perkhidmatan | EarnCent.com


Archive for the 'perkhidmatan' Category


Sebenarnya, beberapa hari yang lepas aku telah buat satu ujikaji yang mudah. Aku rasa ramai yang dah tahu kita boleh withdraw duit dalam akaun paypal kita ke akaun bank tempatan. Aku dah set 2 akaun bank tempatan kat akaun paypal aku. Satu akaun Maybank dan satu akaun Bank Islam. Akaun Maybank untuk aku running modal untuk internet an Bank Islam tu untuk simpanan aku. Aku dah tetapkan bila ada untung, 50% daripada keuntungan tu akan aku asingkan dan akan aku transfer ke akaun Bank Islam. Manakala lagi 50% dan modal, akan aku pusingkan kembali untuk modal beli domain, hosting, beli ebook, beli software dan sebagainya. Itu yang aku buat setiap bulan dan alhamdulillah, setakat ini berjalan dengan lancar. Korang pun boleh buat begitu. Kalau tak, sampai bila kita nak belajar menyimpan duit, kan?

15 haribulan iaitu 3 hari yang lepas, aku request untuk withdraw 100 dollar dari akaun paypal ke akaun Maybank aku. Ini modal pusingan aku untuk bulan depan. Aku dah siap awal-awal.  Apa benda yang aku nak buat, tak perlulah aku cerita. Biasanya untuk modal domain dan hosting aku tu. Termasuklah promosi punya modal. Dan dalam masa 3 hari iaitu hari ini, memang pemindahan duit tu dah berlaku dari Paypal ke Maybank aku. Rate dalam RM3.2++ untuk 1 dollar. RM3 akan ditolak jika bila kita withdaraw tu kurang dari RM400. Tak ada masalah bagi aku sebab itu rate yang berpatutan bagi aku. Jadi, itulah kesudahan bagi ujikaji simple aku tu. Ternyata, dalam 3 hari proses pemindahan duit paypal tu dah berjaya. Sebelum ini, ada yang ambil masa 1 minggu dan ada yang ambil masa 4 atau 5 hari. Ini kali pertama ianya ambil masa dalam 3 hari. Bagi aku, itu sudah cukup bagus dan setakat ini aku suka dengan apa yang berlaku antara pihak Paypal dan Maybank serta bank-bank tempatan yang lain. Aku yakin, korang juga punya pengalaman yang sama bukan? (Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.)

paypalmaybanktransaction


Lupa. Ada kawan aku bertanya bila kita orang lepak tadi. Maklumlah, jumpa kawan lama. Semua tanya pasal kerja, pasal kawin, pasal anak dan benda-benda biasa bagi orang dewasa ni. Sekali masuk cerita bab kerja, member aku tanya. Dia tahu aku ada blog dan selalu juga melawat blog ni. Dia tanya aku pasal pemindahan Paypal ke Maybank. Boleh percaya atau tidak. Bila aku cerita pengalaman aku setelah beberapa kali aku buat pemindahan dari Paypal ke Maybank, barulah beliau percaya. Mamat tu memang bukan jenis boleh terima pendapat atau penerangan seseorang melainkan jika dia betul-betul percayakan seseorang. Mungkin aku ni dia boleh percaya, sebab tu dia tak banyak soal. Dia lebih banyak mendengar dan tanya apa yang penting. Dan last sekali, soalan cepu emas dari beliau, dia tanya aku camana nak dapat banyak duit kat akaun paypal. Dia nak tahu. Amboi. Direct punya soalan sampaikan kawan-kawan aku yang lain pun turut bertanyakan soalan yang sama.

