Archive for the 'recommend' Category


Hari ini hari ahad. Jadi, tak banyak yang nak diceritakan. Aku sendiri agak santai dalam 1-2 hari ini. Sambil menikmati keenakkan cendol banting dan juga pizza yang dah dekat 3 bulan aku tak makan, aku harap minggu depan akan menjadi minggu yang terbaik dalam sisa-sisa hidup aku di bumi ini. Tadi, baru tonton cerita Battleship. Macam best pula layan. Cerita Navy US kalahkan kapal angkasa Alien dari Planet mana ntah dengan menggunakan kapal perang lama yang dah berapa tahun tak guna. Nampak macam tak logik, tapi biasalah. Benda tak logik nilah yang selalu wujud kat dunia ni. Hoho..

149493 449993835026483 100000476123832 1855357 889057548 n Komisen ke 54 dari Text Link Ads


Tak banyak yang aku dapat. Tapi masih mampu beli semangkuk cendol bersama sesudu jagung. Itupun dah cukup kacak kan? Tak perlu nak cabut 28 helai bulu ketiak kiri dan kanan. Tapi kalau nak aku belanja, itu aje pengkeras yang korang kena lakukan. Ada berani?

Aku penat. Petang ni nak jalan jauh.

Ps: Tengah seronok layan game kat facebook. Marvel. Avengers Alliance. Hoho..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tak, tak. Aku bukan seorang penjahit baju atau tukang jahit kasut. Tapi aku terjumpa satu program affiliate yang menjual ebook untuk menjahit baju. Kiranya, ebook itu mengajar korang cara untuk menjahit baju melalui ebooknya. Bagi aku, ini salah satu program affiliate yang bagus dan boleh bertahan lama. Dan aku kenal siapa orangnya. Beliau adalah seorang isteri kepada salah seorang blogger dan IM yang sangat disegani di Malaysia. Siapakah lelaki kacak itu? Aku biarkan korang terus meneka. Haha..

150761 447467591945774 100000476123832 1848491 1602316507 n Pengalaman jual baju kurung..erk!


Kalau tak silap aku, aku cuma buat satu artikel untuk jadikan umpan untuk program affiliate ini. Sasaran aku hanya ingin mencuba. Kalau umpan mengena, strategi SEO aku berkesan. Tak mustahil untuk dapat sales sebab tak ramai yang mempromosikan ebook ini dengan rakusnya. Sempena itu, aku ambil kesempatan untuk menguasai beberapa kata kunci yang boleh menjadi penyumbang ke artikel aku tersebut sekaligus menggunakan ayat-ayat kacak untuk mengumpan para pelawat yang sedang memuncak nafsunya untuk belajar buat baju kurung. Kiranya, strategi aku berjaya biarpun aku cuma dapat 1 sales. Biasalah tu, memula 1 sales, lama-lama bolehlah kot agaknya dapat lebih dari 1 sales. Usaha itu tangga kejayaan, bukan?

Kepada korang yang ingin mencuba program ini, boleh daftar disini: Panduan Jahit Baju Kurung

Agak-agak Doktor Aya dan Pakcik Denaihati tu tu reti tak menjahit baju kurung?? Tapi aku yakin, Mama yang sorang ni mesti pandai jahit baju kurung kan? Tak mustahil agaknya nak kumpul duit untuk pergi umrah atau haji, kan?

Ps: Aku tak pernah jual baju kurung. Tapi kalau jual tudung tu, pernah gak dulu. Pelik gak aku, kalau orang lelaki jual baju kurung, kenapa ramai gak yang membeli ye??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku aku ada cakap yang aku dapat sesuatu dari TipsPTD kan? Bukan setakat komisen aje yang aku dapat. Tapi aku dapat juga surat cinta dari mereka. Dan dalam masa yang sama, aku dapat satu hadiah saguhati dari mereka kerana menjadi rakan affiliate terlebih berat. Terharu juga rasanya bila dapat ‘title’ macam tu walaupun aku ni takdelah sehebat mana. Masih lemah lagi. Masih banyak yang kena belajar lagi.

538425 446640915361775 100000476123832 1846188 67339213 n Rakan Affiliate Terlebih Berat..


Sejujurnya, sejarah aku bersama TipsPTD ni dah lama. Bolehlah gak kata bertahun lamanya sejak Team TipsPTD yang diketuai oleh Muaz mula mengeluarkan ebook TipsPTD yang aku rasa sangat panas dipasaran. Dulu. Tak ada digedung buku ataupun kedai buku yang popular tu. Jadi, bila aku join mereka, mula promosi ebook mereka sehinggalah hari ini, aku rasa memang dah banyak aku bagi sales kepada mereka. Bagi aku, mereka ni jenis tak loket ilmu. Walaupun tarikh atau bila mereka akan bayar tidak aku ketahui, tapi tidak pernah lagi mereka GAGAL bayar aku. Kadang-kadang, siap terlebih lagi sebab ada habuan yang ditambah untuk bagi hati aku dan kengkawan yang terlebih berat untuk lebih berusaha pada masa yang akan datang.

