Archive for the 'SEO' Category

May 07

The Power of SEO.

51 comments - Post a comment


1. The Power of SEO. Aku tak reti nak terangkan dalam bahasa melayu dengan matang. Jadi, mungkin korang boleh bantu aku untuk terangkan apa itu The Power of SEO atau Kepoweran SEO itu sendiri kepada para pembaca blog aku. Boleh?

2. Jujur. Aku bukan seorang yang hebat dalam SEO. Pengakuan jujur separuh mati. Tapi aku pasrah dan reda jika ada orang kata aku otai atau terer dalam SEO. Moga-moga makbul dan terkabul semua kata-kata manis korang tu. Siapalah yang tak sukakan pujian, kan? Tapi bukan semua pujian aku akan terima. Pujian itu aku terima lebih kepada pendorong atau pembakar semangat untuk terus belajar.

3. Aku masih lemah dalam SEO. Kalau aku terer, dah lama dah Nuffnang atau Innity upah aku untuk promosikan website mereka. Paling busuk pun, mesti geng-geng Yahoo dan Google akan minta aku kerja dengan diorang. Tapi aku yakin, diorang tahu aku masih lemah dalam jurus-turus dan pasak-masak SEO. Sebab tu diorang tak ambil aku kerja dengan diorang. Haha..

4. Ada orang minta atau nasihatkan aku tulis ebook tentang SEO. Ya. Aku akan tulis. Tapi aku tulis berdasarkan pengalaman aku. Dan biasanya ebook aku memang MAHAL belaka. Sanggupkah korang beli? Tapi aku yakin, pengalaman aku itu mungkin akan bantu korang untuk berjaya dapat sekurangnya satu sales dalam program affiliate yang korang sertai. Tak percaya? Tanya pada mereka yang percaya dengan ayat-ayat kacak aku. Aku yakin, korang juga akan turut percaya seperti aku yang mempercayai kebolehan, bakat dan kekacakan diri aku. Kalau kita tak yakin, bagaimana orang lain nak yakin dengan kebolehan kita?

5. SEO itu bullshit. Aku tak ada komen. Bagi aku, SEO itu tak ada makna yang tepat. Tapi dari segi elemen untuk buat duit, SEO adalah salah satu senjata aku yang paling ampuh dan berkesan.

6. Mahu aku ajarkan korang tentang SEO? Sekali lagi, pengalaman aku sangat MAHAL. Dan apa yang aku ceritakan itu adalah ilmu asas dalam SEO. Mahukah korang bayar dengan harga yang MAHAL untuk ilmu asas yang boleh korang dapati di internet? Google sahaja. Itu paling murah. Tapi kalau mahu beli ebook aku, sediakan duit sahaja bila aku dah siap taip. Aku ulangi. Harga ebook aku memang mahal. Jadi, jangan beli ebook aku. Beli ebook orang lain. Ebook aku untuk orang yang kaya. Orang yang ‘miskin’, fikir 18 kali.

7. Search perkataan “tulang ketiak”. Blog siapa yang sedang kuasai?

8. Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 bertujuan untuk aku mengkaji ilmu dan tips SEO yang masih aku tak tahu. Jadi, mari sama-sama belajar dan sertai cabaran ini.

9. Pakar SEO di Malaysia, masih tidak ada lagi yang aku dapat fikirkan. Tapi kalau bab memanipulasikan SEO sebagai senjata dan menjadikannya sebagai kepakaran mereka yang sukar untuk ditandingi. Aku boleh sebut 3 orang lelaki kacak. Pakcik Denaihati, AriffShah dan Titan. Haha..

10. Jika korang mahu buat duit dengan blog, belajarlah tentang SEO. Nescaya duit akan mengalir ke poket-poket seluar korang - Titan.

Ps: Sessi mengarut dari aku. Abaikan kalau korang rasa ayat-ayat kacak aku ni dah bertukar status ke ayat-ayat menyampah. Aku tahu ada antara korang rasa macam nak tumbuk tulang ketiak aku kan?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada pelbagai cara dan teknik untuk buat duit dengan blog. Apa yang perlu korang tahu adalah belajar, fahami dan pratikkan apa yang korang belajar. Maksudnya, korang ambil tindakan dan lihat hasilnya. Jika kurang berjaya atau hasilnya tak memberangsang, sila buat post-moterm dan kaji semula mengapa korang kurang berjay buat duit dengan blog korang. Mungkin ada beberapa masalah yang korang tak faham dan mungkin juga korang tak tahu bagaimana cara yang sepatutnya untuk buat duit dengan blog tersebut.

