Archive for the 'program bux' Category


Pagi tadi merupakan hari kedua aku bersahur pada bulan Ramadan ini. Dan semalam merupakan hari pertama aku bersahur bersama-sama dengan abah dan mak aku. Pagi tadi, aku, Hanis (Adik bongsu aku), mak dan abah bersahur bersama-sama. Memang jarang aku dengan adik aku dapat sahur sama, inikan pula dengan mak abah aku. Adik aku tu, tiap-tiap minggu balik rumah. Nak rasa masakan mak katanya. Aku tahu, dia saje je nak manja-manja dengan mak. Ingat aku tak tahu ke?? Tapi jangan lupa, abang ko ni mak paling sayang. Haha..punya jahat otak aku. Aku tahu mak dan abah aku ada cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka pada anak-anak mereka walaupun aku tahu macam mak sayang lebih kat aku. Maklumlah, aku anak lelaki sulung. Itu kot yang wat rasa aku ni dimanjakan.

Cerita bab manja ni, memang aku akui aku agak manja dengan mak aku. Dengan abah? Erk..camana nak cakap. Kalau orang kata abah aku ni pendiam dan cool. Kiranya aku pun lebih kurang macam tu aje. Kalau abah aku wat perangai cool dia, aku secara automatik akan jadi cool gak. Itu kalau aku berdua dengan dia. Kekadang, bagi gak nasihat apa yang patut macam suruh jaga adik-adik dan kakak, suruh balik rumah selalu, suruh nasihat adik, suruh akak kahwin cepat, suruh aku bawak balik menantu cepat dan sebagainya. Tapi kalau ada mak, memang aku selalu mengada-ngada dengan mak. Buat lawak sana sini, saje-saje urut dan picit mak dan buat mak tersenyum dan gelak tak ingat dunia. Bagi aku, kalau dapat wat mak senyum dan gelak-gelak itu dah cukup wat aku rasa aku ni tak macam anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya.


Aku sedar yang aku masa kecik dulu selalu menyusahkan mak abah aku. Maklumlah, aku nakal. Orang kata sesape yang lahir bulan 7 atau tahun Leo dalam kalendar cina ni, orangnya walauupun pendiam, tapi sangat nakal. Kalau jadi ketua ganster, memang ramai orang takut. Tu pasallah agaknya, masa aku jadi ketua kelas kat 6 kenanga dulu, budak-budak satu sekolah tak berani kacau aku. Ada dua sebab sebenarnya yang dipersetujui dan disepakati oleh kawan-kawan aku ketika aku sekolah rendah dulu.. Pertama, aku memang kuat gaduh masa kecik dulu dan biasanya aku menang. Kedua. Aku bijak dan pandai dalam pelajaran. Haa, tu dia. Bukan aku cakap. Kawan-kawan aku cakap. Even budak kelas 6 Ros pun kalah ujian matematik dan gerak gempur dengan aku. Diorang kalah sebab aku dapat markah 100% selalu. Bukan nak riak, cuma aku terkenang waktu aku sekolah rendah dulu. Aku rindu kawan-kawan aku dan juga apa yang aku lakukan. Kalau aku dapat jumpa korang semua dan borak dalam sejam dua, itupun dah mampu wat aku rasa gembira.

Aku dah melalut sangat dah nih. Ok. Semalam aku berbuka kali kedua di Banting. Aku tak tahu apa nama hotel tu. Tapi aku pergi sebab mak dengan abah aku dah tempah hotel tu. Jadi, kami berempat pergi ke sana dalam jam 6.30 petang. Sampai dalam pukul 7 petang. Jenjalan sikit sambil baca komik Kreko. Kemudian, lagi 10 minit nak masuk waktu berbuka, aku dengan rakusnya pergilah isi pinggan aku. Pinggan pertama, isi nasi, semua lauk aku ambil sikit. Itu sikit, ini sikit. Aku ambil satu pinggan lagi, aku letak timun, sambal belacan, sayur, ulam dan juga kerabu mangga. So, sorang pakcik tu dia ketuk gong dan berpandukan pada azan di TV1, aku yakinlah waktu dah berbuka. Meja lain pun dah ramai yang baca doa dan pecahkan puasa masing-masing. Jadi, kami sekeluarga pun berbuka puasa dengan amannya..

Dan pagi tadi, aku bersahur kali kedua dengan mak abah aku dan juga si Hanis tu. Bising plak mulut budak Hanis ni bila bersahur. Biasanya budak ni memang buat kepoh kalau aku ada. Kena plak mak jenis melayan adik bongsu aku ni. Jadi, riuhlah rumah aku pagi-pagi camtu dengan suara aku bertiga-tiga. Ayah aku? Cool macam biasa. Habis je sahur, aku macam biasa, melayan cerita NurKasih. Ulangan. Tapi best gak layan sambil tunggu waktu subuh. Lepas subuh, aku tertidur. Diulangi, aku tertidur. Niat dihati nak update blog. Tapi leh plak tertidur depan laptop fujitsu aku nih plak..

Esok. Aku akan pulang ke Damak semula. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Proses menaikkan semula blog-blog aku yang terbengkalai berjaya sebanyak 40%. Semuda dah up semula. Blog-blog yang terbengkalai, sudah aku update dan aku kasi lawa sikit. Harap-harap ada hasil yang berbeza dalam 3 bulan yang akan datang. Insya-Allah, hujung tahun ni semua projek akan berjalan secara semi-auto seperti yang aku buat dalam projek TNX dulu. Minta-minta dipermudahkan dan dikurniakan badan yang sihat untuk membuat kerja dengan lebih hebat.

Ps: Cuba tek mak aku masak apa hari ini untuk berbuka nanti? icon biggrin Hari Kedua Bersahur di Banting

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jika anda selalu meronda-ronda ke forum dan blog rakan-rakan anda. Pasti ada yang mengikuti program-program bux ini. Sudah menjadi satu trend dan ramai yang mengikut jejak langkah Adbux setelah berjaya mempelopori Paid To Click. Pendek kata, memang ramai yang buat duit dengan Adbux.

So, aku pun tak banyak nak cakap. Tapi aku cuma nak promosi 2 Program yang ada perkataan Bux. Mungkin ramai yang dah tau program2 macam adbux, bux.to dan bux apa-apa ntah lagi. Tapi malam ni aku cuma nak promosi 2 program bux sahaja. Ini sahaja yang aku berkenan dalam banyak-banyak tu. Korang boleh join atau tanak join :

Program 1 : Adbux
Url : www.adbux.org
Minimum Payout : 10 usd
Referrals Commission : 100%
Have forum : Yes
How to earn money : Just Click the ads at browse section daily.
Can use balance to advertising : Yes
Payment Processor : Paypal

Program 2 : ArabBux
Url : www.arabbux.com
Minimum Payout : 2 usd
Referrals Commision : 100%
Have forum : Yes
How to earn money : Click the ads at surf ads section everyday and participate in his forum.
Can use balance to advertising : Yes.
Payment Processor : Paypal

Maksud referrals commision 100% tu adalah apa yang referrals korang dapat. Itu juga korang dapat. Jika referral atau downline korang klik 1 ads dapat 1 cent. Korang pun dengan automatiknya akan dapat 1 cent. Faham kan?

Ps: Kalau ada apa-apa boleh tanya aku. Tak ada masalah sekarang. Buat masa ini aku lebih tumpukan pada ArabBux sebab minimum payout 2 usd sahaja.

Harap Dimaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011