Petang tadi, selepas pulang dari tempat kerja. Terus aku menuju ke rumah dan membuka tv. Ada benda yang menarik-narik aku untuk melihatnya. Tak silap tekaan aku. Dalam masa 5 minit, Lee Chong Wei akan bermain dalam final badminton Sukan Komenwel yang ke 16 di New Delhi, India. Lawannya..aku tak berapa ingat. Tapi macam orang India tetapi mewakili England. Pendek cerita, Lee Chong Wei menang dengan bergaya walaupun pada permulaan permainan beliau ketinggalan 1-6 kepada pemain England tersebut. Sekali lagi, tahniah kepada Lee Chong Wei sebab menjadi Johan dan pemenang pingat emas dalam edisi Sukan Komenwel kali ini. Mungkin ini antara kenangan termanis bagi beliau pada tahun 2010 ini.
Selepas itu, pemain bergu kita Koo kee kiat dan Tan Boon Heong pula berlawan dengan pemain England. Pendek cerita, bergu kita menang lagi dan lagu Negaraku berkemundangan sekali lagi untuk emas yang ke 12. Aku yakin yang bergu ini akan berjaya menjadi johan dan mengikut jejak langkah Lee Chong Wei. Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ini Lee Chong Wei dan Koo Kee Kiat/Tan Boon Heong merupakan ranking pertama dalam dunia samada dalam single atau double.
Kemudian, aku tunggu pula untuk lihat Wong Mew Chu pula yang akan berlawan dengan Santia, pemain India yang merupakan satu-satunya yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara badminton. Seperti yang aku duga, Mew Chu tewas dengan kehebatan Santia. Aku dapat agak kerana aku sempat lihat permainan Santia ketika separuh akhir dulu. Beliau sangat tangkas dan pantas. Malah, pukulan smashnya juga agak laju, suka mengejar bola satu gelanggang dan bijak mengawal keadaan yang dalam satu ketikanya berjaya membuatkan Wong Mew Chu hilang arah, terutamanya pada set yang ketiga. Tak ada apa yang aku dapat kata, tapi aku ucapkan tahniah kepada Wong Mew Chu kerana menghadiahkan kepada negara pingat perak. Jika beliau bermain lebih agresif dan tidak menghadapi masalah kecederaan, aku yakin dia akan jadi pemain no.1 dunia dalam acara single dan beliau pernah duduk dalam ranking tersebut buat satu ketika. Cuma tidak lama seperti Lee Chong Wei..
Dan aku teringat permainan badminton yang aku main malam tadi di Dewan Kampung Baru. Aku dapat pasangan baru untuk liga baru ini. Seperti biasa, kami akan diundi untuk menentukan pasangan masing-masing. Dan aku gembira kerana pasangan aku ini agak hebat dan kami baru sahaja menang game pertama kami dalam liga ini. Masih ada lima game yang perlu kami harungi untuk jadi juara liga dan biasanya selepas itu kami akan bermain dalam permainan kalah mati untuk mencari johan kedua. Dan biasanya kami semua akan mencari kemenangan demi kemenangan untuk mencari juara berganda. Aku pernah jadi juara liga tapi belum pernah lagi juara berganda.
Aku dah lama main badminton. Sejak kecil lagi. Aku pun tak tahu yang sukan ini begitu popular untuk masa sekarang. Dulu aku main kerana abah aku selalu ajak aku dan adik-adik aku main badminton didepan rumah pada waktu petang. Kemudian, terpilih pula untuk wakil sekolah masa darjah 6 cuma team sekolah kami kecundang dalam pusingan awal. Sempat juga aku jadi team sekolah masa tingkatan 5 ketika bersekolah di Subang Jaya, dan alhamdulillah, kami berjaya jadi Johan Berpasukan peringkat daerah dan zon. Selepas itu, aku masih bermain badminton ketika di Matrikulasi. Cuma atas karenah politik dan birokrasi, aku dan beberapa kawan aku yang agak terer tak terpilih mewakili Matrikulasi. Bengang pun ada tapi nak wat camana, rezeki tak ada. Ketika di UMS, pun takde rezeki ketika pemilihan untuk wakil UMS ketika aku ditahun pertama. Semua yang datang, budak cina sahaja. Yang melayu, adalah dalam 3-4 orang termasuk aku. Kesudahannya, menang kami yang melayu ni tak dapat nak counter geng-geng budak cina. Diorang memang lebih hebat dan aku terpaksa mengaku walaupun aku menang lawan seorang pemain cina tu. Cuma aku tak ada rezeki. Itulah adat bersukan. Kalau tak dapat, jangan wat muka seposen. Muka kena tenang aje..dan akhirnya ketika bekerja selepas hampir 2-3 tahun bersara sekejap dari dunia badminton, aku bermain semula dan terlibat dengan liga-liga kecil di Jerantut dan Damak. Kira ok gak la. Bukan selalu. Ternyata, jodoh aku dengan sukan Badminton ni agak rapat sehingga ke hari ini..
Mungkin korang rasa aku macam merepek tentang badminton. Tapi inilah hakikatnya. Hidup aku dengan sukan badminton memang agak susah nak dipisahkan. Andai kata maut menerpa, mungkin saat itu aku terpaksa menggantung raket tu..
Ps: Korang masih main badminton?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














