Archive for the 'recommend' Category


Ini artikel pertama aku taip selepas aku dapat semula laptop Fujitsu yang kena heart attack semalam. Jadi, aku nak update sesuatu yang ringkas tetapi mudah difahami. Ini bayaran terbaru yang aku terima dari program Paid-to-Promote.net. Tak banyak, tetapi kira boleh tahan gak apa yang aku dapat dari program ini setiap bulan. Makin lama, makin ok berbanding bayaran yang sebelum ini.

Insya-Allah dalam minggu ini aku akan update siapa yang menang dalam Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah. Aku tahu, korang tak sabar nak tunggu siapa yang jadi pemenangnya bukan? Jadi, sila tunggu dengan sabar. Lebih banyak korang bersabar, lebih kacak. Betul tak?

421371 373440592681808 100000476123832 1622216 152365432 n Komisen ke 32 dari Paid to Promote.net


Dah habis. Ringkas kan? Kepada seiapa yang berminat, bolehlah join program ini. Dibayar 2 kali setiap bulan dan dibayar menggunakan akaun paypal. Dan yang penting, mereka bayar trafik dari Malaysia. Itu yang aku suka walaupun aku tak letak kat blog earncent ini. Bukan apa, aku tak nak bini aku jeles. Kang hilang status Glitterati aku tu. Haha..

Ps: Ada 2 berita gembira aku dapat hari ini. Tapi biarlah rahsia. Takmo share dengan korang. Nanti korang hebohkan kat orang lain pula. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku tutup Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah, aku nak beritahu yang korang still boleh hantar penyertaan sebelum 12 tengah hari 1 Februari 2012. Selepas 12.01 pm, sebarang penyertaan tidak akan dilayan walaupun korang gadis yang seksi ataupun lelaki kacak. Harap maklum.

Apapun, aku cuma nak tanya korang tentang satu benda ni. Tentang Skim Sara 1Malaysia atau nama panjangnya, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia. Apa yang korang rasa tentang skim yang aku rasa macam ada bau-bab bacang macam DailyPro atau Studiotraffic ni? Ada iras-iras Swisscash, ABBfund, Fical dan lain-lain tak? Cuma bezanya dengan program ni, ianya buah tangan dari kerajaan yang mahu membantu golongan berpendapatan rendah. Yang kaya-kaya tak boleh join Skim SARA 1Malaysia ni.

418783 373065572719310 100000476123832 1621301 287201565 n Skim SARA 1Malaysia vs Swisscash


Apa yang aku musykil, masih tak ada lagi pendapat atau hujah dari ustaz ataupun mufti tentang isu ini. Sebab apa yang aku tahu, kita tak leh terima atau join pelaburan yang keuntungannya sudah ditetapkan setiap bulan. Sebab tu juga ASB ada yang kata harus sebab keuntungannya tak tetap setiap tahun. Mungkin benda ni masih dalam perbincangan dipihak mereka. Benda ni haruskah? haramkah atau bagaimana? Mufti negeri-negeri macam mana pula? Kalau ASB tu ada yang kata ini haram dan ada yang kata ini harus. Jadi, ada yang berpegang pada hukum yang haram dan ada yang berpegang pada hukum yang harus. Tapi bagaimana pula situasinya dengan SARA 1Malaysia?

Dengan Skim SARA 1Malaysia ni, korang boleh melabur RM5000 dan dapat RM134 setiap bulan. Kalau tak sentuh selama 5 tahun, korang berjaya kumpul Rm13000. Memang banyak tu. Dah boleh kahwin tu. Tapi kalau golongan berpendapatan rendah ni takde RM5 ribu tu macam mana pula? Ehh, boleh juga sertai program Skim SARA 1Malaysia ni. Tapi bagaimana?

