Archive for the 'perniagaan internet' Category


Jap lagi aku nak mandi. Barang semua dah siap kemas. Dah masuk dalam black saga aku tuh. Tinggal nak drive. Kena isi mintak sikit dan pam tayar kereta aku sikit. Baru seronok nak merempit. Kalau tak, rasa cam ada benda yang kurang aje. GPS ok. Charger Sony Ericsson pun ok. Charger Nokia pun ok. Rambut dah kasi pendek sikit. Ubat-ubatan dan panadol pun cukup dah. Minyak rambut, Baby Oil, sabun, syampu herba, bekalan kerepek selama 2 minggu, novel-novel keluaran Alaf21 dan PTS,  Laptop Fujitsu dah habis cas, duit syiling untuk tol pun ok, back up spek mata, baju-baju kerja yang dah siap dibasuh dan juga raket badminton untuk berentap di Damak dan Jerantut. Banyak pula benda nak kena bawa. Nak buat macam mana, inilah cabaran dan kehidupan seorang part time blogger, Travel Blogger, TNX player dan juga salah seorang penjawat kerajaan yang berwibawa. Hehe..

Ok. BIla aku dah dalam Damak mode ini, dengan secara rasminya support aku untuk blog ini dan juga blog lain akan agak terbatas. Masalah internet di Damak diluar pengetahuan aku. Jika laju, lajulah. Jika tidak, mungkin tiada update dari aku. Jadi, aku mintak maaf awal-awal jika aku lambat menghantar produk atau link download atau menjawab segala persoalan korang tu. Aku akan jawab. Tapi mungkin lambat. Jadi, jangan marah-marah aa..

Satu perkara atau fenomena yang aku lihat sekarang dalam dunia blogger dan IM ni, sudah ramai otai dari blogger dan IM dilahirkan. Aku yakin mungkin ada antaranya merupakan pembaca blog ini. Malah, aku yakin mereka sudah boleh berbangga dengan usaha yang mereka telah lakukan. Cuma sekarang sudah wujud juga gelaran baru iaitu otai segera yang terhasil apabila produk diorang meletup buat kali pertama, kali kedua atau kali ketiga. Sekaligus, gelaran otai itu melekat pada mereka walaupun mereka suka atau tak. Bagi aku itu adalah perkara yang baik dan aku harap semua ini akan terus berkembang. Part-part yang tak elok tu, malas aku nak tegur. Yelah, kadang-kadang bila ada orang dah perasan dia dah dikenali, dah naik level otai, diorang akan rasa apa yang diorang cakap orang akan dengar, orang akan respect diorang, orang akan ikut apa yang diorang cakap. Aku tak nafikan hal itu. Ada faedahnya bila ada orang suka berkongsi pendapat. Tapi jangan sampai pendapat orang lain dia tak boleh terima. Siap kata blogger atau newbie yang baru nak naik pun dikatanya “bodoh”. Cikgu aku pun tak pernah kata aku atau pelajar lain  “bodoh” even bebal sekalipun masa aku kat sekolah rendah dulu. Perkataan yang tidak patut disebutkan tu agak kurang sesuai. Ada hati dan mulut yang perlu dijaga. Ya, aku tahu mungkin kau lebih hebat, mungkin kau ada segalanya, mungkin semua produk ko meletup dan ramai orang yang menghormati kau, tapi perlukah ko sebut atau taip perkataan “bodoh” tu?

Itulah yang jadi bila korang memberi pendapat. Ya, aku tahu pendapat hak masing-masing. Ianya fakta yang kejam. Tapi perlu disusuli dengan hujah yang sesuai dan pendapat setiap orang perlu kita hormati. Tapi perlukah hingga tahap menghina dan mengutuk seseorang secara peribadi? Kalaulah blogger yang terasa atau newbie yang baru nak panjat tangga dalam dunia IM dan blogger ni, apalah agaknya perasaan diorang. Baru nak belajar, dah kena hentam macam tu. Kurang dah semangat diorang dan kita pula mungkin akan hilang potential blogger atau potential IM. Nanti siap ada orang kata IM ni penipu, blogger nih jahat, blogger ni memperbodohkan orang dan macam-macam istilah yang kurang elok kita akan dengar. Perlukah sampai tahap begitu sekali? Ya, korang akan kata kalau nak survive dalam dunia ni, kita kena kuat, kena lantang mengeluarkan pendapat biarpun pendapat itu pahit, tapi perlukah sampai kita keluarkan perkataan-perkatan tabook dan bahasa yang kurang elok didengar? JIka mahu juga, risiko tanggung sendiri.

