Archive for the 'payperpost' Category


Hari ini aku agak sibuk sebab lepas subuh terus aku kene hantar adik aku gi kelang dan aku mendapat arahan dari abah aku pukul 6 pagi masa aku tengah syok buat posting dekat beberapa forum. Terus terbantut kerja posting aku dah aku siap2 mandi dan jalan jam lapan. Genap 1 jam aku sampai ke kelang dan kene tunggula pulak sampai jam 10 pagi. Untuk tidak membuang masa aku beli 1 majalah Kreko, 1 surat khabar kosmo dan 1 surat khabar berita mingguan. Lepas tu lepak dekat kedai mamak makan roti telur sama teh ais..






Balik dr Kelang, aku sambung posting kejap dalam 2 jam. Check paypal dengan maybank dan review sikit beberapa job baru. Tak sampai 10 minute aku tertidur di katil ranjang aku..

Itulah kisah aku siang tadi. Best tak? Huhu..rutin aku sejak 2 minggu ni, jadi drebar mak dengan adik-adik aku. Tak apa. Buat amal untuk keluarga sendiri. Dosa banyak kan? Kenalah buat pahala sikit..

Ok. Korang nak dapat tak CD atau DVD Ubuntu PERCUMA? Betul. Aku bagi percuma je. Tapi bukan aku yang bagi. Aku cuma bagi info secara percuma sahaja. Tapi korang leh dapat percuma. Macam mana?

Korang pergi kat sini >> http://shipit.ubuntu.com

Tapi sebelum itu. Korang kene register jadi member sebelum dapat order CD Ubuntu itu secara percuma. Kalau tak silap aku korang leh dapat 2 CD kalau korang nak. Lepas korang register, dia akan tanya korang nak CD tu secara penghantaran pos atau download. So, sebab aku nak CD, so aku order by pos la. Actually, aku dah download pun sebab tak sabar. Tapi aku pun order gak CD tu. Saje nak tengok dah sampai ke belum. Baru je order semalam bila aku bosan wat keje posting..

Tapi bila akan dapat aku tak sure. Ianya bergantung pada tempat dan negara kita berada. Kalau Malaysia, aku tak tahula bila baru sampai. Aku order je. Lambat pun tak apa..

Itu sahaja untuk hari ini. Nanti aku update kerja2 posting aku dekat sini bila aku ada masa. Sekarang aku tengah sibuk buat job dekat 5 forum dan 3 daripadanya bayar aku lebih 50 usd untuk posting sahaja. Tapi memang keje susah sebab topik yang dibincangkan agak berat dan perkataan yg digunakan agak sakit gak nak faham. Kekadang terpakse usha kamus online. Sebab tak bape faham apa budak2 orang putih ni cakap. Hoho..

Ps: Aku dah dapat 3 payment dari forum Endofworldhelp, 2 payment dari Theonlinedeal, 10 payment dari Clickex, 12 payment dr MTP forum, 3 payment dari Nadzal dan sedang menunggu beberapa payment dr forum lain. Ini draft update. Full update esok atau lusa..

Pss: Dapat email. Widgetbucks akan buat first payment 15 December ini. korang rasa aku dapat ke tak payment tu bulan ni atau tahun depan??

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Setelah 2-3 hari ini aku bekerja keras dan menyelesaikan beberapa posting di forum dan blog baru. Aku dihujani beberapa posting service dari DP forum dan beberapa personal service.

Thats good and just hope i can settle some DEBT i think i should take care about that this month. What DEBT? Its just a simple Bills like internet and some small bills. Hope i can do that..

Dipendekkan cerita. Aku nak review beberapa payment yang aku cakapkan tempoh hari. Walaupun ada beberapa yang masih pending sebab biasanya diorang lambat bayar 2-3 hari, tapi aku tetap berpuas hati.