418817 373060992719768 100000476123832 1621276 1336895314 n Skim SARA 1Malaysia vs Swisscash


Korang boleh buat pinjaman sebanyak RM5000 dari bank-bank yang dibenarkan macam Maybank dan CIMB. Dan bulan-bulan, korang kena bayar RM80 pada pihak bank dan RM50 sahaja keuntungan yang korang dapat.  Haa, itu yang aku dapat faham tentang benda ni. Jadi, aku tak tahu nak kata apa sebab aku masih belum pasti lagi kedudukan Skim ini walaupun ianya dibawa khas dari kerajaan. Cuma aku tetap nak tahu pelaburan ini pelaburan apa, apa mufti kata, apa ustaz-ustaz kata dan apa hukum join benda ni. Agak-agak, Ustaz Harun Din, Ustaz Don dan Ustaz Azhar kata apa agaknya tentang Skim SARA 1Malaysia ni??

Bila aku teringatkan zaman kegemilangan Swisscash. Perbezaaan antara Swisscash dan Skim SARA 1Malaysia yang ketara. Swisscash takde lesen nak kutip duit dari kita. Tapi SARA 1Malaysia ada lesen. Dan SARA 1Malaysia takde sistem affiliate atau sistem pairing. Tapi Swisscash ada. Aku risau kalau ada bank tempatan atau koperasi atau mana-mana group yang akan buat skim yang sama dengan Skim SARA 1Malaysia kerana sudah ada yang jadi perintis.

Aku dah nampak banyak blog cari trafik dengan kata kunci “Download Borang SARA 1Malaysia

Jadi, siapa yang nak trafik yang akan panas sepanjang tahun ni. Sila buat 2-3 siri artikel berkaitan dengan SARA 1Malaysia dan juga main keyword panas yang menjadi carian rakyat Malaysia. Untuk tips cari trafik dan permainan keyword ni, korang boleh baca artikel yang MamaMurai tulis tentang cara nak dapatkan trafik.

Ps: Aku dah pening baca artikel korang semua. Nakal belaka. Menyeksa aku untuk memilih artikel terbaik daripada lebih 30 orang blogger yang kacak-kacak belaka..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak cerita sikit bab-bab pasang iklan kat blog. Ada banyak pandangan samada kita nak letak iklan banyak-banyak dalam blog atau nak letak iklan sikit sahaja dalam blog. Aku tak ada masalah dengan siapa-siapa yang hendak letak iklan dalam blog. Nak letak banyak ke, nak letak sikit ke, nak bagi penuh blog atau website tu dengan iklan ke, aku tak kisah. Dah tu blog korang. Letak ajelah. Dah korang yang bayar duit domain dan hosting. Letak ajelah. Bagi aku, sekali lagi. Tak ada masalah.

Tapi aku nak cerita sikit situasi kalau aku jumpa beberapa blog yang ada iklan ni. Mari baca dengan hati yang tenang. Kacakkan diri anda. Tengok cermin kejap. Ok, jom baca.

1. Kalau blog tu, ada 1-2 iklan sahaja. 1 kat atas, 1 kat tepi sidebar. Nak scroll pun takde rasa berat semacam. Nak tunggu loading pun tak lama. Pejam mata. Buka mata, dah nampak semua. Haa, blog macam ni, aku suka baca. Lagi-lagi kalau apa yang blogger tu tulis menarik untuk dibaca. TAPI, kalau blog cantik, tetapi artikel macam hampeh, penuh dengan gambar seksi sana-sini..dan penuh umpat sana, umpat sini. Gosip artis tu, gosip menteri ni. Ok, aku datang sekali ni je. Lepas ni, memang tak masuk dah blog tu. Bukan apa, blog macam ni, terlalu menyeksakan.

409489 369454179747116 100000476123832 1611163 1413335814 n Iklan banyak, iklan sikit.


2. Kalau blog tu, penuh dengan artikel yang menarik. Iklan ada 1-2 sahaja atau tak ada langsung. Nampak tenang aje bila masuk blog tu. Tak ada lagu yang memekakkan telinga. Tak pasang radio online. Tak ada peperangan. Ok. Selalunya blog macam ni, aku akan lepak dan baca walaupun apa yang dia tulis tentang kucing dia baru pergi mengoret kucing jiran sebelah. Tak perlu nak gosip pasal artis penyanyi menteri sana-sini. Cerita pasal kucing pun, leh dapat lebih dari 30 ribu tau? Tak caya? Aku ada cerita seorang blogger kacak yang buat duit dengan menconteng sahaja. Ingat tak?

