Archive for the 'PTP' Category


Peraturan tidak rasmi

So, aku rasa ramai yang dah tahu kan semenjak tahu bahawa posting diforum juga mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Jika korang nak dapatkan duit dengan cara yang mudah dan tidak dalam purata yang banya, posting dan blogging antara cara yang terbaik bagi korang.

Ok. Antara peraturan tidak rasmi. Ini antara point-penting yang perlu korang amik tahu.

1. Jangan buat post pendek sangat. Mesti dalam lingkungan 15-20 patah perkataan bagi setiap satu post. Kadang-kadang, ada admin minta mesti lebih 30 patah perkataan. Tapi ada juga yang tak kesah, satu patah perkataan pun tak apa. So, ini kena tengok peraturan rasmi diorang.

2. Mesti faham english. Jika tak berapa faham atau mahir english pun. Buat-buatlah macam pandai sebab orang luar negara atau orang putih pun. Bahasa english diorang pun ada yang tunggang langgang. So, jangan amik kira sangat. Janji setiap word yang korang tulis, tak salah. Maksudnya, perkataan student. Jangan tulis “studnt” plak. Error macam ni banyak berlaku. Biarpun grammar lingatng pukang, janji word korang betul. Ini antara yang dititikberatkan kalau posting dalam forum atau korang amik upah posting.

3. Jangan mencarut, jangan tulis lucah atau letak gambar lucah dan sama waktu dengannya. Mean, jagalah adab memposting ni. Kalau korang tak suka, diorang lagi tak suka kan benda-benda macam tu. Reputasi pun buruk punya kalau korang involve benda macam tu. Kalau berkeras nak involve gak. Boleh, tapi main jauh-jauh aa. Ni bulan Ramadan..

4. Spamming. Jangan buat kerja spamming. Macam copy and paste orang lain punye kerja dan tulis post pendek-pendek. Kalau admin atau moderator kata takpe, teruskan posting. Kalau dah kena warning. Abaikanlah.Cari forum lain..

5. Promosi business. Korang boleh promosi tapi dekat signiture saja. Jangan masuk forum orang, lepas tu promote tiba-tiba pasal business. Tak tentu hala jadinya. Silap kena kutuk sepanjang Ramadan sampai Syawal nanti. So, kalau nak buat jugak. Tanggung sendiri akibatnya.

6. Korang mesti ada 2 payment processor. Iaitu mesti ada akaun E-gold dan Paypal. Wajib. kalau tak ada, boleh abaikan jika korang nak dapatkan duit poket melalui posting. Mesti ada, kalau tak ada, pandai-pandaila pinjam kat sapa-sapa..Sebab ada orang guna cara ni. Guna kawan punya paypal. Pastu transfer duit kat maybank. Aku pun pernah buat dan tak ada masalah..

7. Fraud activity. Maksudnya korang cuba tipu atau buat lebih dari satu akaun. Aku rasa jangan buat even korang nak dapat lebih akaun. Cara tak bape elok walaupun aku pun pernah buat dulu. 1 tahun yang lepas. Dan akhirnya aku cuba buat dengan 1 akaun je sekarang. Tak ada masa nak buat macam tu. Rasa cam tak best.

8. Support. Ini aku tak galakkan. Jika korang nampak admin ada buat iklan atau promote diorang punya iklan macam adsense ke yahoo ke bidvertiser ke, adbrite ke. Supportlah dengan melawat forum diorang. SAtu kali visit pun tak apa. Janji dapat bantu diorang. So, diorang pun dapat bayar kita. Give and take. Cuma jangan buat kerja melampau atau jahat sangat. Sampai akaun diorang kena banned. Dah banyak kes macam ni. Tak puas hati dengan admin.

9. Bina reputasi anda. Ini terpulang pada anda. Orang kata nickname atau username. So, bina reputasi anda sendiri dan aku rasa ramai dah tahu cara ini. Ini juga salah satu cara nak promosi diri sendiri kan? Tak salah aku rasa kalau korang nak cuba cara ini. Kalau ada produk atau service, ini juga mampu menjual diri korang.

By the way. Itu sahaja post untuk hari ini. Ada sedikit kerja posting yang aku nak buat hari ini. Baru je selesai 2 kerja tadi. Request payment dah PM admin tadi. Mungkin esok baru dapat duit. Ada lagi 3 job tak siap lagi. Sebelum subuh aku cuba siapkan.

Ps: baru sahaja berjaya install forum smf baru. Lum lagi leh bagitahu korang. Berjaya juga install ad management. Hoho..susah woo. Aku ingat senang je..Apapun, hari ini lebih baik dari semalam. Income pun lebih baik dari semalam. Rezeki Ramadan..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Apa khabar anda semua hari ini? Sihat? Hari ini aku ada banyak perkara yang hendak buat dan agak sibuk sikit. Nak download banyak benda dan torrent aku agak penuh hari ini. Ada 6 file yang aku tengah download dan mungkin malam nanti baru habis separuh. Ada software dan video yang aku download. Apa yang aku download? Biarlah rahsia..

