Archive for the 'pengiklanan' Category


Beberapa hari ini aku tak berapa sihat. Ada aja benda yang menganggu samada dari segi kesihatan ataupun pekerjaan aku sekarang. Memang menjadi masalah biasa kalau kita bekerja dalam sektor kerajaan nih. Ada sahaja cabang masalah yang sukar kita elak dan pastinya kita kena tahu untuk menghadapi masalah itu dengan bijaksana. Tak boleh nak main hentam kromo aje. Ada cara penyelesaiannya yang perlu kita ikut dan patuh. Hoho..

Seperti yang kita maklum, esok kita mungkin akan berpuasa dan aku harap aku akan dapat menunaikan rukun Islam ini dengan jayanya tanpa miss satu hari pun. Walaupun dah tak dapat upah 1 ringgit 1 hari seperti waktu kanak-kanak dulu, aku tak kesah. Sebab itu bukan yang aku hendak. Aku akur yang aku insan lemah dan perlukan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang penuh dengan ranjau dan duri. Jadi, aku harap aktiviti pada bulan ramadan tahun 2010 ini akan lebih berfaedah berbanding pada tahun-tahun lepas. Tak ada lagi meriam buluh dan mercun das atau mercun padi kesukaanku..

puasaramadan 300x280 Titan dan Ramadan 2010


Aktiviti memburu duit raya akan terus aku lakukan melalui blogging, aktiviti “internet marketing”, update Panduan TNX 3.0 , penulisan e-book baru dan sebagainya. Aku harap bulan ini aku akan ada lebih banyak masa untuk menguruskan aktiviti aku dengan pengisian yang lebih berbeza. Tidak ada lagi blog walking yang keterlaluan, tidak lagi main GAME yang mengasyikan dan akan kurang menghabiskan masa di forum Carigold, DP atau Wangcyber dan sebagainya. Bukan tak nak pergi. Pergi, tapi akan kurang dari biasa..

Facebook? Itu sudah menjadi salah satu aktiviti tetap aku sekarang sebab aku lebih kepada membuat ujian demi ujian dalam siri-siri promosi untuk beberapa program yang aku pilih. Harap dapat keputusan yang memberangsangkan. Aku yakin aku akan dapat lebih daripada yang aku sangkakan. Insya-Allah. Aku berusaha, aku berharap dan aku mahu ianya dimakbulkan..

Ada banyak cara untuk membuat pelaburan yang baik dan menguntungkan. Selain pelaburan emas, pelaburan di ASB, AS1M, ASM dan sebagainya, satu lagi pelaburan yang penting kita lakukan adalah pelaburan terhadap diri kita sendiri. Kita juga boleh kata pelaburan dari segi ilmu dan tindakan. Apa yang kita belajar dan apa yang kita dapat, kita praktikkan untuk kita tinjau dan lihat hasilnya. Ilmu tanpa amal, tidak akan memberikan kita hasil yang mengagumkan. Jadi, gunakan apa yang kita belajar, gunakan segala ilmu yang ada dalam ebook-ebook yang kita belajar termasuklah ebook Panduan TNX ke, Ebook Tim Bekker ke, Ebook Minta kerja kerajaan ke, Ebook Panduan Paypal ke Ebook nak cepat beranak ke..dan sebagainya. Janji kita usahakan, tawakal, berdoa dan buat seadanya. Insya-Allah, akan ada hasil yang akan menyusul. Allah itu adil kepada setiap hamba-hambanya..

Well, selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga kita semua dapat penuh berpuasa pada tahun 2010 ini. Insya-Allah..

Oklah. Aku akan cuba post lagi esok atau lusa..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Kali ini aku cuma hendak update satu lagi payment bulanan yang aku dapat setiap bulan. Memang tak banyak untuk akaun ni, tapi aku harap yang aku akan dapat buat lebih banyak duit dengan program Text Link Ads ini. Lagi banyak yang aku dapat, lagi banyaklah benda yang aku boleh beli. Haha..

