Archive for the 'scam' Category


ap header 01 AWsurvey dan Alertpay


Aku rasa ramai yang tahu bahawa aku sekarang sudah kuat mempromosikan program AWsurvey setiap hari kan? Jika diblog ini dan beberapa forum yang aku aktif, korang akan nampak saja referrals link aku bersepah dimana-mana. Janji aku tak spam sudah la..

Ok. Ada berita terbaru untuk korang. CUba baca berita nih dan aku yakin ramai yang mungkin gembira dan bangga dengan tentang berita terbaru tentang AWsurvey.

7/7/2008 - As A.W.Surveys continues to grows we are always looking for new ways to improve our services. We are now considering adding AlertPay as one of our payment options. Currently we pay members with Paypal or by Check. Further details on this will be available shortly.

Jadi, amacam? Mungkin bagi sesetengah blogger kita yang tidak ada akaun alertpay. Tapi ini juga merupakan salah satu payment processor yang baik seperti paypal. Jadi, jika korang ada akaun alertpay, korang juga boleh cuba untuk gunakan akaun alertpay korang untuk terima bayaran bila dah sampai nilai minimum di AWsurvey. Amacam? Best kan?

Tak banyak yang aku dapat sampaikan sebab hari ini aku agak sibuk dan bertambah malas. Malam nih aku makan 2 bijik benjo lagi. Mak aku merajuk. Tak mahu masak. Tapi sempat plak dia kirim 1 benjo gak masa aku kuar tadi. Lapar la tu..

Ok. Kepada sesiapa yang masih belum sertai program AWsurvey. Jangan lupa berbuat demikian dengan secepat mungkin. Bagi aku ini antara program survey online yang termudah dan pantas untuk mencari sedikit wang poket. Dengan syarat, korang rajin promosi dan tidak melanggar peraturan mereka. Itu sahaja. Jika kau orang melanggar peraturan, jangan salahkan aku jika korang tak dapat 1 sen pun dari diorang. First rule, salahkan diri sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jika kau orang sertai sekarang. Tak silap aku, setelah korang selesaikan semua survey di dalam akaun korang tu, korang akan ada dalam $32 dollar dalam akaun. Yang baki tu, nak tak nak, kene cari referrals atau downline. Percuma sahaja nak sertai. So, promote la pada kawan-kawan korang yek!

Korang boleh join kat sini kalau mahu >> www.AWsurveys.com

Ps: Jika mahu lihat bukti pembayaran. Boleh gi kat link ni >> Pembayaran kedua dari AWsurvey.

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Saloma - Chiki Chiki Boom.mp3]

Hari ini, aku cuma mahu update beberapa perkara. Maklumlah, hari Ahad kan? Aku pun malas mahu kerja pada hari ahad nih. Penat. Malam tadi aku dah pening lalat. Akibatnya, aku minum air soda campur dengan asam putih dan sedikit perahan limau nipis. Fuh, terangkat aku dibuatnya selepas aku bangun dari tidur jam 4 pagi tadi. Terus aku layan manga Ouran High School yang aku dok lupa nak tengok malam tadi. Hari sabtu dan ahad adalah hari tak bekerja bagi aku. So, kalau sms atau email korang tidak dibalas, jangan korang menyumpah ranah aku. Akibatnya, aku cuma akan dapat pahala percuma dari kau orang. Apapun, terima kasih sebab bagi share pahala korang. Aku tahu ada yang dok kutuk aku. Hehe..

Ok. korang pernah dengar kan pasal Centrinads dulu? Aku ada buat satu entri tentang Centrinads. Aku cuma hendak korang tengok satu gambar dibawah ini. Kalau ada masa, sila tengok tanpa mengelipkan mata lebih dari 10 kali sesaat.

 Open Case : Buat Duit Dengan Centrinads


Benar. Aku sudah menerima bayaran daripada diorang. Hoho, best tak? Aku rasa ada sesetengah dari korang juga akan terima bayaran selain dari aku. Hehe, amacam? usaha aku menghantar komen pada setiap entri di centrinads membuahkan hasil bukan? biarpun hanya 10usd sahaja. Tetapi ianya tetap berbaloi daripada tak dapat apa-apa kan? Usaha aku ini lebih bagus dari usaha orang yang dah bertungkus lumus lebih 2 tahun tapi baru sahaja dapat 2 dollar sahaja. Ianya juga lebih baik daripada korang buat bising dan kata titan itu penipu dan lebih baik daripada korang tak mengaku bahawa korang tak reti buat duit. Yang aku tahu, ramai yang tidak usaha dan malas. Itu pasal tak dapat duit dengan internet.

