Archive for the 'payperpost' Category


Apa khabar anda semua hari ini? Sihat? Hari ini aku ada banyak perkara yang hendak buat dan agak sibuk sikit. Nak download banyak benda dan torrent aku agak penuh hari ini. Ada 6 file yang aku tengah download dan mungkin malam nanti baru habis separuh. Ada software dan video yang aku download. Apa yang aku download? Biarlah rahsia..

Baik. Aku dapat beberapa pertanyaan dari kawan-kawan aku tentang buat duit melalui posting atau dari forum. Benarkah betul-betul boleh buat duit. Senang sahaja jawapan aku. Memang boleh buat duit kalau tahu caranya. Antara salah satu cara yang memang aku akan cerita dekat sini adalah. Adab berposting. Jika korang posting hanya sebab untuk dapatkan duit. Bagi aku itu tidak salah. Tapi mesti mematuhi beberapa kriteria untuk posting tak kiralah untuk paid blog atau paid posting. Di sini aku ceritakan sedikit point-point penting untuk posting sama ada untuk paid blog atau paid posting. Mungkin ada sedikit persamaan.

Posting untuk Paid Blog

1. Ada beberapa sahaja Paid Blog yang popular. Macam Reviewme, Payperpost dan Blogsvertise. Siapa ada Kontera atau blogcharm dan macam-macam lagi. Pun boleh pakai. Ini antara Paid Blog yang bagus dan memang aku dah terima bayaran daripada mereka.

2. Mesti ada adab. Tidak boleh spamming. Sebab apa? Memang korang tak akan dibayar jika buat useless topic dan spamming. Benda-benda atau gambar lucah tidak boleh sama sekali even untuk naikkan hits dan traffic sekalipun. AKu ulang sekali, Tidak Boleh !

3. Mesti ikut peraturan yang diorang nak. Jika Reviewme cakap kena 4 paragraph. Mesti buat lebih dari 4 paragraph. Apa yang diorang nak, kita buat lebih daripada apa diorang minta. Automatic diorang akan bayar jika post kita bagus. Jika post kita tunggang-terbalik atau english yang kita pakai macam budak darjah 1. Aku pun tak dapat tolong. Sebab kadang-kadang post aku pun kena reject. So, normal.

4. Jangan menipu dengan buat lebih account atau apa-apa yang berkaitan dengan menipu. Jika kena detect. Korang tak leh buat duit lagi dengan company tu melainkan korang tukar nama dan tukar IP address korang. Even korang Mask atau hide IP. Diorang boleh detect kalau diorang rajin. Kalau diorang malas, korang selamatlah..

5. Mesti ada akaun Paypal. Wajib. Tak ada. Aku minta maaflah. Sah-sah tak boleh buat duit dengan Paid Blog kalau tak ada Paypal. Mesti ada dan kalau boleh, diwajibkan verify paypal tu. Pakai je VCC. Dapat verify untuk 1 tahun. Baru 15 dollar aje maa harga VCC. Pasaran gelap, boleh dapat 5 dollar aje VCC..

6. Tambahan. Jika korang ada adsense atau bidvertiser. Korang boleh letak kat blog korang. Ini salah satu side income untuk blog korang. Siapa kata trafik blog tidak bagus. Kadang-kadang kita leh dapat banyak valid klik dari blog berbanding website atau forum. Sebab apa? Di blog, kita boleh cerita lebih spesifik berbanding di forum. Tapi dari segi trafik, hanya forum yang bagus sahaja mampu dapat trafik yang lebih 1 juta..

Cukuplah sampai sini sahaja tips yang aku rasa tak seberapa ramai yang tahu. Mungkin ada yang tahu. Tapi sampai sekarang tak pernah buat-buat lagi. Ramai yang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog. Tak apa. Aku faham. Sebab dulu pun aku tak tahu dan sekarang. Aku dah tahu dan memang aku berjaya buat duit melalui blog.