Aku cuma jawab, aku belajar dari internet. Aku banyak membaca. Aku banyak beli ilmu. Aku banyak praktikkan ilmu yang aku dapat samada secara percuma ataupun berbayar. Itu sahaja dan kemudiannya aku ceritakanlah sikit-sikit tentang program seperti Google Adsense, Nuffnang, TLA, TNX, blogging, affiliate program, E-bay dan sebagainya. Untuk buka minda dan tarik perhatian kat dunia baru ni. Bagi aku, tak salah kita promosikan dunia blogging ni. Jika makin ramai yang tertarik, bukankah dunia yang kita terokai ni akan jadi lebih meriah? Mencipta peluang baru dan mencari rakan baru di internet akan menjadi lebih meriah bukan? Insya-Allah, jika kita tumpukan perhatian, berusaha memperbaiki diri sendiri, sentiasa berfikiran terbuka, memang kita akan dapat apa yang kita mahukan. Pada tahun 2003, itulah titik tolak aku sebelum aku terjun dalam dunia internet yang tanpa sepadan ini. Tahun 2005, aku mula mengenal blog dan website. Tahun 2006, aku mula membeli domain pertama aku dan kini 2010, aku sudah mempunyai rangkaian blog tersendiri dan mempunyai produk seperti Panduan Rajapayloadz, Panduan VCC, Panduan Shareasale, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX. Bagi aku ianya bagai satu mimpi. Tetapi aku akur, ini semua hasil daripada tindakan dan plan yang aku laksanakan. Tanpa sebarang tindakan, memang aku takkan dapat apa-apa.

Ps: Kawan aku kata, aku hebat. Mampu bahagikan masa untuk buat semua ini. Dalam hati aku berkata” kita semua hebat. Asalkan kita mahu capai apa yang kita mahukan. Pendek kata, semua itu terpulang pada kita. Tindakan kita.”

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Mungkin anda semua belum kenal Din Beramboi kan? Ini bukan Din Beramboi yang pelawak kat TV tu tau..ini adalah Din Beramboi usahawan internet.

Aku dah kenal dia lama dah..sejak dia mula-mula buat bisnes internet. Din Beramboi mula buat bisnes internet sejak tahun 2006 lagi dan sekarang, boleh dikatakan pakar dalam perniagaan internet. Macam mana aku boleh kenal dia? Sebab dia antara pengunjung setia blog aku nih dan dia jugak adalah junior aku dalam bidang Geology. Persamaan kami berdua, kami tak memilih untuk jadi Geologist, tetapi minat kami cenderung dengan mencari pendapatan melalui platform internet. Nak buat macam mana, rezeki kami lebih dalam bidang ini. Jadi, kami fokus pada mana yang memberikan pendapatan yang lumayan. Alhamdulillah..

Ada banyak juga ebook pernah ditulis oleh Din Beramboi ni dan antaranya ialah Rahsia Pro Affiliate, Rahsia USD10 Setiap Hari, 5 Langkah Utama Dalam Perniagaan Internet dan Panduan Nuffnang. AKu pernah review kebanyakkan produk Din Beramboi ni. Itupun kalau korang masih ingatlah. Semuanya aku dah baca dan memang bagus-bagus belaka.

Tapi sekarang ini, Din Beramboi dah tak buat ebook kerana sedang fokus pada suatu bisnes. Dan terbaru, beliau ingin menganjurkan Personal Coaching percuma untuk semua. Kalau korang berminat nak belajar dari Din Beramboi, full time usahawan internet ini, jangan lepaskan peluang ini. Bukan satu tau. Ada 3 jenis personal coaching!

Apakah Personal Coaching yang akan diberikan oleh Din Beramboi?

1. Personal Coaching membina blog.

- Cara-cara setup blog blogspot dan wordpress (domain .com)
- Cara-cara membuat post
- Cara-cara menukar themes
- Cara-cara memasukkan plugins
- Cara-cara SEO kan blog
- Cara-cara monetise blog

dan sebagainya..complete pakej tentang blog yang perlu anda tahu.

2. Personal Coaching Google Adwords

- Cara-cara setup akaun adwords
- Cara-cara mendapatkan kupon adwords
- Cara-cara memasukkan keyword terbaik
- Cara-cara mengkaji keyword

dan sebagainya tentang adwords.Complete pakej tentang google adwords yang perlu anda tahu.

