Archive for the 'ramadan news' Category


Duit raya.

Setiap tahun pasti ada cerita duit raya apabila masuk aje bulan Ramadan. Jadi, kita takkan lari isu Duit raya apabila memasuki bulan Syawal nanti. Pasti ada antara anda yang sudah pergi ke bank untuk menukarkan duit kepada duit yang lebih kecil. Duit RM5 dan RM10 pasti sudah kehabisan dan Duit RM1lah yang paling popular sekali ditukarkan sehingga sampai habis kebanyakkan bank untuk ditukarkan. Sampai satu tahap, bank terpaksa pula menyatakan bahawa mereka sudah kehabisan stok baru untuk menukarkan duit. Penangan duit raya ini berjaya membuatkan banyak ATM juga sesak sepanjang hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan. Situasi ini juga berlaku dalam diri aku dan keluarga aku. Kat tempat kursus aku ni cuma ada 1 bank sahaja. Itupun Agro bank. Duit RM1 pun sudah hampir habis dikeluarkan dan aku rasa dah takde duit RM1 dan RM5 untuk ditukarkan. Hebat orang kat sini yang kebanyakkan orang felda. TUkar duit kecil sampai RM5 ribu. Ngeri gak aku tengok felda ni tukar duit. Penuh RM1 dalam beg diorang. Berani juga diorang bawa duit tu keluar selamba dari Bank. Harap takde berlaku kes kecurian apabila menukarkan duit kecil ini.

evolusiduitraya Ramadan 2011   Evolusi Duit Raya


1. Masa aku kecil dulu kalau ada orang bagi 20 sen pun aku terima dengan hati yang cukup gembira. Begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain. Kalau dapat RM1 pun dah cukup banyak bagi kita orang. Kalau tiba-tiba ada orang yang berhati baik bagi sampai RM2 atau RM5, itu dah cukp menggembirakan hati kami. Bolehlah beli robot atau kereta control dengan duit tu. Hoho..tak kurang juga ada yang pergi ke restoren KFC untuk menghabiskan duit raya yang dikumpul. Aku sendiri bersama kawan-kawan pergi ke KFC untuk bantai apa yang ingin dimakan. Maklumlah, baru terasa pegang duit banyak sikit. Dengan muka kacaknya buka sampul duit raya depan kaunter untuk kira duit dan bayar duit snack plate. Haha..

2. Dulu, kalau dah banyak kumpul duit, duit itu sebahagian besarnya akan dikumpulkan dan diserahkan kepada mak abah korang kan? Diorang kata, diorang akan simpan dalam bank. Bila aku fikir balik, aku mana ada akaun bank waktu aku kecil dulu. Huh, nampak sangat permainan politik mak bapak berjalan dengan licin sekali. Rupanya duit itulah yang digunakan untuk cover balik kos yang digunakan untuk sambutan Raya lagi. Bukan masuk ke bank kita orang. Tapi masuk ke bank mak bapak kita. Haha..mesti ada yang terkan taktik kacak mak bapak masing-masing kan? Katanya, budak kecil tak boleh bawa atau pegang duit banyak-banyak..

3. Dulu, kalau pergi beraya. Biasanya aku memang datang nak duit raya. Golongan pakcik-makcik ni dah tahu taktik kita orang. Makan dalam 15 minit, lepas tu minta diri nak balik. Maklumlah, banyak lagi rumah untuk diserang. Tapi bagi mereka, aku rasa mereka gembira ada orang datang ke rumah. Nampak meriah sikit. Terubat hati melihat anak-anak kecil berusaha untuk mengumpul duit raya. Tapi sekarang, anak-anak ni mahu berhari raya? Berapa kerat ajelah. Yang beraya depan tv aku rasa lebih ramai berbanding yang beraya..

4. Dulu, sanggup kita orang berjalan kaki atau menaiki basikal pergi berhari raya untuk memburu duit raya. Tapi orang sekarang ni, kalau berhari raya, paling tidak pun pakai motorsikal. Maklumlah, semua dah dapat lesen besar dari mak bapak. Boleh bawa motor. Bila ada yang kena saman sebab tak ada lesen, mulalah buat perhimpunan bersih dengan geng-geng polis. Katanya polis tidak adil, polis jahat. Siapa yang bangang sebenarnya nih??

5. Orang sekarang, mungkin dah tak ada semangat nak berhari raya. Budak-budak pun dah macam tak seronok berhari raya. Semangat nak jadai juara dalam bab kumpul duit raya pun makin luntur. Nak melawat rumah kawan-kawan pun malas. Semua dok tunggu hari terbuka atau jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pihak terbabit. Katanya lebih senang, tunggu 1 hari, dan hari itulah berhabis baik keluarkan duit dan buat rumah terbuka. Dalam 30 hari berhari raya, hampir setiap hari ada rumah terbuka. Kadang-kadang, tak sempat aku nak pergi semua. Kalau aku pergi semua, 10kg lemak, selamba-selamba aje aku topup. Kalau masa kecik dulu, aku tak kesah sebab kalau dapat 10kg lemak tu, dengan selamba hilang pada waktu petang akibat bermain bola sepak tanpa henti. Sekarang? 10kg tu dah macam jadi kawan baik pula..