Di sini, aku kongsikan beberapa program yang mungkin korang boleh cuba terutamanya bagi rakyat Malaysia yang ingin cuba buat duit dengan blog masing-masing.Program yang aku beritahu ini mungkin mudah, dan mugkin juga sukar. Tapi ini antara program yang asasnya patut disertai oleh blogger-blogger Malaysia.

1. Nuffnang
Program ini membayar korang berdasarkan klik. Majoritinya ramai blogger berjaya buat duit dari Nuffnang. Ada yang banyak kali sudah dapat cek dari Nuffnang. Ada juga yang akaunnya tak sampai pun 20 ringgit. Itu normal sebab memang ramai blogger yang kurang berjaya dengan Nuffnang. Tapi aku tahu, itu kerana korang belum tahu cara atau teknik untuk buat duit dengan program ini. Fokus utama adalah trafik. Tanpa trafik korang agak sukar untuk buat duit dengan program ini. Bila trafik ke blog korang banyak, korang akan mudah dapat klik dari para pelawat. Letakkan juga iklan atau ads Nuffnang ditempat yang mudah dilihat dan pastikan juga loading ke blog korang tidak lembab. Jika lembab, ini akan mempengaruhi banyak perkara termasuklah untuk mendapat klik. Nilai minimum untuk Nuffnang adalah RM50 sahaja. Selepas itu, korang boleh cashout earning korang tu. Setakat ini, sudah 8 kali aku terima cek dari Nuffnang. Jika aku dan ramai blogger boleh buat duit dengan Nuffnang, Insya-Allah, korang pun boleh juga.

2. Google Adsense, Bidvertiser dan Adbrite
.
Ramai blogger Malaysia berjaya buat duit dengan 3 program ini. Pendek cerita ianya agak serupa dengan Nuffnang. Korang akan dapat duit jika ramai yang klik iklan diblog korang. Majoriti ramai yang sudah tahu tentang Adsense dan ramai orang kita yang berjaya dapat cek dari Adsense setiap bulan. Ini antara program yang cukup popular di mata blogger-blogger Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program Google Adsense. Tentang Bidvertiser dan Adbrite, kedua-dua program ini juga agak terkenal. Cuma kurang pendedahan dan tidak ramai yang berjaya buat duit dengan Bidvertiser. Setakat ini, sudah 2 kali aku dapat bayaran dari Bidvertiser. Adbrite? Masih belum cukup untuk dapatkan cek dari Adbrite. Tapi program-program ini sesuai untuk korang sertai jika korang mempunyai blog.

3. Sponsoredreviews, Buyblogreview, Payperpost, Blogsvertise, Linkpost dan sebagainya.
Program-program macam ini sesuai jika korang suka buat ulasan atau review post di blog masing-masing. Ramai yang berjaya buat duit setiap bulan dari program-program begini. Cuma masalahnya artikel yang korang buat itu mesti dalam bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kelemahan bagi kebanyakkan blogger-blogger. Untuk cara ini, mahu tak mahu, korang kena tahu bahasa inngeris walaupun ianya adalah sangat basic bagi korang. Aku juga sangat lemah dalam bahasa ini, tapi aku berjaya buat duit dari program-program tersebut. Jika ramai yang boleh buat, korang pun boleh buat. Program-program ini bayar korang dengan dollar. Bukan dengan ringgit, jadi pulangannya pasti sangat menghiburkan hati korang pada setiap bulan.

4. Mangga Ad, Innity, Paid-Per-Promote, Clicksor, AdOnion, Burst Traffic dan sebagainya.
Program-program macam ini lebih kepada trafik. Jika korang ada trafik yang tinggi, sertai program-program begini. Program sebegini bayar blogger melalui nilai impression atau hits. Jika banyak blog korang menerima trafik yang tinggi setiap hari, korang boleh sertai program ini. Mereka bayar berdasarkan trafik. Lagi banyak trafik, lagi banyak income yang korang boleh perolehi. Masalahnya, tidak banyak blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Jadi, korang kena belajar cara nak dapat trafik untuk tarik pelawat ke blog korang. Ingat, mempunyai trafik yang tinggi akan membantu korang terima banyak pendapatan dari blog masing-masing.