Update Payment 23 Oktober 2007 :

Posting Service dari DP : 35.00 usd
Posting Service dari Personal Webmaster : 5.00 usd + 2.50usd + 10usd
Igudes Forum Hired Poster : 8.40 usd
Blogsvertise Payment October : 10.00 usd
SponsoredsReviews Payment October : 26.65 usd
VCC Service : 25.00 usd
Globalcashchat Forum: 3.04 usd
Silvemixer Forum : 11.04 usd
Clickex Forum : 2 usd
Lazzeo and BIzpreneur : Got 50.00 usd but use to upgrade to GOLD MEMBER
Nadzal Service Forum : 40.00 usd

Itu sahaja yang aku mampu kirakan secara kasar. Bukan angka sebenar dan aku hanya bagitau update sahaja. Kebanyakkannya aku dapat dari Paypal dan E-gold. Baru je masuk Maybank 3 payment hari ini. Hoho..

Update Offer :

1. Baru je dapat 3 Posting Service dan 4 job post dari Payperpost.com
2. Baru je cuba 2 Program yang sama macam Payperpost dan Reviewme. Ada hasil atau tak?

Ps: Payment untuk A3union dan Bidvertiser masih tak dapat lagi. Tapi Mungkin hujung bulan ni akan dapat. Harap sangat boleh dapat payment dari kedua-dua company ini. MuDah-mudahan..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Assalamualaikum pembuka kata dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua pengunjung yang setia datang ke blog tak rasmi aku ini. Aku akur bahawa sesungguhnya aku agak penat setelah bekerja selama 5 jam malam tadi. Semua kerja posting dah siap dan tinggal nak touch up sahaja dekat beberapa blog dan forum. Almost done!

Update untuk hari ini mungkin sama macam semalam dan aku dah approved banyak program dan kebanyakkan blog aku telah diterima oleh kebanyakkan blog yang aku ada. Aku dapat katakan banyak forum dan blog yang membayar kita dengan hanya menulis sesuatu di blog sahaja. Aku dapat offer murah semalam. 1 post berharga $0.50 untuk 1 post di 4 blog yang berbeza. So, kalau 4 post satu hari di 4 blog ini. Aku dapat $2 dollar. So, kalau 1 minggu. Aku dah dapat $14 dollar. Amacam, banyak atau tidak? Ini kerja yang baru aku dapat semalam. Bolehlah kan, siapa nak bagi offer murah macam ini. Dan aku dah dapat banyak offer post di blog sebanyak $6.50 hanya untuk 1 review untuk website dan product mereka. Nak tahu rahsianya? Tunggu kemunculan e-book yang aku sibuk bising sejak dulu lagi. Tak lama lagi bakal siap. Paling lambat, hujung tahun ini. Lambat pun tak apa. AKu tak kesah..

Jumlah orang yang mendownload buku IM-Myth versi Rusell Brunsen dah lebih 100 orang dah aku mencapai satu jumlah yang agak tinggi. Senang cerita, lebih 60 dollarlah. Jumlah sebenar, aku malas nak cerita. Korang boleh register sebab hari ini dan esok merupakan hari-hari terakhir untuk korang mendapatkan sebanyak mana ahli. So. Cubalah sebelum terlambat dan aku sangat berharap aku dibayar untuk Laporan Percuma Rusell Bunsen.

Buku Rahsia Blogger dah sampai di rumah aku hasil tangan Shuth Wangcyber. Nampak gaya memang buku tu berguna kepada newbie dan kalau diorang ikut guidelines dalam Buku Rahsia Blogger tu, memang leh buat duit lebih 100 dollar. Cuma buku tu tak diceritakan secara details. Tapi aku bangga buku macam tu ada di pasaran Malaysia. Ingat senang ke IM Malaysia macam Shuth ada buku sendiri? Ini maknanya ramai orang mengiktiraf usaha dan apa yang dilakukan oleh Shuth. Pendek kata, dia berjaya membuka mata ramai orang bahawa Kita boleh membuat duit daripada Internet jika kita tahu caranya!

PS: Aku tengah dalam usaha untuk mengeluarkan Duit dari paypal aku ke debit card aku. Nampak macam susah dan aku harap, aku mampu melakukannnya. Apapun, all the best!!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Peraturan tidak rasmi

So, aku rasa ramai yang dah tahu kan semenjak tahu bahawa posting diforum juga mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Jika korang nak dapatkan duit dengan cara yang mudah dan tidak dalam purata yang banya, posting dan blogging antara cara yang terbaik bagi korang.

Ok. Antara peraturan tidak rasmi. Ini antara point-penting yang perlu korang amik tahu.