6. Orang lelaki lebih suka berhari raya bersama kawan-kawan berbanding orang perempuan. Jangan tak percaya. Aku dah lama buat kajian ini. Memang terbuki lelaki bujang lebih suka berhari raya dengan mengunjungi rakan-rakan berbanding orang perempuan. Tak tahu kenapa. Orang perempuan malu sangat agaknya. Tu pasal kalau ditanya jumlah duit raya yang budak perempuan dapat, jumlahnya mesti kalah dengan budak lelaki. Maklumlah, orang lelaki ni kan pandai sikit dalam bab-bab cari duit berbanding orang perempuan. Tu pasal budak perempuan tak pernah jadi champion dalam bab-bab kumpul duit raya ni. HOho..

duitraya Ramadan 2011   Evolusi Duit Raya


7. Dulu, orang kita sanggup lagi bagi duit raya dengan duit syiling. Zaman sekarang, kalau ada budak terima duit syiling, mahu ada yang memberontak sampai mencaci tuan rumah. Silap hari bulan, ada yang mencaci pakcik tu sampai berbulan lamanya. Itulah budak sekarang, bagi pun salah. Tak bagi pun salah. Bagi sikit kena caci, tak bagi pun nama kena jaja. Penangan duit raya punya pasal..

8. Percaya atau tidak, sebahagian orang zaman sekarang memang malas dah nak cari duit raya. Termasuklah budak-budak. Salah satu sebabnya adalah cutinya terlampau singkat. Jadi, macam mana nak memburu duit raya? Kalau dulu, cutinya panjang. Kekadang sampai sebulan pun ada. Kekadang sampai 2-3 minggu cuti. Sekarang? Dapat cuti raya 1 minggu, itupun separuh cuti tu adalah pada bulan puasa dan separuhnya lagi barulah berhari raya. Jadi, bila cuti sikit, camana nak kumpul duit raya banyak-banyak? Mak bapak pun happy sebab duit belanja untuk hari raya ini bertambah sedikit berbanding tahun yang sudah-sudah. Budak-budak yang nak duit raya pun dah tak ramai yang datang. Yelah, balik kampung aje dah makan 3-4 hari. Jadi, bila masanya pula budak-budak ni nak cari duit raya?

9. Dulu, kalau ada budak tersesat berhari raya kat rumah kita, kita layan dengan baiknya. Tak kisahlah anak mana yang tersesat nak berhari raya. Sekarang, kalau ada budak tersesat, dengan selamba aje kita cakap, salah rumah. Si polan ni tak ada. Adik tak ada. Abah dengan mak tak ada. Yelah, takkan nak bagi orang asing masuk rumah kita selamba aje. Dibuatnya ada yang berniat tak baik mahu merompak rumah kita, tak pasal-pasal ada yang kena rompak. Sampaikan ada juga tuan rumah yang menghalau budak-budak yang mereka tidak kenal datang berhari raya dirumah. Mungkin tuan rumah takut duit raya tu lari budgetnya. Aku rasa tuan rumah tu malu sebab tak kenal budak-budak dikawasan rumahnya. Maklumlah..jadi kera sumbang. Takkan sampai anak jiran selang 1-2 rumah pun tak kenal sampai kena halau?

duitraya2011 300x210 Ramadan 2011   Evolusi Duit Raya


10. Percaya atau tidak kalau aku kata sambutan duit raya ni macam dah tak semeriah dulu? Kalau dikampung, aku masih percaya sambutan ini cukup meriah dan hari yang ditunggu oleh budak-budak. Tapi kalau rumah-rumah dibandar, aku rasa tidak. Daripada berhari raya yang diorang anggap macam menyusahkan diri. Baik mereka tengok filem-filem di tv. Kalau ada kawan beraya, dibiarpunya pula mak bapak kita yang melayan. Takkan segan kot layan kawan sendiri berhari raya? Mak bapak kita pula tak pasal-pasal jadi penyiasat peribadi dan beramah mesra dengan kawan-kawan kita. Korang pula, dok dalam bilik macam perempuan nak kena risik. Malu konon-kononnya. Ko lelaki ke perempuan derr??

Dan ada banyak lagi isu duit raya ni. Aku tak tahu sambutan duit raya pada tahun ini sama atau tidak pada zaman aku kecil-kecil dulu. Tapi kalau ikut tahun lepas, memang tak ramai budak-budak berhari raya ke rumah aku. Yang tersesat pun dah menghampiri nilai sifar. Macam tak best pun ada. Bila aku dan kawan-kawan nak pergi berhari raya rumah member pula, mereka tak ada. Ada yang belum balik kampung lagi. Ada yang bila call berangkat, tapi bila sampai depan rumah..bagi salam. Selamba badak aje malas buka pintu. Kereta ada, motor ada, basikal pun ada. Tapi tuan rumah buat sardin dalam rumah kunci pintu rapat-rapat layan movie? Kawan macam ini pun ada ker??

Pendek kata, macam-macam karenah orang pada hari raya nanti. Jadi, jangan terkejutlah kalau korang jumpa situasi-situasi yang aku tulis nih. Ada 1001 satu macam situasi akan berlaku. Jangan terkejut kalau ada tuan rumah terus tanya pada budak-budak, korang nak makan ke nak duit raya? Of courselah budak-budak cakap nak duit raya berbanding nak makan! Apalah salahnya jamu diorang dulu, kan? Beramah mesra, kenal budak-budak satu taman. Kalau sibuk macam mana sekalipun, tak salah luang masa untuk kenal mereka. Mana tahu, ada yang bakal jadi anak menantu korang kerr??