5. TNX, Text Link Ads, LinkXL, Backlinks, Linkadage, Teliad, Intellilinks dan sebagainya.
Program-program ini bayar korang melalui jualan link. Jika korang ada blog dan mempunyai pagerank yang tinggi, korang boleh jual text link atau inlinks melalui blog masing-masing. Ada link yang dijual sangat tinggi ada link yang dijual dengan harga rendah. Jadi, pilih yang mana sesuai dan sertai program-program sebegini. Program ini memerlukan korang mempunyai blog yang sentiasa update, mempunyai pagerank dan alexa yang tinggi dan content yang segar. Jadi, hasilkan blog sebegitu dan sertai program tersebut. Aku sudah dapat beratus bayaran dari program-program sebegini. Hasilnya sangat memberangskan dan korang boleh cuba dan buat duit dari blog melalui program-program ini.

6. Triond, Bukisa, Squidoo dan sebagainya.
Program-program macam ini bayar korang jika korang rajin tulis artikel dan review. Buat artikel dan publishkan di akaun Triond, Bukisa dan Squidoo korang. Makin banyak trafik ke artikel-artikel korang tu, lagi banyak income yang korang dapat. Setakat ini, sudah banyak kali aku terima komisen dari Triond, Bukisa dan Squidoo. Yang perlu korang lakukan cuma buat artikel dan buat trafik ke artikel tersebut.

7. Amazon, Shareasale, Comission Junction, Clickbank dan program CPA
.
Ada pelbagai program lagi yang sama waktu dengan program-program ini. Apa yang perlu korang lakukan, daftar dengan program tersebut. Pilih program atau produk yang ingin korang promosikan dan lakukan siri-siri promosi untuk buat duit dari program tersebut. Korang boleh gunakan banyak platform untuk promosikannya tak kiralah dari blog, facebook, SEO dan sebagainya. Pokoknya, kena buat kerja dan aku juga sudah dapat beratus kali komisen dari program-program sebegini. Pendek cerita, jangan mudah putus asa dan lakukan promosi yang berterusan.

8. Jual e-book atau jual laporan khas
Ada banyak Internet Marketer dan Blogger yang jual e-book hasil tulisan masing-masing tentang pelbagai niche dan informasi. Jika korang ada idea yang unik dan ada informsi untuk dijual, karang satu ebook dan jual. Jika harga ebook tersebut RM20 dan korang berjaya dapat 100 jualan, ini bermaksud korang dah dapat Rm2000 dalm tangan. Tolak modal minisite dan autoresponder, dekat RM200++. Korang dah untung dekat RM1500 dan ke atas. Ini juga salah satu cara yang bagus dan korang boleh promosi melalui blog korang.

9. Affiliate program tempatan
Sekarang, ada banyak program affiliate yang dianjurkan oleh pelbagai Internet Markter dan Blogger tempatan. Daftar affiliate atau agen program tersebut. Promosi di blog masing-masing. Ini juga salah satu cara untuk buat duit melalui blog korang. Jika blog korang ada banyak pelawat, tak mustahil untuk dapat sales. Cuba dan praktikkan. Insya-Allah, korang boleh dapat buat sales tak lama lagi. Cuma jangan mudah putus asa. Aku dah beratus kali dapat komisen dari affiliate program tempatan dan juga affiliate luar. Jangan buat kerja separuh jalan dan pilihlah affiliate program tempatan yang aktif dan sentiasa mempunyai reputasi yang bagus.

Itu sahaja. Ada banyak lagi. Tapi aku ringkaskan dalam satu entri pendek ini. Mungkin ianya akan membantu sesetengah dari korang yang melawat blog ini. Sekali lagi, jangan mudah putus asa dan keringkan hati korang untuk buat duit mellaui blog. Ya, benda-benda ni semua susah dan akan mengambil masa. Tapi lebih baik daripada terlambat. Betul tak?

Ps: Aku akur, tak ada perkara mudah untuk buat duit melalui blog.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang aku duga, ujikaji aku untuk program Bukisa telah membuahkan hasil dan aku telah menerima bayaran komisen kedua dari Bukisa tanpa sebarang halangan. Terima kasih kepada Bukisa kerana membayar komisen tanpa halangan dan cepat macam biasa. Hoho..

bukisamaypayment 300x136 Komisen Kedua dari Bukisa dan 7 Tips Buat Duit dengan Bukisa


Seperti entri edisi siasat dan open case yang lalu, apa yang aku lakukan untuk membuat duit pasif melalui program Bukisa telah membuahkan hasil. Di sini, aku sediakan beberapa tips yang mungkin membantu korang untuk mempercepatkan proses korang untuk dapat buat duit dengan Bukisa ini. Ianya menjadi dengan aku, tapi aku tak tahu pula dengan korang.