Ada yang bertanya, susah sangat ke program TLA ini? Hanya blogger-blogger tegar sahaja ke yang boleh buat duit dari program ni? Yang baru belajar ni tak boleh buat duit ke? Susah sangat ke nak sampai level tu? Ke program ni hanya memilih blogger-blogger yang hebat aje untuk program Text Link Ads ni. Dan banyak lagi rungutan yang aku terima bila ianya berkenaan dengan program keramat ini.

textlinkadsjuly2010 300x129 Komisen ke 31 dari Text Link Ads


Ya. Jika korang kata ianya susah. Memang susah. Jika korang kata hanya blogger yang tegar sahaja boleh buat duit dari program ni? Jawapannya memang YA! Ini kerana hanya blogger tegar sahaja mampu bertahan dengan kekangan dan persaingan yang sengit dalam program TLA ini. Yang baru belajar? Boleh buat. Sebab semua blogger tegar pun bermula dengan zero knowledge tentang program ini. Nak sampai level tersebut? Tak susah. Kita cuma perlu belajar dan belajar daripada pengalaman kita tu. Jangan mudah putus asa dan hilang fokus. Program TLA memilih? Of Course! Mereka sangat ketat memilih blog-blog yang layak untuk advertiser kesayangan mereka. Jika tidak, hilanglah kredibiliti dan kepercayaan advertiser kepada TLA. Yang pasti, jika korang ada blog yang mempunyai pagerank yang mantap seperti PR3 dan ke atas, korang sudah layak untuk menghantar blog-blog korang untuk diluluskan di marketplace TLA. Pada tahap ini, korang cuma tunggu advertiser yang kaya raya tu untuk berminat dengan blog PR3 korang tu. Mesti punya ada jerung dan ikan paus yang berminat punya. Cuma tinggal tunggu aje..


Rungutan lain?

Ada. Banyak. Ada yang kata benda ni sangat menyusahkan. Memanglah menyusahkan. Ingat senang ke nak buat duit? Bersusah-susah dulu, baru kita bersenang-senang kemudian. Dan tak mustahil, ada kerja yang bagi kita duit yang lumayan hanya dengan kerja 1 minit sahaja. Jika blogger tegar yang lain boleh buat, boleh capai tahap itu, mengapa kita tidak boleh? Sekurang-kurangnya kita jangan putus asa dan tidak mahu berusaha. Even orang buta pun berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuap nasi. Inikan kita yang sihat walafiat. Sepatutnya kita bersyukur sebab ada ramai lagi orang yang tak makan berhari-hari disebabkan oleh pelbagai faktor yang tidak dapat diduga.

Leh join TLA di sini > Program Text Link Ads

NAsihat aku, jika nak buat duit, kita kena fokus. Kemudian kena usaha sungguh-sungguh melalui plan tindak ikut yang kita rancang dulu. Lakukan dengan strategi yang smart. Insya-Allah, bukan takat TNX dan TLA aje, banyak lagi program yang akan membuahkan hasil. Hehe..

Ps: Komisen ke 56 dari TNX dah pun dapat. Esok lusa aku share dengan korang..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Panduan Paypal. Aku yakin ramai yang mahu tahu tentang paypal dan tidak salah aku katakan semua orang yang mahu menceburi bidang blogger dan internet marketer ini seharusnya mempunyai akaun paypal. Jika kita tanya pada pemain e-bay, paypal merupakan perkara wajib yang perlu mereka fahami dengan terperinci sebelum bermain dalam arus E-bay. Jika tidak, pasti mereka kecundang dalam e-bay jika cetek ilmu dalam ilmu jurus paypal dan e-bay.

Mengapa kita harus ada akaun paypal? Perlukah? Wajibkah? Tidak sampai wajib. Tetapi, ianya seumpama menambah satu lagi akaun bank sahaja. Jika korang ada akaun Maybank, akaun Cimb, Akaun Bank Islam dan sebagainya, tidak salah rasanya jika korang menambah satu lagi akaun bank bukan? Ya, buka satu akaun maya iaitu akaun Paypal. Ianya adalah percuma dan sangat mudah untuk dikendalikan biarpun korang benar-benar bebal tentang paypal. Tidak percaya? Korang harus dapatkan panduan paypal terbaru yang ditulis oleh Smartzul. Aku yakin, apa yang beliau tulis itu pasti dapat membantu mereka-mereka yang masih tidak faham apa itu paypal dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan paypal akan terjawab. Semuanya terpulang pada korang. Mahu belajar atau tidak.

