Archive for the 'reviewme' Category


[audio:happybirthday_1.mp3]

Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada 15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.


 Setahun bersama Titan dan Earncent.com


Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..

Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.

Entri Paling Popular Sepanjang tahun:

Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view

Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest

Blog ini..

Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.

Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com

Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan

Produk Rasmi:

Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)

Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??

Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.

Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!

Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)

Apapun, Selamat HARI JADI Earncent.com!!

PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..

PSS: Kredit Gambar untuk NR Yumie.

[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Aizat-Hanya_Kau_Yang_Mampu.mp3]

Seperti semalam. Hari ini juga kita akan bongkarkan satu lagi cara buat duit dengan blog melalui medium internet. Aku yakin ramai yang sudah tahu program ini. Tapi aku masih hendak kongsikan juga pada korang. Sebab apa? Aku memang suka share dengan korang mana-mana program yang berpotensi untuk bantu kita buat duit. Lagi-lagi kalau menggunakan blog sebagai medium.

Nama program itu adalah Sponsoredreviews.com. Program ini membayar kita jika kita buat ulasan mengikut apa yang advertiser mahukan. Jika dia mahu ulasan sebanyak 300 patah perkataan. Korang kene buatlah seperti yang mereka mahu. Jika mereka handak kita buat anchor link. Kita kene buatlah. Dia nak kita wat backlink ke apa ke, semua kita kene follow. Kalau tak, diorang tak nak bayar plak..

Dan dari pengalaman aku sejak beberapa bulan yang lepas. Aku memang selalu dapat offer. Cuma kebelakangan ini aku agak sibuk mempromosi ebook edisi siasat sahaja. Tu yang jarang dapat peluang dan offer untuli tulis ulasan. Sebelum tamat bulan Jun hari itu. Aku dapat 1 offer dan berjaya melengkapkan tugasan itu dan akhirnya hari ini aku menerima bayaran dari Sponsoredreviews. Biasanya diorang bayar awal bulan macam ni la. Aku rasa macam timing orang kerajaan kita ambil gaji plak. Hehe..

paymentsposnsoreviewssa3.th Edisi Siasat: Buat duit dengan Sponsoredreviews.com


Macam mana? Suka tak dengan program ni? Bende ni lebih kurang juga macam program Payperpost dan Blogsvertise. Walaupun aku yakin tak ramai yang menyertai program ini, mungkin kerana kurang mahir bermain dengan bahasa english atau faktor lain yang aku malas nak sebut di sini, tapi persetankan semua itu. Jika kau mahu buat duit, jangan bagi alasan. Dulu, aku aku dapat result 7D masa SPM. Tapi aku still boleh cari makan di laman-laman web yang berbahasa english. Jika kita mahu, bahasa jepun pun boleh kita faham kalau kita mahu! (Tapi pakai translator la..). Pokoknya, jangan bagi alasan aje..

Macam mana nak buat duit dengan program macam ni? Adakah kita kene belajar SEO dulu? Mungkin. Tapi ketika aku menyertai program ini dulu, aku tak pandang sangat. Tapi apa yang aku mampu bagitau. Korang kene tahu syarat-syarat yang biasanya yang dikehendaki oleh program-program yang macam ini. Antaranya:

1. Mesti ada blog. Jika blog yang ada PR. Lagi bagus!
2. Mesti tahu tulis dalam bahasa english. Tak tahu, Gi belajar!
3. Jangan copy dan paste artikel orang lain. Kalau kantoi, padan muka!
4. Fahami rule dan baca FAQ setiap program yang korang nak join.
5. Mahu tak mahu, kene ada akaun paypal
6. Program ni, korang kene BID dulu. Siapa offer harga paling murah biasanya dapat menang job.

So, jika ada yang berminat nak buat duit. Leh daftar sekarang dan belajar SEO pada masa yang sama >> Sponsoredreviews.com

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Apa khabar anda semua hari ini? Sihat? Hari ini aku ada banyak perkara yang hendak buat dan agak sibuk sikit. Nak download banyak benda dan torrent aku agak penuh hari ini. Ada 6 file yang aku tengah download dan mungkin malam nanti baru habis separuh. Ada software dan video yang aku download. Apa yang aku download? Biarlah rahsia..