Ok. Sudahlah. Kekadang kita kena tahu, tak selamanya kita diatas. Aku tahu korang mungkin hebat, korang mungkin popular, korang berjaya menjadi IM yang berjaya. Tapi perlukah korang tambah satu title dalam diri korang iaitu seorang yang suka menghina blogger lain dengan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar? Fikirkan sendiri. Jika mahu bermain dalam dunia blogging dan im, fikirkan perkara ini. Kita lihat, berapa ramai IM dan blogger yang telah berjaya survive dari tahun 2003 hingga 2010? Siapa? Tak perlu aku beritahu, korang sendiri pun boleh tahu kan?

Dah. Aku nak mandi. Babai..

Ps: Hidup ini memang kejam. Aku terpaksa terima hakikat tu. icon sad Perlukah kita kata blogger tu bodoh?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Agak sibuk minggu ini. Perlu selesaikan beberapa perkara berbangkit. Baru sahaja habis meeting. Lepas ni nak berkejar ke Jerantut untuk buat kerja offline lain. Ada benda yang perlu diselesaikan. Bukan sahaja Damak dan Jerantut. Tapi dah kena gi Maran dan Bandar Pusat Jengka lagi. Huhu..

2. Kena singgah sebentar ke Pejabat pos dan juga CIMB. Nak aktifkan semula CIMBclicks. Kalau tak, memang banyak benda yang tak boleh buat nampaknya.

3. Aku sudah mula menulis panduan TNX 3.0. Mungkin disebabkan aku ada banyak masa untuk menulis berbanding untuk online, jadi aku akan mula menyiapkan draft awal untuk panduan TNX 3.0. Setakat ini, harga adalah RM50 dan mungkin aku akan naikkan jika aku rasa ianya perlu.

4. Aku sudah dapat duit TNX yang terbaru. Nanti aku akan update di forum Wangcyber, blog ini dan juga blog-blog MMO aku yang lain.

5. Bilangan pembeli Panduan TNX semakin ramai. Tahniah kerana sudah menyedari potensi program TNX ini. Aku yakin ramai yang aku cuba buat duit dengan TNX setelah gagal menjana pendapatan melalui program-program hebat yang lain. Mungkin TNX ini lebih mudah barangkali atau korang sudah nampak satu lagi lubuk duit yang mudah melalui platform blog. hoho..

6. Orang PTS sudah hantar novel yang aku hendak hari itu hasil daripada aku letak banner PTS diblog ini. Aku rasa ramai blogger yang berbuat demikian juga kan? Mesti korang dah terima email tersebut kan? Jadi, aku harap aku akan dapat novel itu nanti. Tak sabar nak baca. Ya, aku sudah rajin membaca novel berbanding membaca blog sekarang. Internet punya pasal la ni. Agak-agak korang, kalau aku tulis buku pasal TNX, PTS nak ke buku jenis macam tu? Hoho..

7. Esok cuti. Aku mahu tidur sepuas hati. Haha.. icon smile Titan, PTS dan Damak

8. Baru je withdraw sedikit duit paypal ke akaun Maybank aku. Saje nak cuba cara nih. Aku malas dah rasanya nak jual duit paypal nih. Baik guna cara yang dikatakan cara yang terbaik nih. Rate 3.2++. Memang rendah. Tapi mungkin ini cara yang lebih selamat untuk mengelakkan kita daripada ditipu oleh para-para scammer..

Ps: Itu sahaja. Aku akan update lagi lain kali. Sangat sibuk..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi tadi, aku sibuk mengemaskan bilik. Mak aku dah bising sejak 2 minggu lepas sebab bilik aku ni bersepah dan tak terurus. Maklumlah, orang bujang. Memang malas nak kemas bilik. Takkan korang tak faham. Jadi, dengan rasa terpaksa aku pun mengemas sikit bilik ni agar lebih kemas dan bersih sikit.

