scam | EarnCent.com


Archive for the 'scam' Category


Haha..itu gelak ketawa aku dari semalam hingga ke hari ini. Aku tak pasti tapi aku akan sisipkan pada korang kenapa aku tergelak dan tersenyum kerana banyak menda yang membuatkan hati aku gembira dan pelik dengan perangai orang Malaysia nih. Entahlah, kadang-kadang pelik dan hairan. Kadang-kadang kasihan pun ada dan kadang-kadang membuatkan kita terfikir macam mana boleh jadi sampai macam tu sekali.

Gelak Pertama

Sejak aku masuk 2 program MLM iaitu GDI dan Shamelin Bina ni. Aku mendapat kutukan dari ramai orang dan tak kurang juga yang pelik mengapa blogger yang dulunya tegar dengan dunia blogging boleh kecundang ke program-program MLM ni. Ramai yang kata dengan MLM tak boleh cari makan dan MLM tak mampu memberikan apa yang dunia blogging dan Internet Marketing mampu berikan. Ahh, itu pandangan kelas ketiga. Aku pedulik apa. Aku sertai program MLM itu berdasarkan beberapa sebab dan sebab-sebab itu kukuh. Apa kes korang nak masuk campur hal aku kan? Duit yang aku bayar, duit aku. Bukan duit korang. Yang sampai sanggup menghina syarikat atau program MLM kenapa? Ingat korang bagus sangatkah? Siapa bilang Shamelin Bina atau GDI ni syarikat hampeh? Kalau tak tahu sejarah. Jangan dok kutuk tanpa asas dan bukti yang kukuh. Ada yang kene potong siku atau buah serang nanti..

Gelak Kedua

Apabila melihatkan ramai orang berceritakan tentang kes Asia Ceramic Marketing yang memang gempak sejak awal tahun 2009 ni membuatkan aku tersenyum simpul. Bukan apa, aku memang nampak beberapa puak yang terhasil akibat kes Ceramic nih. Pertamanya, aku nak bagitau. Perkara yang mesti korang sematkan kat hati korang bila sertai program seumpama Ceramic atau Buluhmas atau program MLM seperti GDI atau Adsense sekalipun, pelajari tentang risiko dan sifat sabar. Setiap program ada risiko dan kita kene sabar sebelum mendapat hasilnya. Dan satu lagi ialah jangan mula menyalahkan sesiapa jika program ini down atau gulung tikar ataupun kene siasat dengan BNM. Dah dapat aduan, memang kerja BNM siasat. Nak wat macam mana, Buluhmas pun kene gak.



Kalau GDI atau Vemma berpangkalan kat Malaysia, aku rasa kene ambush juga dengan BNM. Sayangnya dua-dua program tu berpangkalan diluar negara. Jadi, apa kejadahnya BNM nak ambush syarikat tu kan? Banyak lagi BNM nak jaga. Tapi kerana menerima aduan dari orang ramai, orang-orang BNM buat juga kerja dan lakukan siasatan. Bersyukurlah seadanya ye. Dan aku paling BENCI orang yang menyalahkan upline atau sponsor samada dalam affiliate, penulis ebook, MLM dan sebagainya. Kenapa? Korang dah bayar pakai duit sendiri, itupun nak salahkan upline korang? Ada upline tu PAKSA korang join? Diorang cuma promosi. Nak atau tak nak, terpulang pada korang. Jadi, apa kes nak mengamuk dengan upline atau syarikat Ceramic bila diorang kene siasat dengan BNM? Sabar itu bukankah lebih baik?

Gelak Ketiga

Hari ini aku dapat tahu satu lagi program pay per lead yang termahal versi Malaysia. RM1.20 untuk 1 downline. Mak aii, boleh tahan komisennya dan aku tertarik. Jadi aku pun sertai dan promote ebook Amalan Jutawan ini. Mungkin ianya nampak biasa, tapi aku akui banyak yang aku pelajari dari ebook Amalan Jutawan ini. Malah, siap ada fasa-fasa yang tertentu yang perlu kita tahu sebelum menjalankan perniagaan atau sesuatu projek. Takdelah kita buat satu projek tanpa strategi dan plannya, bukan?