So, untuk penerangan ringkas tentang posting Paid Posting. Aku akan sambung esok. So, harap korang leh tunggu esok. Aku tahu ramai yang nak tahu cara-cara nak buat paid posting dan macam mana nak dapat offer posting di banyak forum.

Ps: Laparnya. Lama lagi ke berbuka..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


dsc00089xj7.th Aku Ponteng Puasa?

Korang makan Tom Yam Tak? Aku Agak sibuk sedikit hari ini. Tak banyak yang aku boleh bicarakan. Aku akan post beberapa program yang menjadi kegemaran dan program baru yang aku sertai setelah aku balik dari UMS. Agak penat dan sejak bulan Puasa bermula ni, aku selalu nak tidur saja. Apalah agaknya sindrom yang aku kena ni. Aku kena buat sesuatu ni. Walaupun aku tahu aku boleh mengubahnya. Cuma aku malas sahaja. Hehe..

Ok. Baru saja dapat beberapa offer dari Blogsvertise dan Payperpost. Dah pun buat semua post yang diperlukan. Aku pun dah complete beberapa post dekat 3,4 forum yang aku join dulu. Harap-harap dapat payment secepat mungkin. Ada benda yang aku hendak buat dengan duit tu. Hari ini dapat 2 payment kecil. Bolehlah, sape nak bagi kan? At least setiap hari ada duit masuk. Ada 10 usd satu hari pun dah kira hebat tau tak kalau berinternet ni. Jangan tak dapat duit langsung sudah. Itu sudah kes berat tu..

Sekali lagi kawan aku mempersoalkan tentang perniagaan internet. Benarkah boleh buat duit? Kalau setakat 3-4 ratus sahaja sebulan. Baik tak payah buat. Memanglah tak payah buat kalau korang dah kaya. Kalau orang yang tahu nilai duit. Tak adanya tolak rezeki kalau tahu cara nak buat duit. Masalahnya korang ni semua tahu ke tak cara nak buat duit? Jangan asyik cakap tak pakai mulut aje. Kang ada yang makan garam lebih 1 kilo karang. Aku dah cakap dari mula lagi. Benda macam ini. Tak semudah yang korang sangka. Aku pernah dapat beberapa ratus sehari pun sebab aku dah usaha dekat 2-3 tahun memahami selok belok pertempuran dalam dunia internet ini. Semua ini indah jika korang tahu macam caranya nak mendalami cara buat duit dari internet. Pokoknya, korang tahu atau tidak?

Kalau nak tanam pokok. Mesti ada adabnya kan? Mesti beli benih. Mesti ada cangkul. Mesti ada racun serangga. Mesti ada bajanya. Mesti buat ikut turutan. Bilangan tanah pasir, tanah gambut dengan baja mesti ada kiraannya tersendiri kan? Pokoknya mesti faham dan tahu. Tak ada jalan short cut. Kalau tidak, pergi ajelah kerja kilang. Cari kilang swasta. Gaji pun dekat seribu apa kalau dah lebih 6 bulan bekerja. Lagi untung kalau korang buat overtime. Ini kerja bukan fulltime. Aku pun buat separa masa sahaja. Tak ada daya nak buat fulltime memandangkan aku pun ada kerja lain. So, fikirlah bulat-bulat..

Okla. Apapun, selamat berpuasa. Jangan ada yang minum air paip sudahlah. Teringat zaman aku kecik2 dulu. Ponteng puasa minum air paip. Kalau aku tahu, aku minum sirap bandung ka, makan pizza ka..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Apa berita gembira yang aku hendak kongsikan bersama korang? Berita pertama adalah tentang Majlis konvokesyen yang akan berlaku pada 2-4 September di Universiti Malaysia Sabah tak lama lagi. Aku akan berangkat pada 24 August dan akan balik ke bilik ini pada 8 September. Kenapa aku balik lambat? Aku ada masalah dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Kalau nak dikirakan, tinggal beberapa hari sahaja aku kan berambus ke universiti aku. Dan 16 Ogos ini aku akan ada temuduga dengan KPLI. Gemuruh gak aku. Ini first time aku join temuduga dengan government. Tak tahu macam mana. Hentam sajalah labu!