Ini cuma salah satu cabang sahaja. Ianya simple. Buat komen sahaja di blog centrinads. Ianya tidak sukar dan tidak memerlukan bakat seperti menyanyi atau perlu masuk akademi fantasia ke 7. Tak perlu itu semua. Yang perlu, anda tahu membuat komen. Aku yakin ianya tidaklah sesukar mana kan?

Ok. Aku rasa masih tidak terlambat lagi untuk buat duit dari Centrinads. Ianya terbukti dan aku salah seorang yang dah dapat duit. So, centrinads itu SCAM? Aku rasa tidak bukan? Aku sudah membuktikan bahawa mereka membayar. Sudah, jangan buang masa. Jika kau orang ada masa 1 minute, just komen 1-2 kali sahaja diblog itu. Tidak sampai 30 saat pun. Cukup 10usd, kau orang akan dibayar secara automatik dari admin Centrinads. Simple dan mudah bukan? Ianya berbeza dengan adsense atau program-program affiliate yang lain. Just komen dan komen sahaja.

Ps: Cuba sahaja. Tak rugi pun kalau 1 minute sehari spend di Centrinads. Lagipun, post-post dekat centrinads tu banyak jugak yang bagus-bagus. Banyak info aku dapat dari sana. Cuba saja yek?? Ok. Jom layan laguu ini. Jika kau orang seorang pencinta Wanita. Layan lagu nih..

[audio:Pecinta_Wanita_Versi_Kelate.mp3]

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Dari 2 post aku sebelum ini aku telah mengatkan sesuatu yang kurang pasti. Sebab itu aku telah membuat satu post edisi siasat tentang satu program yang aku dah declare sejak 1 tahun yang lepas adalah SCAM ataupun fraud. Tetapi setelah 1 tahun lebih aku memperjuangkan kescaman program ini, satu kejadian aneh telah berlaku pada akaun paypal aku. Dalam bahasa englishnya dan tulisan romannya. Aku telah menerima bayaran pertama dari program AWsurvey sebanyak 50 Dollar! Adakah korang percaya atau tidak icon exclaim Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!

Aku tidak pasti adakah aku patut gembira atau tidak. Sudah acapkali aku membuat post dan komen di forum luar dan blog-blog tertentu yang menyatakan bahawa AWsurvey adalah scam program dan cukup sukar untuk membayar harinya. Mungkin doa aku pada 5 April lepas membuahkan hasil dan aku menerima satu bayaran yang tidak pernah aku impikan. Korang boleh baca post yang agak kontroversi pada tarikh itu di SINI. Aku tidak nafikan aku juga gembira kerana aku dapat membuktikan bahawa program ini tidak scam dimata aku. Bagi aku, jika mereka membayar. Ianya tidak scam. Ianya tiada kaitan untuk orang yang lambat atau cepat join program ini.

Sejak dulu lagi aku ragu-ragu dengan company Awsurvey ini. Tetapi akhirnya mereka membayar aku. Mungkin sebab diorang terasa kot aku hentam diorang dari tahun lepas. Bila aku wat post baru pasal Awsurvey dan kebetulan pulak aku request payout buat kali kedua. Tup! Terus depa bayar aku. Ke diorang mahu tutup mulut aku?? Aku tidak pasti. Tapi aku ada strategi sendiri untuk memastikannya. Bagaimana?

Apapun. Sebelum tu. Korang tengoklah bukti aku dapat duit dari diorang. Kang korang kata aku buat cerita saja. Aku sudah siasat, aku sudah join dan aku sudah dapat duit biarpun request aku yang pertama ditolak mentah dari diorang. Tapi request kedua aku diterima. Aku tak pasti apa yang membuatkan request kedua aku ini diterima oleh diorang. Dengan rela hati aku terima dan aku akan teruskan siasatan. Jangan ingat aku akan terus berdiam diri aa. Aku sudah pun melancarkan beberapa siri serangan gerila untuk edisi siasat ini bermula jam 12 tengah malam tadi. Nantikan sahaja keputusannya pada hujung bulan ini.

 Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!
Lupa. INi jumlahnya. korang ada sempoa dengan calculator kan. So, boleh kira sendirilah berapa aku dapat kan?? Sikit je. Tapi bolehla icon neutral Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!
 Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!
So, apakah aku hendak buat selepas ini. Ini antara siri serangan gerila aku untuk counter attack untuk program AWsurvey. Aku akan cuba untuk mencapai nilai minimum sebanyak 75 dollar lagi untuk mendapatkan payment kedua aku dari AWsurvey. Aku hendak tengok diorang bayar atau tidak. Untuk mencari referrals atau downline program ini, aku tak mempunya banyak masalah. Aku ada cara tersendiri untuk mencarinya. So, jangan tanya aku bagaimana. Aku akan terangkan jika serangan gerila aku yang bersiri-siri itu berjaya :up:Malah, jika korang hendak membantu aku dalam counter attack ini, aku alu-alukan jika korang mahu register under aku dan sama-sama cari downline korang. Mana tahu salah sorang dari kamu orang semua capai nilai 75usd dan boleh request payout. Aku rasa payout kali ini sangat pantas. Kenapa? aku request pada 5 April 2008 dan aku menerima bayaran pada 9 April 2008. Hanya 4 hari berbanding request pertama yang mengambil masa lebih 1 minggu.

Hoho. So, apa korang rasa sekarang. Adakah korang mahu teruskan atau tinggalkan program AWsurvey ini? Aku akan teruskan untuk membuktikan diorang scam atau tidak. Ini bukan masalah siapa cepat join atau siapa lambat join. Ini masalah aku yang suka membuktikan sesuatu program dengan bergantung pada sistem bayaran diorang. Jika aku tak dapat bayaran setelah cukup syarat untuk menerima bayaran. Aku akan buat bising dan akan buat bising. Tapi jika diorang bayar. Aku kene buktikan lagi untuk bayaran seterusnya. Aku mahu diorang tahu yang aku juga serius icon wink Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!

So, jika korang berminat untuk membantu counter attack ini. Bolehlah register di link dibawah dan sama-sama promosi. Ini terpulang pada kamu orang. Aku ada alasan sendiri untuk meneruskan edisi siasat ini. Jika korang tak mahu ikut. Aku tak pakse. Tapi jangan cakap aku tak bagitau korang aa icon cry Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!

Ini status akaun aku yang latest. Aku perlukan lagi 65usd untuk terima bayaran. Satu jumlah yang agak besar dan aku yakin perlukan masa yang lama. Tetapi aku cuba dengan kelebihan bukti payment yang aku dapat ini. Doakan aku berjaya dapat payment kedua.

Jadi, itu sahaja ulasan dan hasil siasatan aku dari post yang sebelum ini. Jika korang rasa aku tersilap. Tak apa. Jika korang rasa aku gila. Aku ndak kesah. Jika korang rasa aku baik hati. Apa kata korang paksa aku belanja korang kopi ais sama ikan patin? Hehe icon smile Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!

Antara link kipas susah mati yang berkaitan pasal AWsurvey. Korang gi bacalah ek. Hampir 90% yang kata AWsurvey adalah scam. Mungkin blog aku akan kehabisan bandwith selepas ini selepas aku tunjukkan bukti payment aku. Tidak icon rolleyes Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!

AWsurvey is a scam - Chargeback Forum
AWSurvey - www.awsurveys.com - GoldAge Forums
awsurvey a scam?????????? - Mylot
AWSurveys : Scam or Not? - Lagahit.com
aw surveys genuine site - Moneyfanclub.com
Awsurvey - Awsurvey.com - Talkgold Forums
AWSurvey (Tried & Tested) Offered paypal account,referrals,survey - adflakes.com
AWSurvey, internet - Internet Business Opportunities Makati City - Sulit.com
AWsurvey’s is a Scam! Don’t Waste Your Time Its Garbage Video - Metacafe.com
AWsurvey’s is a scam! make money in affiliate marketing - Youtube.com
AWSurveys : Scam or Not? - PinoyBlogoSphere.com (PBS)
Awsurvey Scams - Makemoneykingdom Forums
awsurvey-paid-me - spaceofinfluence.blogspot.com
Awsurvey big scam - Scam.com

Itu sahajalah. Aku malas mahu cerita lebih panjang. Korang fikirlah masak-masak. Banyak orang marah pasal AWsurvey ni. Dulu pun aku marah. Sekarang aku bertambah marah dan pelik sebab aku kene usaha lagi untuk buktikan diorang bayar membernya. Aku sedang terfikir-fikir kenapa aku dapat duit dari diorang walhal, request pertama aku ditolak. Ehm icon question Open Case : AWsurvey Finally PAYING ME!

Mahu register? Korang boleh buat demikian di sini : REgister HERE!

Popularity: 16% [?]