Sedang aku sibuk kemas, aku terjumpa banyak barang lama dalam bilik ni. Maklumlah, sebelum bilik ni jadi bilik bujang, bilik ni sebenarnya stor untuk menyimpan barang. Jadi, banyak gak la barang-barang lama yang aku boleh kategorikan antik berbanding pada zaman sekarang. Ada radio buruk yang masih boleh berfungsi, kipas jenama Nuodi yang masih gagah berpusing, 2 handphone lama yang baterinya tak kong, berpuluh novel-novel yang aku pernah beli, beratus majalah kreko dan arena yang masih cantik tetapi agak berhabuk, satu monitor komputer yang masih boleh digunakan, satu CPU yang menggunakan disket besar untuk bermain games, koleksi kad Dragon Ball sebanyak 3 album, koleksi CD dan DVD anime yang aku kumpulkan sejak aku dibangku kolej lagi, satu printer HP yang masih berfungsi cuma sudah lama tak digunakan dan 1 modem router lama yang pernah aku gunakan untuk melayari internet sebelum aku beli modem yang baru.  Fuhh, banyak betul barang yang masih boleh digunakan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku buang semua benda ni,tapi ada juga barang-barang tu mempunyai nilai tersendiri seperti koleksi Kad Dragon Ball yang mencecah ratusan kad bersinar yang aku kumpul sejak aku berumur 8 hingga 18 tahun. Malah, hingga hari ini, jika aku jumpa kedai yang menjual kad bersinar dragon ball, memang aku akan beli biarpun harga 1 kad adalah RM10.00. Harga termahal kad bersinar dragon ball yang pernah aku beli dulu adalah RM20. Sebab memang cuma ada 10 kad sahaja kad bersinar yang mempunyai gambar Goku sedang buat bola jiwa. Memang susah nak dapat tu. Ada seorang peminat, mahu beli dengan harga RM500. Aku tolak mentah-mentah. Sebab itulah kad pertama yang sangat cantik dan sukar untuk dimiliki. Tapi mungkin aku jualjika mereka menawarkan pada harga yang lebih premium. Haha..

Jadi, barang-barang lain aku mahu buat apa? Mungkin aku akan jual di Mudah.my. Sebab pasaran disana agak bagus terutamanya untuk pasaran tempatan. Aku akui ramai pembeli yang inginkan barang-barang antik dan juga barang terpakai. Mana tahu radio lama kepunyaan abah aku tu ada orang yang berminat hendak membelinya? Sejak aku lahir lagi radio itu berfungsi dan sehinggalah saat ini, radio lama ini masih boleh berfungsi. Siap boleh pasang kaset lagi tu. Bukan senang tu, radio sekarang ada lagi ke yang pakai kaset? Semua main CD dan DVD aje kan? Jadi, mungkin aku akan pasarkan ke Mudah.my sebab ramai orang kata kat situ senang untuk jual barang. Aku pun dah buat survey, memang agak menarik dan aku tahu banyak trafik setiap hari. Ini bermaksud ribuan rakyat Malaysia melayari Mudah.my untuk membeli dan menjual barang. Tapi bagaimana hendak menjual di Mudah.my? Mudahkah?

buatduitdengamudahmy 300x239 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mudah.my


Pada mulanya, aku juga tidak tahu cara-caranya. Tetapi apabila aku dapat nasihat daripada Raja Kamil melalui produknya yang terbaru iaitu Panduan Buat Duit dengan Mudah.my. Aku sangat teruja untuk menjual barang-barang lama dan barang antik yang mampu dijual di Mudah.my. Oleh kerana produk itu berbentuk audio, korang akan dapat dengar dan ulang banyak kali untuk memahami panduan dan tips untuk menjual barang di Mudah.my dengan lebih berkesan sekaligus membantu kita untuk buat duit dengan Mudah.my. Secara jujurnya, banyak info dan tips yang kita boleh dapat daripada pengalaman Raja Kamil melalui audio tersebut. Aku tahu ramai yang sudah berjaya selepas mendengar audio dari Raja Kamil. Pengalaman beliau mendapat RM13000 hasil menjual motosikal di Mudah.my membuatkan ramai orang berminat untuk mula menjual di internet. Malah, ada segelintir daripada mereka mendapat manfaat daripada produk terbaru beliau. Secara jujurnya, ini antara produk audio yang aku boleh katakan sangat membantu pembelinya. Dan jangan risau, jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Mudah.my, korang boleh email Raja Kamil untuk meminta bantuan samada dari segi pertanyaan ataupun nasihat. Insya-Allah, beliau akan membantu.

Dalam produk itu, korang akan dapat..

-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta

Jadi, mungkin korang ada banyak barang yang kat rumah tu nak dibuang, bukan? Apa kata korang jual barang itu di Mudah.my? Jika barang itu rosak sedikit, korang baiki apa yang patut, kemudian dapatkan produk Raja Kamil, baca dan apply semua cara yang ada dalam audio itu dan mula menjual di Mudah.my. Siapa tahu, ada seseorang diluar sana yang berminat untuk mendapatkan barang korang tu? Malah, jika korang merupakan supplier atau pembekal bagi produk-produk kesihatan ataupun korang tokey kedai komputer, korang juga boleh menjual produk korang di Mudah.my. Ini salah satu cara promosi yang bagus untuk kedai korang, bukan? Mana tahu, sales di internet lebih bagus daripada sales offline? Di Mudah.my, anda boleh menjual apa sahaja seperti Kereta, Tanah, Banglo, Produk kesihatan, Barangan elektrik, komputer dan sebagainya. Tapi jangan pula korang hendak jual orang dan dadah atau barang-barang terlarang. Nanti ada yang kena tidur balai jawabnya..

