Archive for the 'projek' Category


Ok. Hari ini aku cuma nak kongsikan dengan korang tentang Alexa rank blog Earncent ni. Aku rasa korang dah tahu dan nampak peningkatan alexa rank untuk blog aku sekarang. Walaupun tak banyak dan tak sehebat macam blogger yang lain, tapi ini satu pencapaian yang mengagumkan bagi aku.

Ya. Bukan senang nak masuk peringkat bawah 100k dalam Alexa rank. Dan bukan senang nak masuk bawah 500 dalam Alexa Rank Malaysia. Tapi hari ini, aku berjaya capai target yang dekat 3-4 tahun aku cuba. Tapi awal tahun 2012 ni baru tercapai. Lama kan? Ada blogger, diorang dapat masuk alexa rank bawah 100k dalam masa 3-4 bulan aje. Ada yang setahun sahaja. Aku? Kena ambil masa bertahun-tahun. Ternyata, ramai blogger yang lebih kacak dari aku dalam bab-bab Alexa ni. Hehe..

Itu ranking Alexa bagi blog Earncent sekarang.

alexa93 Bila Alexa dah jadi kacak..
Alexa rank Worldwide - 93,542
Alexa rank Malaysia - 381

Aku tak ada tips yang menarik. Tapi ada 3 artikel yang aku tulis khas untuk bagi Alexa rank korang turun ke bawah 100k. Mungkin berkesan, dan mungkin juga tidak berkesan. Boleh cuba kalau mahu.

1. Tips naikkan Alexa Rank cara Titan - Part 1
2. Tips naikkan Alexa Rank cara Titan - Part 2
3. Tips naikkan Alexa Rank cara Titan - Part 3

Dalam jadual berkala Alexa ni. Makin rendah nombor Alexa rank blog kita, itu bermakna berlakunya peningkatan Alexa rank. Ini yang aku anggap selama ini. Kalau tersilap definisi atau tafsiran, aku tak kisah. Haha..yang penting, Alexa rank blog Earncent dah jadi kacak sekarang. Mungkin kedudukan sekarang akan berubah. Sama ada makin naik atau makin turun. Tapi sekurangnya, ini yang terbaik pernah blog earncent ini capai.  

Ps: Sekali lagi. Siapa nak jeles. Sila jeles. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok, hari ini kita sambung tips untuk naikkan alexa rank blog korang. Part 3. Sejujurnya, aku tak nak kongsi artikel ni sebab ianya terlalu panjang.

Tips kali ini melibatkan penghasilan sesebuah artikel yang boleh dikatakan menarik, berkualiti, simple dan mencapai target yang kita mahukan. Ok. Untuk menghasilkan artikel yang bagus, ianya mesti mempunyai kesinambungan dari pelbagai perkara. Macam aku kata sebelum ni, kalau korang nak buat duit, korang mesti kejar sekurangnya 3 perkara. Pertama, alexa rank. Kedua, pagerank dan ketiga relevancy. Aahh, payah aku nak terang dengan perkataan. Artikel hari ini mungkin panjang sikit sebab aku cuba nak bagi korang faham apa yang aku buat. Sejujurnya, aku tak nak kasi tau sebab apa yang aku buat ni, mudah diikut dan ramai orang akan hentam aku sebab bocorkan rahsia yang sebenarnya mudah tetapi orang kita tak perasan.