4-5 tahun dulu. Atau boleh aku katakan waktu itu aku masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Sabah. Aku sudah kenal apa itu Paypal dan aku tahu apakah kegunaannya. Tapi yang aku tidak tahu ialah cara nak transfer duit ke bank-bank di Malaysia dan cara pada waktu itu sangatlah sukar iaitu hanya dengan melalui debit kad. Dan tak ada debit kad yang boleh aku gunakan untuk menyelesaikan masalah aku itu. Selalunya, aku jual duit paypal aku kepada sesiapa yang berminat. Jadi, masalah pengeluaran duit dari akaun paypal ke akaun bank di Malaysia sudah terjawab dengan munculnya banyak bank-bank yang memberi kerjasama dengan syarikat Paypal termasuklah Maybank.

Satu lagi bab yang penting dalam perihal paypal ini adalah pengesahan akaun paypal. Kita memerlukan kad debit atau kad kredit atau VCC untuk membuat pengesahan akaun paypal kita. Dan kini sudah lahir banyak kad-kad debit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia yang boleh kita gunakan untuk membuat pengesahan akaun paypal kita. Panduan asas paypal yang ditulis oleh Smartzul ini akan menerangkan lebih lanjut tentang isu ini dan korang akan tahu cara untuk mengesahkan akaun paypal korang dan korang juga mesti tahu pantang-larang Paypal sebelum masuk ke dalam dunia ini.

Berminat? Boleh miliki Panduan Asas Paypal disini >> Panduan Asas Paypal

Sebelum aku lupa, bukan sahaja korang boleh tahu asas tentang paypal dan cara untuk mengeluarkan wang terus ke akaun bank korang. Tapi korang juga akan diberitahu tentang 13 cara tentang buat duit dengan akaun paypal. Ya, 13 cara dan korang boleh penuhkan akaun paypal korang dengan duit-duit paypal dari cara tersebut. Menarik bukan?

300x250 Panduan Asas Paypal

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi ini aku bangun agak awal. Mungkin sebab tertidur awal. Ya, semalam merupakan hari yang agak sibuk dalam keluarga aku sepanjang tahun 2010 ini. Ini kerana kami bersiap dari awal pagi untuk kenduri dan tahlil untuk kes abah dan umrah yang akan bertolak menunaikan umrah pada minggu hadapan. Aku harap aku juga akan pergi ke Tanah Haram itu untuk waktu yang terdekat nanti. Insya-Allah. Memang dah lama aku mahu pergi. Bukan tak ada duit. Tapi aku pasti, bila kena pada masanya, aku akan pergi ke sana.

Aku lihat trend internet marketer kita tak lari dengan internet marketer yang luar dari Malaysia. Semuanya sama sahaja. Baik dari segi pemasaran, sikap dan kemahiran. Kalau berbeza pun, berbeza sikit aje. Tak lari sangat sebab mereka semua masih berpusing dalam tempat yang sama. Dan satu fakta yang tak dapat ditolak, pemberian bonus tak kiralah dalam bentuk hadiah, tawaran, bonus dan yang sama maksud dengannya ketika mempromosikan sesuatu produk merupakan persamaan antara internet marketer tempatan dan internet marketer luar. Aku berani jamin, jika tak ada bonus 90% produk itu takkan terjual walaupun produk itu datangnya dari internet marketer yang tersohor. 10% pula mungkin atas beberapa faktor seperti sifat ingin tahu tentang produk tu, ingin membantu kawan-kawan seperjuangan, sebagai salah satu cara untuk support member, memang produk tu dicari-cari dari dulu lagi dan mungkin juga produk itu mungkin dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalahnya. Tak ada bonus pun tak apa.

Walaupun ini tekaan liar aku, tapi aku sudah perhatikan trend ini sejak aku mula menceburkan diri dalam bidang internet marketer ini. Bab-bab memberi tawaran bonus ni memang mampu menarik perhatian ramai orang. Sampai satu tahap, bonus yang ditawarkan tu nilainya lebih hebat berbanding produk yang dipromosikan itu. Malah, mungkin orang membeli produk itu disebabkan oleh bonus yang ditawarkan oleh IM yang mempromosikan produk tersebut. Aku sendiri kadang-kadang tertarik dengan bonus yang ditawarkan dan biasanya aku akan beli jika bonus itu memang aku yakin akan membantu aku dalam pelbagai perkara. Jadi, salah atau tidak memberi bonus?