Bukan sahaja menawarkan program PPL, tapi ebook tersebut juga menarik. Tak sia-sia aku download tadi.  Korang kene download dulu ebook Amalan Jutawan ini dulu kalau nak join program PPL ni. Jadi, download aje. Percuma pula tu. Download Ebook Amalan Jutawan

Ps: Kenapa aku sedih? Sebab aku lapar. Tapi aku kene kool..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan kongsi lagi satu program yang akan bayar kita jika kita upload file. Nampak mudah bukan? Tapi bagaimanakah caranya untuk buat duit melalui program itu? Seingat aku, korang semua pernah dengar Ziddu.com dan Uploading.com, bukan? Jika ya, korang mesti pernah dengar Sharecash. Betul tak?



Sharecash merupakan satu lagi program yang membayar ahlinya yang berjaya membuatkan orang lain download file yang kita upload di Sharecash menggunakan link khas yang kita dapat ketika upload tadi. Mula-mula, kita pilih file seperti software, ebook atau installer games yang kita yakin mampu menarik ramai orang untuk mendownloadnya. Kemudian, upload ke Sharecash. Dah upload, kita ambil link unik yang dicreate khas melalui sistem Sharecash. Dan kita promosikan link tersebut dimerata tempat asalkan tidak dicop sebagai spammer. Agak-agaklah promosi tu, jangan nampak ketara sangat. Itu sahaja cara untuk buat duit dengan Sharecash.Mudah bukan? Hehe..



Step by step tu rasanya tidak susah untuk dikut. Masalah utamanya adalah mereka tak terima download dari negara kita. Jadi, macam mana kita nak buat duit dengan Sharecash? Rasa macam susah juga bukan? Aku pun rasa macam tu sebab earning aku pun tak banyak. Tapi aku tahu akan sampai nilai minimum dalam tahun ini kerana Sharecash juga salah satu mangsa ujikaji edisi siasat aku. Kebanyakkan program yang aku siasat memang berjaya memberikan aku sedikit imbuhan seperti Awsurveys, Nuffnang, Shareasale, Bukisa dan lain-lain lagi. Alhamdulillah kerana usaha aku membuahkan hasil.

Bahagian yang paling penting adalah cara untuk mempromosikan link unik yang kita upload tu. Biasanya, bayaran diterima antara $0.10-$0.60 bagi per download dan biasanya hanya visitor atau trafik yang datang dari US, UK, Canada dan beberapa negara sahaja yang diterima. Negara asia seperti kita memang tak diterima. Jadi, faham-fahamlah kenapa earning Sharecash korang lembab semacam aje. Pastikan traffic korang banyak dari negara-negara yang aku sebutkan tadi. Kalau tak, susah sikitlah nak merasa dari program ini. Ada cara cepat dan lambat. Ada cara berbayar dan percuma. Ikut suka hati korang nak promosi, janji korang gembira dan tak menyusahkan orang lain.

Ps: Baru hantar dia balik petang tadi. Gembira. Sebab dia senyum. Gila, kan? Haha..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Aku mahu keluar sebentar lagi. Ada urusan yang perlu diuruskan dengan kadar yang segera. Jadi, jika post yang sederhana pendek ini tidak memuaskan hati korang. Aku mintak maaf.

Ya. Ini bayaran ke 5 yang aku perolehi dari program TNX. Aku yakin beberapa hari lagi aku akan berjaya memperolehi bayaran yang ke 6. Sebabnya payout adalah serendah 5 dollar sahaja. Aku tidak rasa itu terlalu sukar berbanding beberapa bulan yang lepas ketika aku baru bermula dengan TNX. Bagi aku, TNX adalah sumber pasif baru bagi aku untuk mendapat sedikit pendapatan daripada blog.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nampak? Walaupun jumlah yang aku dapat kali ini tidak banyak. Tetapi ianya berhasil. Taktik gerila dan taktik yang aku kaji berjaya walaupun blog aku itu tidak memenuhi beberapa aspek yang mampu menambahkan nilai point bagi setiap TNX-points yang aku hendak. Aku yakin nilai itu akan bertambah dan aku cuma perlu banyakkan backlinks dan traffic. Harap ianya akan berjaya.