tipsalexarank1 Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Sebelum aku pergi jauh. Aku nak korang faham sesuatu. Apa yang aku buat ni, memang berlandaskan duit. Maksud aku, aku menghasilkan super blog. Super blog yang aku buat ini, mesti mampu menghasilkan duit. Jadi, ianya berbeza dengan blog personal. Namun,  super blog ini ada ciri-ciri personal atau peribadi. Sebab apa? Jika blog kita tidak ada langsung nilai personal, susah nak tarik minat advertiser, pembaca blog dan juga peminat. Jadi, untuk menghasilkan blog yang mampu menghasilkan duit, kita kena setkan dalam minda kita. Kita nak buat duit. Bukan nak buat hobi yang biasa-biasa. Kalau kita set biasa, kita dapat hasil yang biasa. Kiranya setimpal dengan usaha kita yang biasa itu. Sebab tu, korang akan nampak komen sana-sini atau artikel yang beritahu, mereka takde luck nak buat duit, susah nak dapat cek nuffnang, susah nak buat duit adsense, susah nak itu dan susah nak ini. Mengapa? Usaha korang tak cukup. Trik korang belum cukup power dan kekurangan skill serta tools yang mampu membantu korang menghasilkan super blog yang berkualiti. Dan korang kena faham, untuk menghasilkan super blog yang berkualiti, bukan mudah dan ianya akan mengambil masa.

Ok. Untuk menghasilkan super blog. Macam mana? Korang dah tahukan dari 2 artikel aku sebelum ni. SEO, alexa rank dan blog. Memang tak boleh dipisahkan. Once korang start beli nama domain, dari situ sudah bermulanya permainan SEO. Aku tahu ramai yang tak tahu. Sebab tu korang boleh nampak ramai yang beli nama domain ikut suka hati diorang. Aku takde masalah dengan itu. Tapi sekurangnya, nama domain tu jangan mengarut sangat. Baca balik tips no.6 tu. Nama domain tu penting. Sebab utamanya, memudahkan orang ingat nama blog korang. Contoh? Ohbulan.com, blogserius.blogspot.com, beautifulnara.com, lensarosak.blogspot.com, keretamayat.com, earncent.com dan macam-macam lagi.

keretamayat Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

ohbulan Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Nama domain yang aku tulis ni, unik dan mudah diingat. Sekurangnya mesti ada 2 suku kata.(kalau salah bagitau aku) Oh-bulan. earn-cent. beautiful-nara. lensa-rosak. kereta-mayat. Nampak? Senang nak ingat kan? Dan dari nama domain ni, kalau nak diSEOKan atau tidak, takde masalah sebenarnya. Aku boleh buat mana-mana super blog yang namanya ada 2 suku kata dan nama domain tersebut tidak susah untuk diingat dan tidak mengarut. Faham? Pemilihan nama earncent.com juga aku adalah salah satu projek super blog aku. Nama domain ini aku fikir lebih setahun sebelum aku beli nama domain ni. (Aku dah rasa panjang dah artikel ni.citer bab nama domain pun boleh 1000-2000 patah perkataan kalau aku nak..)

Ok. Skip bab nama domain. Aku harap korang pepandailah ye. Masuk bab artikel. Untuk menghasilkan super blog, korang mesti PANDAI dan KREATIF menghasilkan artikel. Camana nak hasilkan artikel berkualiti dan bagus untuk menarik pembaca dan trafik?

# tajuk artikel
# isi artikel (gambar dan video)
# tag dan category
# permalink
# bold dan italic.

Ok. 4 point ini adalah antara benda utama untuk hasilkan artikel yang berkualiti. Aku skip untuk tajuk artikel sebab aku rasa korang dah boleh tangkap dari artikel yang lepas, bukan? Tengok point no.8 dulu.

9. Isi artikel (gambar dan video) - akhirnyar baru masuk point utama..demm. icon sad Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

Untuk menghasilkan artikel yang bagus, ada BANYAK cara. Dan benda ni sebenarnya agak subjektif. Tak semua orang rasa artikel yang korang tulis itu berkualiti. TAPI sekurang-kurangnya, korang mesti yakin dan percaya artikel yang korang tulis dan taip itu berkualiti. Tak kiralah pendek atau panjang. Kalau korang rasa dah berkualiti, itu dah cukup. Tak yah dengar sangat cakap karut blogger otai lain. Entri panjang, tak semestinya bagus. Dan entri pendek tak semestinya huduh. Korang rasa dah bagus, itu dah cukup. Percaya pada abiliti dan kekuatan korang. Faham?

