[audio:happybirthday_1.mp3]
Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada
15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada
Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..
Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.
Entri Paling Popular Sepanjang tahun:
Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view
Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest
Blog ini..
Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan
FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding
Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.
Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com
Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan
Produk Rasmi:
Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)
Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari
windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??
Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.
Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.
Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!
Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)
Apapun,
Selamat HARI JADI Earncent.com!!
PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..
PSS: Kredit
Gambar untuk
NR Yumie.
[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related Content