Cara pertama. Pilih niche, berita panas, cerita panas, anime, gambar panas yang korang rasa sesuai untuk korang letakkan dalam artikel yang bakal korang tulis di Bukisa. Dan jangan lupa, Bukisa sudah mencapai Pagerank 3. Rugi korang tak wat artikel dan buat backlink ke blog-blog korang. Ok, dah pilih kan? Kemudian, disini korang kene aplikasikan ilmu SEO korang. Boldkan keyword-keyword utama dan juga keyword utama itu mesti ada kat ruang title korang. Kalau 2 benda ni takde, jangan harap artikel korang leh masuk 1st dan 2nd page kat Google. Kat Yahoo, susah sikit. Boleh, tapi lambatla. Betul. Aku kata lambat, lambatlah..

Cara kedua. Promote kat 3 tempat keramat ini. Twitter, Digg dan juga Facebook. Pendek cerita, semua site social networking, korang promote dengan berhemah. Jangan main cincai aje. Kang akaun kene ban, aku tak tanggung. Aku sendiri pun blast 2-3 artikel sehari untuk promotion dan aku cuma pakai 16 artikel aje dan ianya sudah cukup untuk buat aku terima bayaran setiap bulan. Bukisa itu income pasif? Aku setuju.

Cara ketiga. Korang ada join Adf.ly? Triond? AssociateContent? Gather? Squidoo? Gabungan 5 program dan Bukisa akan membuatkan income keenam-enam program tu meningkat dengan mendadak. Pepandailah korang buat combination antara 6 program tu. Takkan tak faham kan? Selit-selit je antara artikel bukisa dengan Gather, combine plak squidoo dengan gambar dari Triond, link-link tu semua korang clock dengan Adf.ly. Pendek cite, kalau korang kreatif, memang income 6 program ini akan meningkat. Tak nak cuba sudah, gi main jauh-jauh. Itu belum lagi combination dengan abrite, widgetbucks, adsense, obeus, bidvertiser dan program2 ppc yg lain. Huhu..

Cara keempat, korang tahu kan Bukisa ni ada program referral? Ambil code referral, promote. Blast kat email list korang dan promote supaya diorang masuk dan hantar artikel. Ingat, 1000 impression bersamaan dengan $3.42 dollar. Sape nak bagi tu? Ini program yang paling mahal dibayar berdasarkan impression yang aku pernah jumpa setakat ni. Memang gila. Itu yang aku suka. Bukisa itu memang boleh jadi income pasif setipa bulan? Sekali lagi aku setuju!

Cara kelima, korang tahu kan yang Bukisa ada fungsi feed? Dan setiap username ada feed masing-masing? Haa, korang ada blog jugak kan? Apa lagi, tepeklah ke blog high trafik korang. Blog low trafik pun letak juga feed bukisa tu. Feed bukisa korang tu akan list semua artikel yang korang tulis dan diluluskan oleh Team Bukisa. Kalau tak lulus, memang tak kuar punye sebab tak menepati syarat-syarat dan TOS diorang.

Cara keenam, klik sendiri korang punye artikel sejuta kali. Confirm banyak impression kan? Haha, ini bukan cara topi hitam lagi. Ini cara gila. Jadi, abaikan cara yang ke enam ini melainkan korang tahu cara nak tukar ip korang setiap saat. Kalau korang leh wat, cuba saja. Mana tahu diorang tak leh tahu. Korang gak dapat duit tu. Tapi aku malas wat cara tu. Susah wei. baik pakai SE0. Ingat nak tambah lagi 10 artikel. Mesti leh dapat lebih dari Bukisa ni. Haha..

Cara ketujuh. Korang tahu teknik spamming? Ada 2 cara teknik spamming. Yang baik, korang ada email list kan? korang list semua link artikel dalam email yang korang nak blast, tulis ayat-ayat yang memberangsangkan, blast ke email list korang. Mesti 50% akan klik link tersebut. Tak caya, pergi buat. Itu cara spamming yang pertama, cara yang kedua plak, korang gi mana-mana blog high traffic, haa, apa lagi, wat lah komen yang bagus-bagus dan elakkan daripada dicop sebagai spammer. Kalau kantoi, sendiri mahu ingatlah. Apapun, cara ini pun aku tak rekomen sebab aku tahu orang kita memang kaki spamming.