3. Personal Coaching Marketing melalui Facebook

- Tips 5 minit paling Sakti dalam Facebook marketing
- Teknik Viral Marketing di Facebook
- 12 teknik marketing di Facebook secara percuma
- Facebook ads

Ini sahaja Personal Coaching yang di tawarkan oleh Din Beramboi secara PERCUMA.

Berminat?

Jika anda berminat untuk mendapatkan service personal coaching percuma ini, ada satu syarat yang harus anda lakukan. Syaratnya adalah, anda perlu mendaftar dulu di laman web ini.

Gi sini >>  www.panduanbisnes.com/pcoaching

Bisnes tersebut adalah bisnes Vemma yang tengah meletop-letop sekarang ni. Anda perlu join bisnes tersebut dulu. Jangan risau, Din Beramboi akan guide anda dari 0 hingga berjaya.

Di samping anda belajar membina blog, google adwords dan facebook marketing, lagi best jika anda boleh dapat income lumayan dari bisnes Vemma ini. Din Beramboi merupakan salah seorang leader di Vemma iaitu berpangkat Diamond Leader. Jadi, jika ada yang masih tak faham cara nak buat duit dengan vemma ni, bolehlah cuba mendapatkan personal coaching ini dan belajar dari beliau. Mana tahu, korang mungkin berpeluang untuk menjadi seorang leader Vemma seperti beliau.

Dah ramai orang Berjaya di bawah dia..antaranya Star Platinum Mohd Sadik, Platinum Roshaimi, Diamond Siti Husna, Diamond Zaily dan ramai lagi.  Mungkinkah korang akan menjadi leader yang seterusnya?

Sekarang Din Beramboi membuka peluang ini untuk anda pula. Daftar segera dan anda akan dapat personal coaching secara PERCUMA.

Rujuk sini >> www.panduanbisnes.com/pcoaching atau boleh tanya terus kat email beliau ni

Untuk pengetahuan korang, Din Beramboi ni antara salah seorang yang bijak mengambil peluang dan pintar mengeksploitasi sumber dan ilmu yang beliau belajar. Aku bukan nak memuji sangat mamat ni. Tapi dia bermula dari bawah. Aku masih ingat lagi ketika beliau bertanyakan pada aku macam-macam. Tanya itu dan ini. Sekarang, lihat? Bukan sahaja dah berjaya dalam bisnes Vemmanya, tetapi sudah berkahwin! Aku aje belom kahwin-kahwin lagi. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini agak bosan. Nak buat kerja pun rasa macam hendak atau tak nak sahaja. Jadi, aku pun pergi ke Youtube untuk mendengar lagu dan cari video-video yang menarik hati untuk dibaca, diperhati, ditonton dan didengar. Bukan apa, aku bukan suka sangat video-video ni, tapi kalau ada video yang berjaya menarik hati aku, itu maknanya video itu sangat menarik. Ingat, bukan senang hendak buat satu video yang menarik hati kita untuk menontonnya sehingga saat terakhir. Betul tak?

Jadi, macam mana kita hendak buat satu video yang menarik untuk tatapan seluruh dunia? Ya. Jika kita lihat video di Youtube.com atau Metacafe.com, aku yakin yang video tersebut berpotensi untuk dilihat oleh satu warga Bumi. Tapi nak menghasilkan video yang bagus dan menarik hati orang untuk melihatnya, itu bukan satu kerja yang mudah. Mahukah korang aku cadangkan satu panduan yang membantu korang untuk menghasilkan video yang mampu menarik hati ramai orang sekaligus mampu buat duit dengan video tersebut?

