Yap. Mak aku sakit perut + demam. Rasanya dia salah makan agaknya. Mak aku kata, doktor kata dia salah makan. Tapi seingat aku, malam tadi ok ajer. Siap boleh gelak-gelak lagi. Tapi bila aku bangun tidur, aku tengok mak aku dah lembik semacam ajer. Gi urut dan picit kaki beliau kejap. Dia rasa lega sikit. Tapi sakit perut mak aku macam tak surut walaupun abah aku dah bawak mak aku gi jumpa doktor. Jadi, mahu tak mahu, aku mengharapkan mak aku boleh tidur agar dia tak rasa sangat sakit tuh. Biasanya, kalau aku kena sakit perut, memang aku akan cuba untuk tidur. Supaya aku dapat rehat dan aku tidaklah rasa sakit sangat menahan kesakitan perut tu dengan harapan bila bangun tidur, sakit tu boleh reda sikit.
Sekarang ni, mak aku masih lagi terbaring. Tapi petang tadi, mak aku sempat lagi bangun dan tengok cerita kegemarannya kat TV2. Cerita Cina tu. Aku lupa nama tajuknya. Ada perkataan “princess” rasanya kalau tak silap aku. Itu memang cerita yang dia takkan miss sejak kebelakangan nih. Dan aku pun temankanlah beliau sebab dah lama aku tak temankan mak tengok cerita yang dia suka. Aku pun suka tengok cerita tu, cuma selalu aje miss. So, mak akulah yang akan cerita balik kat aku kalau aku tak faham jalan cerita Cina nih.
Dan satu lagi yang aku, adik laki aku dan abah aku terpaksa hadapi. Kita orang tak merasalah masakan mak hari ini. Kiranya mak aku cuti memasak hari ini. Dan semua orang lelaki dalam rumah ni terpaksalah masak sendiri apa yang ada kat peti sejuk. Kul 11 tadi, mak aku suruh aku gi cari bubur ayam McD. So, aku gi beli. Last-last, bila dah beli, dia makan dalam 2-3 sudu aje. Lepas tu, sakit perut terus attack. Memang virus sakit perut ni tak bagi peluang langsung mak aku nak makan bubur. Terus mak aku baring semula dan cuba untuk tidur. Aku tahu, kalau mak aku kena sakit camgini, memang dekat seminggu gaklah abah aku berlapar makan nasi yang mak aku masak. So, aku harap mak aku cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi. Sakit hati gak tengok mak aku tertunduk-tunduk menahan sakit..
Ps: Ya, aku jarang cerita tentang mak aku. Jadi, hari ini, aku ceritalah sikit dan aku nak bagitahu korang, aku sayang mak aku. Haha, aku tahu ada orang akan kata aku sewelke poyo ke atau bengong. Lantaklah, sebab aku tahu, ada orang yang benci mak dia, ada orang yang tak pernah dapat jumpa mak dia, ada orang takut cakap dengan mak. Tapi aku ada mak. Jadi, Aku sayang mak aku..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