#Kepada yang nak berhari raya ke rumah aku atau rumah mak abah aku, bolehlah datang ke Banting. Halo-halolah aku bila dah sampai. Nanti aku ambil korang kalau korang gagal jumpa rumah aku tu. Dulu, ada 1 pokok mangga depan rumah aku. Besar punya. Kalau nak cari rumah aku pun senang. Sekarang, pokok tu dah kena tebang. Tak hairanlah kalau ada yang cari tapi tak jumpa-jumpa. Haha..

Ps: Aku tahu korang ada benda nak tambah kan? Kan? icon smile Ramadan 2011   Evolusi Duit Raya

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Siri Ramadan 2011 ini diteruskan lagi ini dibawah satu tajuk yang agak popular iaitu Terawih Revolution. Haa, tajuk pun gempak. Macam dah nak bagi ceramah selepas solat Isyak pun ada walaupun aku bukan ustaz yang bertauliah. Tapi sebagai peringatan dan nasihat, mari kita baca sedikit sejarah terawih dulu dan sekarang yang mungkin kita tahu dan kita tak tahu mengikut tulisan aku ini.

1. Dulu, terawih biasanya dilakukan dengan 23 rakaat. 20 rakaat untuk terawih dan 3 rakaat untuk witir. Biasanya ditempat aku, itulah yang dilaksanakan sehingga ke hari ini. Jadi, diwaktu aku kanak-kanak yang kacak dulu, jumlah itu yang aku lakukan kerana pada waktu itu aku tidak tahu yang kita boleh lakukan dengan 8 rakaat sahaja. Malah, masjid-masjid dibanting ketika itu tegar dengan membuah 23 rakaat. Sungguh jarang aku lihat mereka buat 8 rakaat dan pulang tanpa menikmati moreh. Pasti habis sampai 23 rakaat dan memang meriah masjid ketika itu. Kanak-kanak pun turut berjemaah sama walaupun mereka tak tahu apa-apa..boleh kata penuh sampai ke 10-15 saf jugalah dibuatnya.

terawihrevolution Ramadan 2011   Terawih Revolution


2. Sekarang, bila solat terawih 8 rakaat menjadi popular. Aku lihat ramai yang buat 8 rakaat. Bagi aku tidak ada masalah. Jangan ada yang tidak buat sudahlah. Yelah, terawih ni kita buat setahun sekali. Itupun dalam 1 bulan. Peluang yang tidak ada dalam bulan-bulan. Mengapa kita tidak rebut untuk buat ramai-ramai walaupun kita tahu solat yang wajib pun tidak sampai 10-15 saf? Alhamdulillah, di Banting, solat subuh masih berjaya mengekalkan 3-5 saf pada bulan ramadan ini. Kagum aku dengan mereka. Kesungguhan mereka memang bukan level darjah 6.

3. Aku kenal solat terawih 8 rakaat ketika aku belajar diasrama penuh di Subang. Ketika itu, pihak sekolah dan asrama membenarkan kami solat di surau yang berdekatan. Kena bertapak dalam 15-20 minit juga ke surau tu. Kalau nak berbuka disana pun boleh. Tapi aku biasanya berbuka diasrama beramai-ramai dengan kawan yang lain dan bergerak ke surau selepas itu. Dalam jam 8 lebih. Habis terawih 8 rakaat, semua biasa pulang dan biasanya aku dan kawan akan singgah dikedai makan untuk char kew tiaw atau roti canai disebuah kedai yang memang selalu jadi tempat lepak budak asrama kami sampai jam 11. Balik asrama, warden dah menunggu dengan rotan ditangan. Aduhh..masih aku ingat lagi libasan warden aku dulu tu. Muka nampak kacak dan kiut. Tapi bila melibas, aku rasa kalau ada orang toreh muka warden tu, tak keluar darah pun. Platlet apatah lagi..

terawihbudakbudak Ramadan 2011   Terawih Revolution


4. Dan sekarang, memang aku selalu maintain Solat terawih walaupun tidaklah sampai ke 23 rakaat. Ada masanya aku akan solat sampai 23 rakaat. Tapi biasanya memang 8 rakaat ajelah. Aku risau ianya akan jadi kebiasaan aku dan korang semua. Aku juga risau pada tahun 2020 nanti, 8 rakaat ini menjadi kebiasaan bagi kita semua. Bukan aku kata 8 rakaat itu tidak bagus atau 20 rakaat itu sangat bagus, cuma..ahh, aku tau korang faham maksud aku kan?

5. Budak-budak zaman sekarang ni memang berbeza. Pergi ke masjid bukan untuk solat terawih. Aku tahu diorang datang ke masjid untuk berjumpa kawan. Bila dah jumpa kawan, agenda ketika dirumah sudah berubah. Nasihat mak abah sudah lari. Elok-elok mahu bersolat, akhirnya jadi bersilat di belakang masjid. Tak pasal-pasal ada yang makan pelempang sulung aku dalam bulan puasa hari ini. Nasib bapak budak tu tak saman aku. Kalau tak, keluar kat surat khabar esok, seorang blogger separuh masa melempang anak guru di masjid Jamek Banting. Kalau keluar betul-betul, aku cari wartawan tu, aku bagi pelempang lagi sebiji. Isu macam ini pun mahu dibesar-besarkan?