Sphere: Related Content


Ehm, aku pasti korang pernah dengar nama ini bukan. MIRSB dan Monsun-biz! Adakah korang pernah dengar syarikat itu dan produk mereka yang popular itu? Sebelum aku melangkah lebih jauh. Aku yakin ramai yang pastinya marah tentang produk popular mereka itu. Monsun-biz memang tidak lari dari kontroversi kerana beberapa perkara yang perlu mereka titkberatkan. JIka tidak, pasti akan lebih ramai orang akan mengutuk program Monsun-biz dan MIRSB itu.

 Edisi Siasat : Adakah Monsun biz dan BossMailer itu Scam?


Dalam 1 minggu yang lepas, ramai yang heboh dengan benda ini. Termasuklah adik aku yang berminat dan nak pinjam duit aku. So, aku dengan sejuk hatinya bagi duit berkata aku takde duit. Haha, bukan tak ada. Cuma aku tak berminat nak pinjam duit pada dia untuk program-program macam ini. Aku lebih prefer dia kerja lebih masa dan dapat duit lebih untuk dapatkan duit lebih. Lepas tu aku dengar adik aku membebel pasal tak cukup duit, kos tinggi, nak makan mahal, minyak dan itu ini. Aku dok rumah dan tak keja. Tapi dapat duit hari-hari. Dia jeles dan bengang. Sebab itu dia nak cari duit lebih dan mahu hidup lebih senang dan dengan itulah dia berminat dengan program BossmMailer ini. Mungkin kerana desakan hidup, ramai orang sanggup melaburkan duit untuk program-program yang belum tentu kita tahu kesahihannya.

So, mengapa ramai orang bengang dengan Monsun Biz dan ramai yang mengatakan bahawa Monsun Biz ini SCAM? Mengapa dan mengapa aku juga turut merasakan demikian?

Website Monsun-biz yang buruk


Ini pendapat personal aku. Website rasmi mereka agak buruk dari pemerhatian aku jika mereka mampu caj RM50000 untuk satu penyertaan. Takkanlah tak boleh upah designer atau programmer untuk bina satu website yang hebat seperti Lelong atau E-bay. Paling tidak pun macam Mudah. Paling tidak pun, buatlah satu website yang lawa dimata rakyat Malaysia. Jika tidak, target mereka tidak akan tercapai. Nasihat aku, ubah dan perbaiki. tukar website itu dengan design yang lebih mengagumkan. Kalau boleh advertise mahal-mahal kat Metro untuk 1-2 muka surat. Takkan tak mampu buat website atau blog yang lawa? Harga 1-2 muka surat di Metro itu sudah mampu untuk buat 20-50 website yang gempak!

Sebelum korang dapat join website ini, korang kene bayar RM50 untuk sertai site berikut. Betulkan begitu atau aku menerima maklumat yang salah? Jika salah, sila betulkan aku. Jika benar, aku rasa itu tidak wajar. Sedangkan e-bay dan lelong pun tak caj anda untuk proses pendaftaran sahaja icon mad Edisi Siasat : Adakah Monsun biz dan BossMailer itu Scam?

Lagi satu. Nama domain monsun-biz. Tak sesuai aku rasa. Kalau dia orang letak monsun saja dah cukup hebat dah tu. Aku rasa itu lebih sesuai. Tapi itu pendapat peribadi aku. Dari segi SEO, aku menentang hebat domain monsun-biz. Bukan kata aku pakar, tapi aku rasa kurang sesuai. Itu sahaja. Diorang benci ulasan aku, aku pedulik apa. Dan kalau korang nak tahu, rank Monsun-biz dalam alexa adalah 627,294!

Jika korang nak tahu. Domain Monsun-biz ini telah dibeli pada August 14 2007 dan telab berusia 7 Months, 28 days. Aku rasa itu sudah cukup masa untuk buat design website yang bagus. 7 bulan bukan satu tempoh yang singkat untuk buat website gempak bukan? Dengan PR0 dan hanya mempunyai 38 inbound link dan nilai valuenya hanyalah 260 Dollar sahaja di Dnscoop Marketplace. Itu satu nilai yang lebih rendah 5-7 kali ganda berbanding blog aku icon eek Edisi Siasat : Adakah Monsun biz dan BossMailer itu Scam?

BossMailer adalah malware?

Ini salah satu lagi produk MIRSB. Orang kata software atau produk ini adalah bermasalah. Dari segi etika, software bossmailer ini akan spam email kita even kita tak pernah bagi diorang email kita. TAK PERNAH. So, macam mana diorang dapat email kita? Ada software yang diorang akan sedut dan ambil email tersebut. Aku tak sure macam mana modus operandi bossmailer ini, tetapi aku tak suka perbuatan spam itu. Biarpun ura-ura mengatakan bahawa software bossmailer ini dikatakan bukan spamming dari segi teknikal, tetapi aku yakin ramai yang tak suka bila email diorang kene spam. Katakan Tidak kepada Spamming!