Seterusnya, penjenamaan blog. Ingat kan isu ni? Ada aku selit dalam artikel yang lepas kan? Setiap artikel yang korang tulis sebolehnya ada unsur atau elemen peribadi korang. Antaranya penggunaan kata ganti nama diri yang pertama dan kedua. Aku, saya, ana, kita, kome, gua, I, Amat, Bakar, Anis, cikgu, doktor, dan sebagainya. Kau, ekau, deme, engkau, ko, mereka, korang, awak, lu, dan macam-macam lagi. Pilih. Macam untuk blog ini, aku pilih ‘aku’. Ada blog lain, aku pilih ‘saya’. Ada blog lain, aku pilih ‘gua’. Ini salah satu unsur peribadi. Korang pilih ikut kesusaian blog dan diri korang. Aku tak nak masuk campur. Pilih mana korang selesa. Ini penting dalam penulisan artikel. Nampak macam remeh kan? Tapi orang akan ingat ini sebagai jenama dan identiti blog korang.

Next, penggunaan video. Jika artikel korang memerlukan video untuk membantu dalam penerangan. Jangan malu atau segan untuk gunakan video. Contohnya, dulu ada isu bola Malaysia lawan Lubnan. So, confirm dari kul 12 malam, mesti ramai dok cari video jaringan gol dari budak-budak Lubnan kan? So, lepas habis perlawanan blog tu, sepatutnya korang dah sediakan dengan artikel yang khusus untuk ulas tentang perlawanan bola tersebut mengikut imaginasi dan kekreatifan korang dan letakkan video dalam tu. Sebab kita tahu, ramai orang nak cari video-video tersebut. Even kalau artikel korang tu, cuma penuh dengan video jaringan gol sahaja, kena plak tajuknya kena dengan keyword yang selalu dan akan orang cari, artikel itu dah cukup berkualiti dan bagus untuk tarik pembaca. Mana nak cari video panas tu? Haa, itu korang kena pandai-pandailah cari. Takkan aku nak ajar gak. (Bersambung untuk cerita yang lebih detail)

isubersih Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Penggunaan gambar pun sama juga. Perhatikan pada isu yang sedang panas. Mesti mereka rajin cari gambar-gambar berdasarkan isu semasa. Sebenarnya bila ada isu panas macam isu Bersih 2.0, isu bola, isu artis, isu pendidikan. 3 benda yang selalu orang akan cari di search engine. Informasi, gambar dan video. 3 benda ni ada dalam blog korang ketika itu, berduyun orang datang masuk blog korang. Contoh macam isu bersih, aku letak 3 artikel yang hanya berisi gambar sahaja tetapi berkaitan dengan bersih 2.0. Beribu-ribu orang datang ke blog ujikaji aku tu. Sampai hari ini, masih ada orang lagi gambar-gambar yang berkaitan dengan Bersih 2.0. Jadi, kena pandai tackle bab ni. Cara nak tulis artikel senang aje. Ulas tentang isu tersebut, ulas sikit-sikit pasal gambar mengikut gaya dan kekreatifan korang dan beri kredit kalau korang jumpa gambar tu dari mana-mana website atau blog. (Ini juga ada sambungannya nanti..)