6. Kenapa aku lempang budak tu? Masa aku habis solat dan mahu beransur keluar. Elok sahaja aku bangun dan mahu keluar dari masjid..terus aku nampak kelibat dua orang budak yang sedang rancak berlari dan menjerit keriangan macam baru dapat pizza. Dan tidak tersangka-sangka, salah seorang budak tu terkena sepakan padu maut dari kawannya. Terjatuh jugaklah budak yang kena sepak tu. Muka macam nak nangis. Tak nampak macam gembira pun bila kena sepak. Kawan yang seorang lagi, tersenyum bangga dapat buat sepakan ala-ala Suria Baja Hitam. Siap bercekak pinggang lagi berlagak kacak. Lantas, dengan tenang aku melangkah ke budak tersebut. Budak tu pandang aku dengan muka tak bersalah. Apa lagi, panggg!! Mahu terduduk budak tu kena pelempang sulung aku.

“Dikk, kalau nak bersilat. Gi kat luar. Cari gelanggangnya. Ini rumah Allah. Bukan tempat nak terajang orang. Ko terajang orang lagi, aku terajang ko 12 kali. Nak??”

7. Lepas abis tu..aku pun keluar dan meninggalkan dua orang budak yang seorang kena terajang dan seorang kena lempang yang terkebil-kebil. Kagum aku, dia tak menangis pun lempang. Kawan dia pula, tak menangis pun bila kena terajang. Kuat juga budak-budak zaman sekarang ni ye. Sampai kurang ajar begitu sekali kat Masjid. Itu baru 1 kes. Belum lagi kes-kes yang lain. Alhamdulillah, esoknya bila aku gi ke masjid..memang aku dah tak dengar budak menjerit atau mana-mana budak main kejar-kejar dalam masjid. Biasanya mahu ada 3-4 kumpulan yang buat onar macam tu.

8. Bukan aku tak suka budak-budak ni datang masjid. Tapi kalau datang masjid untuk terajang anak orang lain. Itu sudah buat aku rasa mereka tidak hormat dengan masjid. Itu belum lagi yang main mercun kat luar masjid. Jadi, mak abah budak-budak, kalau boleh jeling-jeling sikit kat anak korang yang dok kat belakang tu. Kalau liar sangat, balik rumah. Rotan aje 30 kali. Biar sedar sikit budak tu. Abah aku dulu..asal dia nampak aku tak ada kat belakang bila dia toleh setiap 2 rakaat. Aku akan kena 2 rotan. Korang bayangkan. Kalau 12 kali dia toleh kat belakang, aku tak ada? Berapa kali aku kena rotan malam tu? Kali pula dengan 30 hari? Mahu tak bercalar badan aku yang kacak ni?? Jadi, kepada bapak-bapak, sila rotan anak anda. Kalau tak ada rotan, jumpa aku. Aku belikan percuma untuk bapak-bapak sorang satu. Mahu?

terawihmalaysia Ramadan 2011   Terawih Revolution


9. Kepada bapak-bapak, jangan bawa budak yang baru berumur 2-5 tahun ke masjid. Bukan aku menghalang atau tidak mengalakkannya. Cuma, ada beberapa sebab yang membuatkan aku risau. Yang pertama, aku risau ada bapak-bapak teringatkan anaknya yang dibelakang. Kecil aje. Tak ada yang jaga. Dibuatnya budak kecil tu mengikut budak-budak yang tak betul, kena culik ke, terjatuh tangga ke, kena langgar basikal ke..tak ke naya? Dah pula salahkan orang masjid kerana ada kes budak kecil kena langgar basikal ketika orang solat terawih. Tak best kan kalau masuk surat khabar? Bukan aku tak suka korang bawa anak korang, tapi tunggulah waktu yang sesuai. Budak kecil ni, asal jumpa kawan satu kepala, memang dia naik gilanya. Paling jahat pun, mesti main kejar-kejar punya keliling masjid.

10. Zaman aku terawih dulu, bukannya aku tak main. Tapi tidaklah sedahsyat budak-budak sekarang. Dulu, ada team yang pihak masjid tugaskan untuk jaga bahagian budak-budak ni. Mereka juga yang tukang sediakan moreh dan juga team yang tolong susun kuih dan air. Mereka juga yang tolong lempang budak-budak yang main kejar-kejar atau buat bising dalam masjid. Sampai satu tahap, tak ada budak dah yang buat bising kat dalam masjid dan luar masjid. Sebab memang mereka ni akan kejar budak tu sampai dapat. Mak bapak masa tu pun bagi kebenaran. Lepuk aje kalau perlu. Tapi jangan sampai nazak sudah la. Hasilnya, aman masjid. Mak bapak boleh berterawih dengan selesa. Budak-budak pun tak jadi nak buat gila dan tak ada yang jadi gila. Sekarang? Cuba lepas korang habis solat isyak? Korang toleh belakang? Budak-budak tu kat mana??

11. Program khatam Al-Quran selepas terawih pun masih berjalan. Aku rasa kat tempat lain pun masih berjalan macam biasa. Cuma jumlahnya tidak seramai dulu. Dulu, ada ramai budak-budak yang ikut program ini kat tempat aku. Biasanya budak-budak sekolah yang ikut. Siap diberi upah lagi walaupun diorang tak minta. Tapi sekarang, aku lihat geng-geng pakcik-pakcik aje yang terlibat. Ada satu kali aku join, aku rasa aku la yang paling kacak dan muda dalam program tu. Yang lain, pakcik-pakcik yang kurang kacak sikit aje dari aku. Budak-budak yang comel mana? Semua hilang balik rumah layan tv dan bunga api. Tak kurang juga ada yang merempit dan gi kedai mamak layan EPL.