1. Jangan buat post pendek sangat. Mesti dalam lingkungan 15-20 patah perkataan bagi setiap satu post. Kadang-kadang, ada admin minta mesti lebih 30 patah perkataan. Tapi ada juga yang tak kesah, satu patah perkataan pun tak apa. So, ini kena tengok peraturan rasmi diorang.

2. Mesti faham english. Jika tak berapa faham atau mahir english pun. Buat-buatlah macam pandai sebab orang luar negara atau orang putih pun. Bahasa english diorang pun ada yang tunggang langgang. So, jangan amik kira sangat. Janji setiap word yang korang tulis, tak salah. Maksudnya, perkataan student. Jangan tulis “studnt” plak. Error macam ni banyak berlaku. Biarpun grammar lingatng pukang, janji word korang betul. Ini antara yang dititikberatkan kalau posting dalam forum atau korang amik upah posting.

3. Jangan mencarut, jangan tulis lucah atau letak gambar lucah dan sama waktu dengannya. Mean, jagalah adab memposting ni. Kalau korang tak suka, diorang lagi tak suka kan benda-benda macam tu. Reputasi pun buruk punya kalau korang involve benda macam tu. Kalau berkeras nak involve gak. Boleh, tapi main jauh-jauh aa. Ni bulan Ramadan..

4. Spamming. Jangan buat kerja spamming. Macam copy and paste orang lain punye kerja dan tulis post pendek-pendek. Kalau admin atau moderator kata takpe, teruskan posting. Kalau dah kena warning. Abaikanlah.Cari forum lain..

5. Promosi business. Korang boleh promosi tapi dekat signiture saja. Jangan masuk forum orang, lepas tu promote tiba-tiba pasal business. Tak tentu hala jadinya. Silap kena kutuk sepanjang Ramadan sampai Syawal nanti. So, kalau nak buat jugak. Tanggung sendiri akibatnya.

6. Korang mesti ada 2 payment processor. Iaitu mesti ada akaun E-gold dan Paypal. Wajib. kalau tak ada, boleh abaikan jika korang nak dapatkan duit poket melalui posting. Mesti ada, kalau tak ada, pandai-pandaila pinjam kat sapa-sapa..Sebab ada orang guna cara ni. Guna kawan punya paypal. Pastu transfer duit kat maybank. Aku pun pernah buat dan tak ada masalah..

7. Fraud activity. Maksudnya korang cuba tipu atau buat lebih dari satu akaun. Aku rasa jangan buat even korang nak dapat lebih akaun. Cara tak bape elok walaupun aku pun pernah buat dulu. 1 tahun yang lepas. Dan akhirnya aku cuba buat dengan 1 akaun je sekarang. Tak ada masa nak buat macam tu. Rasa cam tak best.

8. Support. Ini aku tak galakkan. Jika korang nampak admin ada buat iklan atau promote diorang punya iklan macam adsense ke yahoo ke bidvertiser ke, adbrite ke. Supportlah dengan melawat forum diorang. SAtu kali visit pun tak apa. Janji dapat bantu diorang. So, diorang pun dapat bayar kita. Give and take. Cuma jangan buat kerja melampau atau jahat sangat. Sampai akaun diorang kena banned. Dah banyak kes macam ni. Tak puas hati dengan admin.

9. Bina reputasi anda. Ini terpulang pada anda. Orang kata nickname atau username. So, bina reputasi anda sendiri dan aku rasa ramai dah tahu cara ini. Ini juga salah satu cara nak promosi diri sendiri kan? Tak salah aku rasa kalau korang nak cuba cara ini. Kalau ada produk atau service, ini juga mampu menjual diri korang.

By the way. Itu sahaja post untuk hari ini. Ada sedikit kerja posting yang aku nak buat hari ini. Baru je selesai 2 kerja tadi. Request payment dah PM admin tadi. Mungkin esok baru dapat duit. Ada lagi 3 job tak siap lagi. Sebelum subuh aku cuba siapkan.

Ps: baru sahaja berjaya install forum smf baru. Lum lagi leh bagitahu korang. Berjaya juga install ad management. Hoho..susah woo. Aku ingat senang je..Apapun, hari ini lebih baik dari semalam. Income pun lebih baik dari semalam. Rezeki Ramadan..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011