Baik. Itu sahaja update TNX untuk kali ini. Korang boleh rujuk pada artikel-artikel yang lepas untuk membantu korang memahami cara untuk buat duit dengan TNX. Tidak sukar dan tidak juga terlalu mudah. Apa yang perlu, korang mahir menulis di blog masing-masing dan tahu bagaimana hendak menambahkan nilai TNX-points korang setiap hari.

Ps: Ini bayaran pertama untuk bulan November. Aku ada firasat bahawa aku akan dapat 1-2 lagi bayaran dalam bulan ini. Cuma aku tak pasti bila. At least, lebih bagus dari segi bayaran berbanding Blogstarz. Blogstarz, dibayar 2 bulan sekali. Manakala TNX, dibayar berkali-kali setiap bulan asalkan melebih 5 dollar sahaja.

Pss: Mahu lihat cek ketiga aku dari Nuffnang?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Seperti yang aku rancang semalam. Aku akan tulis sesuatu hari ini. Aku rasa entry ini akam memasuki search engine google dan yahoo dalam masa 1 minggu ini. Ok. Apa yang aku nak cerita hari ini adalah tentang apa itu BlogStarz. Aku rasa 1-2 minggu ini cerita Blogstartz sangat panas dan ramai gak blogger yang menulis tentang pandangan diorang tentang Blogstarz.

Ada yang kutuk, ada gak yang tak berapa faham, ada gak yang bengang, ada juga yang menyokong. Yang menghina pun ada. Yang kutuk sana sini pun ada dan tak kurang juga yang tak puas hati. Rileks, kita cuma nak berbincang apa yang Blogstarz mampu berikan pada orang-orang yang hendak buat duit melalui Blogstarz ni. Jadi, mari kita bercerita..

Apa itu Blogstarz?

Pada pandangan aku, Blogstarz sama sahaja seperti Blogspot atau Blogdrive. Yang berbeza adalah, Blogstarz adalah versi berbayar. Blogspot dan Blogdrive pula versi percuma.

Apakah perbezaan ketara Blogstarz dengan penyedia blog yang lain?

Blogstarz menawarkan program buat duit yang CONFIRM dapat duit. Blogspot atau penyedia blog percuma langsung TIDAK menawarkan program buat duit. Malah, Blogstarz merupakan penyedia blog versi berbayar. Sudah pasti banyak tawaran dan servis yang menarik disediakan oleh mereka.

buat duit dengan clickshare blogstarz


Adakah Blogstarz Scam, Fraud atau Menipu?

Sila rujuk pada website ini : Blogstarz Scam?

Berapakah yang perlu kita bayar untuk menyertai Blogstarz?

Ada beberapa pakej yang boleh korang pilih. Pakej termurah adalah RM99 sahaja.

Bagaimana kita boleh buat duit dengan Blogstartz?

Blogstarz memberikan kita 3 cara untuk buat duit iaitu Perkongsian Clickshare dan Sistem Reverse Charge. Kalau jual produk kat blog blogstarz tu, aku rasa semua blog atau website, itu bukan apa yang ditawarkan oleh Blostarz, itu kita jual sendiri. Beza besar tu. Dan kita juga boleh buat duit dengan menjadi rakan kongsi perniagaan Blogstarz seperti By2Automatch. Malah, ada gak peluang dapat duit dengan cari blogger untuk join Blogstarz ni. Sila rujuk sini : Arkib Blogstarz

—————-

Dipendekkan cerita, serba serbi memang Blogstarz ni SANGAT BAGUS dari pandangan mata aku dari banyak aspek. Dan mungkin seperti yang diwar-warkan akan membuka minda orang yang langsung tak tahu pasal internet, akan tahu pasal internet dan mula berminat untuk menulis blog. Malah, mungkin ini peluang mereka memasarkan produk mereka. Pelbagai kemungkinan kita boleh fikirkan. So, korang leh fikir apa yang bagus pada Blogstarz ni dari segi kebaikan.

—————-

Keraguan Tentang Program Blogstarz ClickShare

Terdapat beberapa keraguan dan tanda tanya timbul apabila ramai yang mempersoalkan tentang perihal Clickshare yang ditawarkan oleh Blogstarz. Sila lihat gambar dibawah :

blogstarz clickshare explaination


Ini keraguan aku dan member lain tentang program Clickshare.