Boleh dapatkan panduan audio itu disini: Panduan Buat Duit dengan Mudah.my

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


1. Aku menulis blog untuk buat duit. Itu sejujurnya. Cuma aku gunakan pelbagai platform untuk buat duit melalui blog dan aku jadikan blog sebagai base atau kubu untuk menjana pendapatan melalui blog network yang telah bina. Setiap blog mempunyai peranan dan misi-misinya tersendiri seperti mencari duit sampingan, menyara hidup, mahu kebebasan kewangan, mahu beli kereta Ferrari, mahu kawin dan sebagainya. Aku yakin, ramai dikalangan korang semua juga pasti begitu. Dan pastinya cara kami semua berbeza dan mempunyai tujuan tersendiri.

2. Aku juga menjadi penulis blog untuk para pembaca. Aku tulis apa yang pembaca dan memikirkan topik yang pelawat mahukan. Jika artikel yang aku karang itu dapat membantu sesetengah daripada korang, itu salah satu daripada siri-siri kegembiraan aku sebagai seorang penulis blog. Biarpun aku cumalah penulis blog separuh masa, tetapi kegembiraan ini membuatkan aku untuk terus menulis dalam blog ini dan blog-blog aku yang lain. Ingat, bukan senang untuk kita menulis untuk kepentingan orang lain. Ianya memerlukan usaha yang berterusan, kreatif, mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kesemua ini boleh dipupuk dengan syarat kita tahu akan resepinya. Ya, resepi untuk menulis blog. Setiap resepi pasti mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan cara memasaknya dan penggunaan perasa atau perencah tertentu.

3. Aku menulis blog juga untuk individu tertentu. Ada sesuatu yang aku perlu buktikan. Mungkin pendirian dan juga perbezaan pendapat yang bercanggah antara penulis blog yang lain. Dan aku cuba buktikan melalui penulisan dan aktiviti blog yang aku lakukan sejak 3-4 tahun yang lalu. Setiap orang ada daya penolak tersendiri dan juga pendirian yang berbeza. Yang penting, kita percaya pada diri sendiri. Tak kisahlah jika satu dunia tidak percaya atau memulau anda, jika kita percaya pada diri sendiri. Itu sudah mencukupi.

4. Aku menulis blog untuk mencari kegembiraan. Ya. Aku sunyi. Sebab kita semua pada mulanya hanya hidup seorang sendiri didunia ini. Sebab itu wujudnya keluarga, hadirnya kawan-kawan, munculnya sahabat, timbulnya haiwan dan serangga, terciptanya internet dan juga blog. Menulis blog merupakan salah satu alternatif untuk mencari kegembiraan. Mungkin ianya mendatangkan hasil yang berbeza dengan blogger yang lain, tetapi jika kegembiraan itu menyenangkan hati aku dan rakan blogger yang lain, itu sudah memadai.

5. Aku menulis blog juga untuk mencabar kemampuan diri. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Cuma aku pasti, ada sesuatu yang berbeza untuk kita didunia ini. Mencari sesuatu yang berbeza dan mempelajari ilmu juga merupakan salah satu tugas kita. Jadi, menulis blog dan mencabar batasan diri pastinya sangat mengujakan. Pastinya ada kawan dan musuh yang hadir. Itu semua rencah dunia blog. Tak ada dunia yang aman damai. Pasti ada kekacauan dimana-mana. Bezanya, bagaimana kita menghadapinya..

Dan banyak lagi sebab-sebab yang mampu membuatkan kita untuk menulis blog. 5 sebab ini merupakan tunjang atau teras aku untuk membantu aku terus menulis blog. Aku yakin, mungkin ada persamaan dengan orang lain atau mungkin juga tidak sama langsung. Jadi, setiap orang pasti berbeza. Jadi, mengapa kamu masih mahu menulis blog? Ceritakan pada aku atau mungkin juga diblog kamu orang semua. Mahukah kamu sahut cabaran yang tidak seberapa ini?

Ps: Internet wat hal lagi. Grrr… icon neutral 5 Sebab Aku Masih Menulis Blog..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011