12. Aku tulis ni bukan bermakna aku ni baik dan anak-anak korang jahat. Aku pun jahat dan liar jugak dulu. Tapi seliar aku dulu pun, tak adalah jadi macam budak-budak zaman sekarang ni. Aku risau mereka jadikan perangai liar diorang ni sebagai satu kebiasaan. Depan mak bapak, jadi pelakon terbaik di Bumi. Tapi belakang budak-budak, diorang jadi gengster Bumi.

“Ini Banting, tempat gua. Lu brader, jangan masuk campur”

Apa ingat korang cakap macam tu aku takut? Sudahlah tak solat terawih. Lepak luar masjid hisap rokok. Lepas tu, gi kacau anak dara orang balik terawih. Tak cukup dengan tu, korang main mercun sesuka hati sampai terkejut aku dibuatnya. Nyaris aku jatuh parit. Dah kurang kacak aku malam tu. Bila dah tegur dan nasihat. Korang nak tumbuk muka aku yang kacak ni? Tak pasal-pasal 5-6 budak tu aku bagi pelempang sekor-sekor. Takkan nak bagi korang tumbuk muka aku yang kacak ni kan?  Ini gengster apa main mercun depan masjid? Nak main, depan balai polislah. Itu baru gengster. Yang lagi hampeh, 5-6 orang tu tak menang pula lawan aku yang dah tua ni. Bilang gengster. Tapi tumbuk pun tak kena, terajang nyamuk pun tak kena-kena? Lebih baik korang gi terawih. Lagi bagus.

13. Kes kecurian. Aku rasa tiap-tiap tahun berlaku. Pencuri ni, kalau dia nak mencuri, dia dah tak kira dah. Matlamat mesti tercapai walaupun banyak rintangan berlaku. Even kalau masjid tu dikawal oleh pasukan RELA ke, polis ke, askar wataniah ke, kalau pencuri ni memang nak curi. Dia akan curi juga. Tak kiralah dapat atau tidak. Itu yang tak pasal-pasal motor Bilal masjid pun kena rembat. Bukan bilal tu tak kunci. Siap kunci rantai lagi. Aku rasa, pencuri tu bawak lori..dia angkut terus dalam lori tu. Itu yang berjaya rembat tu..

14. Dulu, kawasan parking kat masjid memang selalu penuh pada bulan puasa. Dekat kul 10 malam, masih tak luak-luak. Sekarang, kul 9 lebih..dah separuh ruang kawasan masjid tu kosong tanpa kereta. Motor dan basikal pun sama. Kul 9 lebih, dah hampir clear kawasan motor dan basikal. Nak kata kena curi, mustahil pula. Aku tak nampak pun ada lori masuk masjid. Nampak sangat kurang meriah dah masjid berbanding zaman aku kecil dulu-dulu..

terawihbudakkecil Ramadan 2011   Terawih Revolution


15. Kepada budak-budak sekarang, belajarlah solat terawih. Bukan main ikut-ikut atau nak jumpa kawan aje. Kekadang, aku sedih bila ada budak-budak ni bila ditanya, al-fatihah pun tak tahu. Doa qunut pun lintang pukang. Selawat yang simple-simple pun tak tahu. Baca doa lepas solat lagilah. Apatah lagi bacaan dalam sembahyang. Sedih gila. Dah tak kacak kan diorang ni? Bukan aku ni nak riak sebab aku tahu tu semua. Tapi kita ni beragama islam. Khalifah kat muka bumi ni. Dalam rukun Islam, Solat ni perkara nombor 2 yang kita kena kuasai. Aku tahu memang susah nak belajar semua tu. Sebab tu abah aku hantar aku gi sekolah. Masa aku belajar tentang solat dulu pun susah. Tak ingat bacaan dalam solat, kena rotan dengan ustaz. Tak hafaz dan baca surah al-fatihah dengan tajwid yang betul, kena rotan. Salah ambil wuduk pun kena rotan. Abah aku memang bagi lesen besar kat ustaz dan cikgu-cikgu untuk rotan dan lempang aku. Jadi, kalau aku mengadu dan suruh abah aku saman ustaz dan cikgu, memang satu percaturan yang silap. Silap hari bulan, mahu kena terajang dari abah aku. Abah aku memang serius benda-benda macam ni. Tak tahu la pula kalau abah orang lain yang lagi serius banding abah aku. Nak kata kejam. Tak pula, sebab aku sayang abah aku. Nak kata tak sayang aku, aku tahu dia sayang aku. Nak kata dia benci aku, dia selalu belanja aku makan nasi lemak pagi-pagi dulu. Jadi, kesimpulannya, abah aku sayang anak dia yang kacak ni. Hehe..

Kesimpulan dari apa yang aku tulis ni, yang bagus dan baik, korang fikir-fikirkanlah. Walaupun panjang berjela dan kadang-kadang macam info kosong aje, tapi apa yang aku tulis ni apa yang aku nampak, apa yang aku rasa dan apa yang aku rasa alami. Mungkin ada yang kata aku riak, mungkin ada yang rasa aku sombong, mungkin ada yang rasa aku perasan bagus. Terpulang. Aku cuba sampaikan apa yang aku rasa untuk kebaikan bersama. Aku bukan manusia yang sempurna. Tapi aku cuba sedaya-upaya untuk membantu mengikut cara aku sendiri. Walaupun cara aku mungkin kurang kacak dan kurang sempurna dimata korang, tapi jika apa yang aku kata itu boleh berikan korang 1 kebaikan, itu sudah cukup bagus bukan?