kujie2 Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

ariffshah Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Isu kekretifan dan gaya penulisan artikel. Ok, benda ni subjektif. Ikut suka korang sebab blog tu korang punya. Jadi, ayat-ayat, perkataan, punch line, slogan yang korang gunakan dalam artikel korang, mesti ada ciri-ciri korang. Orang akan kenal dan ingat. Contoh? Pernah masuk blog blogserius dan blog lensarosak? blog keretamayat Nampak perangai diorang dalam tulisan diorang? Tengok blog aku. Nampak perangai aku macam mana? Dari tulisan, korang boleh ingat perangai dan peribadi seseorang penulis blog tu macam mana. Dari situ, tarikan sesebuah artikel itu akan dapat menarik perhatian pembaca korang. Dan beribu orang akan datang jika perangai korang itu unik dan pembaca boleh terima. Tengok blog ariffshah, blog denaihati, blog kak jie dan sebagainya. Korang nampak perangai dan peribadi mereka macam mana bukan? Jelas dan terang bukan? Sebab apa korang masuk blog mereka? Sebab apa yang mereka tulis dan sebab diri mereka, Malah, ada 1001 sebab mengapa korang boleh tertarik dengan sesebuah blog. Dari sinilah korang kena pandai cari dan tackle pembaca. Tapi benda ni ambil masa. Mereka yang aku sebut tu, ambil masa untuk jadi sebegini popular dan disegani. Tak ada jalan mudah untuk jadi popular. Sama macam artis. Macam-macam kena buat kan? Contoh terbaik, Aizat. Dulu dia gemuk, ada orang pandang? Sekarang bila dah kurus, lagu pun sedap, menang banyak anugerah pula tu, jadi penulis lagu dan lirik lagi. Awek dan gadis pun tergilakan beliau. Buat konsert pun penuh memanjang. Nampak usaha beliau? Duit tak datang bergolek maa. Nak minum air oren pun. Kena masak air, kena bancuh dengan kordial. Tambah gula sikit. Tambah limau nipis sikit. Letak ais. Baru sedap kan?

denaihati Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Artikel yang kreatif dan mampu menarik trafik ni sebenarnya gabungan banyak benda dari segi teknik, taktik, skill dan pengalaman.  Tapi hari ini, aku cerita dari beberapa sudut sahaja. Part yang paling penting adalah lepas ini. Tag, category dan bold. Part ni paling menarik sekali sebab ada cara jahat yang aku buat dan korang boleh tiru. Haha!! Ini aku cerita lain kali. Dah panjang sangat ni. Kang korang kata aku ajar benda sesat pulak..

Ini bukan artikel yang lengkap, ada masa, aku sentuh lagi bab artikel ni dalam siri-siri yang akan datang. Benda ni aku cerita dalam teori sahaja, tapi aku yakin ianya berkesan. Cuma aku tak dapat nak tunjuk bukti gambar dari apa yang aku pernah buat. Insya-Allah, kalau panjang umur, aku cerita lagi.  Ada banyak yang aku tak terangkan lagi. Dan banyak peperangan dalaman yang perlu korang handle dengan baik dan teliti sebelum sebuah artikel tu jadi bagus dan berkualiti. Sekali lagi aku ingatkan, artikel berkualiti, korang yang tentukan. Bukan orang lain. Kalau korang sendiri rasa artikel korang tak best, huduh dan tak menarik. Korang rasa, orang lain suka ke artikel korang? Last, ya. Cara dan teori aku ni berhasil untuk menaikkan ranking Alexa. Bukti? Lihat pada alexa rank blog ini sahaja. Compare dengan blog korang. Mesti korang nampak sesuatu kan? Sesuatu yang berbeza bukan?

Dan apa yang aku tulis ni, mungkin ada percanggahan dari segi penerangan, kefahaman, makna dan macam-macam lagi dengan apa yang korang tahu. Kalau silap, kalau ada yang terasa, aku minta maaf. Aku memang tak berapa pandai dalam menerangkan dalam bentuk perkataan ni..