1 lagi berita Gembira. Semua masalah yang aku cerita semalam dah setel. Cuma hari ini nak buat confirmation sahaja. Dan duit aku dah masuk dekat Maybank dan bakal dapat 3 payment kecil di Paypal aku hari ini. Tadi baru masuk beberapa dollar di E-gold. Alhamdulillah. Sape nak bagi kan? Terimalah seadanya sebab aku kerja pun tak tentu sangat. Kadang-kadang rajin. Kadang-kadang malas. Beginilah lumrah hidup orang kerja sendiri. Tapi bagi aku, kerja tetap mesti ada..

Ok. Aku perkenalkan satu cara untuk dapat duit dari Paypal. Aku pasti ramai yang nak dapat duit dari paypal kan? Aku syorkan satu sahaja forum. Tak perlu banyak2. Kalau tak korang semua jadi gila nak posting .Better fokus pada 1 forum sahaja. Aku dah dapat payment 2 kali dari forum ini. So, better korang cuba sebelum terlambat. 1 post sama dengan $0.04-$0.05. Minimum payout adalah $3 dollar sahaja. Cara nak withdraw duit? PM admin sahaja. Bagitahu nak keluarkan duit dan jangan lupa bagitahu admin akaun paypal korang. Setakat ini. Tak ada masalah dan aku baru sahaja request payment dari admin. Nanti aku post dekat sini payment yang aku dapat. Janji? Insya-Allah..

Ini nama website dia. Forum Webadebts.com[ Kik sini untuk pendaftaran percuma ]
Satu perkara penting sebelum korang boleh buat duit dengan posting dekat forum Webadebts ni. Korang kena aktifkan membership korang. Free. Tak payah bayar 1 cent. Macam mana? Ikut cara ini.

Lepas aktifkan link yang diorang bagi kat email masa korang register dekat forum ini. Pergi ke bahagian userCP kat atas sekali. Lepas dah masuk bahagian userCP, cari link Group member. korang akan nampak Register user dan Paid user. Sahkan pada Paid user dan setiap kali korang posting. korang akan nampak nilai bertambah.

So. Mulakan sekarang. Selalu setiap 2 hari aku akan withdraw. Ini hari ke 7 aku join forum ini. Jangan terlambat dan jangan kata aku tak beritahu korang. Ini salah satu forum yang membayar member dia posting. Topic posting pun mudah2 sahaja. Tak payah risaulah. Join aje sekarang!

Lupa. Webadebt akan bayar menggunakan Paypal. Bukan E-gold. Harap maklum.

Ps: Bakal dapat payment dari Blogsvertise hari ini dan Webadebs forum dan hyipforum.us jugak. Bolehlah. Rezeki posting dan Blogging.

Pss: Aku kene tulis 1 karangan mengapa aku memilih profession Guru. Korang agak, apa aku nak tulis? Pening dah kepala otak aku ni..

Psss: Satu video khas untuk “seseorang” Hehe..




Nasi Lemak. I’m on way..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku cerita lagi pasal trafik. Mengapa aku tekankan sedikit tentang trafik ini? Adalah sebabnya. Takkan nak beritahu korang. Rahsia. Aku nak share sedikit cara-cara aku dapat unique visitor atau pendatang asing berlesen ke blog aku ini. Kalau korang perhatikan, hits yang masuk ke blog aku ini. Bukan hits atau impression semata-mata. Mostly adalah datang dari alamat IP yang berbeza dan ini bermaksud dari komputer yang berbeza. Sebelum ini aku ada cerita tentang cara-cara nak dapatkan traffik kan? Aku bongkar salah satu dua rahsia aku pada korang. Baca betul-betul benda ni. Tak ada sessi ulangan kali ke lapan belas.