Moral untuk hari ini: Terawih itu kacak.  icon smile Ramadan 2011   Terawih Revolution

Jika korang baca sampai habis artikel ini, aku ucapkan tahniah sebab ini salah satu artikel terpanjang yang aku pernah karang. Tapi kalau korang bosan, bolehlah gi baca majalah Mangga yag lepas terhibur dan lebih kacak berbanding artikel aku ini. Wohhaa!!!

Ps: Err..panjang pula aku merepak hari ni. Aduhh.. icon neutral Ramadan 2011   Terawih Revolution

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Kalau nak cerita pasal kad raya, aku rasa ramai yang dah dok bercerita tentang kad raya ni. Dah pupuskah? Dah hilangkah serinya dan macam-macam lagi. Jadi, persoalannya sekarang, masih relevankah hari raya dengan hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang?

Aku rasa, masih relevan. Aku belum lagi dapat kad raya. Tapi kad puasa aku ada dapat. Ada kawan-kawan rapat yang hantar kad puasa. Siap tulis lagi..

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

Haha, aku hantar sms. Selamat berpuasa.

Haa, kan dah balas. Tapi aku balas dengan sms. Bukan dengan kad. Jadi, kita boleh kata macam sms puasa yang meraikan kita berpuasa. Kalau sms raya, kita ucap selamat hari raya, bukan? Jadi, kalau masa puasa, kita panggil kad puasa lah kan? Tapi aku rasa, kad raya ka, kad puasa ka..sms raya ka, sms puasa ka..semuanya orang anggap macam kad raya. Betul ke tidak tu?

kadpuasa Ramadan 2011   Awek Kad raya.


Kalau nak cerita tentang kad raya dan kad puasa ni. Aku ada banyak kisah. Kisah masa sekolah dulu. Maklumlah, aku ni kan kacak seperti yang diakui oleh korang semua. Jadi, memang berpuluh gak kad puasa dan kad raya aku dapat dulu. Entah mana aku simpan kad-kad tu semua, aku pun dah tak ingat. Kalau aku selongkar kotak lama aku tu, aku rasa ada lagi kad-kad tu melainkan mak aku dah buat operasi. Operasi membersihkan sampah lama. Kalau mak aku buat ketika aku berkursus, nampaknya memang dah kena buanglah. Buat menyemak bilik aje. Jadi, dah kena buang atau tak. Aku tak pasti sebab aku tak check lagi.

Ok. Ini kisah masa aku darjah 6 dulu. Maklumlah, aku ketua kelas untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadi, calon-calon awek memang ramai. Awek? Aku tak nak ceritalah. Nanti korang tak percaya. Nak kata playboy masa zaman sekolah dulu, tidaklah pula. Tapi ada gak la yang terkesan dengan kecomelan aku masa darjah 6 dulu. Maklumlah, jejaka kacak.Haha..

Kawan-kawan aku memang jeles sebab dapat kad raya. Manakan tidak. Sampai awek diorang pun hantar kad raya pada aku sedangkan diorang tak dapat kad raya dari awek diorang. Jadi, salah akukah itu? Salahkah aku kacak? Tapi aku minta maaf pada mereka semua yang comel-comel tu. Aku jenis yang kedekut. Nak beli kad raya pun malas. Jadi, aku tak balas langsung kad raya pada mereka yang hantar kad aku. Nak beli duit setem lagi, nak upah posmen hantar kad ke meja diorang lagi. Jadi, aku biarkan aje.

Ada 1 kisah. Aku memang minat sorang awek ni. Tapi dia tak tahu aku minat kat dia. Dia pun aku tak tahu minat kat aku ke tidak. Tapi selalu gak kita orang main jeling-jeling mata. Maklumlah, dia cantik dan berbudi bahasa, aku kacak tapi pemalu. (Haha, aku tahu korang tengah gelak guling-guling kat lantai) Macam manalah tak tertarik kan? Jadi, aku tekad mahu hantar kad raya dan meluahkan apa yang aku rasa dalam hati. Yelah, darjah 6. Waktu tu memang semua orang punya hormon mencanak nak ada makwe. Kena pula masing-masing tak nak kalah ada makwe dan pakwe. Jadi, aku nak hantar kad raya ke rumah beliau. Dah tulis kaw-kaw dah. Berapa kali aku praktis tulis ayat-ayat cinta dalam kad raya tu. Beli siap yang ada lagu raya yang versi monotone tu lagi. Penat aku kumpul duit. Harganya dalam 10 ringgit lebih tu. Besar punya. Tapi, sebab keberanian aku cumalah level darjah 6, aku tak hantar kad tu walaupun aku dah berdiri tercongok kat depan rumah awek tu. Kaku. Lidah kelu. Macam kena sembilu.  Jadi, tak tersampailah hajat aku..

