari projek Youthsays ini. Untuk pengetahuan korang, hanya 2 orang sahaja yang berjaya memperolehi RM1000. Satu lagi adalah perempuan dan yang pastinya aku tidak kenal beliau. Hoho..

Sementara itu, aku sempat juga tulis beberapa artikel diblog Helmi walaupun line sibuk 2-3 hari yang lepas. Aku sempat menyelit seketika bila line laju. Tapi bila line hilang, terpaksalah aku wat kerja lain. Ini juga menyukarkan aku menyiapkan projek aku yang tertangguh selama ini. Apapun, korang leh baca 3 artikel terbaru aku diblog Helmi.

- How to make money with Awsurveys
- Make Money Online with Shareasale
- Make Money Online with Text Link Ads

Oklah. Itu sahaja update terkini daripada aku. Esok aku akan start tulis edisi siasat pasal program lain dan update-update komisen yang aku dapat beberapa hari ini. Agak sibuk. Tetapi line internet tidak menggembirakan aku. Apapun, aku cuba buat apa yang termampu.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011