Ya. Itu jawapannya kan? Jadi, aku mencadangkan korang boleh memiliki Panduan Youtube yang dikarang oleh Saudara Zamri Nanyan dan tidak lupa untuk menonton video tutorial tentang Panduan Youtube untuk membantu korang menghasilkan video yang mampu menarik perhatian ramai orang untuk mengunjungnya. Sekaligus, korang akan belajar bagaimana untuk menghasilkan video yang mempu “menjual” atau mampu menghasilkan pendapatan untuk korang. Pastinya, ramai yang akan tertarik setelah korang menonton 14 video yang dibuat khas untuk pembeli Panduan Youtube tersebut. Tidak dapat aku nafikan, ianya sangat menarik dan memang akan membantu korang. Jika dulu korang memang bebal bab-bab Youtube ni, aku rasa lepas ni, korang boleh menarik lafaz lega dan tersenyum memikirkan cara-cara untuk mencipta pendapatan dengan lebih lumayan. Ya, ada 1001 cara untuk mendapatkan pendapatan melalui video dan panduan daripada buah tangan Zamri ini akan membantu korang melaksanakannya.

panduanyoutube

panduanyoutube1


Benar. Korang akan tahu dari mula sampai habis. Maksudnya,korang akan belajar macam-macam termasuklah  dari mula korang daftar Youtube, korang akan diajarkan cara bukak, cara untuk promosi, menyunting video,  nak download video youtube, upload video youtube yang diubahsuai dan sebagai. Betul, ianya tidaklah sesukar mana. Bagi aku panduan dan video tutorial itu sudah sangat membantu jika korang berminat untuk menghasilkan video yang bagus, vide yang menjual dan sekaligus video yang mampu menghasilkan wang untuk korang. Jadi, sekarang korang dah tahu panduan dan video mana yang akan mengajar korang untuk buat duit dengan video. Yang tinggal cumalah untuk memiliki panduan dan video tersebut. Aku rasa harga yang ditawarkan juga sangat murah dan korang semua mampu memilikinya. Ingat 14 video. Bukan senang nak buat 14 video tutorial seperti yang dihasilkan oleh Zamri Nanyan. Jadi, ambil kesempatan ini dan dapatkannya dengan segera sebelum harga naik semula.

Boleh rujuk disini >> PanduanYoutube.com

Ps: Em..aku pun kena belajar juga cara-cara nak buat duit dengan Youtube ni. Memang sangat menarik aku rasa. Rugi kalau aku tak belajar. Jadi, korang macam mana. Tak mahu belajar jugak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Petang tadi, baru aje aku pulang dari Jerantut. Semalam aku tiba lewat dalam jam 3 petang. Borak-borak dan aku ambil keputusan untuk berehat dalam bilik. Aku pasang laptop, setting blog-blog untuk projek tnx, upload pakai theme dan plugin pakai filezilla. Buat apa yang patut, open torrent, open mega toolbar dan download cerita korea, kemudian aku tertidur sampailah jam 6.30 petang. Itupun mak aku dah amok sebab aku sibuk tidur kat bilik cam anak dara. Nak buat macam mana, aku dah penat. Kena pula cuti lama sikit. Pulak tu, kena balik kampung kejap melawat Tuk Wan aku. Jadi, ikut ajelah. Lagipun dah lama abah dengan mak tak lawat Tuk wan aku tuh. Harap-harap Tuk Wan aku sentiasa sehat sentiasa. Hehe..

Berita baik yang aku terima sejak aku pulang ke Banting ni, mak abah aku nak gi umrah bulan 6 nanti. Diorang ajak aku ingat nak ajak aku pergi. Tapi memandangkan aku sibuk dengan kerja aku, diorang urus diam-diam bab umrah tuh. Bila dah confirm, barulah dibagitahu aku. Itupun semalam baru aku tahu. Tapi niat dihati, kalau ada rezeki, memang aku nak pergi umrah dalam waktu yang terdekat ni. Nak jejak Bumi Mekah dan Madinah. Salah satu impian aku adalah menjejakkan kaki aku ke tanah haram tersebut. Mudah-mudahan makbul. Insya-Allah..