You know what? After 7 seven years. Kita orang boleh contact balik. Dia kat matrik Johor, aku kat matrik negeri sembilan. Aku email dia dan dia balas email aku. Masa tu barulah tahu perasaan masing-masing. Dia pun suka kat aku rupanya. Tapi takkan dia nak cakap dulu kan? Nanti orang kata dia gelojoh pula.  Katanya juga, aku comel. Haha..rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada. (Aku tahu, korang tengah rasa cam nak muntah. Tapi tahan ajelah ye. Kang batal puasa). Apsallah aku tak hantar kad raya tu dulu. Tapi hubungan ni tak berapa jadi. Sebab sepanjang aku berhubungan dengan dia, aku tak pernah jumpa dia walaupun kitaorang dah beberapa kali membuat percubaan untuk berjumpa. Dan aku rasa memang kami tak ada jodoh biarpun ada orang kata kami sama-sama padan. Dia cantik, aku kacak. Dia bijak. Aku genius. Dia sopan santun, tapi aku dah liar sikit. Err..

Bila aku selidik punya selidik, rupa-rupanya dia dah kahwin dan dah ada anak pun sekarang. Tahniah pada dia dan lelaki yang berjaya mengahwininya. Grrr.

Aku juga yang tak kahwin-kahwin lagi. Huhu.. icon neutral Ramadan 2011   Awek Kad raya.

kadraya Ramadan 2011   Awek Kad raya.


Jadi, nasihat aku. Kalau korang dah memang tangkap leleh dengan seorang perempuan dan lelaki dan korang rasa itu jodoh korang. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas dengan orang lain. Aku dah berapa kali menyesal sebab tak ambil tindakan dan cepat putus asa. Aku harap bakal-bakal bini aku nanti, tak lupa hantar kad raya kat aku setiap tahun walaupun dah tidur satu katil nanti. Aku nak kad raya. Tak mau sms raya. Wohaa!!

Moral untuk cerita hari ini: Kad raya lebih mahal dari sms raya.

Ps: Anggap aje aku merepek. Banyak kisah cinta aku berlaku pada bulan Ramadan. Ada yang sedih, ada yang gembira. Tak apa. Aku pasrah. Aku reda. Pasti ada yang terbaik untuk diri aku.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Kanak-kanak yang belum mumaiyiz, belum cukup umur, belum 18 tahun, belum ada lesen memandu dan juga yang belum kenal apa itu haid dan nifas, anda tidak digalakkan atau dibenarkan untuk membaca artikel ini.

Aku rasa ramai yang tahu tentang mercun Mancis bukan? Pasti ramai yang tak tahu cara nak bermain dengan mercun mancis ini. Jadi, hari ini aku nak kongsikan skill atau tips bermain mercun mancis. (Amaran, jangan main mercun jika anda tidak tahu batapa bahayanya sebatang mercun mancis. Ianya mampu membunuh)

mercunmancis Ramadan 2011   Pemain Mercun Mancis Professional
1.

Biasanya dalam 1 kotak kecil tu ada 10 batang mercun mancis. Untuk yang mahu berjimat, main satu-satu aje. Tapi sebab kekadang aku dulu jenis malas nak berjimat, aku ambil satu, gores satu dan letak semula dalam kotak mercun mancis dan aku baling jauh-jauh. Kalau bernasib baik, korang akan dapat dengar 10 kali bunyi mercun mancis ni meletup dalam sela masa yang tidak jauh. Pom, pom, pom, pom, poom, boom, bom, kababoomm,boom dan boommmmm. Kalau tak bernasib baik, korang dapat dengar sekali aje. Kabooommm!! Tak best kan? Bunyi cam lembu kentut aje.

2. Ini cara untuk pedajal orang. Gores satu batang mercun mancis. Letak dalam pensil box kawan. Tak lama lepas tu, dalam kelas akan terdengar orang menangis sebab pensil box dia tiba-tiba meletup. Kalau kawan-kawan sekelas aku masih ingat, itulah kerja aku. Aku sorang aje yang pedajal kawan macam tu. Selalu yang jadi mangsa, kengkawan aku yang tak makan saman sebab selalu ikat mercun tarik kat selipar aku bila aku masuk surau. Ini kes balas dendam la punya pasal. haha..

3. Gores dan campak. Tunggu mercun tu meletup. Boomm..bunyi tak berapa kuat. Aku sendiri dah rasa membazir main cara macam ni. Maklumlah, noob lagi masa tu. Haha..

4. Gores dan campak dalam air. Kalau ada ikan, confirm ikan tu terkejut masa meletup. Kalau tak bernasib baik, mercun tak meletup. Terasa pula membazir bila buat cara ni kalau tak meletup. Grr..

5. Gores dan masukkkan dalam baju kawan. Pastu lari jauh-jauh. Kawan-kawan yang terkena. Semua cuak. Tapi ada sorang kawan aku, dia bijak..dia bukak baju..pastu dia gelek-gelek jap. Mercun jatuh..badan dia pun terselamat tak kena letupan mercun. Baju sekolah pun takde kesan macam kena serangan terorist.

6. Gores dan baling ke jemaah yang sedang solat. Ini lagi heavy skillnya. Mahu terkejut pak imam sampai lupa surah apa dia baca. Sapelah yang baling mercun mancis dalam masjid. Ini aku tak pernah buat. Kalau aku buat, mahu aku kena ban dari masjid tu 100 tahun. Kawan aku buat sekali. Siap cover muka lagi. Sampai hari ini, tak ada siapa yang tahu siapa yang baling mercun mancis tu kecuali geng-geng bas sekolah aku tu.

7. Gores dan baling ke arah kawan yang dok sibuk makan kat kantin sebab tak puasa. Mahu bertempiaran diorang lari. Tu la, siapa suruh tak puasa. Itulah, menghanjing lagi pada aku dan kawan-kawan yang berpuasa.