Title ‘Heavyweight’ ni sangat bermakna. Jika aku tak silap, berapa orang aje yang berjaya maintain buat jualan ebook TipsPTD setiap kali ada round baru. Tak ramai yang aku kenal. Jamal, Afiffudin, dan beberapa lagi hardcore dalam email marketing akan turun padang dan mempromosikan ebook ini. Pukul rata mereka ini heavyweight jenis email marketing. Cuma mungkin aku terlebih berat pada blog marketing. Jadi, memang susah nak potong mereka yang ada senarai email yang berpotensi untuk ditukarkan kepada pembeli. Tak kisahlah cara apa yang aku dan mereka guna, kami akan kekal ‘Heavyweight’kerana kami dah ada dihati para pelawat dan para pembeli. Maksud aku, kitaorang ni dah jadi orang yang mereka boleh percayai berbanding orang dan website lain. Kalau orang dah percaya, kita jual sekotak mancis dengan harga RM50 sekotak pun, pasti ada yang mahu beli. Haa, sampai macam tu sekali dia punya simile dan hyperbolanya. Haha..

Jadi, untuk jadi promoter atau pakar affiliate yang heavyweight, sila pastikan blog korang, artikel korang, ayat-ayat kacak korang MAMPU dan BOLEH dipercayai oleh pelawat dan pembaca setia korang. Insya-Allah, nak buat sales lepas tu, macam kacang aje.

Ps: Aku terlupa ambil gambar baju yang aku dapat dari TipsPTD. Ada masa, aku add-on dalam artikel ini. Itupun kalau aku sempat. Kalau tak sempat, pepandailah korang cari rumah aku kalau nak tengok juga baju tu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, cuti. Korang tahu kan cuti apa? Jadi, aku tak perlu nak huraikan sejarah mengapa hari ini cuti dan bagaimana hari cuti ni dapat cuti. Korang dah besar, dah bijak pandai, dah ada bulu ketiak masing-masing, jadi korang tahu mengapa hari ini cuti dan mengapa budak-budak sekolah tak pergi sekolah.

Hari ini, aku nak kongsikan satu lagi bayaran yang aku dapat selepas mempromosikan produk dari LepasanSPM.com. Bayaran pertama dulu aku dapat sebab promosikan program PPL mereka. Yang ini pula, bayaran berdasarkan sales. Aku dapat 1 sales. Itupun aku sendiri tak perasan. Tup-tup, dapat bayaran dalam akaun bank. Tapi memang aku tak nafikan memang ada banyak artikel yang aku buat untuk umpan sesiapa sahaja untuk dapatkan produk dari Lepasanspm.com ini. Jadi, sesiapa yang termakan umpan nanti, aku ucapkan terima kasih dan ilmu pengetahuan dan tips yang korang dapat tu, gunakanlah sebaik-baiknya. Aku dah penat belajar. Jadi, koranglah kena belajar bersungguh-sungguh ye.

578842 445179592174574 100000476123832 1841147 1202034902 n Komisen ke 2 dari LepasanSPM.com


Hari ini, aku malas nak kongsi tips untuk dapat duit dari mana-mana program affiliate. Sila rujuk kembali artikel aku yang lepas-lepas. Dah macam-macam benda aku cerita. Dah macam-macam umpan aku cerita. Dah macam-macam tajuk artikel aku tulis untuk bantu korang-korang untuk berjaya dapat 1 sales dari mana-mana program affiliate yang korang sertai. Kalau tak dapat, ini bermakna korang masih kurang kacak dalam mempromosikan sesuatu produk. Ini juga bermakna, tulang ketiak korang belum cukup kuat untuk menampung beban dan risiko seorang promoter program affiliate. Hoho..

Hari ini, aku tak makan nasi. Aku nak makan lamb chop. Aku berjaya kurangkan berat badan aku dari 75 kilogram ke 64 kilogram. Satu pencapaian yang ganas dalam sejarah hidup aku. Aku nak capai sasaran aku awal tahun ini iaitu 55 kilogram. Berat asal aku ketika aku di UMS dulu. Tips dari aku? Aku buat benda ni. Latihan Jeda, Latihan Fartlek, Latihan Litar, Latihan LSD setiap hari dan juga Latihan beban dan tekanan. Non stop selama 3 bulan sejak bulan Februari tahun ini. Berat aku pada Januari adalah 75 kg. Tapi berat aku sekarang adalah 64-65 kg. Tak mustahil untuk pergi ke 58-60 kg untuk sasaran baru. Insya-Allah, aku boleh lakukan. Sekarang ni, kalau lari 100meter, aku boleh dapat 13-15 saat. Untuk seorang lelaki kacak berumur 27 tahun. Bagi aku itu satu pencapaian yang mengagumkan bukan? Haha..

Ps: Huh, bab jaga makan ni memang perit sikit. Tapi seminggu, memang 1-2 kali aje aku jumpa nasi. Hari biasa, aku banyakkan makan daging dan buah aje. Badan pun dah legam sikit. Hoho..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011