Pagi ini aku bangun agak awal. Mungkin sebab tertidur awal. Ya, semalam merupakan hari yang agak sibuk dalam keluarga aku sepanjang tahun 2010 ini. Ini kerana kami bersiap dari awal pagi untuk kenduri dan tahlil untuk kes abah dan umrah yang akan bertolak menunaikan umrah pada minggu hadapan. Aku harap aku juga akan pergi ke Tanah Haram itu untuk waktu yang terdekat nanti. Insya-Allah. Memang dah lama aku mahu pergi. Bukan tak ada duit. Tapi aku pasti, bila kena pada masanya, aku akan pergi ke sana.
Aku lihat trend internet marketer kita tak lari dengan internet marketer yang luar dari Malaysia. Semuanya sama sahaja. Baik dari segi pemasaran, sikap dan kemahiran. Kalau berbeza pun, berbeza sikit aje. Tak lari sangat sebab mereka semua masih berpusing dalam tempat yang sama. Dan satu fakta yang tak dapat ditolak, pemberian bonus tak kiralah dalam bentuk hadiah, tawaran, bonus dan yang sama maksud dengannya ketika mempromosikan sesuatu produk merupakan persamaan antara internet marketer tempatan dan internet marketer luar. Aku berani jamin, jika tak ada bonus 90% produk itu takkan terjual walaupun produk itu datangnya dari internet marketer yang tersohor. 10% pula mungkin atas beberapa faktor seperti sifat ingin tahu tentang produk tu, ingin membantu kawan-kawan seperjuangan, sebagai salah satu cara untuk support member, memang produk tu dicari-cari dari dulu lagi dan mungkin juga produk itu mungkin dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalahnya. Tak ada bonus pun tak apa.
Walaupun ini tekaan liar aku, tapi aku sudah perhatikan trend ini sejak aku mula menceburkan diri dalam bidang internet marketer ini. Bab-bab memberi tawaran bonus ni memang mampu menarik perhatian ramai orang. Sampai satu tahap, bonus yang ditawarkan tu nilainya lebih hebat berbanding produk yang dipromosikan itu. Malah, mungkin orang membeli produk itu disebabkan oleh bonus yang ditawarkan oleh IM yang mempromosikan produk tersebut. Aku sendiri kadang-kadang tertarik dengan bonus yang ditawarkan dan biasanya aku akan beli jika bonus itu memang aku yakin akan membantu aku dalam pelbagai perkara. Jadi, salah atau tidak memberi bonus?
Aku tak nak kata cara itu salah atau tidak. Cuma aku mahu ajak kita berfikir. Sampai bila pemberian bonus untuk sesebuah produk itu wajar diteruskan? Bila ada sesebuah cabaran diwujudkan, kita boleh nampak ramai IM berlumba-lumba mempromosikan produk tersebut dengan menawarkan pelbagai bonus yang boleh merambangkan mata orang lain. Dan biasanya cabaran itu akan bertahan dalam 1-3 bulan dan akan ditutup atau mungkin kuota untuk penjualan produk itu hanya untuk angka tertentu. Mengapa pula mesti ada kuota? Bukankah kalau tidak ada kuota, kita boleh dapat lebih banyak jualan? Ya, aku tahu. Mereka ada strategi tertentu dan aku yakin mereka punya sebab tertentu untuk berbuat demikian. Dan banyak perkara yang malas aku nak sebut lagi. Jadi, salah atau tidak memberi bonus, itu hak korang. Jika penganjur sesebuah cabaran kata boleh bagi bonus, haa. Apa lagi, bagi ajela..tapi setakat ni, takde lagi penganjur yang tidak membenarkan kita membenarkan untuk memberi bonus ketika melakukan aktiviti promosi. Betul tak? Setakat ini, tak ada. Sebabnya? Penganjur sendiri dah bagi bonus. Takkan kita tak boleh bagi bonus tambahan plak. Tapi sekali lagi aku mintak kita berfikir, sampai bila kita mahu berterusan begini?
Ini cadangan aku. Tak kesahlah kalau ada yang mahu ikut atau tidak. Cuba bila satu cabaran itu dibuka, kita tak benarkan para promoter untuk berikan sebarang tawaran bonus samada dalam bentuk servis, ebook, produk, wang tunai atau sebagainya? Korang rasa mampu tak para penganjur mencapai sales target yang disasarkan berbanding jika beliau membenarkan promoternya menggunakan bonus ketika promosi? 90% jualan tidak akan berjaya dilakukan. Ini kerana orang kita sekarang sudah dididik dengan tawaran bonus ketika membeli sesebuah produk. Tanpa bonus, mungkin sebahagian besar dari mereka tidak berminat untuk membeli. Lebih-lebih jika produk itu dijual dengan harga yang mahal. Tetapi aku tetap yakin yang internet marketer tetap akan bejaya membuat jualan. Cuma ianya takkan mencapai targetnya. Ini yang berlaku kepada banyak internet marketer yang baru nak melangkah ke dalam dunia IM ini. Dan akhirnya IM yang baru ini akan membuat satu hipotesis yang mana hanya dengan pemberian bonus yang hebat sahaja, jualan akan dapat ditingkatkan dan mampu mencapai sehingga 200% hingga 600%.
Aku bukan nak menghentam. Tapi aku mahu cari jalan alternatif untuk mengubah konsep yang sudah dididik dalam hati orang kita. Pemberian bonus pasti dapat menarik perhatian orang kita untuk membeli. Kalau tak ada bonus, hati akan mula ragu-ragu untuk membeli. Hati takkan tertarik untuk membeli. Kalau sekadar melalui ulasan khas dari IM atau Blogger terkenal atau Otai, belum tentu jualan dapat ditingkatkan dengan maksimum. Ini aku yakin kerana ramai antara kita yang mengakui hakikat tersebut dan pastinya benda ini ada pro dan con dalam sudut yang berbeza. Betul tak? Seandainya memang aku tak dapat cari jalan alternatif untuk pemberian bonus ini, dapatlah aku simpulkan bahawa dengan pemberian bonus ketika menjalankan aktiviti promosi memang dapat meningkatkan jualan dengan semaksimum mungkin. Tak hairanlah hanya dengan satu produk, seorang internet marketer boleh untung dalam 10 ribu hingga 50 ribu. Sebab tu ramai yang kata Internet Marketer ini senang nak buat duit..
Ps: Tengah hari nanti aku balik ke Damak. Hujan pulak pagi-pagi nih..Mak aku kata nak masak ikan goreng dengan sambal belacan. Fuhh, kalau ada petai sekali. Memang hari ini merupakan salah-satu hari-hari indah dalam hidup aku. Hehe..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