8. Gores dan campak dalam unggun api. Kawan-kawan yang dok sibuk bakar sampah, memang tak perasan. Bila meletup, terbang segala sampah yang ada. Habis kawan-kawan aku makan abu percuma.

9. Gores dan masukkan dalam tin minuman. Pegang lama sikit, pastu baling ke kawan-kawan. Kawan pula, jenis main sepak tin, siapa yang berjaya sepak tin dan meletup. Dia terer. Gila kan?

10. Gores dan baling ke guru masa mengajar dalam kelas. Sebab geram cikgu tu dok asyik marah aje. Ini aku tak buat. Kawan rapat aku buat. Tak pasal-pasal, gantung sekolah 1 minggu. Dapat cuti percuma.

11. Gores dan baling dalam meriam buluh kawan aku. Meletup. Habis pecah meriam buluh tu. Dah tak dapat main meriam buluh. Tak pasal-pasal kena masuk hutan cari buluh baru. Nak rendam buluh lagi. Kena tunggu 1-2 hari. Kalau tak rendam, bunyi tak sedap. Jadi, jangan aniaya kawan. Nanti kena masuk hutan. Kena gigit nyamuk. Tak best kena gigit nyamuk.

dan ada 1001 lagi cara untuk bermain dengan mercun mancis. Aku lihat, biarpun amaran dah dikeluarkan bertahun-tahun, tapi masih ada kedai yang jual mercun mancis ini. Mungkin sebab orang fikir mercun jenis ni tak merbahaya, diorang war sardin aje. Aku siap jumpa kat kedai sekitar tempat kursus aku ni jual. Kat bazar ramadan pun ada. Kat kedai 2 ringgit pun ada. Ini yang rasa gatal nak beli aje..

Itulah skill dan cara nak main mercun mancis. Aku tak galakkan korang buat sebab ini untuk yang pemain mercun professional macam aku aje boleh buat dan sanggup menanggung risiko untuk merengkok dalam penjara. (Aku dah bersara dari jadi pemain mercun professional) Kalau korang buat, risiko tanggung sendiri. Kalau ada yang meninggal sebab terkejut dengar mercuna mancis ni, korang akan jadi pembunuh pada bulan ramadan ini. Oleh itu, bagus sangatlah pengharaman mercun ini dibuat walaupun ramai yang masih gian nak bermain mercun. Bak kata orang, selagi tak putus tangan, selagi tu diorang main mercun. Main mercun ular takpe. Sebab mercun tu tak meletup..

Tapi pada zaman aku main mercun dulu, zaman 10 tahun dulu, kes budak putus tangan, kes budak masuk hospital dikawasan perumahan aku memang jarang didengar. Kat kampung aku pun sama. Sebab kita orang semua professional. Budak-budak sekarang ni tak professional. Suka-suka hati modified mercun. Bajet hebat sangatlah. Bajet dia paling power. Bila putus tangan, bila buta mata, bila rumah terbakar, bila ada yang meninggal, haa. mulalah salahkan orang lain. Aku terajang sekor-sekor. Baru tahu. Dah tahu bahaya, apsal nak main gak?? Kan dah tak boleh main mercun. Ini semua korang punya pasal. (Aku yakin ramai yang setuju dengan aku. Kan?)

Sekali lagi, jangan main mercun. Jadi apa-apa nanti, rumah ketua kampung terbakar nanti, rumah awek kesayangan korang terbakar nanti, tangan korang putus nanti. Jangan salahkan aku. Aku tak bertanggungjawab. Korang yang kena bertanggungjawab. Kenangan aku bermain mercun mancis yang tak dapat aku lupakan. Aku gores dan baling. Sekali tak meletup. Tunggu 1 minit, tak meletup juga. Aku kutip balik, aku belek-belek..tiba-tiba meletup plak. Habis jari aku. Tak patah, tak hancur. Tapi jari telunjuk aku lebam. Ada darah beku kat dalam kuku. Aku tak berani bagitau abah aku. Kalau aku beritahu, mahu kena tali pinggang kat belakang aku. Mahu juga kena ceramah 8 jam dari mak aku. Sakit sangat. Aku ingat aku dah hilang jari hari itu. Aku lari masuk dalam bilik air, aku rendam jari kesayangan aku. Aku sayang jari aku. Tak mahu hilang satu. Nanti tak best orang dewasa kata. Banyak kegunaan jari ni..nak tuding jari pun tak best kalau tak ada jari telunjuk ni. Nak cebok pun rasa tak best. Nak tulis surat cinta pun takde feel. Nak blogging pun rasa cam kurang perisa aje. Nak tampar orang pun tak best. Jadi, jangan main mercun.

Moral dari cerita ini. Jangan main mercun. Mercun ni mahal.

nasiambang Ramadan 2011   Pemain Mercun Mancis Professional


Baik beli nasi ambang. Lagi best. icon smile Ramadan 2011   Pemain Mercun Mancis Professional

Aku tulis dalam keadaan mamai sebab selsema aku macam dah teruk sangat ni. Tetiba datang ilham tentang cara nak main mercun mancis ni. Anggap aje aku sedang merepek. Ok. Habis cerita. Haha..

Ps: Aku harap korang faham maksud aku tulis artikel ni. Itupun kalau korang faham. Kalau korang faham artikel level tinggi ini, ucapkan tahniah pada diri korang. Sebab korang pun kacak macam aku.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011