to be continue.. icon smile Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

Ps: Sori. Ini tips no.9.  Sila ingat. Artikel ini sangat panjang dan mungkin agak menjelikkan bagi sesetengah blogger. Anggap aje aku bermonolog dengan salah satu hati dalam diri aku. Siapa nak baca, baca. Siapa tak nak baca, pangkah aje blog aku tu. Baca blog orang lain. Tapi siapa yang sanggup baca sehingga perkataan ini, ucapkan tahniah kerana melayan siri-siri artikel gila aku.  Itu membuktikan bahawa korang juga  memang kacak dan hensem macam aku. Haha..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Ini kesinambungan dengan artikel semalam. Tapi tips untuk naikkan Alexa rank korang kali ini ada kaitan sikit antara SEO. Kita semua tahu, untuk menaikkan rank Alexa, nak tak nak kita kena ada trafik. Dan salah satu caranya adalah mengeksploitasikan trik SEO dalam blog kita. Tak kiralah dari segi susun ator, pemilihan nama domain dan pemilihan hosting. Semuanya berkait dengan SEO dan jika korang perasan, bermulannya episod untuk menaikkan rank Alexa blog korang adalah ketika korang memilih nama domain. Dahh, kita sambung cerita semalam ekk?

6. Pilih nama domain yang unik, pendek, dan senang diingat. Mengapa? Jika nama domain korang terlalu panjang, korang rasa senang tak orang nak ingat? Jika orang tak ingat, adakah mereka akan melawat blog korang untuk kali kedua. Mungkin kali pertama. Tidak pasti untuk kali kedua melainkan korang rajin buat blog walking hari-hari diblog yang sama korang komen setiap hari. Jadi, dari sini penjenamaan blog korang sudah bermula. Dari sini orang akan mula kenal korang. Aku tak kata domain yang panjang atau nama domain yang terlalu pelik tak bagus atau kurang sesuai, tapi korang fikir sedalam-dalamnya. Betul atau tidak apa yang aku tulis ni?

tipsalexarank Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2
7. Tajuk artikel diblog. Ok. Kat sini kita akan main dari sudut SEO. Permainan kata-kata SEO. Korang kena pandai bermain dalam memilih perkataan yang sesuai untuk setiap tahu artikel korang. Pemilihan tajuk yang unik, berbeza, menarik dan panas mampu menarik sesiapa sahaja untuk masuk ke blog korang. Ingat, bila ada trafik masuk ke blog. Ini bermakna, kira-kira Alexa sudah bermula. Setiap 1 unique visitor yang masuk ke blog korang, ada kira-kiranya dalam Alexa rank. Cuma kita tak tahu algoritmanya ataupun modus operandinya. Sifir dan formula apa yang pihak Alexa gunakan, kita tidak tahu. Tetapi, setiap trafik. Ada pointnya. Ingat kisah point-point yang aku ulas dalam artikel semalam? Jadi, pilih tajuk yang korang rasa mampu menarik hati pembaca korang.Nak menarut pun boleh. Nak bagi panas hati orang pun boleh since korang dah target untuk dapatkan trafik. Disini, permainan psikologi bermula. Dan dari sini juga, pembaca akan judge blog dan gaya penulisan korang. Korang ni orangnya bagaimana, blog korang ni apa nichenya dan korang ni jenis yang bagaimana. Pendek kata, penjenamaan dan siri-siri promosi korang sudah bermula.

8. Buat siri, projek atau category tertentu dalam blog korang. Siri ni berkait rapat dengan point no.7. Susah aku nak terang. Aku bagi hint sikit apa yang aku buat. Contohnya. Kita guna isu Bersih 2.0. Kita perlu hasilkan sekurangnya 4-5 artikel yang mempunyai tajuk menarik dan panas untuk tarik trafik dari isu dan keyword Bersih 2.0. Contoh artikel dalam siri ini antaranya seperti:

- (Terkini) Gambar panas sekitar Perhimpunan Bersih 2.0 di KL (Part 1)
- (Terkini) Gambar panas sekitar Perhimpunan Bersih 2.0 di KL (Part 2)
- (Terkini) Gambar panas sekitar Perhimpunan Bersih 2.0 di KL (Part 3)
- Video Perhimpunan Bersih 2.0 (siri 1)
- Video Perhimpunan Bersih 2.0 (siri 2)
- VIdeo Perhimpunan Bersih 2.0 (siri 3)
- Isu panas Bersih 2.0 - Hj Awang hadi kena tangkap.
- Isu panas Bersih 2.0 - Khairy Jamaluddin pula kena tangkap.
- Isu panas Bersih 2.0 - Amiga pun kena tangkap??
- Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 1 (Ini salah satu contoh siri lain yang aku buat)
- Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2
- Cek ke 11 dari Nuffnang (Ini juga salah satu contoh siri lain)
- Cek ke 12 dari Nuffnang
- Tips PTD 2011 - Kertas Soalan dan Jawapan PTD 2011/2012 (Ini projek 8 hari aku)
- Tips PTD 2011 - Cara menjawab soalan esei bahasa inggeris PTD
- Tips PTD 2011 - Faedah dan keuntungan bekerja sebagai PTD
- Tips PTD 2011 - Syarat-syarat untuk lulus dalam peperiksaan bertulis PTD

Ok. 9 artikel bukan? Ketika 9 Julai yang lepas. Aku cuba di salah satu blog aku. Projek bersih 2.0. Ini nama yang aku bagi untuk projek 1 hari aku. Aku ikuti perkembangan semasa pasal perhimpunan bersih 2.0 dari kul 7 pagi hingga 11 malam. Jadi, sebenarnya bukan 6 artikel aku buat. 10 artikel. Tapi setiap 10 artikel tu, ada sela masanya. Pukul 8 pagi ada, pukul 10 pagi ada, pukul 12 tengah hari..petang, malam dan tengah malam. Sementara isu Bersih ni masih panas. Kita buat artikel tentang isu ini. Jadi, dari sini. Trafik akan masuk. Walaupun ada orang kata ini adalah trafik jangka masa yang pendek. Tapi dalam 3 hari ini..aku dapat impression 10-20k sehari sejak 9 Julai diblog tersebut. Dan memang hampir kesemua artikel aku tu di muka surat pertama Search engine untuk keyword-keyword tertentu. Trafik tak henti-henti. Selalu dapat dalam 2-4k sehari sahaja. Dan sampai saat ini, masih ramai orang mencari informasi tentang Bersih 2.0 diblog tersebut.

Dari segi income. Income aku dari dua program tempatan iaitu 701panduan, dalam 3 hari itu adalah melebih RM30. Biasanya dalam RM1-RM5 sahaja untuk sehari. Manakala income Advertlets, RM25 lebih untuk 3 hari ini. Tak ingat sen-sennya berapa. Tak banyak. Tapi itu jumlah yang banyak bagi aku. Kalau blog aku tu ada Innity, seratus sehari tu dah kira normal. Normal beb..Sayang, 3 kali aku try. Diorang rejek gak blog tu. Takpe, aku cuba kali keempat. Haha..

buktiearningadvertlets Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2
Ini earning 3 hari dari Advertlets.com. Selalu sehari dapat antara RM1-RM5 sahaja. Tapi kali ni, dia lonjak naik untuk blog yang aku buat projek 1 hari tu. Untuk 1 blog sahaja.

earningbersih2 Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2
Ini pula,  earning dari salah satu program luar yang aku letak kat blog tersebut. Tak banyak. Rate untuk Malaysia pula sangatlah rendah. Kejap $0.16, kejap $0.15, kejap $0.17. Ciput gak la. Tapi lebih baik ada hasil dari tiada kan?

ujikajitipsptd Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2


Ini salah satu projek 8 hari aku. Berkenaan dengan program Affiliate TipsPTD.com. Usaha aku dari 6 Julai sehingga 11 Julai. Cukup semalam, sudah 21 sales aku dapat hasil dari program ini (Tapi dalam gambar cuma 19 sales sahaja) dan aku jalankan pada waktu yang sama ketika projek 1 hari Bersih 2.0 berjalan. Masih ada 3 hari lagi untuk promosikan program ini. Ada lagi projek 1 hari, 3 hari yang lain. Tapi aku dedahkan yang terbaru aje dulu. Yang lain, aku cerita kemudian. Dalam blog yang sama, ada dalam 10-20 current projek yang masih berjalan dari dulu sehingga hari ini. Aku cuma tunjuk 3 aje hari ini. Lain kali aku tunjuk yang lain.