Aku beli trafik. Dan sekarang. Aku menjual trafik. Siapa nak beli? Aku jual. Berapa? Aku tak nak letak harga. Tapi paling nomad pun, sediakan 6usd dalam paypal atau e-gold. Aku akan buatkan blog korang akan ada traffic unique visitor seramai 3000 orang yang berbeza. Berminat tak? Berminat. Boleh Order dekat button comment aku lepas ini. Jangan berebut. 5 usd tu harga promosi. Harga akan dinaikkan jika korang lambat sangat. Tak nak tak apa. Ramai lagi nak beli dengan aku. Tapi aku tak galakkan sape2 ada akaun adsense. Jangan wat keja ni sebab bila tiba-tiba traffik blog atau forum korang naik. Automatic Team Adsense akan syakwasangka tahap Gaban dengan akaun korang. Bukan tak boleh. Ada caranya. Tapi harga kene naiklah. Nak? Hehe. Takde, aku bagi free caj punye pada korang.

So. Cukup hal pasal beli traffik. Aku cuma nak promosi sahaja perkhidmatan aku. Nanti aku buat satu butang page khas untuk beli traffik. Boleh order dari situ. Apa2 order lepas ni. Sila buat dekat butang comment hanya dekat post ini sahaja.

Adbux. So, apa kaitan dengan traffic. Salah satu cara untuk aku promosi website aku. Aku membayar dengan adbux untuk promosi blog aku ini. $0.23 untuk 50 unique visitor. Percaya tak? Kalau nak tahu macam mana nak promosi website guna Adbux. Korang boleh register dekat website dia. Free sahaja nak register. [Register ADbux]

Macam mana cara nak promosi website atau blog dengan Adbux? Ada 2 cara.

1. Bayar pakai paypal
2. Bayar pakai balance dalam akaun Adbux korang. Kiranya bayar pakai point la..

Aku cerita cara yang kedua sebab cara yang pertama tu. Korang leh tahu sebaik sahaja korang register dan cari butang advertise. Dan boleh terus bayar untuk beli traffic atau beli unique visitor. Cara lain. korang boleh kumpul point atau cent yang kita ada dalam akaun adbux.

50 visitor $0.0045 $0.23 (accaunt balance only)
100 visitor $0.0045 $0.45 (accaunt balance only)
500 visitor $0.0045 $2.25 (accaunt balance only)
Ok. Ini antara jadual dia. Korang boleh faham kan? Tapi aku dengar ada orang cakap, kita boleh buat duit dengan adbux kan?

Ya. Memang boleh. Korang akan dibayar berdasarkan click. Maksudnya, korang tekan satu iklan, korang dapat $0.01 atau $0.0045 atau $0.015. Bergantung pada berapa banyak iklan yang ada. Malam tadi aku klik ada 7 iklan aktif. So, aku dapat 24 cent lebih. So, aku guna duit atau point tu untuk promosi menggunakan adbux.

Andai kata korang nak dapatkan duit jugak. Korang boleh terus klik dan klik sehingga sampai $10. So, boleh withdraw direct ke akaun paypal korang. Berminat? Kalau berminat boleh join adbux di link yang telah disediakn di atas. Berita baik. Kalau korang ada aktif downline yang register bawah korang. Apa yang diorang dapat, korang pun akan dapat. jika korang dapat $1 dalam akaun hari ini. Korang pun akan dapat $1 dikreditkan dalam akaun korang. Itu contoh aje. Macam malam tadi. Aku dapat 24 cent. So, upline aku pun dapat 24 cent. So, ini antara cara nak promosi cara percuma tapi menggunakan cara yang berbayar. Korang faham ke apa aku cakap ni? Tak faham, baca balik semula. Aku tulis bahasa melayu baku ni..

Cukuplah untuk post hari ini. AKu dapat terlalu banyak job malam tadi. Lebih 5 job dan semua dah masuk dalam Paypal. Alhamdulillah. kebanyakkan job bernilai $1 hingga $5. Semua masuk paypal dan aku akan withdraw hujung minggu ini..

Ps: Penat sangat N.. Abg nak tidurla..

Pss: Kalau nak beli trafik. Boleh contact terus dari YM aku. Add : titaniumhijau

Hidup seindah suria. Yang Membawa cahaya..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011