Archive for the 'Plan Percutian Titan' Category


Beberapa hari ini aku tak berapa sihat. Ada aja benda yang menganggu samada dari segi kesihatan ataupun pekerjaan aku sekarang. Memang menjadi masalah biasa kalau kita bekerja dalam sektor kerajaan nih. Ada sahaja cabang masalah yang sukar kita elak dan pastinya kita kena tahu untuk menghadapi masalah itu dengan bijaksana. Tak boleh nak main hentam kromo aje. Ada cara penyelesaiannya yang perlu kita ikut dan patuh. Hoho..

Seperti yang kita maklum, esok kita mungkin akan berpuasa dan aku harap aku akan dapat menunaikan rukun Islam ini dengan jayanya tanpa miss satu hari pun. Walaupun dah tak dapat upah 1 ringgit 1 hari seperti waktu kanak-kanak dulu, aku tak kesah. Sebab itu bukan yang aku hendak. Aku akur yang aku insan lemah dan perlukan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang penuh dengan ranjau dan duri. Jadi, aku harap aktiviti pada bulan ramadan tahun 2010 ini akan lebih berfaedah berbanding pada tahun-tahun lepas. Tak ada lagi meriam buluh dan mercun das atau mercun padi kesukaanku..

puasaramadan 300x280 Titan dan Ramadan 2010


Aktiviti memburu duit raya akan terus aku lakukan melalui blogging, aktiviti “internet marketing”, update Panduan TNX 3.0 , penulisan e-book baru dan sebagainya. Aku harap bulan ini aku akan ada lebih banyak masa untuk menguruskan aktiviti aku dengan pengisian yang lebih berbeza. Tidak ada lagi blog walking yang keterlaluan, tidak lagi main GAME yang mengasyikan dan akan kurang menghabiskan masa di forum Carigold, DP atau Wangcyber dan sebagainya. Bukan tak nak pergi. Pergi, tapi akan kurang dari biasa..

Facebook? Itu sudah menjadi salah satu aktiviti tetap aku sekarang sebab aku lebih kepada membuat ujian demi ujian dalam siri-siri promosi untuk beberapa program yang aku pilih. Harap dapat keputusan yang memberangsangkan. Aku yakin aku akan dapat lebih daripada yang aku sangkakan. Insya-Allah. Aku berusaha, aku berharap dan aku mahu ianya dimakbulkan..

Ada banyak cara untuk membuat pelaburan yang baik dan menguntungkan. Selain pelaburan emas, pelaburan di ASB, AS1M, ASM dan sebagainya, satu lagi pelaburan yang penting kita lakukan adalah pelaburan terhadap diri kita sendiri. Kita juga boleh kata pelaburan dari segi ilmu dan tindakan. Apa yang kita belajar dan apa yang kita dapat, kita praktikkan untuk kita tinjau dan lihat hasilnya. Ilmu tanpa amal, tidak akan memberikan kita hasil yang mengagumkan. Jadi, gunakan apa yang kita belajar, gunakan segala ilmu yang ada dalam ebook-ebook yang kita belajar termasuklah ebook Panduan TNX ke, Ebook Tim Bekker ke, Ebook Minta kerja kerajaan ke, Ebook Panduan Paypal ke Ebook nak cepat beranak ke..dan sebagainya. Janji kita usahakan, tawakal, berdoa dan buat seadanya. Insya-Allah, akan ada hasil yang akan menyusul. Allah itu adil kepada setiap hamba-hambanya..

Well, selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga kita semua dapat penuh berpuasa pada tahun 2010 ini. Insya-Allah..

Oklah. Aku akan cuba post lagi esok atau lusa..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hidup memang menderita. Ada masa kita perlu sengsara. icon smile Kerja kerja yang tertangguh..

Ada orang kata, kalau kita buat kerja bertangguh, memang banyak perkara yang kita nak buat akan tak berapa nak jadi. Maksudnya, kerja-kerja kita tu tak berapa sempurna dan mungkin tak menepati apa yang kita mahukan. Mungkin juga ianya tak memenuhi ciri-ciri yang menghampiri kesempurnaan.