Baik. Aku dapat beberapa pertanyaan dari kawan-kawan aku tentang buat duit melalui posting atau dari forum. Benarkah betul-betul boleh buat duit. Senang sahaja jawapan aku. Memang boleh buat duit kalau tahu caranya. Antara salah satu cara yang memang aku akan cerita dekat sini adalah. Adab berposting. Jika korang posting hanya sebab untuk dapatkan duit. Bagi aku itu tidak salah. Tapi mesti mematuhi beberapa kriteria untuk posting tak kiralah untuk paid blog atau paid posting. Di sini aku ceritakan sedikit point-point penting untuk posting sama ada untuk paid blog atau paid posting. Mungkin ada sedikit persamaan.

Posting untuk Paid Blog

1. Ada beberapa sahaja Paid Blog yang popular. Macam Reviewme, Payperpost dan Blogsvertise. Siapa ada Kontera atau blogcharm dan macam-macam lagi. Pun boleh pakai. Ini antara Paid Blog yang bagus dan memang aku dah terima bayaran daripada mereka.

2. Mesti ada adab. Tidak boleh spamming. Sebab apa? Memang korang tak akan dibayar jika buat useless topic dan spamming. Benda-benda atau gambar lucah tidak boleh sama sekali even untuk naikkan hits dan traffic sekalipun. AKu ulang sekali, Tidak Boleh !

3. Mesti ikut peraturan yang diorang nak. Jika Reviewme cakap kena 4 paragraph. Mesti buat lebih dari 4 paragraph. Apa yang diorang nak, kita buat lebih daripada apa diorang minta. Automatic diorang akan bayar jika post kita bagus. Jika post kita tunggang-terbalik atau english yang kita pakai macam budak darjah 1. Aku pun tak dapat tolong. Sebab kadang-kadang post aku pun kena reject. So, normal.

4. Jangan menipu dengan buat lebih account atau apa-apa yang berkaitan dengan menipu. Jika kena detect. Korang tak leh buat duit lagi dengan company tu melainkan korang tukar nama dan tukar IP address korang. Even korang Mask atau hide IP. Diorang boleh detect kalau diorang rajin. Kalau diorang malas, korang selamatlah..

5. Mesti ada akaun Paypal. Wajib. Tak ada. Aku minta maaflah. Sah-sah tak boleh buat duit dengan Paid Blog kalau tak ada Paypal. Mesti ada dan kalau boleh, diwajibkan verify paypal tu. Pakai je VCC. Dapat verify untuk 1 tahun. Baru 15 dollar aje maa harga VCC. Pasaran gelap, boleh dapat 5 dollar aje VCC..

6. Tambahan. Jika korang ada adsense atau bidvertiser. Korang boleh letak kat blog korang. Ini salah satu side income untuk blog korang. Siapa kata trafik blog tidak bagus. Kadang-kadang kita leh dapat banyak valid klik dari blog berbanding website atau forum. Sebab apa? Di blog, kita boleh cerita lebih spesifik berbanding di forum. Tapi dari segi trafik, hanya forum yang bagus sahaja mampu dapat trafik yang lebih 1 juta..

Cukuplah sampai sini sahaja tips yang aku rasa tak seberapa ramai yang tahu. Mungkin ada yang tahu. Tapi sampai sekarang tak pernah buat-buat lagi. Ramai yang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog. Tak apa. Aku faham. Sebab dulu pun aku tak tahu dan sekarang. Aku dah tahu dan memang aku berjaya buat duit melalui blog.

So, untuk penerangan ringkas tentang posting Paid Posting. Aku akan sambung esok. So, harap korang leh tunggu esok. Aku tahu ramai yang nak tahu cara-cara nak buat paid posting dan macam mana nak dapat offer posting di banyak forum.

Ps: Laparnya. Lama lagi ke berbuka..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


dsc00089xj7.th Aku Ponteng Puasa?

Korang makan Tom Yam Tak? Aku Agak sibuk sedikit hari ini. Tak banyak yang aku boleh bicarakan. Aku akan post beberapa program yang menjadi kegemaran dan program baru yang aku sertai setelah aku balik dari UMS. Agak penat dan sejak bulan Puasa bermula ni, aku selalu nak tidur saja. Apalah agaknya sindrom yang aku kena ni. Aku kena buat sesuatu ni. Walaupun aku tahu aku boleh mengubahnya. Cuma aku malas sahaja. Hehe..

Ok. Baru saja dapat beberapa offer dari Blogsvertise dan Payperpost. Dah pun buat semua post yang diperlukan. Aku pun dah complete beberapa post dekat 3,4 forum yang aku join dulu. Harap-harap dapat payment secepat mungkin. Ada benda yang aku hendak buat dengan duit tu. Hari ini dapat 2 payment kecil. Bolehlah, sape nak bagi kan? At least setiap hari ada duit masuk. Ada 10 usd satu hari pun dah kira hebat tau tak kalau berinternet ni. Jangan tak dapat duit langsung sudah. Itu sudah kes berat tu..