Blogstarz menawarkan RM0.10 sehingga RM1.00 jika kita klik mana-mana adsense pada blog anda di Blogstarz. Jadi, korang leh klik mana-mana iklan adsense di blog korang. Tapi maksimum adalah RM200 sahaja. Aku tak tahu bagaimana untuk mengetahui berapa banyak klik yang diperlukan untuk mencapai Rm200 itu. Tapi aku rasa, mesti banyak kali kene klik untuk capai RM200. Kalau paling cikai, 1 klik dapat bagi kita RM0.10. Ini bermakna mungkin 2000 kali kene klik iklan adsense baru mencapai RM200..fuh. Penat nak klik tu. Tapi aku yakin tak ramai orang klik sebanyak tu. Mungkin ada iklan adsense yg bernilai RM1 atau RM0.50. Itu bergantung pada pihak Blogstarz menentukan harga bagi setiap klik di iklan adsense yang dilakukan oleh ahli mereka. Ok.

Apakah keraguan disini? Keraguan pertama. Kalau nak dapat duit dari Blogstarz, mesti kene klik iklan adsense diorang. NO Ads Click, No money. Itu yang aku faham. Tapi dalam 2-3 hari ini, aku dapat lihat ada iklan dari Blogstarz sendiri dan juga iklan Adbrite. Mungkin kerana ramai yang komen sana sini, diorang menambah iklan dari company yang berbeza dan menggunakan sistem rotator bagi memaparkan iklan-iklan tersebut. Jadi, agaknya, berapakah yang Blogstarz akan bayar untuk 1 iklan klik untuk iklan BLogstarz dan Adbrite? Itu aku tak tau. Takde kenyataan lagi kat website Blogstarz. Yang adsense ni pun aku rujuk dari blog lain.

Keraguan kedua timbul ialah sistem Clickshare itu sendiri. Kita semua maklum, Google Adsense tidak membenarkan kita klik iklan Adsense kita sendiri dan tidak membenarkan kita menggalakan dan menyuruh orang lain klik adsense kita. TOS Adsense dan policy adsense sendiri menyatakan kita tak boleh klik iklan Adsense sendiri. Ada satu kotak chat yg tulis. Kita kene click iklan setiap 5 minit sekali. Aii, biar betul. Dalam hal Blogstarz, aku tidak tahu pihak Blogstarz ada klik iklan sendiri atau tak. Itu kene tanya diorang. Tapi mereka menggalakan ahli-ahli Blogstarz untuk klik iklan adsense. Jika tidak, mereka tidak ada peluang untuk buat duit dengan Blogstarz. Macam aku cakap, No ads click, no money.

Aku yakin tidak ramai pengguna baru atau blogger yang baru tahu menyertai Blogstarz tahu tentang TOS Google. Yang tahu pun, mungkin buat tak kisah sahaja. Jadi, ini yang membuatkan ramai orang ragu-ragu dan tak berminat untuk menyertai Blogstarz. Masalah haram atau halal. Aku tak tahu. Baik tanye pada mereka yang lebih pakar. Jadi, itu terpulang pada pandangan masing-masing. Semua benda mempunyai risiko tersendiri.

Keraguan ketiga timbul pada masalah bayaran. Ok. tadi aku kata sehari kita mampu capai RM200 kan? Modal kita untuk sertai adalah seminimum RM99 sahaja. Jadi, korang dah balik modal dan dapat untung selama 1 bulan sahaja. Hebat bukan? Tapi, dari apa yang aku tahu, bayaran akan dibuat hanya untuk 2 bulan sekali. Jadi, andai katalah, kita dapat jana RM200 sehari. Dalam 30 hari, kita mempunyai potensi untuk capai RM6000!! Wow! Sangat lumayan. Pendapatan adsense aku sendiri tidak sehebat itu. Itu baru satu bulan? Kita dibayar 2 bulan sekali. Jika kita bernasib baik, kita akan dapat capai RM12000 selama 2 bulan! Wow lagi!! Lumayan bukan? Dan jika ada 1000 orang yang berjaya capai level tersebut dalam 2 bulan. Blogstarz kene bayar 12 000 000.00. Erk..berapa tu? 12 juta ringgit malaysia!