Aku akui perkara itu dan aku terpaksa beritahu yang ada beberapa kerja review yang terpaksa aku tangguhkan. Adalah dalam 6 tugasan untuk membuat review yang tertangguh-tangguh. Aku tak mahu buat review dalam keadaan tergesa-gesa dan ada beberapa tools dekat komputer tempat kerja aku ni yang tak ada. Biasanya aku gunakan laptop aku, tapi hari ini aku gunakan komputer ditempat kerja aku untuk menaip artikel. Rasa macam dah lama tak menulis kat blog nih. Walhal, baru aje aku tulis hari itu..

wiseofshikamaru 300x225 Kerja kerja yang tertangguh..


Sejujurnya aku sendiri tak suka orang buat kerja bertangguh ni. Tapi aku sendiri pun dah bertangguh-tangguh disebabkan oleh pelbagai faktor yang sukar untuk aku jelaskan kepada korang atau kepada diri aku sendiri. Aku rasa masih banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari dalam pengurusan masa. Kalau bab nak urus masa ni pun kantoi, memang susah nak buat dua-tiga jenis pekerjaan dalam satu hari. Seharusnya aku buat sesuatu untuk mengubah jadual aku yang kekadang haru-biru ini. Ada sebarang cadangan dari korang untuk aku?

Oklah, tak ada apa-apa yang penting dan aku akan cuba udpate secepat mungkin termasuklah tentang komisen affiliate Panduan TNX 2.0, draft Panduan TNX 3.0 dan juga pada panduan terbaru yang akan keluar tak lama lagi. Satu panduan berbayar dan satu lagi panduan percuma. Insya-Allah jika dipermudahkan oleh Allah..

Ps: Dalam cerita Naruto, selain Naruto, Kakashi dan Jiraiya. Watak Shikamaru merupakan watak yang aku rasa tak patut tak ada dalam cerita Naruto. Tanpa Shikamaru, aku rasa cerita Naruto takkan best..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku lari ke Jerantut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang sepatutnya aku setelkan minggu lepas, aku mahu update satu lagi bayaran komisen yang aku terima dari program TNX. Ya, ini mungkin komisen pertama yang aku terima dari TNX untuk bulan Mei ini. Tak banyak, tapi cukuplah untuk bayar domain-domain yang patut aku renew nih..Banyak gak domain yang kena renew dalam bulan ni dan bulan depan. Bayar ajelah selagi untung masih mengatasi modal..

tnxpayment51 300x134 Komisen ke 51 dari TNX


Aku sangat bersyukur kerana program ini masih mampu memberikan sedikit pulangan yang aku rasa sangat lumayan. Aku ada satu plan untuk mendapatkan RM1000 daripada program TNX ini. Ini bermaksud aku kena dapatkan dalam 340usd dalam tempoh 1 bulan. Itu sudah cukup untuk aku dapat dalam lebih RM1000. Tapi untuk dapat angka itu aku terpaksa menggandakan usaha aku. Jika ianya berjaya, memang mudah-mudah aku dapat dalam 1 ribu untuk 1 bulan dari TNX sahaja. Aku sedang cuba untuk laksanan projek RM1000 bersama TNX ini dalam bulan Jun hingga bulan September. Aku harap dalam tempoh 3 bulan itu aku akan dapat capai matlamat kecil ini.  Berikan aku sokongan tak kiralah dari segi moral ataupun kutukan membina untuk membantu aku capai target yang tak seberapa aje..

Ok. Itu projek kecil yang masih dalam plan. Dan aku sedang merangka strategi untuk mencapai plan tersebut. Plan 100 dollar atau RM300 untuk 1 bulan sudah pun berjaya. Jadi, aku patut proceed ke peringkat yang seterusnya. Hoho..satu lagi. Jika ada yang ragu-ragu bagaimana aku dapat capai plan 100 dollar itu, korang boleh tanya aku terutamanya kepada semua pembeli Panduan TNX 2.0. Aku akan jawab dan cerita apa yang aku buat berdasarkan pengalaman aku. Dan rasanya ramai yang dah tahu dan dapat tangkap point-point penting yang aku cuba sampaikan melalui panduan tersebut. Apa yang penting, usaha dengan plan yang terperinci. Untuk TNX ini, tak perlu tergesa-gesa. Biar lambat, asalkan kita tahu apa yang kita buat, kita tahu flow program TNX ini dan kita tahu kelebihan dan kelemahan kita untuk buat duit dengan TNX ini. Itu sahaja. Selebihnya, usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, ada keputusan yang menggembirakan untuk kita nanti.

