Hari ini aku gi Kompleks PKNS kat Shah Alam. Kira popular gak tempat ni kat Shah Alam. Tadi pun, boleh tahan ramai gak orang melepak kat sini. Yang tukang jual handset by hand pun ramai gak. Terpaksa aku tolak dengan baik. Kang tak pasal-pasal ada yang kejar aku tak tentu pasal.
Oleh sebab kekeliruan jadual balik Lipis antara aku dengan abah, jadi, aku tak jadi balik Lipis hari ini. Kiranya, abah aku la yang akan balik dengan mak aku yang demam tu. Jadi, nak tak nak, aku kena buat passport tu hari ini. Kalau tak, takut tak sempat nak buat. Nak gi indonesianya hari Sabtu ni. Kawan aku dah bertahun-tahun paksa aku ikut dia. Nak tak nak, aku ikutkan jugaklah. Dan disebabkan sahabat aku ni, mahu tak mahu, aku kena buat passport. Lagipun senang nanti, kalau nak gi melancong ke mana-mana. Betul tak? Betuuuuulll. Pandai korang ek..
Ok. Masuk balik cerita bila aku dah kat dalam Kompleks PKNS tu. Seingat aku, aku pernah datang sini masa aku kecik dulu. Atas tujuan apa, aku pun dah tak ingat. RAM otak aku tak mampu nak imbas balik atau imbas muka kejadian-kejadian lepas. Kiranya bahagian history dah king kong sket la dalam kepala otak aku ni. Dari Banting ke sini, adalah dalam 40 minit. Sekejap aje, aku gi ikut highway KESAS, drive pun bawak 60km/j ajer. Bukan nak berlumba pun dan tak da sorang pun yang berani sponsor hadiah. Jadi, aku bawak slow ajer la.
Sampai sana, terus aku cari parking. Pastu menapak ke dalam kompleks tu. Cari plak tempat nak buat passport tu. Dekat tingkat 3, bilik dia nuuuuuuuunnn, kat hujung dunia. Sakit gak kaki aku sampai sekarang akibat mencari bilik tu. Nasib kaunter dia bukak sampai 10. Kira laju gak la. Dalam 15 minit, isi borang, gi ambil gambar, ukur tinggi, cop jari dan sebagainya, semua setel termasuklah pembayaran RM100 untuk 2 tahun. Kalau bayar RM300, untuk 5 tahun. Dan aku kena tunggu dalam sejam untuk tuntut passport aku.
Untuk tidak membuangkan masa, aku pun geledahlah kompleks PKNS ni sebab aku pun memang aku anggap aku tak pernah ke sini. Semua 3 floor aku geledah. Sampai saje buat-buat bodoh masuk pejabat diorang. Sekali jumpa plak kedai buku kat bahagian bawah sekali. GI beli surat khabar, beli buku “Buat duit dengan Youtube” dan aku blah dari situ sebab ada makcik tu tengok aku semacam ajer. Ingat aku pencuri ker? Bukan apa, aku dah dok dekat setengah jam dok berdiri kat section sama ajer tak gerak-gerak. Haha, banyak sangat buku. Aku cuma ada budget nak beli satu buku je hari tu. Jadi, terpaksa pilih yang mana aku tak pernah beli. Oleh sebab buku pasal youtube ni takde lagi dalam koleksi aku, so aku ambillah. Tak baca lagi sebab tak sempat. Mungkin aku baca masa aku on da way ke Indonesia nanti..
Dah cukup sejam. Aku gi balik ke pejabat keramat tu, dan letak aku punya resit kat kaunter no.1. Biasanya itulah kaunter yang akan panggil kita untuk proses terakhir sebelum kita dapat passport Malaysia yang warna merah tu. Lepas aku buat tandatangan yang paling mahal kat dunia, aku pun blah dari situ. Jumpa kereta hitam aku tu, start engine, terus balik Banting tanpa berlengah-lengah lagi. Bukan apa, kaki aku sakit sangat menapak hari ini.

Sampai rumah, abah dengan mak aku ada. Apa kess ni? Kata balik Lipis? Rupanya mak aku tak berapa baik lagi demam dan sakit perutnya. Perubahan jadual. Diorang balik esok. Aku dan akak aku balik hari Khamis nih.
Sekian, itu sahaja cerita hari ini. Nantikan cerita yang lebih best keesokan harinya..ngeri tak cerita hari ini? Haha!!
Ps: Aku baru je beli ubat batuk Hurix’s Gamat dan Madu Plus. 2 botol. Harap-harap lega sikit tekak aku yang manja ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