Dan andai kata, tahun depan ada isu Bersih 3.0. Percayalah, 10 artikel yang aku buat kat blog tu. Pasti ada orang yang masuk ke blog aku jika mereka buat carian tentang isu Bersih. Confirm. Ini bukan janji. Tapi pasti. Sampai bila-bila, bila ada orang cari tentang isu Bersih 2.0, blog aku tu pasti akan ada trafik. Ok. Bila dah dapat trafik, apa yang kita dapat? Perubahan akan berlaku di Alexa rank korang. Trafik mesti naik punya. Confirm. Alexa rank pun confirm naik. Orang pun akan rajin komen. Macam aku kata tadi, Alexa ada kira-kiranya sendiri. Janji, blog kita tu ada orang masuk. Ada la habuan yang kita akan terima.

Ok. Itu sahaja untuk hari ini. Cukup 3 point. Tapi aku huraikan detail sikit untuk point no.8 tu. Sebab aku rasa ramai yang tak tahu. Dan aku tahu, ramai juga yang dah tahu. Betul tak? Trik ni, mahal dan ada tahap kesusahannya yang tersendiri. Sebab bukan semua blogger mampu dan hendak buat. Bergantung pada individu tertentu. Jika korang jenis yang tidak mahu mengejar alexa, tak perlu buat. Untuk blog buat duit aku, memang aku kejar alexa rank. Sebab aku banyak dapat income berdasarkan ranking Alexa aku. Ramai advertiser yang beriklan diblog aku berdasarkan alexa rank. Disamping pula blog aku pun memaparkan artikel yang agak bagus. Sebab tu, hampir dikebanyakkan blog buat duit aku, aku akan dapat dalam 5-10 advertiser. Tak kiralah advertiser tempatan atau luar. Bab artikel bagus, artikel berkualiti, aku akan ulas hari lain. Ok?

Aku harap korang faham. Tak faham boleh tanya diruang komen. Ini cara aku. So, mungkin aku seorang aje yang faham. Tapi kalau korang boleh faham, korang dah satu level dengan aku dalam tahap kegilaan menulis blog.

Ps: Aku cukup payah nak terjemahkan trik, teknik dan taktik yang aku gunakan ketika menulis blog dalam bentuk perkataan. Jadi, jika korang rasa macam aku buat dakyah baru atau teknik mengarut. Sila Abaikan aje apa yang aku tulis. Aku tahu, bukan mudah untuk aku nak bagi semua orang faham. Semua orang ada level pemahaman yang berbeza-beza. Tapi aku yakin, ramai yang faham. Kan? Kan? Bukannya aku tulis dalam bahasa planet Nameck pun. Kan aku citer, korang tak faham plak. Haha..

Pss: Lepas ni, payahlah aku nak conquer muka surat pertama dekat search engine. Haha.. icon biggrin Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku dah buat keputusan yang aku akan buat sedikit ujikaji dan tips yang berkaitan dengan Alexa rank. Seperti yang korang semua tahu, alexa rank ni menjadi ukuran dikebanyakkan blogger malaysia. Ada yang bermati-matian mahu menaikkan ranking alexa blog mereka. Ada yang sanggup blog walking sampai lebam tangan. Ada yang sanggup bergaduh disebabkan alexa rank. Jadi, hari ini aku akan kongsikan tips bagaimana nak naikkan ranking alexa mengikut cara aku sendiri.