3. Kalau blog tu, isi biasa aje. Kekadang, copy blog sana-sini. Kekadang cedok dari Bernama. Kredit pun kekadang lupa bagi. Theme pula pilih yang menyakitkan jiwa. Banner iklan, tu dia..1,2,3.20 iklan!..fuhh. Berterbangan banner. Yang float ada, yang lemas ada. Yang bersidai pun ada. Ya, ini blog untuk cari duit. Sekali lagi. Aku pangkah.

4. Kalau blog tu blog niche. Blog yang ada tujuannya tersendiri. Cerita pasal satu benda khusus sahaja. Artikel pun bukannya update setiap hari. Trafik jangan ceritalah. Memang takdelah sebanyak blog hiburan. Tapi jangan tak percaya, kalau kita bandingkan dengan blog biasa-biasa, blog niche ni dari nak buat duit, lebih kacak berbanding blog hiburan. Kena masanya, dapat cari orang yang nak beli blog, 5-10 ribu untuk 1 blog niche? Itu normal. Biasanya blog niche ni, kalau letak iklan, mesti letak Adsense. Blog niche yang ada iklan Adsense atau Amazon, kalau dijual. Memang untung gila-gila.

5. Blog yang ada iklan sikit. Tapi tak ada hasil langsung. Serupa macam tak payah letak iklan langsung. Dan tak payah nak beritahu orang, saya tulis blog bukannya nak cari duit. Dah tu, yang ko pi letak iklan tu buat apa? Sekali korang letak iklan kat blog, itu maknanya korang nak duit. Tak yah temberanglah memacam dengan alasan poyo tu. Aku jumpa ramai orang bagi alasan macam ni. Salah ke terus terang yang korang nak cari duit dengan blog korang? Nak duit, buat cara nak duit.

6. Blog yang banyak iklan. Tapi disusun dengan baik. Tak menyusahkan orang. Laju aje bila nak skroll, nak komen pun tak ada masalah. Admin pun kacak macam aku. Tiap-tiap bulan pun asyik dapat duit dari Innity. Banyak kali pula dapat sales dari program affiliate. Tulisannya pun baik. Bukan copy paste dari Bernama atau surat khabar. Percayalah..blog ni akan menggembirakan hati pembacanya dan membuatkan para pembaca terasa diri mereka kacak walaupun dalam blog tu memang banyak iklan dalam blognya. Lagi-lagi kalau tak ada gambar seksi dalam blog macam ni. Aman aje rasa.

7. Ada blog tu, bila kita masuk je blog dia. Bukan iklan sahaja banyak. Tapi keluar pula iklan suruh PAKSA Like. Kalau tak nak like, kena tunggu 10-30 saat. Bila dah like, sekali artikel copy paste memanjang. Ishh, kalau bagus artikelnya, berbaloi juga like sana-sini. Yang paling celaka, masuk aje satu blog ni, keluar iklan suruh like facebook dia. Apa yang celakanya? Tak ada pilihan untuk tunggu 10-30 saat dan tak ada pilihan untuk pangkah features tu. Kalau boleh pangkah, takpe lagi. Kita datang ni nak bagi trafik. Mana tahu, ada iklan berkenan, boleh tolong klik. Nak tak nak, kena like facebook dia, baru leh baca artikel-artikel dalam blog tu. Dan ada yang paling best lagi. Ada satu artikel ni, dia letak satu video. Nak tengok video tu, KENA LIKE juga??? Ko nak kena penyepak? Blog macam ni, sori nak cakap. Aku pangkah aje dan kalau masuk bertanding dalam World Blogger and Media Social Awards 2012, memang aku takkan vote punya. Menyusahkan pembaca dan pelawat dalam banyak perkara.

Dan macam-macam lagi. Ini hanya sebahagian sahaja yang aku nampak dalam perihal iklan-iklan di kebanyakkan blogger di Malaysia. Ada yang letak 1 je iklan. Ada yang letak berbelas iklan. Ada yang letak main timbul-timbul. Ada yang muncul tiba-tiba. Ada yang siap main paksa-paka LIKE lagi.  Memang blogger Malaysia ni ada macam-macam ragamnya.

