Archive for the 'percuma' Category


[audio:04 SAUJANA - Suci Sekeping Hati.mp3]

Hari ini, aku cuma nak beritahu korang satu perkhidmatan percuma yang telah dilakukan oleh salah seorang blogger lokal kita. Aku kira korang sudah kenal beliau bukan? Namanya adalah Yazid Yahaya. Salah seorang IM yang aku kira baru dan masih banyak peluang untuk memajukan diri. Aku kira dia boleh pergi dengan jauh jika dia fokus dan rajin berusaha. Yazid juga merupakan seorang student dan menjadikan internet sebagai medium mencari pendapatan sampingan. Umur dia muda lagi. Rina, diya, catzer, kakeru, Nr Yummie, riku dan gadis muda yang lain, jika berminat untuk berkenalan. Leh la email Yazid nanti yek..

Ok. Yazid ada memberikan peluang jika ada antara korang semua yang berminat untuk menghantar kepada beliau sebarang bentuk artikel yang berkaitan dengan perniagaan, tips-tips perniagaan, perkara menarik tentang perniagaan atau segala apa yang berkaitan dengan perniagaan. Di akhir artikel korang, korang leh wat backlink ke blog atau website korang. Ini adalah salah satu cara untuk dapat backlink yang bagus dan promosi untuk diri korang dan perniagaan korang.

Jika korang ada artikel untuk dikongsikan atau ada apa-apa yang hendak dipromosikan dan ianya berkaitan dengan perniagaan, aku kira korang leh hantar artikel tersebut. Untuk pengetahuan korang, artikel yang korang hantar itu akan diletakkan di blog Yazid iaitu JuniorIM.com. Bila artikel itu dipaparkan, aku tidak tahu. Yazid akan tentukan atau itu bergantung pada perbincangan anda dengan beliau.

Aku akan cuba hantar 2-3 artikel pada beliau nanti. Cuma sekarang belum ada masa terluang untuk menulis sesuatu. Kang aku cite pasal perempuan, takde kene mengena plak dengan perniagaan. Tak pasal-pasal kene reject aje plak.

Itu sahaja dari aku pada hari ini. Sebenarnya, ini memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Yazid dapat artikel yang bagus untuk blognya, manakalau si penulis artikel dapat berpeluang mempromosikan blog dan business mereka di blog Yazid. Bagi aku tidak salah dan ianya percuma untuk berbuat demikian. Selalunya, kalau ada orang nak letak artikel diorang kat blog aku, aku memang akan kenakan caj. Tapi di blog Yazid, korang tak perlu bayar apa-apa. Ianya percuma!

Ok. Sebarang artikel korang tu leh dihantarkan ke juniorim [at] yahoo.com

** Sila gantikan [at] kepada @

Maklumat lanjut tentang perkara ini. korang leh baca dekat blog Yazid. Leh contact terus melalui email yang aku beritahu dan diskuslah apa yang patut nanti. Sementara masih percuma, korang leh la hantar artikel sekarang.

Lagu: Suci Sekeping Hati - Saujana

Ps: Harap maklum. Ini adalah artikel berbayar.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak share dengan korang satu lagi Panduan yang agak bagus untuk bacaan korang. Sebelum tu, aku nak tanya sesuatu, korang tahu tak apa itu autoresponder? Jika tak tahu, korang kene dapatkan bahan bacaan ini.

banner Panduan Setup Getresponse Percuma!


Ok. Korang tahu tak apa itu Getresponse? Ok. Getresponse menawarkan perkhidmatan autoresponder kepada sesiapa yang berminat menggunakan mereka dengan harga yang agak berpatutan setiap bulan. Aku yakin ramai yang masih tidak tahu kegunaan dan perkhidmatan Getreponse ini dan cara-cara nak setup setiap kempen autoresponder yang korang hendak buat. Betul tak?

Jadi, jika korang ada masalah itu, apa kata korang download Panduan Getreponse ini. Ini juga salah satu produk terbaru Mazlie Nazri. Korang kenal tak mamat ni? Tak kenal? So, sekaranglah masa berkenalan dengan beliau. Caranya, korang baca panduan Getresponse ini dan dalam masa yang sama, berkenalanlah dengannya.

Benar. Panduan ini adalah percuma. Downloadlah sekarang!