1. Update blog sekurang-kurangnya 1 artikel setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Cara ini sahaja dah cukup berkesan. Contoh terbaik, lihat sahaja blog ini. Korang perasankan alexa rankingnya makin hari makin naik? Kalau ikut ranking malaysia dari segi ukuran Alexa ni, blog Earncent ni ditangga ke 731 dikalangan blog-blog malaysia.  Kira bolehlah tu kan? Itupun dah cukup bersyukur ni. Leh buat sujud syukur lepas ni. Hehe..

alexarankearncent Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 1


2. Letakkan widget Alexa rank yang macam aku buat dalam blog aku ini. Jangan tanya aku mengapa. Ini dah kira macam syarat-syarat wajib untuk meningkatkan ranking Alexa korang. Ada yang kata, jika ada orang klik pada kotak widget Alexa korang tu, korang dapat 1 point. 1 point apa? Aku tak tahu. Tapi dengarnya, point-point itulah yang akan meningkatkan nombor-nombor dalam kotak widget Alexa korang tu. Nombor tidak menipu bukan? Jadi, aku yakin meletakkan kotak widget Alexa itu juga mampu meningkatkan alexa rank korang. Tapi kalau apa yang aku baca dan aku dengar itu adalah tidak benar, anggap sahalah korang kena tipu dengan aku. Haha..

3. Toolbar Alexa rank. Haa, gi install kat browser korang. Fungsi dan keberkesannya sama macam kotak widget Alexa rank tu. Jangan tanya aku lebih-lebih. Bukan semua browser dalam laptop aku install toolbar Alexa ni. Jadi, korang buat sahaja. Anggap sahaja macam syarat wajib untuk tingkatkan Alexa rank korang.

4. Dapatkan review atau ulasan untuk blog korang di ruang review di website Alexa. Cara nak dapat review ni susah. Cara senang, korang buat pertandingan review untuk blog korang dan suruh diorang review blog korang di website Alexa. Bagi link website Alexa korang dan suruh diorang review disana. Tidakpun, korang boleh buat tawaran suka-sama-suka dengan mana-mana blogger untuk bertukar review. So, konsepnya sama macam toolbar dan kotak widget Alexa. Korang buat, bertambah lagi point atau sebab untuk alexa rank korang naik. Jadi, kalau korang nak tukar-tukar review dengan aku, takde hal. Korang review dulu, lepas tu bagitau aku link blog di website korang di ruang komen. Nanti aku review semula. Itupun kalau minat. Aku takde nak paksa-paksa korang.

5. Blog walking. Benda yang cukup suka blogger Malaysia buat. Kalau tak buat, rasa macam kurang sesuatu dalam hari-hari korang bukan? Jadi, lantaklah korang nak blog walking atau blog running atau blog flying ke apa, janji jangan korang dianggap sebagai spammer sejati sudahlah. Ya, mitos ini sangat dipercayai kerana memang banyak membantu membina backlink dan menarik trafik ke blog korang.

Ok. Cukup dulu 5 benda yang berkaitan untuk menaikkan Alexa rank korang. Ada banyak lagi aku akan sentuh. Tapi untuk projek ini, aku cerita 5 benda dulu. Nanti lusa-lusa, kalau aku masih bernafas, aku cerita lagi. Seronok cerita pasal alexa ni, tapi tak leh cerita semua. Nanti korang tak nak datang blog aku lagi. Jadi, untuk mengumpan korang datang ke blog aku lagi, sila datang setiap hari untuk mengetahui tips dan cara menaikkan alexa rank korang. Cara aku lebih kepada ujikaji, mitos, teori dan taktik gerila yang pernah aku gunakan ketika bermain dengan Alexa. Berkesan atau tidak dengan korang. Aku tak nak ambil tahu. Tapi sekurangnya, cara aku berkesan dengan blog-blog aku.

Ps: Kalau korang dah tahu semua benda ni. Tahniah. Korang terer. Sila bangga dan riak sekarang. icon smile Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 1

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011