Baik. Aku dapat beberapa pertanyaan dari kawan-kawan aku tentang buat duit melalui posting atau dari forum. Benarkah betul-betul boleh buat duit. Senang sahaja jawapan aku. Memang boleh buat duit kalau tahu caranya. Antara salah satu cara yang memang aku akan cerita dekat sini adalah. Adab berposting. Jika korang posting hanya sebab untuk dapatkan duit. Bagi aku itu tidak salah. Tapi mesti mematuhi beberapa kriteria untuk posting tak kiralah untuk paid blog atau paid posting. Di sini aku ceritakan sedikit point-point penting untuk posting sama ada untuk paid blog atau paid posting. Mungkin ada sedikit persamaan.

Posting untuk Paid Blog

1. Ada beberapa sahaja Paid Blog yang popular. Macam Reviewme, Payperpost dan Blogsvertise. Siapa ada Kontera atau blogcharm dan macam-macam lagi. Pun boleh pakai. Ini antara Paid Blog yang bagus dan memang aku dah terima bayaran daripada mereka.

2. Mesti ada adab. Tidak boleh spamming. Sebab apa? Memang korang tak akan dibayar jika buat useless topic dan spamming. Benda-benda atau gambar lucah tidak boleh sama sekali even untuk naikkan hits dan traffic sekalipun. AKu ulang sekali, Tidak Boleh !

3. Mesti ikut peraturan yang diorang nak. Jika Reviewme cakap kena 4 paragraph. Mesti buat lebih dari 4 paragraph. Apa yang diorang nak, kita buat lebih daripada apa diorang minta. Automatic diorang akan bayar jika post kita bagus. Jika post kita tunggang-terbalik atau english yang kita pakai macam budak darjah 1. Aku pun tak dapat tolong. Sebab kadang-kadang post aku pun kena reject. So, normal.

4. Jangan menipu dengan buat lebih account atau apa-apa yang berkaitan dengan menipu. Jika kena detect. Korang tak leh buat duit lagi dengan company tu melainkan korang tukar nama dan tukar IP address korang. Even korang Mask atau hide IP. Diorang boleh detect kalau diorang rajin. Kalau diorang malas, korang selamatlah..

5. Mesti ada akaun Paypal. Wajib. Tak ada. Aku minta maaflah. Sah-sah tak boleh buat duit dengan Paid Blog kalau tak ada Paypal. Mesti ada dan kalau boleh, diwajibkan verify paypal tu. Pakai je VCC. Dapat verify untuk 1 tahun. Baru 15 dollar aje maa harga VCC. Pasaran gelap, boleh dapat 5 dollar aje VCC..

6. Tambahan. Jika korang ada adsense atau bidvertiser. Korang boleh letak kat blog korang. Ini salah satu side income untuk blog korang. Siapa kata trafik blog tidak bagus. Kadang-kadang kita leh dapat banyak valid klik dari blog berbanding website atau forum. Sebab apa? Di blog, kita boleh cerita lebih spesifik berbanding di forum. Tapi dari segi trafik, hanya forum yang bagus sahaja mampu dapat trafik yang lebih 1 juta..

Cukuplah sampai sini sahaja tips yang aku rasa tak seberapa ramai yang tahu. Mungkin ada yang tahu. Tapi sampai sekarang tak pernah buat-buat lagi. Ramai yang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog. Tak apa. Aku faham. Sebab dulu pun aku tak tahu dan sekarang. Aku dah tahu dan memang aku berjaya buat duit melalui blog.

So, untuk penerangan ringkas tentang posting Paid Posting. Aku akan sambung esok. So, harap korang leh tunggu esok. Aku tahu ramai yang nak tahu cara-cara nak buat paid posting dan macam mana nak dapat offer posting di banyak forum.

Ps: Laparnya. Lama lagi ke berbuka..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan ceritakan beberapa perbezaan yang agak ketara setelah aku mencuba beberapa program seperti paid posting, blogging, paid blogging dan macam2 program lain. Pendek kata, dah puas mencuba dan hasilnya pun boleh tahan.

Apa perbezaaan yang agak ketara di antara Payperpost.com dan Reviewme.com?

Aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya tentang program yang membayar ahlinya untuk menulis blog sahaja. Mesti ramai yang tak percaya. Tulis blog pun boleh dapat komisen ke? Boleh. Siapa kata tak boleh? Dah banyak program2 macam ini muncul dan aku akhirnya memilih tiga program yang dapat bertahan dengan aku selama ini. Ok. Ini tiga program yang aku cakap tadi :

1. Payperpost
2. Reviewme
3. Blogsvertise

Ok. Aku cerita sedikit perbezaan dia yang ketara. Cuba perhati betul2 dan fahami apa yang tersirat dan tersurat.

Aku dah cuba ketiga-tiha program ini. So, take advantages dan jangan amik kesilapan aku sebagai kebiasaan korang semua. Tak elok tu..

1. Payperpost selalunya mempunyai offer dan bayaran yang agak tinggi berbanding blogsvertise dan reviewme. Tetapi kadang2, blogsvertise dgn reviewme pun boleh dapat offer yang tinggi. Bezanya korang sempat tak grab offer tu sebelum orang lain sambar? Paling tinggi offer aku pernah dapat $10 usd di Payperpost, $11 usd di Blogsvertise dan $20 usd dekat Reviewme.com.

2. Setiap offer agak berbeza. Tak semua offer sama dan dalam ketegory yang berbeza. Korang mesti ada banyak blog yang mempunyai kategori yang berbeza. Kategori bagi business dan webmaster sangat sesuai untuk ketiga-tiga program ini. Terutamanya reviewme dan blogsvertise. Payperpost lebih kepada global dan kadang2 banyak review untuk filem dan dating online site. Dan banyak juga untuk US dan Canada member sahaja.

3. Kebanyakkan offer untuk tulis blog berbayar ini adalah international. Terutamanya bagi blogsvertise dan reviewme. Aku dah dapat banyak offer dan dapat payment dari 2 program ini. Cuma tak berapa banyak dari Payperpost. sebab offer dia banyak untuk US dan canada member. Sebab lain, susah betul post yang kita tulis tu diterima. Kadang-kadang kena reject..

3. Setiap program ada perbezaaan dari segi menghantar blog. Di payperpost, kita hanya boleh submit 1 blog sahaja. Untuk submit lebih blog, blog yang pertama tadi mesti ada 10 post yang approved oleh Payperpost. Setakat ini, aku tak lepas lagi. Banyak gak kena reject..

4. Berbeza dengan Blogsvertise dan Reviewme. Korang boleh submit banyak mana blog korang mahu. Tapi diorang akan pilih blog korang dari beberapa kategori yang kadang2 aku sendiri tak terfikir. Blog bahasa melayu aku pun terpilih gak. Mungkin sebab blog BM aku tu PR 1..So, masih misteri lagi bagaimana blog kita memenuhi kriteria Blogsvertise dan Reviewme. Pokoknya, aku ada 4 blog approved dekat Blogsvertise dan 5 blog approved dekat Reviewme.

5. Tentang Payment. Juga berbeza. Aku tak tahu sangat berapa minimum setiap program. Tapi aku dapat simpulkan kalau korang guna paypal sebagai bayaran rasmi korang di Payperpost, reviewme dan blogsvertise. Korang leh terima minima $1 usd ke akaun paypal korang. Insya-Allah aku post bayaran yang aku dapat dari ketiga-tiga program ini nanti.

6. Syarat untuk join ketiga2 program ini. Mesti ada akaun paypal. Tak ada leh create free dekat website paypal.

7.  Contoh Post untuk ketiga-tiga program yang aku dah join ni, korang boleh check dekat blog silat aku ini. Kalau dalam bahasa inggeris tu, salah satu programnya. [KLIK SINI]

Cukuplah sampai sini dulu. Aku rasa korang boleh tahu semua maklumat dekat website diorang. Klik aje link diorang kat atas tadi. Tak faham, boleh tanya aku. Aku tak tipu, memang aku dah dapat bayaran ketiga-tiga program ini. Berapa? Aku tak pernah bagitahu pendapatan sebenar aku. So, anggar2 sendirila yek?

Ps: Hari ini. AKu buat 1 offer untuk Payperpost dan 1 offer untuk Reviewme.com. Boleh check dekat blog khas aku itu tadi..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011