Ps: Kalau ada yang terasa, buatlah apa yang patut diubah. Tapi kalau korang jenis tak makan saman macam aku, tak payah layan apa yang aku tulis ni. Bukan masuk dalam peperiksaan SPM pun. Nak tulis blog, tak perlu ambil MUET pun.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Nampak gayanya website-website perkongsian file akan terkubur tak lama lagi apabila otai mereka iaitu Megaupload dan Megavideo telah ditutup. Filesonic dan beberapa geng perkongsian file yang lain turut menerima musibah yang sama. Dan Mediafire yang aku rasa agak bersih sedikit berbanding website perkongsian lain turut memberikan kerjasama kepada FBI dan SOPA untuk menerima siasatan. Dan aku rasa Mediafire pun mungkin akan terkena tempias SOPA ni. Bab isu copy right ni dah lama panas. Tapi bila masuk tahun 2012 ni, isu SOPA ni menjadi semakin panas. Banyak orang akan sakit jiwa dengan apa yang sedang berlaku ini..

Nasihat aku kepada penulis blog yang sibuk kongsikan link download filem tak kiralah filem luar atau filem tempatan, buang sahaja artikel yang ada link download tersebut. Kalau terbukti benar yang korang turut bersubahat untuk menyebarkan link download filem dan lagu dan korang ditangkap, bersedialah untuk kena saman. Kalau ada yang baik hati, mungkin diorang bagi amaran aje. Ya, aku tahu. Ada yang dah kena amaran, tapi tak ada saman yang sampai ke peti surat rumah korang. Siap berlagak lagi. Ok. Aku tak kesah. Tapi kalau terkena, tak payahlah ko melalak dan cakap mengapa blog lain tak kena saman? Kenapa blog saya yang kena? Haa, dah kantoi macam ni, mulalah cari salah orang lain. Ini lelaki memang kelakarlah. Haha..

405307 259306020805134 100001772151842 624710 1826097381 n Selamat tinggal Megaupload and the geng..


Bukan tak ada cara lain yang boleh korang buat untuk dapatkan trafik ke blog korang. Korang just perlu ulas sahaja filem atau drama tempatan itu. Keyword dan tagging tu pepandailah main peranan. Kalau korang tulis ikhlas, jujur dan suci, aku berani jamin trafik takkan putus-putus ke blog korang. Tak perlu letak link download pun, kalau trik kena, umpan sedap dan penulisan mantap..siapa-siapa pun akan datang ke blog korang. Tapi kalau blog cam gampang, link download bersepah-sepah, artikel pun sebiji copy dan paste, kredit langsung tak bagi tapi trafik memang super, takkan ke mana blog macam tu. Kalau masuk World Blogger and Media Social Awars 2012 tu, kompen berapa kerat aje yang nak mengundi. Baik undi blog kacak aku tu. Lagi ada banyak faedahnya. Haha..

Pendek kata, bila korang tulis blog tu. Agak-agak sikit. Jangan kantoi tak tentu pasal. Jangan mengada nak letak link download. Walaupun belum lagi datang surat saman, walaupun belum kena maki hamun ataupun belum lagi polis datang rumah..buanglah apa yang patut dan kembali menulis seperti normal. Bukan apa, kalau korang kena saman, peratus nak menang, memang menghampiri 0 peratus. Jadi, tak payah cari pasal. Yang dok sediakan link download drama tv3 tu pun sama. Tak kiralah korang yang upload drama tv3 tu kat youtube ke, kat mediafire ke, kat rapidshare ke apa, tapi kalau korang letak kat blog, korang dah kira mempromosi dan menyebarkan video tersebut. Sekarang memang nampak macam tak ada apa, tapi kalau ada yang terasa, ada yang sakit hati dengan apa yang korang buat, berjaga-jagalah. Kes SOPA dan PIPA ni, akan ada tempias pada pasaran blog Malaysia. Aku rasa tak lama lagi, akan ada benda panas berlaku.

Nak download, haa..download cepat sebelum semuanya hilang. Haha..

Ps: Artikel ini tidak dibayar oleh SOPA ke PIPA ke FBI ke atau apa. Entri ini ikhlas dari hati kacak aku ke hati-hati comel korang tu semua.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011