Ps: Aku baru je tengok Hause. Haha, House berjaya kenakan ramai orang hari ini..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak sentuh tentang masalah berhutang dikalangan blogger dan webmaster. Tak kurang jugak dapat aku katakan bahawa ini masalah kronik dan global rakyat Malaysia. Aku berani jamin hampir 80% setiap rakyat Malaysia yang masih bernafas mempunyai hutang sama ada hutang itu adalah hutang kad kredit ke, hutang pinjaman rumah ke, hutang kereta ke, hutang PTPTN ke, hutang pinjaman perniagaan atau hutang bank dan pelbagai hutang yang aku malas nak sebut kat sini. Itu lum termasuk hutang mas kawin atau hutang belanje kawin atau hutang along bukit beluntung..

So, dari segi penyelesaian. Apakah langkah yang kau orang wajar buat untuk menjawab persoalan hutang ini? Adakah anda masih meneruskan aktiviti berhutang ini sehingga tua atau anda ada alternatif sendiri untuk menyelesaikannya?

Secara jujurnya, aku juga mempunyai beberapa hutang yang perlu diselesaikan. Jangka masa adalah dalam tempoh 2-3 tahun ini. Aku yakin hutang itu akan habis dan tak mustahil untuk hutang baru akan timbul. Tapi aku akan usahakan agar ianya tidak terjadi berdasarkan plan jangka masa panjang yang telah aku rangka pada tahun akhir di UMS dahulu. Harap-harap tak ada perubahan dalam tempoh terdekat ini. Jadi, korang plak bagaimana? Adakah korang sudah merancang atau masih belum buat apa-apa? Jika belum buat apa-apa, apa kata korang berfikir sejenak sekarang.

Ya, aku tahu sesetengah orang ada caranya sendiri dan aku juga faham setiap orang ada masalah masing-masing yang sukar untuk diselesaikan. Jadi, apakah cara untuk membantu menyelesaikan hutang anda? Aku suggest 2 cadangan sahaja.

1. Jika korang dah kerja. Berjimat dan buat kerja sampingan.
2. Jika korang adalah perempuan. Kahwinlah dengan orang yang gaji bulanannya 4-5k ke atas.

Jika korang tergolong dari golongan pertama, nasihat aku. Usahalah sampai tulang belakang korang sakit dan juga kurangkan makan gula. Maksud aku, jaga kesihatan. Jika korang sakit, hutang tak leh bayar dan jika dah kawin, korang cuma akan menyusahkan keluarga korang aje. So, jaga diri dan kurangkan makan. Makan bila lapar dan biasakan minum air suam banyak-banyak. Bila kita sehat, kita leh cari duit banyak-banyak dan langsaikan hutang kita. Lepas tu, nak kawin pun sonang. Bapak mertua pun tak pening kepala nak bagi anak dara diorang kat kita. Betul tak??

Jika korang tergolong dari golongan kedua, aku nasihatkan. Ikut aje cakap aku. Cintailah suami korang yang mempunyai banyak harta dan mampu menyara korang. Zaman sekarang, jika kau tak ada duit, jangan haraplah ada perempuan hendakkan engkau. Fakta ini aku sudah kaji sejak aku mengenali perempuan. Pengalaman dari darjah enam mengajar aku. Serius, jarang betul budak perempuan nak keluarkan duit dulu berbanding kita kalau kuar dating atau belanje makan.

Dan satu lagi fakta, bukan perempuan itu hina kerana memandang duit. Tapi lelaki kene ingat. Korang sudah hidup zaman 2k, bukan zaman 1k. Zaman sekarang, semua tentang duit. Tanpa duit, pilihan raya pun tak leh ON tau. Ceramah malam-malam pun tak leh ON. Tanpa duit, bakal bapak mertua reject korang. Tanpa duit, korang tak leh beli kereta mercedes atau perdana. Pegawai Polis pun takkan bekerja tanpa gaji dan sebagainya.

Jadi, jika kau kata duit itu tidak penting dan tidak menerima hakikat kepentingan duit, aku yakin ada urat saraf yang rusak di kepala otak manusia itu. Kesimpulannya, perempuan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan duit. Itu hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Jangan sangkal lagi hujah aku ini. Jika kau sayang itu perempuan, duit bukan lagi masalah buat korang kan? So, carila duit banyak-banyak untuk perempuan kesayangan korang. Dan perempuan, jika tidak mahu berhutang. Carilah CEO syarikat atau anak menteri atau anak raja. Insya-Allah, terjamin masa depan korang sehingga beberapa keturunan..