Sekali lagi kawan aku mempersoalkan tentang perniagaan internet. Benarkah boleh buat duit? Kalau setakat 3-4 ratus sahaja sebulan. Baik tak payah buat. Memanglah tak payah buat kalau korang dah kaya. Kalau orang yang tahu nilai duit. Tak adanya tolak rezeki kalau tahu cara nak buat duit. Masalahnya korang ni semua tahu ke tak cara nak buat duit? Jangan asyik cakap tak pakai mulut aje. Kang ada yang makan garam lebih 1 kilo karang. Aku dah cakap dari mula lagi. Benda macam ini. Tak semudah yang korang sangka. Aku pernah dapat beberapa ratus sehari pun sebab aku dah usaha dekat 2-3 tahun memahami selok belok pertempuran dalam dunia internet ini. Semua ini indah jika korang tahu macam caranya nak mendalami cara buat duit dari internet. Pokoknya, korang tahu atau tidak?

Kalau nak tanam pokok. Mesti ada adabnya kan? Mesti beli benih. Mesti ada cangkul. Mesti ada racun serangga. Mesti ada bajanya. Mesti buat ikut turutan. Bilangan tanah pasir, tanah gambut dengan baja mesti ada kiraannya tersendiri kan? Pokoknya mesti faham dan tahu. Tak ada jalan short cut. Kalau tidak, pergi ajelah kerja kilang. Cari kilang swasta. Gaji pun dekat seribu apa kalau dah lebih 6 bulan bekerja. Lagi untung kalau korang buat overtime. Ini kerja bukan fulltime. Aku pun buat separa masa sahaja. Tak ada daya nak buat fulltime memandangkan aku pun ada kerja lain. So, fikirlah bulat-bulat..

Okla. Apapun, selamat berpuasa. Jangan ada yang minum air paip sudahlah. Teringat zaman aku kecik2 dulu. Ponteng puasa minum air paip. Kalau aku tahu, aku minum sirap bandung ka, makan pizza ka..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Aug 16

KPLI dan Paypal

4 comments - Post a comment


Dua berita gembira aku dapat hari ini. Pertamanya, aku berjaya lepas hari-hari yang ditunggu selama ini. Baru sahaja selesai ujian kedua KPLI. Ujian temuduga yang selama 1 jam lebih sebab hanya 4 orang sahaja yang sama subjek dengan aku. 2 perempuan dan 2 lelaki termasuk aku. Aku lelaki yek..

Walaupun tidaklah aku menaruh harapan yang tinggi. Tapi melihatkan antara 4 orang peserta tadi. Aku rasa aku ada peluang. Cuma masalahnya, aku tak ada sijil sahaja. Macam mana nak ada sijil sedangkan aku cuma akan dapat lepas konvo bulan September ini sahaja. Itu saja halangan aku kata Tukang interview tadi. Nak buat macam mana, berserah sajalah. Kalau dapat, rezeki. Tak dapat. Kita cuba lagi..Ada lagi beberapa interview akan menyusul. Ini pertama kali aku interview dengan pegawai kerajaan. So, far both of them really nice. Just hope the best from them.

Berita kedua. Penukaran wang paypal aku sebanyak $50 telah selamat sampai ke Maybank aku. Biarpun tak banyak. Tapi berbaloi la untuk usaha 1 minggu yang lepas. Untuk minggu ini. Cukup $50, aku akan exhange lagi. Kalau e-gold. Aku cuma perlu tunggu $10-20 sahaja untuk withdraw. Ini antara rate yang aku dapat masa jual beli paypal dan e-gold. Kiranya harga semasa la..

1 usd E-gold = RM3.15
1 usd Paypal = RM3.00

So, better aku ada banyak e-gold banding paypal kan kalau aku ada lebih $100 usd. Betul tak? Aku pun sebenarnyat kesah sangat. Janji duit masuk. TUl tak? Ada beberapa program dan forum berbayar yang menjadi regular untuk paypal dan e-gold ini. Bukankah aku ada bagitahu beberapa program tersebut kan? korang boleh belek balik kalau nak tahu. Penat aku nak terang lagi sekali. Tengok mood aku kalau nak aku huraikan. Aku baru caj member aku RM50 sebab nak belajar apa yang aku hendak buat. Aku cuma terang basic dan apa yang dia mampu buat. Kirannya dia bayar aku untuk khidmat nasihat. Best tak service aku? Ada lagi 5 orang dari Sabah yang kiranya Junior aku. Berminat nak tahu. Aku caj RM100 seorang. Diorang kata ok ajer. Janji memang cara aku boleh buat duit. So, aku takde hal nak share apa-apa yang patut. Cara aku memang berkesan. Pokoknya. Kena ikut step by step. Jangan gelojoh ada. Inilah cara aku yang terbaru. Service! Nanti aku cerita lebih dalam post2 akan datang. Sekarang aku penat. Nak tidur! I need some rest!

Oklah. Nasihat aku. Tidur melebih 3-4 jam adalah afdal berbanding tidur si burung hantu!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011