Mengapa kita mesti ada akaun paypal?
1. Jika korang merupakan seorang peniaga yang menjual barangan di Internet, korang wajar mempunyai akaun paypal. Memanglah tak jatuh hukum wajib untuk ada akaun paypal ni, tapi kalau korang mempunyai akaun paypal dan boleh menerima bayaran melalui paypal, mungkin ianya salah satu option yang baik untuk para pembeli korang. Mungkin ada orang Malaysia yang belajar di jepun, tapi tak ada satu sen pun kat akaun maybank diorang, tapi diorang ada akaun paypal, jadi tak mustahil untuk diorang beli barang korang tu menggunakan akaun paypal. Betul tak? Dulu, ada customer aku dari Korea, Australia, Singapore, Jepun, Filipina, Laos dan sebagainya. Semuanya nak beli barang menggunakan paypal. Jadi, ini memudahkan kerja aku dan aku boleh terima bayaran bukan sahaja dari dalam negara, tetapi luar negara. Haa, kan bagus tu kalau ada akaun paypal.
2. Jika seorang yang sedang merancang untuk berniaga di Internet, mempunyai akaun paypal adalah satu perkara yang wajar korang ada. Tak kisahlah korang nak meniaga apapun. Tapi pastikan ada. Lagipun, nak buat akaun paypal ni sangat mudah. Macam korang daftar akaun bank kat bank-bank tempatan biasa aje.
3. Ingin melipat-gandakan keuntungan. Ya. Ini yang ramai orang kita mahukan. Dengan menggunakan platform paypal, kita boleh buat untung berlipat kali ganda. Misalnya, korang nak jual
teddy bear jahitan tangan sendiri dengan ada
corak zirafah kat belakang teddy bear tu. Kalau harga bagi pasaran tempatan cumalah RM30, tapi korang boleh naikkan harga tu ke 100usd untuk pasaran luar. Percayalah, ada ramai orang diluar sana yang sanggup membayar untuk 100usd hanya untuk satu teddy bear sahaja. Lagipun, ini satu contoh. Ada banyak lagi barang atau modul perniagaan yang boleh membuatkan korang dapat duit dengan lumayan jika korang mempunyai akaun paypal.
4. Boleh terima kad kredit. Betul.
Paypal menerima bayaran dari kad kredit. Jika korang bermain dengan Clickbank, Amazon dan menjual barang di E-bay. Ramai pembeli yang membeli dengan menggunakan kad kredit. Ini salah satu lagi cara untuk memudahkan urusan perniagaan korang. Jika tak ada akaun paypal, mungkin susah sikit korang nak buat jualan. Aku sendiri kadang-kadang lebih senang guna kad kredit untuk beli barang berbanding guna akaun lain. Senang cerita, ada akaun paypal ni memang penting jika korang nak mula berniaga di internet ni.
5. Jika korang seorang blogger (buat duit dengan blog) yang ingin menjana pendapatan melalui blog korang, mempunyai
akaun paypal adalah satu kemestian. Terutamanya jika korang ingin target advertiser atau buyer dari luar negara. Jika ada advertiser yang nak bayar iklan banner atau iklan text kat blog korang, biasanya diorang akan bayar menggunakan akaun paypal. Takkan orang luar negara nak ke akaun Maybank korang. Bukan tak ada, cuma sedikit aje. JIka korang ada akaun paypal, ianya umpama korang membuka pintu untuk menerima lebih banyak pendapatan di internet ni. Percayalah, tanpa akaun paypal korang akan rasa macam tak bermakna nak buat duit dengan blog korang. Kebanyakkan program membayar para blogger menggunakan akaun paypal. Aku adalah salah seorang daripadanya. Program Tnx membayar melalui paypal. Jadi, akaun paypal aku dapat komisen dari Tnx setiap bulan. Ini salah satu contohnya..
Tapi kalau korang tak tahu cara nak daftar akaun paypal dan cara untuk mengaktifkan akaun paypal, korang boleh dapatkan
Panduan Asas Paypal yang ditulis oleh Saudara Smartzul. Panduan ini aku boleh percaya dan aku yakin ianya akan membantu korang untuk memahami apa itu Paypal dan macam mana nak aktifkan akaun paypal dengan cara yang betul. Secara jujurnya, ini salah satu produk yang aku boleh percaya dengan 100%.
Dapatkan di sini :
Panduan Asas Paypal
Ps: Aku tulis ni sebab nak tolong kawan aku ni faham sikit tentang Paypal dan lihat sendiri potensi paypal. Korang leh tahu lebih kat web jualan Panduan Asas Paypal tu. INsya-Allah, penerangannya lebih baik dan bagus berbanding aku.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content