Aku tak nak kata cara itu salah atau tidak. Cuma aku mahu ajak kita berfikir. Sampai bila pemberian bonus untuk sesebuah produk itu wajar diteruskan? Bila ada sesebuah cabaran diwujudkan, kita boleh nampak ramai IM berlumba-lumba mempromosikan produk tersebut dengan menawarkan pelbagai bonus yang boleh merambangkan mata orang lain. Dan biasanya cabaran itu akan bertahan dalam 1-3 bulan dan akan ditutup atau mungkin kuota untuk penjualan produk itu hanya untuk angka tertentu. Mengapa pula mesti ada kuota? Bukankah kalau tidak ada kuota, kita boleh dapat lebih banyak jualan? Ya, aku tahu. Mereka ada strategi tertentu dan aku yakin mereka punya sebab tertentu untuk berbuat demikian. Dan banyak perkara yang malas aku nak sebut lagi. Jadi, salah atau tidak memberi bonus, itu hak korang. Jika penganjur sesebuah cabaran kata boleh bagi bonus, haa. Apa lagi, bagi ajela..tapi setakat ni, takde lagi penganjur yang tidak membenarkan kita membenarkan untuk memberi bonus ketika melakukan aktiviti promosi. Betul tak? Setakat ini, tak ada. Sebabnya? Penganjur sendiri dah bagi bonus. Takkan kita tak  boleh bagi bonus tambahan plak. Tapi sekali lagi aku mintak kita berfikir, sampai bila kita mahu berterusan begini?

Ini cadangan aku. Tak kesahlah kalau ada yang mahu ikut atau tidak. Cuba bila satu cabaran itu dibuka, kita tak benarkan para promoter untuk berikan sebarang tawaran bonus samada dalam bentuk servis, ebook, produk, wang tunai atau sebagainya? Korang rasa mampu tak para penganjur mencapai sales target yang disasarkan berbanding jika beliau membenarkan promoternya menggunakan bonus ketika promosi? 90% jualan tidak akan berjaya dilakukan. Ini kerana orang kita sekarang sudah dididik dengan tawaran bonus ketika membeli sesebuah produk.  Tanpa bonus, mungkin sebahagian besar dari mereka tidak berminat untuk membeli. Lebih-lebih jika produk itu dijual dengan harga yang mahal. Tetapi aku tetap yakin yang internet marketer tetap akan bejaya membuat jualan. Cuma ianya takkan mencapai targetnya. Ini yang berlaku kepada banyak internet marketer yang baru nak melangkah ke dalam dunia IM ini. Dan akhirnya IM yang baru ini akan membuat satu hipotesis yang mana hanya dengan pemberian bonus yang hebat sahaja, jualan akan dapat ditingkatkan dan mampu mencapai sehingga 200% hingga 600%.

Aku bukan nak menghentam. Tapi aku mahu cari jalan alternatif untuk mengubah konsep yang sudah dididik dalam hati orang kita. Pemberian bonus pasti dapat menarik perhatian orang kita untuk membeli. Kalau tak ada bonus, hati akan mula ragu-ragu untuk membeli. Hati takkan tertarik untuk membeli. Kalau sekadar melalui ulasan khas dari IM atau Blogger terkenal atau Otai, belum tentu jualan dapat ditingkatkan dengan maksimum. Ini aku yakin kerana ramai antara kita yang mengakui hakikat tersebut dan pastinya benda ini ada pro dan con dalam sudut yang berbeza.  Betul tak? Seandainya memang aku tak dapat cari jalan alternatif untuk pemberian bonus ini, dapatlah aku simpulkan bahawa dengan pemberian bonus ketika menjalankan aktiviti promosi memang dapat meningkatkan jualan dengan semaksimum mungkin. Tak hairanlah hanya dengan satu produk, seorang internet marketer boleh untung dalam 10 ribu hingga 50 ribu. Sebab tu ramai yang kata Internet Marketer ini senang nak buat duit..

Ps: Tengah hari nanti aku balik ke Damak. Hujan pulak pagi-pagi nih..Mak aku kata nak masak ikan goreng dengan sambal belacan. Fuhh, kalau ada petai sekali. Memang hari ini merupakan salah-satu hari-hari indah dalam hidup aku. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011