Ok. Cukuplah 7 tips untuk buat duit dengan Bukisa. 7 cara ni kalau korang buat betul-betul, memang korang leh goyang kaki setiap bulan terima duit dari Bukisa. Aku dah 2 bulan berturut-turut terima duit dari Bukisa dan aku rasa bulan depan dan bulan depan pun masih maintain untuk terima duit dari Bukisa. Jadi, dipendekkan cerita. Jika aku sebagai lelaki melayu boleh, korang pun mesti boleh gak kan? kan? Dah, pi register Bukisa dan ikut arahan diatas.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Yup. Google Pagerank sudah update. Jadi, hari ini kita akan cerita sikit tentang apa kejadahnya Google Pagerank dan apa manfaat yang kita boleh dapat dari pagerank yang ntah tiba-tiba masuk dalam dunia blogging aku sejak 2-3 tahun lepas. Untuk pengetahuan semua, aku serius menulis blog adalah 2-3 tahun yang lepas. Tetapi pengalaman aku buat duit dalam internet adalah 5-6 tahun. Jadi, aku tahu jugaklah serba sedikit tentang bab2 buat duit sama ada yang jenis picisan, jenis mahal, jenis sengal, jenis sakit kepala, jenis yang mudah dan macam-macam jenis lagi. Pendek cerita, aku tahulah jugak sepak terajang dalam dunia buat duit dengan internet ni. Susah. Tapi boleh juga jadi mudah.

Berbalik kepada cerita Google Pagerank. Aku tidak nampak satu penerangan yang cukup bagus untuk aku aku coretkan disini untuk korang. Secara mudahnya, korang anggap sahaja Google Pagerank ini adalah satu tanda untuk menandakan kehebatan dari segi ranking atau level dari PR0 hingga PR9. Jadi, jika korang search kat google untuk pagerank checker, korang akan jumpa macam-macam website yang boleh bantu kita semak nilai pagerank website atau blog kita. Korang gi semak dan korang akan tahu berapa Google pagerank yang blog korang ada sekarang. Contohnya, macam blog Earncent ni, nilainya adalah PR0. Kenapa PR0?

Nilai Pagerank berbeza. PR9 merupakan kedudukan ranking pagerank yang tertinggi dan biasanya korang boleh tahu yang website seperti Google, Youtube, Yahoo, Facebook dan beberapa website lain sahaja yang mampu maintain PR6-PR9. Website biasa-biasa macam kita nih pun dah kira hebat kalau ada PR1. Bukan sonang nak dapat PR1 tu tau. Blog ni pun kekal maintan PR0 sejak kene tendangan penalti pakcik Google ni. Nak wat camana, aku dah langgar dia punya undang-undang. Kenelah saman gamaknya sebab aku kekal membuat salah sehingga hari ini.

Jadi, apakah kesalahan yang telah aku buat? Blog ini menjana pendapatan daripada program Backlinks, Text LInk Ads, LinkXL, TNX, Teliad, Linkadage dan pelbagai lagi jenis program yang menjalankan urusan jual beli link. Jadi, ini memang jadi kesalahan besar kepada Google sebab Google memang tak suka program-program sedemikian. Oleh sebab diorang memang jenis bengkek dengan pencabar diorang ni, sebab tulah blog Earncent aku ni kene saman memanjang dan depa kekal bagi aku PR0. Nasib PR0, kalau kene buang dari search engine. Sakit gila blog ni. Tu pasal sampai hari ini korang wajib jumpa website aku kat search engine google dan search engine lain. Sebab blog aku memang mesra search engine dan aku tahu bagaimana untuk bermain dengan seo. Jadi, pakcik Google pun tak boleh wat apa-apa. Lihat sahaja di Feedjit, trafik dari Google dan Yahoo antara penyumbang utama pengunjung baru setiap hari diseluruh negara. Macam-macam depa cari termasuklah katakunci Melayu Boleh dan cara nak hack private friendster photos. Hehe..

Sila abaikan pasal kesalahan aku tu. Jika tak mahu kene macam aku. Jangan tiru apa yang aku buat. Jadi, macam mana plak nak dapat Google Pagerank ni? Haa, caranya mudah. Dari pemahaman aku, korang kene ada wat unik content, main link building dan rajin komen kat blog orang lain. 3 benda ni korang wat, memang blog korang leh dapat PR dengan mudah. Tak percaya? Gi wat dan tunggu 2-3 bulan. Mesti blog korang dah dapat PR tinggi punya.

Ok. Google sudah update untuk pagerank. Boleh semak dan bergembira. Banyak blog yang dah naik. Tapi sesetengah tak naik lagi. Kene tunggu lagi 2-3 bulan la gamaknya nak dapat PR3-PR5. Kene maintain promosi lagi la jawabnya. Sengal..

Ps: Camana nak buat duit dengan Google Pagerank. Tunggu artikel esok atau lusa. Boleh?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011