Tadi, sempat aku wat personal coaching dengan seorang kawan aku. Perempuan. Dia bawak adik laki dia sekali sebab adik dia tu pun nak belajar gak. Ini yang aku kata aritu sampai nak putus sahabat tu. Yelah, aku dengan dia nih dah lama tak jumpa. Seingat aku, paling last aku jumpa dia masa raya tahun 1997. Itupun sebab aku beraya ke rumah dia. Kalau tak, jangan harap dia nak raya rumah aku.Maklumlah, budak perempuan masa tu bukannya tahu rumah kawan-kawan laki diorang. Kita orang aje budak laki yang gatal mencari rumah-rumah budak perempuan. Dulu masa darjah 6, aku menyalahgunakan kuasa aku sebagai ketua kelas untuk mencuri-curi lihat alamat rumah budak-budak perempuan yang satu darjah dengan aku. Dari situlah aku dapat nombor telefon rumah dan alamat rumah diorang. Dan dari situ jugaklah aku tau nama bapak dan datuk diorang. Jadi, aku ada senjata untuk membalas jika budak-budak ni main ejek-ejek nama bapak aku. Macamlah korang tak tahu, dulu kan diorang ni suka main ejek-ejek nama bapak, kan? Termasuklah aku. Tapi sekarang aku dah insaf. Percayalah..

Jenuh gak nak menerangkan kat budak nih. Yelah, dia ada pengalaman menulis blog. Tapi kat blogspot. Bila aku terang bab wordpress, memang sengugut budak ni datang baliklah. Kacau bilau dibuatnya bila dia tanya aku macam-macam. Adik dia kool aje. Dia tanya apa yang penting-penting aje. Akak dia pula yang lebih-lebih tanya memacam. Nak buat macam mana. Dia bayar maa. Aku jawab ajelah setiap soalan yang dia nak tahu hatta, macam mana nak cari theme wordpress yang cun-cun dan plugin yang bagus untuk blog wordpress nih. Termasuklah tips nak dapat ranking alexa tinggi, nak cari trafik, nak cari keyword, pemilihan niche yang sesuai dan sebagainya. Dekat 3 jam jugaklah. Dari jam 8 malam sampailah 11 lebih. Pastu, diorang baliklah sebab aku sendiri halau diorang balik.

Esok, diorang akan datang balik untuk sessi revision. Maksudnya, aku nak dia buat sekurang-kurangnya satu blog dan beberapa artikel dan cari sendiri theme yang dia mahu. Cara install blog wordpress pun aku dah bagitau. Jadi, aku suruh dia study balik, esok tunjuk kat aku step by step. Memang nampak remeh aje, kan? Tapi bagi mereka yang memang tak tahu apa-apa ni, memang satu benda yang menyengalkan. Bab-bab asas ni, jangan buat main. Kalau korang tak tahu, memang menyusahkan hidup. Tapi sekali korang tahu, korang dah cukup syarat untuk pergi dengan lebih jauh. Aku yakin ada yang sependapat dengan aku yang mana, kita mesti kuasai bab-bab asas seperti hosting, domain, wordpress, coding dan sebagainya. Tahu benda nih, korang dah boleh start untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Selebihnya, terpulang pada korang untuk mencorakkannya.

Personal Coaching ni sebenarnya untuk TNX. Tapi esok baru aku ajar budak berdua nih pasal TNX. Yelah, kalau bab blog pun kantoi, susah jugak nak attack program TNX nih. Tak kena syarat, memang susah nak dapat 10 dollar sebulan. Tapi aku yakin dia boleh sebab dia dapat Straight A dalam UPSR dan PMR. SPM, ada yang lompang. Haha..tak pernah aku menang dengan dia kalau bab pelajaran ni, tapi kalau bab lain, mungkin ada peluang nak pintas. Contohnya kalau bersukan atau bab Internet ni. Dia ni kira budak baik jugaklah.Aku ni kira nakal sikit-sikitlah. Haha..

Cukup. Esok sambung lagi. Mata dah kuyu dah nih.. :|

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Drapes
-----------------------------