Lot atau virtual property atau tanah online?

Mereka akan menawarkan 20000 lot selepas anda membayar RM50000 itu. Aku tak tahu macam mana urusan dapat 20k lot itu dan macam mana nak dapat duit dengan 20k lot itu. Adakah perlu menjual lot itu pada orang lain atau sewakan space/lot macam aku buat di blog aku ini? Oh..jika begitu, tak perlu 20k. RM100 sahaja aku sudah mampu menawarkan 20k lot di blog aku. Siapa mahu?? Tapi jangan suruh aku buatkan. Aku tiada masa untuk itu.

Tapi dari siasatan aku, ada orang mengatakan bahawa MIRSB dan program Monsun-Biz ini akan membantu mereka sampai berjaya. Sistem support akan membantu mereka untuk mencari duit dari lot-lot yang mereka dapat itu. Sampai hari ini, aku tidak tahu apa yang mereka buat dengan lot-lot tersebut. Ada sesiapa tahu siapa yang dah gunakan lot-lot itu dengan maksimum?

Cukuplah aku cerita sikit pasal monsun-biz ini. Aku tak berminat untuk buat post penuh sebab aku sangat lapar sekarang. Tak ada mood nak buat post penuh. Niat aku bukan nak bunuh perasaan orang Melayu untuk buat business internet. Tapi cara mereka promosi dan melakukan penyebaran berita tentang Monsun dan beberapa produk mereka itu tidak kena. Ramai yang dah terpedaya dan tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan lot-lot yang beribu tersebut. Tak kurang jua ada yang sudah merenung masa depan sebab tak ada basic internet. Dalam offline, apa yang mereka mampu buat dengan lot-lot yang kita tidak nampak itu icon twisted Edisi Siasat : Adakah Monsun biz dan BossMailer itu Scam?

Puan Nora

Siapakah beliau? Aku yakin beliau tidak berani untuk tampil di blog-blog dan menjawab persoalan-persoalan yang kami tanyakan. Belum tentu beliau mampu berhujah jika istilah spamming dan spammer pun tidak dapat dijelaskan dengan bagus. Aku yakin mereka tidak jelaskan bab itu ketika mempromosi bossmailer dan monsun-biz. Aku juga yakin mereka hanya buat pembentangan macam mana nak dapat duit dan macam mana nak gunakan duit itu nanti. Honestly, banyak aku dengar berita tak baik dari berita yang baik-baik tentang MIRSB ini. Jika permulaan sudah begini, apatah lagi 10 tahun akan datang icon cry Edisi Siasat : Adakah Monsun biz dan BossMailer itu Scam?

Aku tidak mahu berbicara panjang lagi. Korang boleh baca ulasan hebat dari beberapa blogger yang tak kurang hebatnya dalam menulis perkataan dan isu seperti ini.

Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu - Mohdismail.net
Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com
BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com
Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com
Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net
monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com
Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com
Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun - U-monsun

So, apa yang kita mampu buat sekarang adalah tunggu sahaja bukti dari ahli-ahli mereka yang berjaya membuat duit dari program Monsun ini dan juga program-program mereka yang lahir. Jika benar hendak orang Melayu maju dengan cara Monsun, sila buktikan. Biarpun 6 bulan atau 10 tahun masa diperlukan, kami akan tunggu. Cuma buktikan sahaja dulu. Aku ingin sangat tahu apa yang terjadi pada mereka yang telah membayar RM50k untuk sertai Monsun dan mereka yang telah menguna product BossMailer itu.

Ps: Ini semua adalah pendapat dan agakan aku saja. Jika mahu tahu lebih lanjut. Tanyakan saja pada pihak Monsun sendiri. Apa yang pasti, kita tunggu sahaja apa yang akan terjadi dengan Monsun. Hope perbaiki apa yang patut diperbaiki. So, apa kata korang tentang Monsun dan MIRSB?

Sambil baca bende nih. Dengarlah lagu Dafi dan Gita Gutawa ini

[audio:duahatimenjadisatu.mp3]




Debt ManagementCompare debt management plans usingour calculator - Search online now!

www.trapped.co.uk

ads by matched Edisi Siasat : Adakah Monsun biz dan BossMailer itu Scam?

Popularity: 27% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011