Ok. Cukuplah hujah yang ringkas dari aku. Aku tak berniat nak pergi dengan lebih jauh. Cuma mahu berkongsi sesuatu tentang hutang. Aku ada hutang dan aku sendiri aku cuba membayarnya. Tapi jika aku mati, kewajiban untuk membayar hutang itu jatuh kepada ahli keluarga aku. Biarpun aku tahu mak bapak aku mampu bayar hutang aku. Tapi aku tak nak diorang bayarkan. Cukuplah diorang bagi aku duit untuk belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti. Aku tak tau dah berapa ribu depa labur. Tapi aku yakin, hasilnya pasti membanggakan. Itulah aku. Hehe..

Last perkataan, jika ada hutang. Bayar. Jangan bagi alasan. Jika kau orang sanggup mati dengan berhutang. Pastikan korang buat wasiat suruh keluarga bayarkan. Kalau tidak, akibatnya lu pikir sendiri la!

Ps: Hutang PTPTN aku tinggal sikit je lagi. Yeye..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Yael Naim - New Soul.mp3]

Seperti tajuk diatas, aku akan bincangkan satu lagi cara buat duit dengan menggunakan blog. Jika korang ada blog, manfaatkan penggunaannya sehingga tahap maksimum. JIka tak mampu 100%, buatlah 10% dulu. Aku yakin ramai yang sudah nampak potensi blog bukan?

Ok. Hari ini kita akan cerita tentang Matched.co.uk. Apa itu Program Matched?

Apa yang korang tahu tentang program Matched ini? Ini bukan website sosial ataupun website MLM. Ini satu lagi peluang untuk kita buat duit melalui blog. Secara mudahnya, Matched membayar kita setelah kita meletakkan iklan dari Matched selama 1 bulan. Selepas tempoh itu, kita akan menerima bayaran daripada mereka dalam bentuk Pound Sterling. Bukan dollar amerika atau ringgit malaysia. Lumayan bukan?

Ok. Aku list step by step bagaimana nak buat duit dengan program Matched ini. Mudah tapi jika korang pandang sebelah mata, ianya akan 1001 kali lebih susah berbanding korang jual karipap kat pasar malam.

- Register di site Matched.co.uk. Ianya percuma.
- Setelah isi borang dan confirmkan apa yang patut, login akaun korang.
- Sila submit blog anda. Lebih afdal jika blog english. Tapi melayu pun okey!
- Maximum, boleh hantar 5 blog.
- Satu blog, boleh hantar 5 link blog pages atau 5 link blog post.
- Maksimum link adalah 25 link.
- Satu link post yang diapproved oleh advertiser bernilai 3 Pound Sterling.
- Korang cuma boleh dapat duit jika ada advetiser beli link di blog korang.
- Selepas link blog korang diapproved, ambil code dan paste di blog masing2.
- Cukup sebulan, diorang akan bayar ke akaun Paypal korang.
- Jika korang tak buang code tu, diorang akan bayar untuk bulan seterusnya.

So, ini sedikit tips dan panduan dari aku. Walaupun tak perfect, tapi aku yakin ianya akan membantu korang. Kerana apa? Sebab aku dah pun berjaya dapat duit dari program Matched ini. Serius, aku tak tipu koranglah. Ingat aku kaki perempuan tipu ke? Ok. Tak caya gak?

paymentmatchedlamadp8.th Edisi Siasat: Buat Duit dengan Matched


Aku dah dapat payment sebanyak 2 kali dan serius, aku yakin aku akan dapat bayaran untuk bulan-bulan yang akan datang. Salah satu report rahsia aku adalah tentang program Matched ini. Nantikan Pakej ES102 - Power of Blogging pada bulan Ogos nanti. Haha..ada banyak edisi siasat tentang bagaimana aku wat duit dengan blog dalam pakej terbaru aku itu! Dan harga dia berpatutan dan tak membebankan.

paymentmatched2fy6.th Edisi Siasat: Buat Duit dengan Matched


paymentmatched1et4.th Edisi Siasat: Buat Duit dengan Matched


Ok. Itu sahaja untuk kali ini. Aku tahu ramai yang tertanya-tanya nanti dengan program Matched ini. Dan aku yakin ada gak antara korang yang tak puas hati dengan aku sebab bongkarkan program ini. Pedulik apa aku. Aku dah lama kaji benda nih dan akhirnya ianya terbukti membayar membernya. Jadi, jika korang nak buat duit, aku sarankan program ini. Nasihat terakhir aku, korang kene ada blog english untuk support korang. Blog melayu ok gak, tapi nak tarik perhatian advertiser tu kureng sikit la..

Jom join Program Matched sekarang >> www.Matched.co.uk

Ps: Sudah Dua kali aku dapat bayaran 4 angka tau dari Program Matched ni. Tak caya sudah la..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011