Ps: Untuk dapat 2000-4000 point sehari dalam TNX, ianya tidak mudah. Tetapi ianya akan jadi mudah, jika korang tahu cara dan triknya. Bendanya simple. Gunakan konsep duplikasi. Bukan duplikasi yang biasa-biasa tu, tapi gunakan duplikasi yang smart.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada beberapa benda yang aku nak update. Sibuk sikit dalam 2-3 hari disebabkan pelbagai perkara yang perlu aku uruskan secepat mungkin. Dalam bulan Mei ini sahaja setiap minggu, aku takkan dapat berehat sebab ada banyak aktiviti yang sudah ditempah awal. Nampak gayanya, memang badan ni akan mengalami banyak evolusi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan alam sekeliling. Haha..gila apa ayat..

1. Esok, aku dan kawan-kawan tempat kerja aku akan buat kerja gila. Konvoi ke Cameron Highland dengan hanya menaiki motor bawah 125cc sahaja. Motor lain tidak dibenarkan sama sekali. Mengikut perkiraan, lebih dari 20 orang sudah pun menyatakan kesanggupan untuk menyertai konvoi tidak rasmi ini. Mungkin acara ini akan dijadikan aktiviti tahunan bermula pada tahun ini. Ya, Yamaha Lagenda aku akan merempit lagi sekali. Yehhh!

2. Minggu depan, aku akan menyertai hari keluarga tempat aku bekerja. Sepatut hujung bulan ni. Tapi dicepatkan tarikhnya kerana ramai yang tak dapat pergi pada tarikh tersebut dan ada banyak aktiviti pada hujung bulan dan awal bulan Jun. Jadi, satu tarikh telah dipilih dan 23 dan 24 Mei ini adalah tarikh keramat. Tempatnya, Cameron Highland. Boleh bawak family dan anak-anak tersayang. Aku bawak Blacksaga aku ajelah. Itu je keluarga terdekat aku kat sini. Hehe..

3. Darft untuk panduan informasi aku sudah masuk peringkat ke 3. Ada 5 peringkat yang perlu aku atasi dan aku cuma mampu sampai ke peringkat ke 3. Masih ada banyak benda yang aku perlu lakukan dan selidiki. Aku sedang merancang untuk memberikan panduan ini dalam dua versi. Versi percuma dan juga versi berbayar. Yang pasti, hargnya tetap mampu dimiliki. Apa yang aku tulis 90% adalah melalui pengalaman aku sendiri. 10% lagi adalah faktor-faktor yang tak dapat aku jelaskan dengan pemikiran manusia.

4. Panduan TNX 3.0 masih lagi dalam peringkat ujian. Belum dapat dikeluarkan sebab result untuk ujikaji yang diperlukan untuk panduan ini masih belum cukup bagus untuk dikongsikan. Jadi, mungkin lambat lagi panduan ini akan aku kongsikan pada korang. Insya-Allah, aku akan cuba lakukan yang terbaik.

5. Sepupu aku akan bertunang pada awal bulan 6 nih. Baru aje call pakcik aku. Dia dah confirmkan dan aku akan bertambah sibuk untuk merewang. Rumah sepupu aku tu kat Jerantut gak. Kalau aku tak pergi, mahu kena penerajang agaknya. Jadi, aku pastikan hari keramat itu tak ada sebarang aktiviti yang akan mengganggu aku.

6. Mak dan Abah aku akan menunaikan Umrah pada awal bulan 6 nih. Aku akan pulang pada hari Jumaat sebab pada pagi sabtu itu aku kena hantar mereka ke KLIA. Jadi, pada 4 Jun ini, aku dikehendaki lapor diri kat rumah Abah aku di Banting untuk jadi driver pada pagi sabtu. Diorang dah pergi Haji. Tapi diberi lagi peluang untuk pergi ke tanah haram ni. Alhamdulillah..doakan anak mak abah ni jadi seorang blogger yang berjaya dan anak yang soleh. Hehe..

7. Skuad piala Thomas Malaysia kecundang ditangan China. Memang dari awal aku dah agak. Lebih-lebih lagi bila Chong Wei kurang menyerang pada set pertama. 3-0. Itu dalam pemikiran aku. Ternyata ianya tepat sekali. China terlalu kuat kali ini. Itu aku pasti. Bukan pemain kita tak power, cuma pemain China terlalu kuat pada hari tersebut.

Ps: Dahh..aku nak sambung baca komik online kat Onemanga nih.. icon smile Konvoi ke Cameron Highland

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011