Wow! Satu kira-kira yang mengiurkan..Ini hanya kira-kira mudah. Ok. Cincailah. 500 orang berjaya capai. Sekurang-kurangnya RM6 juta diperlukan untuk bayar member Blogstarz. Wow, mesti keuntungan Blogstarz lebih dari jumlah itu jika mereka mampu bayar ahli mereka kan? Tapi biasanya, kira-kira aku ini mesti lari punye. Sebabnya? tak semua orang akan berjaya dapat RM200 sehari. Confirm. Mungkin ada yang RM10 je sehari, mungkin ada yang RM15 je sehari..ada yang RM1 je sehari..kalau ada yg tak klik hari ni, diorang tak dapat apa-apala kan? So, tak semua berlaku seperti yang aku kira tadi. Tapi aku rasa, banyak gak yang diorang kene bayar kat ahli diorang setiap 2 bulan. Mesti diorang tahu camana nak bayar member diorang kan? Mesti ada jalan penyelesaian. Ini cuma kira-kira mentah dari aku sahaja. So, inilah hasil rambang yang korang akan dapat hasil klik iklan adsense, blogstarz ads dan adbrite atau iklan private mereka yang aku tidak tahu.


Keraguan keempat timbul dipihak advertiser. Mungkin ada advertiser yang membeli ruang pengiklan di Google dan Adbrite akan mengalami kerugian. Ini kerana visitor yang datang adalah bertujuan untuk mendapatkan komisen hasil klik di Blogstarz. Jika korang ditempat Advertiser, apakah pandangan korang? korang suka diperlakukan begitu atau korang jenis tak kesah? Mungkin ada advertiser tak kesah dan beranggapan mungkin 10% daripada visitor yg click iklan itu akan berminat dengan iklan mereka. Tapi bukankah itu tidak adil? Adbrite dan Adsense mempunyai hak untuk mengantung akaun Blogstarz kalau mereka tahu hal tersebut atau ada yang gatal tangan membuat laporan. Jadi, apa pendapat korang sebagai advertiser? Aku sendiri pernah menggunakan banyak PPC untuk beriklan. Jadi aku tahu perasaan advertiser Google dan Adbrite.

Keraguan kelima. Rata-rata yang menyertai Blogstarz tertarik hendak buat duit mudah melalui sistem Clickshare. Jika ada yang menyertai blogstar hanya untuk tujuan blogging sahaja. Itu mengarut namanya. Dinasihatkan, kalau nak tulis tentang diri korang. Baik daftar blogspot dan tulislah apa yang korang nak. Blogstarz bagus untuk mereka-meraka yang hendak buat duit dan mahu buat duit. Jadi, ini perbezaan yang ketara. Blogstarz khas untuk mereka yang hendak buat duit. Dan cara buat duit yang sangat popular adalah clickshare iaitu klik iklan yang ada diblog Blogstarz masing-masing.

—————

Itu sahaja. Aku rasa dah cukup panjang aku mengulas dan menulis keraguan tentang Blogstarz. Dari Clickshare sahaja aku rasa ramai yang boleh bercerita berjela-jela. Kalau clickshare itu tidak diperkenalkan. Adakah korang rasa Blogstarz akan wujud? Adakah Blogstarz mampu menarik perhatian orang lain untuk menulis blog? Banyak persoalan timbul dan aku hormati pandangan korang masing-masing. Jadi, ruangan komen sentiasa terbuka. Silalah beri komen dan hujah anda. Ingat, ini hanya pendapat sahaja. Dan penerangan di website Blogstarz sangat sedikit. Tidak terlalu perinci yang diterangkan tentang Clickshare. Ada banyak lagi point. Tapi cukuplah 5 keraguan sahaja. Aku cuma ragu aje. Mungkin ada kenyataan aku salah. JIka salah, sila beritahu yang betul. Boleh? Jika salah, aku akan wat counter post untuk entri ini. Takde hal punya..

Ps: Jadi, inilah antara cara buat duit dengan Blogstarz. Mudah bukan? :)

Popularity: 11% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------